Rabu, 31 Oktober 2012

TERBAIK DARI LADANG - TANGGUH AES SEBELUM PRU13


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun baik tetapi tidak sesuai buat masa sekarang memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Moktar Radin, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihak pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menggunakan isu itu untuk menjatuhkan kerajaan BN.


Justeru katanya, untuk memberi keyakinan kepada rakyat terutamanya pengguna jalan raya, kerajaan wajar menangguhkan pelaksanaan AES.


"Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.


"Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan," katanya kepada
Sinar Harian Online melalui SMS, pagi ini.

Sebelum ini, pembangkang dengan lantang membantah dan meminta kerajaan menangguhkan pemasangan kamera AES.


Empat kerajaan negeri diterajui
Pakatan Rakyat mahu AES ditangguhkan. Semalam, Pemuda Umno juga mengambil pendirian mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan AES.

Dalam pada itu, beberapa Ahli Parlimen BN turut membantah pemasangan sistem itu termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan seperti Cuepacs, yang menggesa kerajaan menangguhkan dan mengkaji semula lokasi operasi AES yang dilihat tidak bersesuaian.


Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.


"AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya," katanya yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Selasa, 30 Oktober 2012

4 NEGERI PAKATAN TANGGUH AES


KUALA LUMPUR - Empat Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah. - Bernama

Khamis, 25 Oktober 2012

ALI TINJU PROMOSI LEMBU KORBAN KAK IJAT

Dulu Ali Tinju cari pasal dengan Zahid Hamidi. Teruk dia kena hentam dalam blog-blog mesra UMNO contohnya disini dan disini

Sekarang nie dia nak cari pasal pula dengan Kak Ijat. Tengok nada dia dalam FB pun sudah dapat diteka. Haha... apa cer Ali Tinju, Apa masalah ngko...

Jumaat, 19 Oktober 2012

FATWA SOI LEK - 1.2 JUTA RAKYAT HILANG PEKERJAAN, DIMANA UMNO!?...


Pemuda PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai “meracau” dan cuba menjadi “hero kartun” apabila mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan jika hudud dilaksanakan.

Ketuanya Nasrudin Hassan mempersoalkan kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu ekoran ia hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali, sekali gus dianggap tidak profesional dan tidak bernilai akademik.

“Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk 'syaitan yang dikenali' sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali?” katanya.

Dr Chua semalam mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Memetik SMS oleh individu tidak dikenali, beliau menyenaraikan pelbagai industri yang didakwa akan terjejas, termasuk resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan rumah urut.

Dalam kenyataannya semalam, Nasrudin berkata, Pemuda PAS mendesak Dr Chua segera memohon maaf kepada umat Islam dan seluruh rakyat kerana didakwa mencetus keresahan masyarakat.

“Ini adalah fitnah yang melampau. Sedangkan rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah SWT ini, sementara non-Muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka,” katanya.

Nasrudin juga menyeru supaya rakyat bijak memilih pemimpin masa depan negara, sekali gus menolak “syaitan yang dikenali bersama komponennya yang semakin meracau di usia lewat”.

Istilah “syaitan yang dikenali” digunakan meluas oleh pembangkang bagi menyindir BN ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memetik peribahasa Inggeris “better to choose the devil you know than the angel that you don’t know” (terjemahan langsung: lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali).

Cemuhan serupa turut disuarakan ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon yang berkata Chua "berkhayal" sehingga mengeluarkan dakwaan "mengarut" seperti itu.

"Dr Chua seperti meludah ke langit dengan mendakwa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, maka semua premis arak, judi, kafe siber dan refleksologi akan ditutup.

"Sebaliknya di dalam Selangor, ADUN MCA telah mengadu bahawa kerajaan negeri telah banyak meluluskan bilangan lesen kafe siber dan rumah urut yang sendirinya bertentangan dengan kenyataan Chua," katanya lagi.

Ahad, 14 Oktober 2012

POSTER 'RAYA HAJI DAN HOLLOWEEN' DI PAHANG

KUANTAN: Poster gergasi di sebuah pasar raya tersohor di sini mencetuskan rasa kurang senang pengunjung Islam ekoran cuba mencemarkan kesucian Islam dengan menyatukan sambutan Aidil Adha dengan Halloween.
Poster bertajuk Raya Haji and Halloween didakwa mempunyai unsur yang menyentuh sensitiviti umat Islam, bahkan gambar berlatar belakangkan Kaabah turut dicemari karikatur sambutan perayaan agama lain.

Menurut laporan Sinar Harian, pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azmi berkata, dia terkejut melihat poster gergasi yang digantung dalam pusat membeli-belah itu dan mempersoal tindakan penganjur yang tidak peka sensitiviti agama.

"Saya terkejut promosi digabungkan itu kerana mempersendakan Islam," katanya.

Justeru, dia meminta pihak berkuasa agama memantau perkara itu dan meminta penganjur menurunkan poster  itu.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menasihatkan penganjur supaya tidak menggabungkan perayaan agama Islam bersama agama lain sehingga melanggar sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz berkata, poster seperti itu tidak boleh dipandang ringan.

“Sebelum anjur program, pihak berkaitan perlu faham sensitiviti agama dan tidak menimbulkan perkara yang boleh menyentuh perasaan orang lain,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu boleh menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.

Tinjauan Harakahdaily di laman Facebook dan blog juga mendapati umat Islam melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.

Biarpun pihak penganjur didakwa telah membuat permohonan maaf, namun yang dipersoal bagaimana program itu diluluskan penganjurannya di peringkat awal.
Akhirnya poster tersebut dibuka semula setelah mendapat tentangan tapi bukan daripada PERKASA, JATI, PEKIDA atau UMNO

Menurut mereka, rekabentuk poster itu secara jelas menghina Islam apatah lagi gambar Kaabah yang merupakan kiblat solat orang Islam diletak bersebelah dengan gambar 'hantu labu' yang jadi simbol kepada Halloween.

Jumaat, 12 Oktober 2012

HAYAT UMNO SEMAKIN DEKAT - HANYA BERANI BERKOKOK DALAM SURATKHABAR


Tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional terutamanya barisan kabinet yang memulaukan pembentangan dan jawapan balas Ketua Pembangkang terhadap Belanjawan 2013 bukanlah amalan yang baik dalam sistem demokrasi.

Begitu juga keengganan Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai ekonomi walaupun beliau menggunakan peluang lintas langsung pembentangan Belanjawan 2013 untuk menyerang Ketua Pembangkang.

UMNO-BN jangan hanya berani berhujah dalam siaran televisyen atau di Dewan Rakyat semata-mata.

Selasa, 9 Oktober 2012

SEMAKIN HARI SEMAKIN NYANYUK ORANG TUA NIE!...




KUALA LUMPUR 15 Dis. – ‘Lawan menjadi kawan’ apabila isu yang dibincangkan adalah mengenai soal keamanan dunia dan tanggapan itu menjadi kenyataan apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjumpa empat mata dengan orang yang pernah digelarnya ‘penyangak mata wang’, George Soros.

“Terdapat beberapa perkara kami bersependapat seperti masalah di Palestin, mengenai tindakan sepihak Amerika dan kesilapan-kesilapan (yang telah dilakukan oleh Presiden Amerika George) Bush,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Soros yang kini berada di Malaysia untuk mempromosikan buku terbarunya, The Age of Fallibility, ingin bertemu Dr. Mahathir yang pernah menuduhnya sebagai bertanggungjawab menyerang mata wang negara-negara Asia sehingga menyebabkan berlakunya krisis ekonomi di sebahagian besar Asia pada 1997/1998.
Bagaimanapun, isu mengenai kewangan tidak banyak disentuh dalam pertemuan itu yang diadakan di Hotel JW Mariott di sini.

Sebaliknya Soros memberitahu bahawa alasan beliau ingin bertemu Dr. Mahathir ialah kerana beliau berkongsi minat dengan bekas Perdana Menteri itu untuk mempromosikan keamanan dunia selepas kedua-dua mereka saling berutus surat.

Pada sidang akhbar kemudian, Dr. Mahathir berkata, beliau menerima penjelasan Soros bahawa beliau secara peribadi tidak terlibat dalam spekulasi mata wang itu dan kejatuhan nilai ringgit adalah disebabkan pedagang-pedagang mata wang yang lain. Selanjutnya...

Isnin, 8 Oktober 2012

MENTERI TAK CERDIK - SOKONG RIDHUAN TEE ABDULLAH

RIDHUAN TEE ABDULLAH
8 Oktober 2012
Saya amat tidak faham kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) sanggup menerima memorandum Dong Zong mengenai tuntutan mereka yang amat ultra kiasu mengenai sekolah Cina. Sudahlah begitu, ia menimbulkan ketidakselesaan MCA.

Sama ada benar atau tidak MCA tidak selesa, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang saya tahu, selagi mana ia menguntungkan Cina, itulah MCA, DAP, Gerakan dan NGO ultra kiasu lain, sama sahaja. Tidak hairan jika MCA Kapar mencalonkan menteri itu sebagai Menteri Pelajaran.

Berdasarkan Bajet 2013, kelihatan seolah-olah kedudukan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah Cina sama. Jangan dibanding dengan sekolah agama kerana tidak disebut langsung.

Malangnya, masih ada puak tidak bersyukur. Terbaharu, MCA menuntut bantuan RM50 juta diberi kepada Sekolah Menengah Cina (SMJKC), setiap tahun tanpa perlu diminta. Kayalah sekolah mereka. Untuk makluman, jutawan mereka turut menabur duit di sana. Tanyalah Dong Jiao Zong.

Tuntutan kumpulan ultra kiasu bukan perkara baru. Tetapi mereka ini beri betis hendak peha. Mereka sedang memanipulasi keadaan sepenuhnya sebelum PRU13, kerana belum tentu keputusan PRU13 berpihak kepada mereka. Apakah kita masih buta? Berulang kali telah saya katakan, bahawa tidak ada pendidikan sebegini di dunia lain, melainkan negara kita. Toleransi kita selama ini amat tinggi.

Ramai orang dari China yang melawat negara kita dan melihat sistem pendidikan, berasa pelik. Kenapa ada sekolah perkauman dalam sebuah negara yang beridentitikan Melayu. Sudahlah kerajaan membenarkan sekolah Cina, pada masa sama sekolah Cina lebih Cina dari negara China.

Alasannya, untuk kepentingan ekonomi, kerana kuasa China akan bangkit. Apakah sumbangan ekonomi sudah cukup mengatakan bahawa kita sudah patriotik? Nilaian kita terlalu kebendaan.

Banyak negara yang tidak boleh berbahasa Cina tetapi masih berurusan dengan negara China.
Pengunjung blog saya dan ultra kiasu selalu bertanya, kenapa anak saya berada di sekolah Cina sedangkan saya lantang mengkritik? Terus terang, anak saya tidak mempunyai masalah langsung dalam menyahut agenda kebangsaan. Bahasa Melayu mereka tip top. Saya hanya mahu anak saya menguasai bahasa Cina untuk perkembangan dakwah. Titik.

Mereka perlu menguasai bahasa ini bagi tujuan dakwah. Siapa lagi yang akan berdakwah kepada mereka, kalau bukan mereka yang berlatarbelakangkan Cina. Mungkin saya gagal, tetapi orang lain tidak perlu gagal. Lagi pula, anak saya tidak cair dalam arus kecinaan, tetapi penuh dengan jati diri keislaman.

Toleransi kerajaan terhadap sekolah Cina amat tinggi. Kenapa tidak dihargai? Kenapa kita harus melayan mereka atas nama demokrasi. Jika begitu keadaan, banyak lagi memorandum dalam perjalanan termasuk menghalalkan LGBT atas nama demokrasi.

Saya harap pemimpin Umno tersebut sedar apa yang dia cakap. Terbaharu, beliau menawarkan diri untuk hadir dalam mesyuarat NGO ultra kiasu bagi menyelesaikan segala masalah berhubung sekolah Cina. Sepatutnya beliau pergi mendengar rintihan sekolah agama yang begitu daif keadaannya. Jangan bercakap sekadar untuk kepentingan politik.

Inisiatif Kementerian Pelajaran untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, bagi memastikan subjek tersebut boleh diajar dengan berkesan di sekolah Cina dan menyeragamkan pengajaran subjek ini dengan sekolah kebangsaan pada tahun 2014, menimbulkan kebimbangan kepada ultra kiasu dan terus ditentang ultra kiasu.

Pada mereka, sebarang penambahbaikan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Cina. Agenda mereka Cina, Cina, Cina. Tidak ada sedikitkah agenda memperkasakan bahasa Melayu? Saya harap kerajaan bertegas. Biar pelat sedikit bahasa Cina tidak mengapa, asalkan jangan jahil bahasa kebangsaan.

Ini tidak termasuk tuntutan lain seperti, masalah kekurangan guru, peruntukan tambahan kepada sekolah Cina, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dan meluluskan pembinaan sekolah persendirian Cina di merata tempat dan lain-lain lagi.

Jika semua tuntutan ini dipenuhi, apakah bentuk 1Malaysia yang dicitrakan?

Saya cadangkan buatlah kajian mendalam tentang sumbangan sekolah Cina terhadap pembangunan jati diri negara dan semangat patriotisme sebelum bantuan diberikan. Jika hasilnya positif, saya akan sokong apa jua tuntutan mereka. Bertindaklah dengan cerdik.

Jumaat, 5 Oktober 2012

PEMBANGKANG FITNAH DISLIKES DALAM #TanyaNajib Bajet 2013

 Dislikes setakat hari ini - (11,818 dislikes)


Semalam - semasa sesi chat online sebelum diprivetkan (1,413 dislikes)

Isnin, 1 Oktober 2012

AMARAN NIK AZIZ - JANGAN GUNA ROYALTI KELANTAN

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan hasil royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi.

“Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan.
"Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu.



Tuan Guru bagaimanapun mengakui belanjawan berkenaan lebih kepada ‘membeli undi’.

“Apa tujuan beli undi. Apabila dekat nak pilihanraya perbelanjaan lebih daripada biasa, jadi orang kata beli undilah.

“Kerajaan tolak (menafikan) yang mereka berbuat demikian itu hak dialah, tetapi rakyat sekarang dah semakin sedar ada perkara yang pelik berlaku sebelum pilihanraya,”ujarnya.

Tambahnya, sebelum pilihanraya tidak berlaku perkara sebegini (tawaran untuk rakyat dalam bajet), jadi mahu tidak mahu ianya bertujuan untuk beli undi.

Ketika ditanya adakah membeli undi seumpama memberi rasuah, beliau berkata ianya bukan masaalah rasuah yang ingin diperkatakan.

Tetapi tambahnya seperti meletakkan taraf rakyat dengan sesuatu yang tidak wajar sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.