Jumaat, 31 Julai 2009

PERGI JAHANAMLAH DENGAN UMNO - SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) berunding bagi mengambil alih semula pegangan asing dalam Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Beliau berkata, oleh kerana beras adalah makanan asasi dan Bernas pula merupakan penyimpan utama bahan makanan itu di negara ini, maka adalah munasabah saham 31 peratus yang dimiliki pihak luar diambil alih oleh Bernas.

Menurutnya, beliau maklum penguasaan pegangan asing tidak dapat dielakkan kerana Bernas telah diswastakan, namun berpendapat ia masih boleh dirunding dan diambil alih syarikat milik kerajaan (GLC). Baca seterusnya disini.

Masalahnya, berapa banyak wang rakyat yang harus ditebus bagi mengekang dan membeli semula pemilikan asing ini. Inilah bijaknya UMNO menguruskan amanah rakyat. Masihkah kita percaya kepada UMNO. Katakan tidak pada PRU13 nanti.


Khamis, 30 Julai 2009

PERGI JAHANAMLAH DENGAN UMNO - FIRMA HONG KONG BERKONGSI 1MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.

"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

BILA "MAT TEMPE" TIADA KUASA, BERSUARA

Mengulas lanjut, Mat Tempe memberitahu, di kawasan Sungai Besar sahaja terdapat tiga pusat urut yang besar baru beroperasi. Yang peliknya kawasan Mat Tempe sendiri pun tak boleh nak urus. Mat Tempe dah buka pekung didada. Tak malu ker!...

Rabu, 29 Julai 2009

BILA NAJIB BERKUASA - UBN MAKIN LINTANG PUKANG


Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng - pemimpin BN paling kanan yang melompat menyertai Pakatan Rakyat - berkata perdana menteri negara ini terlalu berkuasa.

Katanya, perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas institusi dan parlimen.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya - jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri - bagi beliau mengurangkan kuasa-kuasa tersebut dan memulangkannya kepada rakyat.
Baca seterusnya disini

Pada dasarnya UMNO terpaksa berbohong kepada rakyat terutamanya bangsa melayu dengan mengatakan bahawa UMNO masih lagi kuat. Ya!..., mereka kuat kerana dibantu oleh parti komponen BN yang lain iaitu MCA, MIC dan Gerakan.

Manakala kenyataan angkuh TPM pula baru-baru ini menyatakan bahawa "kerajaan pusat adalah UMNO" dan "UMNO adalah kerajaan pusat", apabila mengulas kata-kata TGNA hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan pusat dan bukannya dengan UMNO.

Jika UMNO kuat, tak payahlah terus terhegeh-hegeh cari PAS. Bagai gila talak dibuatnya sehingga UMNO terus meracau siang dan malam.

Isnin, 27 Julai 2009

UMNO BAGAI GILA TALAK DENGAN PAS

KOTA BHARU, 27 Julai (Hrkh) - Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.

Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan.

"Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja.

"Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri.

"Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja.

"Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali.

"Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.

Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.

Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja.

"Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.

Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.

Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut.

"Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya.

"Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.

"Tuan-tuan boleh check balik semula rekod pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.

BLOG T4TBH BODOHKAN SPRM DAN UMNO-BN


Mengikut penyata di atas menunjukkan PR telah memerintah Selangor bermula 28.1.08, dimana YBnya adalah Ronnie Liu. Manakala pilihanraya PRU12 yang lalu diadakan pada 8.3.08. Selepas tarikh tersebut barulah PR mengambil alih tampuk pemerintahan dari BN. Sebelum tarikh itu selama 50 tahun UMNO-BN perintah Selangor.

Aku tak nak kata yang buat laman blog http://t4tbh.blogspot.com tu orangnya bodoh tapi aku nak kata orang yang percaya isi kandungan blog tu yang bodoh termasuk SPRM dan UMNgok.

Disebalik pembinaan laman blog tersebut, sebenarnya ia bertujuan untuk memerangkap UMNO-BN dan SPRM. Siasatlah..., kerana ini menunjukkan kebodohan anda lagi terserlah. Silap-silap haribulan, orang UMNgok sendiri yang kantoi!... Tapi jangan susah, kalau UMNgok terjerat... kami akan tutup kes.

Ahad, 26 Julai 2009

NAJIB - HANG BUAT APA TUUU!...

Najib balik umrah


Nizar pegang lilin jer..., aku pasang lampu

Isu Nizar memegang lilin menjadi berita sensasi samada di media blog atau akhbar dakyah UMNO-BN. Ini kerana Nizar adalah orang yang berpengaruh serta seorang ahli politik dari Pakatan Pembangkang. Hanya kerana beliau dari PR, maka riuh satu Malaya cerita ini. Jika beliau adalah seorang dari pemimpin UMNO-BN barangkali perkara ini akan didiamkan sahaja.

Malah tanpa segan silu seorang yang bertaraf professor kangkung pun teringin mengeluarkan fatwa. Tidak cukup dengan itu, seorang mufti suatu ketika dahulu yang telah menfatwakan "jom heboh" hukumnya adalah haram kini turut memberi reaksi bahawa memegang lilin juga adalah haram. Anehnya "jom heboh" yang diadakan di Ipoh pada suatu ketika dulu, halal kembali.

Inilah peranan mangkuk-mangkuk di dalam UMNO. Mereka begitu cepat membuat ulasan dan memberi fatwa bagi mencipta kewajarannya. Yang mana merugikan mereka, mereka akan diam menikus.

Beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Pahlawan iaitu pada 31 Julai ini. Kebiasaannya pemimpin tertinggi kita akan berhimpun di Tugu Negara bagi memperingati pahlawan-pahlawan yang telah gugur di medan pertempuran. Dalam masa yang sama majlis ini mengadakan upacara bertafakur dan menghadiahkan kalungan bunga kepada jasad simati. Ia mirip perbuatan penganut agama kristian.

Disini kita tunggu apa kata komen dan fatwa mufti Perak, professor kangkung dan Zambry (MB haram) tersebut. Sama-sama kita saksikan.

Sabtu, 25 Julai 2009

KARAT UMNO LEBIH KARAT DARI KARAT

Say no to ISA


Juak-juak UMNO

PR menentang kezaliman ISA.
Orang bukan Islam pun setuju mansuhkan ISA.
Malangnya, UMNO suka ISA.

Nyahkan parti karat UMNO dari berkuasa
kerana mereka suka kezaliman.

Jumaat, 24 Julai 2009

PROGRAM SEKOLAHKAN PEMIMPIN UMNO - MUHYUIDDIN

Seramai 300 pemimpin Umno pelbagai peringkat akan menjadi perintis program latihan dan motivasi yang bertujuan menyuntik semangat baru dalam kalangan anggota parti yang dijangka bermula bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata pemimpin Umno daripada peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan itu merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program latihan itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Ini peringkat pertama dan penting...harap akan ada perubahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri "Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi".

Seharusnya pemimpin tertinggi UMNO juga perlu turut serta masuk sekolah semula bagi belajar bagaimana memahami aspirasi dan kehendak rakyat. Kenapa hanya orang bawahan sahaja perlu masuk sekolah?. Pemimpin atasan jangan hanya pandai bercakap.

Rakyat sekarang mahukan perubahan, bukan sekadar janji tin kosong. Lihat sahaja bagaimana UMNO berjanji di setiap kali diadakan PRK yang lalu. Apa bukti janji UMNO yang telah ditunaikannya. Tanyalah pengundi di sana, samada janji UMNO telah dilaksanakan!.. Inilah sebahagian politik kotor UMNO-BN dengan menipu rakyat termasuklah pengundi UMNO sendiri ditipu. Yang penting bagi mereka "kita harus menang".

Rakyat kini telah matang, mereka sudah muak dengan pelbagai janji-janji politik yang dicanangkan tetapi akhirnya janji hanya tinggal janji. UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan yang lalu bagaimana mereka telak ditolak oleh rakyat pada PRU12. Malangnya sekolah UMNO terlupa untuk memasukkan subjek teras ini.

Khamis, 23 Julai 2009

GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari 2009 berlaku semalam pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana matahari separa ini hanya 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan . Gerhana matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.

Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi. Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China. Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.

Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Alangkah ajaibnya fenomena ini. Inilah menunjukkan akan kebesaran Allah. Kini saatnya bagi kita untuk merenung kembali, bahawa kita manusia jangan terlalu ego membanggakan diri apalagi berlaku sombong di muka bumi. Kita merasakan kitalah paling berkuasa… sehingga sanggup menzalimi orang lain, malah menafikan hak rakyat andai kita adalah pihak yang berkuasa.

Sesungguhnya… dibandingkan dengan kuasa Ilahi dan luasnya alam semesta, kita manusia amatlah kerdil disisiNya.

Sungguh… Allah Maha Besar.



MARI BERSANGKA BAIK DENGAN KARTIKA - MODEL SAMBILAN

Biasanya seseorang pesalah itu sedaya upaya mahu menangguhkan atau mengelak daripada menerima hukuman, tetapi lain pula halnya dengan model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor.

Wanita berusia 32 tahun yang dijatuhi hukuman enam kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang Isnin lalu atas kesalahan meminum arak di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating meminta ia dilaksanakan secepat mungkin.

Kartika yang juga ibu kepada dua orang anak telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai. Keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus itu mengikut Seksyen Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Kartika juga sempat berpesan kepada umat Islam khususnya generasi muda supaya jangan mencontohi kesilapannya dengan melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan aib kepada diri sendiri serta ahli keluarga.

p/s: Seorang wanita sanggup mengakui kesilapan serta meminta pula hukuman dipercepatkan, agar orang lain insaf tidak mencontohi perbuatannya. Namun jika dibandingkan Kartika dengan akhlak UMNO-BN, parti karat ini tidak pernah rasa bersalah dengan menindas dan menipu rakyat, malah berasa insaf jauh sekali.

Rabu, 22 Julai 2009

KU LI BAKAL MENINGGALKAN UMNO SEDIKIT MASA LAGI

Menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan keluar dari Umno. Adakah khabar angin ini sekadar permainan pihak tertentu? Atau adakah khabar angin ini akan menjadi realiti?

Khabar angin ini timbul ekoran daripada tindakan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim semalam yang mempelawa Ku Li menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) demi menolak parti perkauman.

Menurut sumber, Ku Li juga tidak berapa seronok berikutan hak yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan iaitu negeri tanah tumpah darahnya berkaitan royalti minyak telah dinafikan. Dalam nada yang tak sealiran dengan Umno telah memberi isyarat yang jelas bahawa ada ura-ura Ku Li akan meninggalkan parti keramat itu.

Ku Li yang juga mantan Menteri Kewangan, berkata Kelantan berhak menerima royalti lima peratus seperti termaktub dalam perjanjian perkongsian hasil carigali minyak yang dimeterai antara Kerajaan Pusat, Petronas dan kerajaan negeri dan justeru itu tidak berhak untuk menahan pembayaran royalti kepada negeri itu.

Dalam temubual khas bersama Suara Keadilan, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata peruntukan dalam perjanjian itu hendaklah dihormati serta dipatuhi.

“Perkara ini tidak patut menjadi isu kerana kita telah menandatangani persetujuan meletakkan hak minyak kepada Petronas iaitu kerajaan Kelantan dan negeri-negeri lain sudahpun bersetuju sekiranya minyak ditemui dalam kawasan milik negeri berkenaan.

“Tetapi dalam hal ini, minyak ditemui di luar persisiran pantai, yang dimajukan bersama dengan Thailand. Namun begitu sebahagian daripada kawasan terlibat berhampiran dengan negeri Kelantan. Merujuk kepada perjanjian milik minyak tadi, maka Petronas berkewajipan membayar wang kepada negeri berkenaan sebanyak 5 peratus keuntungan minyak,” tegas Tengku Razaleigh yang merupakan salah seorang yang menggubal perjanjian asal Petronas pada awal 1970an.

Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 menyatakan bahawa perjanjian-perjanjian yang sedia ada di antara Malaysia dan Thailand serta mana-mana pihak sebelum ini masih lagi terpakai.

Petronas sebelum ini telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan untuk memberi hak kepada negeri itu mendapat royalti 5 peratus setahun sama ada onshore (daratan) atau offshore (lautan).

Menurut Akta Malaysia Thailand Joint Development Authority (MTJDA) 1990 terdapat peruntukan dalam akta itu untuk membayar kepada mana-mana pihak yang terlibat. Akta itu juga tidak menafikan pembayaran royalti mana-mana pihak termasuk kepada kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan Barisan Nasional berkata Kelantan tidak berhak kepada minyak yang ditemui 150 kilometer dari persisiran pantai negeri itu, walaupun amalan sedia ada menunjukkan Petronas membayar royalti minyak kepada Terengganu dan Sarawak meskipun penyedutan minyak berlaku lebih 200 kilometer di laut luas.

Menteri Penerangan Dr Rais Yatim dengan angkuh berkata royalti minyak kepada negeri-negeri terletak sepenuhnya di bawah sifat ehsan dan belas kasihan Kerajaan Pusat dan bukannya hak rakyat Kelantan atau rakyat mana-mana negeri.

Rais juga berkata kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menyanggah tuntutan Kelantan itu, namun sehingga ke hari ini Petronas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu ini.

Tengku Razaleigh berkata semua pihak harus menjurus kepada keikhlasan untuk membela rakyat miskin.

“Saya tidak tahu kenapa ini boleh menjadi isu kerana semasa kita buat perjanjian ini, kita sudahpun fikir kedudukan negeri Kelantan, Sabah, Sarawak, Terengganu yang merupakan negeri-negeri miskin, dan sememangnya patut hasil dari keuntungan minyak ini diberi kepada rakyat di negeri-negeri miskin ini untuk mengimbangi pembangunan di negeri-negeri lain yang sudahpun maju.

“Saya telah menandatangani perjanjian bersama kerajaan-kerajaan negeri lain. Kalaulah benar Petronas telah dapat faedah dari minyak yang diusahasama ini, maka berkewajikan Petronas membayar kepada kerajaan negeri Kelantan,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Selaku bekas Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh berharap tidak ada pihak yang mempolitikkan isu ini.

“Kita sedar bahawa kawasan-kawasan minyak ini terletak dibawah Kerajaan Pusat namun harus difahamkan juga bahawa perjanjian yang kita buat ini adalah untuk membantu negeri-negeri ini, apatah lagi negeri-negeri miskin. Jadi patut hasil minyak ini diberi kepada mereka.

“Saya telah bincangkan perkara ini dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, untuk merumuskan perjanjian memberi 5 peratus ini, dengan satu matlamat yang jelas iaitu membantu negeri-negeri berkenaan.

“Selain itu, Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab untuk menjana pembangunan di negeri-negeri terbabit selain dari lima peratus itu. Jadi tidak perlu diungkitkan lagi dan tidak patut jadi isu kalau Petronas sendiri mengaut keuntungan dari perjanjian ini, maka berkewajipan untuk memberi royalti kepada negeri terbabit,” tegas Tengku Razaleigh."

BERITA HAIRAN - BOMBA KELANTAN MENGADU TIADA PANGGILAN PALSU SEPANJANG 6 BULAN PERTAMA 2009

KOTA BAHARU, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mencatat sejarah apabila tiada panggilan palsu diterima dari orang yang tidak bertanggungjawab sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Mohd Azmi Othman berkata pada tahun lalu pihaknya menerima 1,074 panggilan dan hanya tiga panggilan palsu.

Beliau berkata pihaknya juga mendapat kerjasama dari orang ramai dalam kerja-kerja mengawal kebakaran walaupun di tempat-tempat yang sukar dimasuki.

"Sebanyak RM26 juta harta orang ramai berjaya diselamatkan termasuk bangunan, rumah kediaman, jentera dan peralatan rumah," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, Selasa.

Mohd Azmi berkata sepanjang tempoh enam bulan itu seramai 188 orang hilang tempat tinggal dan lima mangsa hilang pekerjaan akibat kerosakan bangunan tempat bekerja.

Beliau berkata empat kematian dilaporkan berlaku iaitu membabitkan dua kanak-kanak berusia antara satu dan tiga tahun dan masing-masing satu Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas berusia 64 tahun.

"Bomba juga berjaya menyelamat dua mangsa yang cedera dalam kebakaran itu masing-masing seorang di Tumpat dan Pasir Puteh," katanya.

Menurutnya sebanyak RM5.743 juta harta orang ramai musnah dalam kesemua kebakaran itu yang merupakan catatan paling minimum pernah dialami oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kelantan.

"Dari 228 kes yang dilaporkan, sebanyak 72 melibatkan kebakaran bangunan dan 156 panggilan adalah selain dari kebakaran bangunan," katanya.

Pihaknya juga menerima laporan kebakaran kenderaan iaitu sebanyak 33 kes yang membabitkan kerugian kira-kira RM675,200, alat perkakas (RM209,150), mesin berjentera (RM151,200) dan kebun tanaman sebanyak RM20,000.

-- BERNAMA

Catatan: Kelantan adalah negeri di bawah pemerintahan PAS. UMNO-BN mungkin boleh belajar dari kepimpinan PAS bagaimana cara mendidik rakyatnya supaya tidak menyukai perkara-perkara yang berunsur palsu termasuk tidak membuat panggilan palsu dan pelbagai janji palsu pilihanraya.

Selasa, 21 Julai 2009

SIAPAKAH SEORANG PEMIMPIN BODOH BERCAKAP MEWAKILI PM 1MALAYSIA "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

Di bawah adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang menteri bertaraf dungu yang mana menafikan hak rakyat, yang kononnya ingin menerapkan konsep "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Agaknya inilah yang dimaksudkan 1Malaysia yang diwar-warkan.

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk N.h O..r, berkata ini kerana kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Sumber: Berita Hairan

Isnin, 20 Julai 2009

NYAWA-NYAWA IKAN UMNO-BN LEBIH TERUK DI BAWAH PARAS 65

Pada PRU12 yang lalu, majoriti BN lebih teruk jika dibandingkan dari kemenangan PAS pada PRK di Manek Urai di tiga kawasan iaitu di N.29 Seri Serdang, N.36 Pengkalan Baharu dan P.208 Sarikei. Kemenangan PAS diejek dan dicemuh hanya sekadar menang "nyawa-nyawa ikan" dari pandangan UMNO-BN iaitu dengan kelebihan 65 undi.


Tetapi UMNO-BN mudah lupa bahawa kemenangan di tiga kawasan yang mereka pernah tandingi pun mereka di bawah tahap nyawa-nyawa ikan, malah lebih teruk lagi. Lihat sahaja carta di bawah ini yang menunjukkan keputusan pada PRU12 yang lalu. Tetapi mereka tetap merasakan diri mereka gah dari orang lain. Inilah sifat angkuh UMNO-BN yang tidak akan pudar.


N.29-SERI SERDANG - Majoriti BN 45


N.36-PENGKALAN BAHARU - Majoriti BN 14


P.208-SARIKEI - Majoriti BN 51

Berbeza dengan Manek Urai, UMNO-BN jelas mempergunakan segala jentera kerajaan bagi memenuhi nafsu mereka demi kemenangan calon yang mereka taja. Berbagai bentuk rasuah samada rasuah wang dan rasuah bentuk politik mereka usahakan. Namun kemenangan berpihak jua kepada calon PAS.

Perangai UMNO-BN yang tidak pernah berasa malu terhadap rakyat akan membuatkan UMNO-BN akan merana suatu ketika nanti. Jika mereka gagal berubah mereka hanya akan menanti saat-saat rebah kebumi. Sekarang UMNO-BN sedang mereput sedikit demi sedikit dari dalam namun mereka masih bernafsu untuk menyatakan mereka sebenarnya masih kuat. Bekas Menteri Kesihatan dari MCA pun tidak percaya pada kemampuan BN untuk mentadbir 1Malaysia apabila mengistiharkan dirinya keluar dari MCA dengan menyertai PKR.

PASCA MANEK URAI - UBN PUN TAK PERCAYA PADA SPR

UMNO mengkaji kemungkinan menghantar petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan, yang dimenangi oleh Pas dengan majoriti kecil 65 undi.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, parti itu kini sedang memperhalusi langkah tersebut bersama Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohamed Hafarizam Harun.

‘‘Saya tidak menolak kemungkinan itu (petisyen), tetapi perkara ini akan diputuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

‘‘Saya tidak mahu mendahului pemimpin tertinggi UMNO, tetapi Barisan Nasional (BN) masih mempunyai waktu untuk berbuat demikian dan kita sedang memperhalusi perkara tersebut,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Memperkasakan Perpaduan Melalui Penerangan di sini hari ini.

Ahmad diminta mengulas dakwaan wujudnya sedikit keraguan terhadap keputusan pilihan raya di Manek Urai apabila beberapa pihak mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersilap mengumumkan keputusan undi bagi kawasan Manek Urai Lama.

Desas-desus wujud keraguan keputusan pengiraan di peti undi Manek Urai Lama timbul apabila BN sepatutnya dikatakan menang dengan majoriti 289 undi, tetapi hanya diumumkan 189 undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perkara itu disahkan oleh bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah baru-baru ini.

Keputusan itu dikatakan memberi kesan yang besar sehingga menyebabkan BN kalah pada pilihan raya kecil Selasa lalu, sedangkan jika mengambil kira undi 289 di Manek Urai Lama dan undi pos, BN menang kira-kira 42 undi.

Keputusan pilihan raya kecil tersebut menyaksikan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah mendapat 5,348 undi, manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat memperoleh 5,283 undi, manakala sebanyak 117 undi rosak.

UMNO tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya telah kalah walaupun dengan 65 undi. Sebaliknya mereka menyalahkan SPR kerana membuat kesilapan pengiraan undi. Kalau dah UMNO sendiri pun tak percaya pada SPR walaupun SPR adalah sebahagian komponennya, tidak hairanlah mereka juga sering mempertikaikan kemenangan PR juga.

Sabtu, 18 Julai 2009

AHLI BPN MERACAU BILA PAK LAH KATA "ISA WAJAR DIMANSUHKAN"

Pak Lah dikecam hebat oleh puak-puak pencacai UMNgok dari blogger BPN yang kononnya pembela agama, bangsa dan negara bila beliau bersetuju ISA dikaji semula atau dimansuhkan. Salah satu blog yang tidak berpuas hati dengan pendirian Pak Lah adalah parpukari. Baca disini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.

Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.

"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) disini semalam.

Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Menurut Abdullah, untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

"Saya percaya kerajaan perlu berani melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara," ujarnya.

Jelas beliau, ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

Pada era pemerintahan Pak Lah, puak-puak pencacai UMNgok saling puji memuji apa saja perkataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah terutamanya konsep Islam Hadhari. Mereka ini sanggup menjilat hatta mempertahankan demi maruah UMNgok, tetapi bila Pak Lah mungkin sudah sedar akan kesilapannya yang lalu maka puak-puaknya sendiri yang mengutuk dan menghentam beliau.

Sekarang puak-puak UMNgok beralih kearah Najib pula dalam dasarnya konsep 1Malaysia. Apa saja yang Najib lontarkan dari ideanya akan dicanang dan dipuji melangit oleh penjilat UMNgok.

Pak Lah sekadar dijadikan kain buruk dimata UMNgok. Nasib Pak Lah sama seperti Madey ketika meninggalkan takhtanya dahulu. Itulah ragam permainan politik UMNgok. Saat kehancuran UMNgok kian hampir hanya menunggu masa untuk dikapankan sahaja pada PRU13 nanti.


Kecaman dari blog parpukari:

PAK MENTUA KATA INI, MENANTU KATA ITU!

Ni lagi satu cerita, si X-PM flip wal floppy berbunyi lagi, ada ke patut Tun Dol cakap mansuhkan ISA! Udah-udahlah la tu Tun Dol oi, elok la kalau abang kuat tidur ni tidur je diam-diam, lagi banyak bukak mulut kang makin nampak tak bijak pulak kang? BETUL TAK?

Eh! Eh! Pak Dolah, zaman awak dulu kan ada ISA? Tak cukup dengan tu awak jugak yang tangkap reporter dan beberapa orang lagi kan? Masa tu kan dolah, aku sendri pun tak setuju kau guna ISA kat orang-orang tu, disebabkan itulah makin ramai marah dengan ISA, kalau aku fikir balik sekarang ni dengan statement kau dulu Dolah, aku rasa kau sengaja buat macam tu kot!

Yalah, masa tu kau yang pakai, sekarang ni kau cakap elok ISA dimansuhkan! Ayoyo Dolah anney, saya manyak fenin la sam lu punya style! Betul-betul Al Flip wal Floppy! Aku nak nasihatkan la Bang Dolah oi, elok abang layan je si Tun Jin tu, habis cerita, jangan dengar bisikan-bisikan jahat lagi!

Ni pasai menantu pulak, ni so called Ketua Pemuda UMNO tapi perangai tah la, masih tak boleh lupa zaman Tingkat 4 lagi ke bang KJ oi! Yang kau dok halimput tak tentu pasal nak suruh ditubuhkan Suruhanjaya Diraja apahal BRO? Lain macam je lu ni BRO..

Kenapa lu selalu suka cakap macam pembangkang BRO? Lu nak jadi glamer di mata pembangkang ke bro? Apasal bila part SPRM je lu mau Suruhanjaya ditubuhkan ya? Kenapa ya? Eh, ada apa-apa yang lu tak puas hati kat SPRM ke BRO?

Kenapa sebagai seorang ketua pada parti keramat ini, lu sendiri pun tak percaya dekat pihak berkuasa kita, apa mesej yang cuba lu nak sampaikan BRO? Gua confuse la, Lagi satu bro, kalau benda glamer je lu minat kan BRO, kalau yang jenis low class punya langsung bayang pun tak nampak kan?

Sepatutnya masa-masa ini, lu tampil ke depan dan pertahankan kerajaan dari tohmahan dan fitnah jahat pembangkang, aku tak suruh lu jadi pak turut BRO, kerajaan salah boleh tegur, tapi lu selalu buat tindakan yang amat meragukan. Kenapa ya? Hmmmm..

Oh! Aku baru teringat! Tapi aku tak nak cakap sekarang, aku rasa BRO KJ faham apa aku cakap ni! Kalau ya pun brader jangan la tunjuk sangat yang lu ni desperate BRO! Ingat lu tu Ketua Pemuda brader, so act like one BRO! Kalau tak boleh then lebih baik diam dari bercakap!

Inilah kisah Pak Mentua dan Menantu yang masih tak boleh nak lupakan LEGASI TINGKAT 4! Aku dari zaman dulu sampai sekarang menyampah dengar perkataan TINGKAT 4 ni, ingatkan dah menang jadi KP boleh ubah, tapi.....

PANTUN YANG TAK MACAM PANTUN ANAK MUDA:

KALAU DUDUK DI DALAM SAMPAN SINI,
JANGAN DOK INTAI DI SAMPAN SANA!
KALAU TAK SUKA DISINI,
BILA NAK PERGI BELAH SANA!

HE HE HE

Jumaat, 17 Julai 2009

PASCA MANEK URAI - TERLAKSANAKAH JAMBATAN BARU ATAU SEKADAR JANJI POLITIK

ISLAM adalah satu-satunya cara hidup menepati kehendak fitrah manusia. Segala hukum aturan hidup Muslim ditetapkan berdasarkan tuntutan lahiriah dan rohaniah. Allah mengetahui segala keperluan setiap hamba-Nya dan menetapkan apa diperlukan.

Salah satu aturan hidup Islam ialah menepati janji. Firman Allah bermaksud: "Wahai mereka yang beriman! Sempurnakan janji-janjimu." (Surah al-Maidah, ayat 1)

Menepati janji adalah sifat terpuji yang diamalkan oleh rasul dan nabi. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya dia (Nabi Ismail) adalah benar menepati janji, dan adalah dia seorang rasul lagi berpangkat nabi." (Surah Maryam, ayat 54)

Islam mementingkan menepati janji kerana ia adalah keperluan membentuk hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Setiap masa manusia perlu menunaikan janji dan kesetiaan yang diucapkan.

Perkara utama ialah menepati janji dengan Allah. Setiap Muslim mengikat janji mengabdikan diri kepada Allah. Ia bertepatan dengan tujuan Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi.

Firman Allah bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri dan beribadat kepada-Ku." (Surah adz-Dzariyat, ayat 56)

Dalam ucapan kalimah syahadat, setiap Muslim mengakui kekuasaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Pengakuan itu adalah janji untuk mematuhi segala syariat ditetapkan Allah dan mengikuti contoh amalan ditunjukkan oleh Rasulullah.

Hubungan janji sesama manusia adalah sendi kehidupan bermasyarakat. Setiap hari kita tidak terlepas daripada mengungkapkan perkataan bermaksud janji.

Janji bermaksud kesediaan dan persetujuan untuk melakukan, tidak melakukan, memberi, mendapatkan dan menjadikan sesuatu, benda atau keadaan. Kesediaan itu biasanya berkaitan tempoh masa akan datang atau selepas itu.

Orang berjanji sebagai pihak pertama dan orang mengharapkan janji ditunaikan (dijanjikan) sebagai pihak kedua. Jika ada pihak menyaksikan perjanjian, dianggap pihak ketiga.

Pentingnya menunaikan janji sebagai akhlak orang mukmin. Sebaliknya, sifat tidak menepati janji menjadikan seseorang munafik.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Tiga perkara sesiapa yang berada dalam dirinya, maka dia munafik, walaupun dia berpuasa, sembahyang dan mengaku dirinya Muslim. Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri janjinya dan apabila dipercayai dia khianat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sifat munafik itu kekal dalam diri mereka yang tidak menunaikan janji, melainkan selepas dia benar-benar bertaubat dan bersungguh-sungguh tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

Amat rugi sesiapa tergolong sebagai munafik. Balasan paling berat ditetapkan kepada golongan munafik. Justeru, berusahalah mengelak diri daripada melakukan dusta berkaitan janji.

Janji wajib ditunaikan hanya bagi maksud kebaikan. Janji melakukan keburukan haram diucapkan dan haram ditunaikan. Sesiapa berjanji melakukan perbuatan haram perlu mengubah niat dan segera bertaubat.

Sikap memegang janji perlu diutamakan bagi menjaga hubungan baik dengan pihak dijanjikan. Sesungguhnya apabila membuat janji, bermakna terbentuk satu tanggungjawab melaksanakannya. Tanggungjawab samalah dengan amanah, yakni perlu dilaksanakan sedaya mungkin.

Sesiapa ingin menerima akuan janji (sebagai pihak kedua) perlu menyelidiki sama ada orang berjanji itu digolongkan beramanah atau sebaliknya. Tidak ada gunanya menerima janji dengan mereka yang dikenali tidak beramanah. Tentu janji itu tidak akan ditunaikan.

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)." (Surah an-Nisa, ayat 58)

Dalam ayat lain pula dikaitkan di antara amanah dengan janji. Firman-Nya bermaksud: "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya." (Surah al-Mukminun, ayat 8)

Ikatan janji membentuk satu amalan saling menghormati di antara kedua-dua pihak mengikat janji. Pihak pertama yang mengucapkan janji mempunyai perasaan menghormati pihak kedua yang secara jujur menerima janji itu.

Khamis, 16 Julai 2009

KENAIKAN TAMBANG KENDERAAN AWAM ADALAH SEBAHAGIAN HADIAH AKIBAT DARI KEKALAHAN BN DI MANEK URAI

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini Khamis berkata, Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas berhenti-henti untuk Kuala Lumpur Zon 1 naik 25 sen kepada antara RM1 dan RM1.10, 40 hingga 45 sen kepada antara RM1.70 dan RM1.90 bagi Zon 2, 50 hingga 60 sen kepada antara RM2.20 dan RM2.50 bagi ZOn 3. Bagi Zon 4, kadarnya naik antara 60 dan 70 sen kepada RM2.70 hingga RM3.10.

Bagi kawasan di luar Kuala Lumpur, kenaikannya ialah 14 sen kepada 62 sen bagi dua km pertama bagi bas tanpa hawa dingin dan 22 sen kepada 94 sen bagi dua km pertama untuk bas berhawa dingin. Kadar kenaikan bagi setiap km berikutnya bagi kedua-dua kategori ialah 2.2 sen.

Sebagai tambahan, OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhenti-henti itu diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Bagi bas mini pula, kenaikan ialah 20 sen, menjadikannya 90 sen satu arah perjalanan bagi bas tanpa hawa dingin dan RM1 satu arah perjalanan bagi bas berhawa dingin, sementara kadar tambang bas pengantara akan dinaikkan 10 sen menjadikannya 60 sen bagi setiap pusingan perjalanan.

Tambang bagi teksi bagi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka akan naik RM1 kepada RM3 untuk satu km pertama. Caj bagi 115meter berikutnya ialah 10 sen.

Tambang teksi yang beroperasi di Pulau Pinang juga naik RM1 kepada RM4 mulai 1 Ogos dan setiap 115m berikutnya akan dicaj 10sen.

Caj bagi lebih daripada dua orang penumpang dan caj meletak barangan di dalam but juga dimansuhkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Caj bagi teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kos Rendah (LCCT) akan dinaikkan sebanyak RM3.20 manakala caj ke lapangan terbang lain dinaikkan antara RM1.50 dan RM2.80.

Kadar tambang baru bagi kereta sewa ialah 10.1sen menjadikannya 21.6 sen setiap km (tidak berhawa dingin) dan kenaikan 11.7 sen kepada 25 sen bagi setiap km (berhawa dingin).

Perkhidmatan bas sekolah di bandar juga akan menyaksikan kenaikan bulanan RM6.33 menjadikannya RM27.43 bagi km pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya. Kadar hariannya pula ialah 62 sen untuk satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Bagi kadar bas sekolah di luar bandar, ia naik RM4.76 kepada RM20.61 untuk satu km pertama dan RM2.02 untuk setiap km berikutnya bagi kadar bulanan, manakala kadar harian baru ialah 47 sen bagi satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Di Sarawak, kadar bas ekspres naik dua sen kepada 13 sen setiap km, manakala bagi bas berhenti-henti, kadar barunya ialah masing-masing 85 sen (tanpa hawa dingin) dan RM1.04 (berhawa dingin) bagi tiga km pertama dan 16.2 sen dan 18 sen untuk km berikutnya bagi kedua-dua kategori.

Tambang bas sekolah di negeri ini (Sarawak) akan dinaikkan dua sen, menjadikannya 11 sen setiap km bagi yang tidak berhawa dingin dan 12 sen setiap km bagi yang berhawa dingin.

Sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik kepada 34.2 sen (tanpa hawa dingin) dan 40 sen (berhawa dingin) untuk km pertama dan masing-masing 17.1 sen dan 19.4 sen bagi km berikutnya.

Tambang bagi teksi di Sarawak juga telah dikemaskini, iaitu dengan kadar baru pada RM3 untuk satu km pertama, dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya, manakala kenaikan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang dengan menggunakan kupon ialah sebanyak RM2.

Bagi Sabah, kenaikan untuk bas ekspres naik tiga sen kepada 13 sen untuk setiap km. Kadar baru bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin ialah 65 sen untuk dua km pertama dan 9.4 sen bagi setiap km berikutnya, manakala bagi kategori berhawa dingin, ia naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua km pertama dan setiap km berikutnya akan dicaj 10.4 sen.

Perkhidmatan bas mini di negeri itu juga menyaksikan kenaikan masing-masing dua dan tiga sen menjadikannya 18 sen setiap km untuk bas tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap km untuk bas berhawa dingin.

Bas pengantara juga akan dicaj sebanyak RM1.

Sementara itu, tambang bagi bas sekolah di negeri itu yang menawarkan perkhidmatan kurang dari lima km akan dinaikkan sebanyak RM7.90 menjadikannya RM34.30 dan bagi jarak yang melebihi 60km, kadar kenaikannya ialah sebanyak RM31.70 kepada RM137.30 daripada RM105.60 sebelum ini.

Kadar teksi juga akan dinaikkan kepada RM10 untuk tiga km pertama dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya.

Teksi yang menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang (menggunakan kupon) juga naik RM10 kepada RM35, sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik 2.5 sen kepada 20.5 sen untuk setiap km bagi kereta tanpa hawa dingin dan 2.8 sen kepada 22.8 sen setiap km bagi kereta yang berhawa dingin.

Sebelum ini rakyat juga telah dihadiahkan bagi pengguna kenderaan berharga kurang RM10,000 menghadapi risiko tanggungan jika terbabit kemalangan kerana tidak dilindungi insurans. Baca selanjutnya disini. Pelbagai lagi hadiah yang bakal diberi oleh kerajaan 1Malaysia untuk rakyat pada masa akan datang.

Rabu, 15 Julai 2009

KITA KALAH UNDI TAPI MENANG MORAL - NAJIB

Najib berkata beliau berpuas hati dengan perubahan yang berlaku di Manek Urai kerana ia menunjukkan usaha-usaha yang dilakukan sepanjang 103 hari beliau menjadi perdana menteri mulai diterima rakyat, terutama pengundi Melayu.

Walaupun BN tewas dengan majoriti 65 undi, keputusan itu amat memberangsangkan lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan majoriti Melayu. Ini satu kemenangan moral yang besar kepada BN," kata Najib, merujuk kepada perbezaan besar majoriti 65 undi yang dimenangi Pas berbanding majoriti 1,352 undi pada pilihanraya umum tahun lepas.

PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Manik Urai setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah mengalahkan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi setelah memperolehi 5,348 undi berbanding calon BN, Tuan Aziz Tuan Man (5,283 undi).

Daripada kenyataan Najib di atas dapatlah disimpulkan bahawa pengundi Manek Urai berhak mendapat jambatan baru seperti yang dijanjikan oleh UMNO-BN. Maka inilah masanya janji-janji yang ditaburkan sebelum pilihan raya mesti dikotakan, kalau tidak UMNO-BN sekali lagi pasti akan dilemaskan ke dalam sungai Manek Urai pada PRU13.

Setelah UMNO-BN bertungkus lumus memberi pelbagai habuan, gula-gula dan janji-janji politik akhirnya hanya 65 undi sahaja yang tidak termakan umpan mereka. Jika jambatan gagal dibina di Manek Urai maka nilai jambatan bukanlah RM7 juta sebaliknya ianya bernilai 65 undi.

Selasa, 14 Julai 2009

MANEK URAI - MENANG SIKIT ATAU MENANG BANYAK, YANG PASTI PAS ADALAH JUARA



Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Isnin, 13 Julai 2009

MANEK URAI - RINTIHAN TERAKHIR DARI NAJIB

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa pengundi di Manek Urai memikirkan masa depan mereka apabila mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, esok.

“Mereka (rakyat di Manik Urai) harus fikirkan adakah mereka mahu kekalkan status quo, jika mahukan perubahan yang boleh dikecapi, undilah Barisan Nasional (BN),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Jitra.

Katanya, pengundi di Manek Urai haruslah membuat pertimbangan demi pembaharuan untuk mereka sendiri.

Najib meletakkan syarat bagi membangunkan Manek Urai. Ternyata konsep 1Malaysia iaitu "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" hanyalah sekadar gula-gula pemanis mulut. Selebihnya hanyalah retorik semata-mata. Kalau tak menipu bukanlah UMNO namanya.

MANEK URAI - LAGI RASUAH UMNO DISAAT-SAAT AKHIR

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

Bagaimanapun semua janji di atas hanya akan terlaksana jika UMNO-BN berjaya menawan Manek Urai. Kalau tak menang, hangpa semua kena kencing. Jangan harap kami nak jadikan anak emas, anak angkat pun belum tentu.

Bagi pengundi-pengundi Manek Urai yang akan membuang undi esok, buatlah pilihan dengan bijak samada hendak mengundi parti perasuah atau parti yang berjuang untuk menegakkan dasar Islam.

Ahad, 12 Julai 2009

MANEK URAI - RM200???

KUALA KRAI, 12 Julai (Hrkh) - "Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.

Kata-kata itu dilontarkan petugas berkenaan sambil tersenyum seakan berseloroh tanpa menyedari kata-katanya itu memberi kesan yang besar kepada dirinya sendiri.

Seorang penduduk yang enggan dikenali ketika mendedahkan perkara itu berkata, petugas berkenaan memberitahu pemberian wang tambang itu bukannya rasuah.

"Dia juga ada bertanya hendak undi parti mana. Malah ada nama yang disenaraikan mendapat tambang tersebut pada peringkat awal digugurkan apabila dia curiga tidak menyokong Umno," katanya di sini.

Menurutnya setiap pengundi yang datang menemui petugas berkenaan di rumah seorang pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur memberitahu mereka diberi wang sebanyak RM200.

Katanya juga pemimpin Umno itu sebelum ini menghimpunkan pengundi-pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur di rumahnya bagi mempengaruhi mereka supaya tidak pulang mengundi.

Bagaimanapun pada pertemuan kedua pemimpin itu melalui beberapa agen yang dilantik menyenaraikan nama-nama pengundi Manek Urai yang tinggal di Kuala Lumpur dan mahu pulang mengundi.

KOLEKSI UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA














Sabtu, 11 Julai 2009

11 GULA-GULA DIBERI OLEH NAJIB PADA 11HB JAM 11.11MINIT PAGI TADI SEMPENA 100 HARI JADI PM

KUALA LUMPUR, 11 Julai -- Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Sabtu ini membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Berucap di majlis "100 Hari Najib Bersama Rakyat" di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna lebuh raya yang menggunakan kad prabayar Smart Tag dan Touch 'n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka akan layak menerima diskaun 20 peratus.
Najib berkata ini adalah satu keputusan atau penyelesaian sementara sahaja, sementara menunggu kajian keseluruhan mengenai kadar tol yang menurutnya akan mengambil masa.
Katanya beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang dirinya terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri:" Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.

"Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan pada rakyat terutamanya yang menggunakan jalan tol setiap hari," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu yang penuh sesak.

Dalam ucapan hampir 50 minit yang dimulakan tepat 11.11 pagi yang menandakan 11 Julai, genap 100 hari menjadi Perdana Menteri selepas dilantik pada 3 April lepas, Najib juga mengumumkan bahawa penyewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan akan diberi peluang dan pilihan untuk membeli rumah di bawah program itu.

Katanya sejumlah 44,000 unit rumah ditawarkan yang memberi peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri melibatkan masyarakat penjaja dan peniaga kecil, di mana mereka akan menikmati potongan 50 peratus bagi pembaharuan lesen dan lesen baru.

Najib berkata ini sebagai memenuhi permohonan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia bagi pengurangan bayaran lesen yang dikemukakan kepada beliau pada satu majlis di Tanjung Karang, Selangor bulan lepas.

"Ini akan memberi banyak kelegaan...saya harap negeri-negeri lain akan ikut langkah di Wilayah Persekutuan ini. Mudah-mudahan (bayaran) lesen-lesen lain juga akan dikurangkan," katanya.

Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan menambah 3,000 lagi permit teksi untuk individu dalam masa tiga bulan ini, pertambahan daripada 7,000 permit teksi individu yang telah diberikan setakat ini.

Menurut Perdana Menteri dasar membantu pemandu teksi dibuat memandangkan pada masa sekarang terdapat ramai pemandu teksi yang terpaksa menyewa harian dengan pembayaran seperti RM50 sehari, di samping kos lain seperti minyak.

Najib juga mengumumkan bahawa caj bayaran latihan untuk penunggang motosikal kelas B2 iaitu 250 cc ke bawah dikurang menjadi RM211 seorang.

Menurutnya beliau mendapati ramai penunggang terutama anak-anak muda yang "ke hulu dan ke hilir dengan motosikal kapcai" tidak memiliki lesen memandu kerana kos mendapatkan lesen termasuk latihan adalah tinggi, di antara RM500-RM700 seorang.

"Setelah berunding dengan sekolah-sekolah memandu, caj (kadar) bayaran latihan (belajar) dikurang kepada RM211. Dan berdasar riak tadi, saya membayangkan memang tepat keputusan tadi," katanya sebagai mengulas reaksi tepukan gemuruh daripada ramai hadirin sebaik sahaja beliau mengumumkan pengurangan itu.

Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa menjelang 2010, seramai 20,000 isi rumah miskin tegar di bandar akan diberi 10,000 unit Skim Amanah Saham Wawasan untuk isi rumah di bawah senarai E-Kasih dalam usaha memerangi kemiskinan bandar.

Najib juga berkata satu lagi tabung unit amanah baru dinamakan "Amanah Saham 1Malaysia" akan dilancarkan sedikit masa lagi dengan saiz sehingga 10 bilion unit.

Ia dibuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, katanya.

Najib juga mengumumkan peruntukan skim TEKUN ditambah RM150 juta lagi dan juga mengumumkan peruntukan RM15 juta khusus untuk program pembangunan usahawan muda kaum India di negara ini.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengambil langkah-langkah drastik ke arah mengurangkan jenayah dan rasuah di negara ini, dan maklumat mengenainya akan diumumkan hujung bulan ini.

Satu lagi pengumuman mesra rakyat Perdana Menteri hari ini adalah berkaitan pendaftaran kelahiran, yang menurutnya ramai juga yang lambat mendaftarkan kelahiran dan kerajaan akan terus mempergiatkan usaha memperbaiki keadaan itu.

Najib berkata di Sabah, semenjak 2005, sebanyak 36,000 permohonan pendaftaran telah diterima dan daripada jumlah itu 92 peratus diluluskan.

Di Sarawak pula, semenjak 2005, sebanyak 19,000 permohonan telah diterima dan dari jumlah itu, 80 peratus permohonan telah diluluskan.

Dalam pengumuman mengenai kewarganegaraan pula, Najib mengumumkan bahawa jumlah permohonan tertangguh pada 1 Nov 2008 adalah sebanyak 34,000, dan sehingga bulan lepas, sebanyak 46 peratus telah selesai dibuat keputusan dan usaha akan dipergiatkan lagi untuk menyelesaikan baki permohonan.

Di majlis itu, Najib turut membuat pengumuman mengenai infrastruktur luar bandar di Sabah dan Sarawak, dan menurutnya kerajaan akan menggandakan pembinaan jalan luar bandar di kedua-dua negeri, daripada 750 kilometer yang dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) sekarang kepada 1,500 kilometer dalam tempoh RMK-10.

Dalam konteks infrastruktur ini, Najib juga berkata liputan bekalan air minum yang kini berada pada tahap 52 peratus di Sabah dan 61 peratus di Sarawak, akan dipertingkatkan, begitu juga bekalan elektrik, dan pengumuman mengenainya akan dibuat hujung bulan ini.

Najib yang menyifatkan majlis hari ini sebagai "perjumpaan yang sangat bersejarah" berkata keputusan-keputusan yang dibuat itu adalah "keputusan istimewa untuk rakyat Malaysia".

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan," katanya.

--BERNAMA

Jumaat, 10 Julai 2009

PPSMI - MEMANG HARAMJADAH PUNYA UMNO-BN







Apa punya mangkuk ayun jenis Menteri. Kata PPSMI dimansuhkan, tapi kenapa nak tunggu sehingga tahun 2012. Apa motif hang!... memang mangkuk ayun betul lah!... Nak baca selanjutnya disini

Selasa, 7 Julai 2009

1MALAYSIA - PEMILIK KENDERAAN LAMA BAKAL SUSAH

KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan sebahagian besar daripada kira-kira 500,000 kakitangan awam Kumpulan Sokongan Dua yang menggunakan kenderaan berharga kurang RM10,000 menghadapi risiko tanggungan jika terbabit kemalangan kerana tidak dilindungi insurans.

Presidennya, Omar Osman, berkata tindakan beberapa syarikat menolak permohonan memperbaharui perlindungan insurans kenderaan lama dianggap penganiayaan kepada kakitangan awam, terutama jika mereka terbabit dalam kemalangan ketika menggunakan kenderaan itu untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Kakitangan bawahan seperti pekerja rendah awam, pemandu, operator mesin dan pembantu am pejabat hanya mampu membeli kereta terpakai yang murah kerana tidak mampu membeli kereta baru.

“Kalau syarikat insurans pun tidak mahu lagi melindungi kenderaan mereka, apa lagi kemudahan yang mereka dapat nikmati kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini ketika di jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas tindakan beberapa syarikat menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga kurang RM10,000 kerana dianggap merugikan.

Syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans. Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas bernilai kurang RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara didaftar antara 1994 hingga 1999.

Omar berkata, jika syarikat insurans terus berdegil, Cuepacs akan meminta kerajaan campur tangan dalam isu berkenaan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata perlindungan insurans kenderaan baru lebih berisiko tinggi kerana terdedah kepada risiko kecurian dan kemalangan berbanding kenderaan lama.

Katanya, perlindungan insurans kenderaan baru juga lebih mahal kerana nilai pasarannya yang lebih tinggi, berbanding kenderaan lama yang lebih rendah harga pasarannya.

“Berbeza kenderaan baru, kadar tanggungan yang perlu dibayar oleh syarikat insurans terhadap kenderaan lama lebih rendah jika berlaku tuntutan.

“Tiada statistik yang menunjukkan pemilik kenderaan lama sering menuntut pembayaran insurans. Malah, terdapat ramai pemilik kenderaan yang melebihi 10 tahun tidak pernah membuat sebarang tuntutan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca memandang serius perkara itu dan mahu kerajaan mewujudkan satu garis panduan dan mekanisma mengenainya, termasuk menarik balik lesen syarikat insurans yang enggan memperbaharui insurans kenderaan lama.

Sumber: Berita Hairan

Isnin, 6 Julai 2009

BIARKAN GAMBAR BERCERITA - BENARKAH INI RUMAH WAK TEMPE




A-I-B: Buka jeles kerana orang lain ada, tapi tumpang gembira kerana dengan hasil jualan tempe sahabat kita mampu memiliki istana secantik ini. Wah!... hebat betul wak nie... Khabarnya bernilai RM24 juta.

Jumaat, 3 Julai 2009

MISTERI PETI BESI TUNKU ABDUL RAHMAN

KUALA LUMPUR 2 Julai – Misteri peti besi milik Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj akhirnya terbongkar setelah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan untuk membukanya secara rasmi hari ini.

Setelah mengambil masa kira-kira 30 minit, peti seberat 400 paun yang berada di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra sejak tahun 1994 itu akhirnya berjaya dibuka dengan bantuan sekumpulan pakar kunci besi.

Berita lanjut baca disini->

Khamis, 2 Julai 2009

BABI DI KEDAH VS PERAK DARUL RAMPAS

Assalamualaikum. Negeri Kedah negeriku... kini dilanda kontrovesi... lihat pula episod baru apa nak jadi dengan Kedah... Aku orang melayu, aku sayang melayu. Orang melayu islam, orang melayu lembut hati, ada orang melayu juga suka mendengki... Tapi orang cina... siapa tahu hati mereka...

Apakah kemelut babi ini didalangi oleh orang tertentu ataukah orang cina tak sabar yang kepentingan mereka itu tidak boleh langsung diusik walaupun diubah tempatnya ketempat yang lebih sesuai. Kalau isu ini dipolitikkan maka akan parah.

Aku tinggal di Serdang yang dulunya adalah kawasan hitam komunis. Cina yang tinggal disini adalah saki baki komunis. Semua perniagaan kedai disini mereka yang kuasai. Melayu cuma menjadi pembeli... kepentingan mereka memang sensitif.

Disinilah ujian getir Pakatan Rakyat... tapi sejak PR menawan Kedah berbagai cara dilakukan untuk menjadikannya seperti Perak tapi belum berjaya kerana belum kena kepada sensitifnya... apakah episod ini akan berpanjangan... dan akan mengikut jejak langkah Perak... tunggu dan lihat... salam.

p/s: komen pengunjung blog melalui email yang telah diedit. idah

Rabu, 1 Julai 2009

APABILA BABI DIPOLITIKKAN, MAKA JADILAH IA POLITIK BABI

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat-malaysiakini

petronas sub contractor 231105 thomas suDAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.