Rabu, 23 Oktober 2013

MANA SATU NAK PERCAYA!??



 Sebelah kanan ialah kenyataan pada 6 April 2013.
Sebelah kiri ialah kenyataan pada hari ini 22 Oktober 2013.

 Patut ler Che Det pernah cakap benda nie!....

Selasa, 8 Oktober 2013

GERAKAN TIRU IDEA PR UNTUK BANTU BN KEDAH DI SG. LIMAU


ALOR SETAR - Gerakan tekad menggunakan slogan yang sering dilaungkan PR ketika berkempen PRU13, ‘ini kalilah’ dalam membantu BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November ini.

Pengerusi Gerakan Kuala Lumpur, Lau Hoi Keong berkata, slogan itu bukan berniat untuk meniru pendekatan PR, tetapi untuk meyakinkan pengundi bahawa ‘ini kalilah’ perlu adakan perubahan di Dun Sungai Limau.

“Kita cukup serius dalam PRK ini dan akan bawa ahli-ahli di negeri lain untuk bantu BN, khususnya pada hari penamaan calon, 23 Oktober ini.

“Slogan ‘ini kalilah’ walaupun digunakan PR, tapi untuk mereka (PR) di Kedah sudah cukup untuk ubah daripada kerajaan PR kepada BN yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir,” katanya pada sidang media, di Pejabat Gerakan Kedah, di sini petang kelmarin.

Sambil melaungkan ‘ini kalilah untuk BN’, beliau berkata, PRK Dun Sungai Limau bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dimenangi.

Beliau  berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada siapa saja calon yang ditetapkan oleh BN, asalkan kemenangan itu berpihak kepada BN.

“Kita akan buat lawatan ke setiap rumah untuk dedahkan ‘ini kalilah’ untuk calon BN di Dun Sungai Limau selepas lima penggal berturut-turut dipimpin Pas,” katanya.