Selasa, 31 Mei 2011

4

KULAIJAYA: “Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob, semalam.

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.

“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.


Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.

Isnin, 30 Mei 2011

TARIF LETRIK NAIK 7% - TERIMAKASIH UMNO

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.


Ulasan: Seperti biasa, pihak jurucakap KERAjaan akan memberi alasan bahawa kenaikkan tarif ini tidak dapat dibendung akibat daripada kenaikkan bahanapi bagi menjana sumber elektrik.

Sebagai langkah berjimat cermat, adalah disyorkan agar rakyat menggunakan pelita minyak tanah sebagai alternatif untuk menerangi rumah masing-masing. Manakala bagi memasak pula disyorkan kembali ke kaedah lama iaitu menggunakan kayu api.

Ahad, 29 Mei 2011

UMNO DAH MAKIN KARAM, MINTA NYAWA DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU 29 Mei — Masyarakat berketurunan Cina di negeri ini diminta untuk bersama-sama membantu Barisan Nasional (BN) dalam semangat setiakawan, membantu parti ini menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad said berkata, walaupun jumlah pengundi Cina di negeri ini adalah minoriti, namun peranan serta komitmen mereka sangat penting bagi membolehkan BN merampas kembali beberapa kerusi yang dimenangi parti pembangkang.

"Kita berharap masyarakat Tionghua di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajan BN dan saya yakin mereka tidak ada masalah untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Bangunan Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu di sini hari ini.

Beliau turut berharap kira-kira 9,000 pengundi Cina di negeri ini bersatu bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang selain bersama-sama mencorak kestabilan politik dan pembangunan di Terengganu. — Bernama

Jumaat, 27 Mei 2011

JAWATAN KOSONG YANG BENAR-BENAR KOSONG

Jawatan Kosong memang benar-benar 'kosong'. KERAjaan dah tak ada duit nak bagi gaji pada pekerja baru. link

Selasa, 24 Mei 2011

MAKCIK GILA BABI - SEJAUH MANA PERKASA DAN KDN NAK BERTINDAK

Ini salah satu gambar yang terdapat dalam laman blog wordpress makcik gila babi yang menamakan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Dan banyak lagi gambar-gambar yang menghina ajaran agama islam.

Posting paling terkini dalam blog berkenaan adalah pada 24 Mei 2011. Dan sekarang, blog tersebut telah pun dipadamkan tetapi ianya masih boleh dilihat disini.

Tuan tanah blog tersebut juga mencabar PERKASA dan pihak polis untuk menangkapnya.

Sebahagian kata-kata makcik gila babi tersebut di bawah.

"Bila pulak kaki merungut PERKASA nak himpunkan report yang berpuluh-puluh menentang makcik, ye? Tak pasal-pasal babi PERKASA nak menyerang 35 paderi-paderi yang tidak bersalah. Suruh polis tangkap makcik lagi berbaloi kan? Adakah agama Islam terancam oleh 35 orang paderi ataupun seorang makcik Melayu beragama Islam yang membongkarkan rahsia kecelakaan babi Muhammad? Bincangkan dalam ruangan komen".

Kita nak tengok sejauh mana tindakan PERKASA tajaan Berahim Ali nak berdemo membantah dan buat laporan polis terhadap blog tersebut.

KDN serta menteri amaran seperti biasa sekadar memberi amaran... amaran.... dan amaran..... Meluat aku!....

Isnin, 23 Mei 2011

USAHAWAN IKS MELAYU MELAKA DIPINGGIRKAN

Gambar hiasan

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa kerajaan negeri Melaka lebih menjaga kepentingan pelabur asing berbanding peniaga kecil yang terdiri daripada warga tempatan.

Presidennya, Mohd Redzuan Abdullah berkata, sebagai bukti, beberapa isu yang dihadapi kini membabitkan kira-kira 100 peniaga kecil yang diarah berpindah dari premis perniagaan asal mereka atas alasan projek pembangunan.

Menurutnya, antara lokasi yang menjadi pertikaian kini termasuklah peniaga sekitar gerai milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersebelahan bangunan Hatten Square di Banda Hilir, peniaga di Taman Mini Malaysia dan Taman Buaya.

Katanya, kerajaan negeri tidak serius di dalam menangani masalah mereka apatah lagi terus mengabaikan soal kebajikan peniaga terlibat hanya semata-mata ingin memastikan projek pembangunan yang dirancang terlaksana.

"Kami melihat tindakan kerajaan negeri lebih memihak kepada pelabur asing demi untuk menjaga hati mereka sedangkan segala tuntutan peniaga dan kesusahan yang dihadapi peniaga setelah berpindah langsung tidak diendahkan.

"Memang ada mereka beri pampasan atau sagu hati tetapi jumlah yang diberikan bagi kami terlalu kecil berbanding kesulitan terpaksa ditanggung peniaga akibat perpindahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan lebih 20 peniaga kecil di Banda Hilir yang terlibat dengan arahan berpindah. Selanjutnya

Jumaat, 20 Mei 2011

PROJEK BANGANG - DAH BUAT BARU SEKARANG NAK KAJI SEMULA

Kerajaan bercadang melaksanakan semula penggunaan syiling satu sen supaya ia dapat membantu mengatasi beban rakyat yang menghadapi kenaikan harga barang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan tersebut akan dibangkitkan dalam satu mesyuarat yang akan dipengerusikan beliau tidak lama lagi.

Menurutnya, langkah tersebut untuk membendung kenaikan harga yang tinggi disebabkan kaitan dengan nilai satu sen yang tidak digunakan lagi sejak 2008.

"Misalnya, jika harga ditetapkan RM1.71, ia ditambah sebanyak empat sen untuk menjadikannya RM1.75 sen. Sudah tentu memberi keuntungan kepada peniaga tetapi membebankan rakyat," kata beliau selepas berucap kepada lebih 5,000 penduduk yang menghadiri Program Turun Padang Timbalan Perdana Menteri ke Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Pada April 2008, syiling satu sen tidak digunakan lagi untuk pembayaran di kaunter, sebaliknya semua bayaran bil digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat.

Menerusi mekanisme itu, jumlah keseluruhan bil berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh akan diturunkan kepada lima sen terdekat manakala bil berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan dinaikkan kepada lima sen terdekat.

Komen: Dulu sebelum buat, tak nak fikir betul-betul kesannya terhadap ekonomi rakyat. Tapi kini bila tokey-tokey dan kroni dah jadi kaya-raya disebabkan nilai 1 sen, baru sekarang sedar projek nie sebenarnya projek bodohkan rakyat.

Apa punya turrr!....

Khamis, 19 Mei 2011

BERITA GEMBIRA - TARIF ELEKTRIK PULA BAKAL NAIK

Kalau sebelum ini kita mendapat durian runtuh akibat daripada kenaikkan harga gula dan minyak RON97 dan RON95, kini sekali lagi kita bakal meraikan pula kadar kenaikkan tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.

Berita gembira ini memang telah dijangka sebelum pilihanraya Sarawak yang lalu. Cuma ianya ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan sehingga selesainya pilihanraya tempohari.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini. Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

Suka atau tidak suka, kita terpaksa terimanya selagi UMNO-BN berkuasa. Anda berhak marah tentang keputusan kerajaan menaikkan sesuatu harga barang atau perkhidmatan namun anda juga perlu salahkan diri anda kerana anda lah puncanya.

Persoalannya, "kenapa anda perlu marah"!...

KINI GILIRAN KAK ROS PULA JADI PAK TURUT UMNO

PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

TV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.

Sejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.

PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.

BERAHIM KATAKI DIBELA OLEH MENTERI JAMBU

Apabila presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka terus mencabar kedudukan Islam di negara ini, ia menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia, tetapi nampaknya tidak begitu halnya dengan pemimpin kerajaan.

Menteri Jambu Dalam Negeri dengan cepat menegaskan bahawa pandangan Ibrahim itu tidak mewakili semua orang Islam di Malaysia.

Menteri Jambu juga berkata ektremis juga wujud dalam masyarakat Cina, tetapi beliau tidak menamakan mereka. Video inside

Selasa, 17 Mei 2011

KENAIKKAN HARGA PETROL BUKTI KERAJAAN PRIHATIN NASIB RAKYAT

Kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga minyak RON95. Selanjutnya...

Inilah buktinya tanda terimakasih KERAjaan terhadap rakyat terutamanya kepada pengundi-pengundi tegar UMNO-BN. Undilah lagi...

Ahad, 15 Mei 2011

UMNO PENGEDAR VCD HARAM

SELAYANG, 15 Mei: Umno BN sudah hilang rasa hormat terhadap majlis-majlis agama kerana keghairahan mereka mengaibkan dan menjatuhkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara ini terbukti apabila Umno mengedarkan video cakera padat (VCD) seks yang dituduh kononnya pelakunya ialah Anwar di setiap program PKR termasuk di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah az-Zuhaily dari Syria, di Stadium Selayang malam tadi.

Anwar dalam ceramahnya berkata, Umno BN sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor. Selanjutnya

Khamis, 12 Mei 2011

REZEKI KEDAI MAMAK BILA GULA NAIK!...

KUANTAN: Tidak sampai 24 jam harga gula dinaikkan 20 sen kepada RM2.30 sekilogram kelmarin, ada peniaga restoran di bandar ini mula mengambil kesempatan turut menaikkan harga minuman.

Tinjauan di sebuah restoran di sini mendapati segelas teh tarik dijual RM1.50, naik 20 sen berbanding RM1.30 sebelumnya.
Pengguna, Azman Hassan, 32 berkata, beliau terkejut apabila melihat bil yang menyatakan segelas teh tarik berharga RM1.50.
"Tidak sampai 24 jam, peniaga menaikkan harga yang dianggap tidak munasabah dan membebankan pengguna kerana ia hanya membabitkan kenaikan gula," katanya.

Rakannya, Mohd Ashraf Zulkifli, 25, pula mahu tindakan tegas dikenakan terhadap peniaga yang sengaja cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

"Setiap kali pengumuman kenaikan harga gula atau barang keperluan harian seperti tepung atau susu, harga makanan atau minuman naik. Sepatutnya, peniaga tidak menjadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan," katanya.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah rasionalisasi yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.
Sementara itu, Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Datuk Mohd Firdaus Abdullah ketika diminta mengulas menganggap tindakan peniaga sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, PPPM membantah tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan disebabkan kenaikan harga gula.

"Kita kesal dengan tindakan peniaga yang tidak prihatin dan menjadikan pelanggan sebagai mangsa untuk mengaut keuntungan," katanya.

Rabu, 11 Mei 2011

PENULIS BLOG MARAHKU BLOGSPOT TIADA TELOR

Blog berani buat, tapi tak berani tanggung. Inilah contoh kemunafikkan seorang blogger spesis pencacai UMNO. Hahaha!.... Baca cerita selanjutnya di bawah.

Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya “konspirasi negara Kristian”.

Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri.

“Sebuah blog yang 'mendedahkan' isu negara Krstian telah memadamkan entri berkenaan. Mengapa?” soal Khairy pada laman mikro-blognya di Twitter.

“Jika penulis blog itu memadamkan pautan itu kerana beliau menyedari apa yang ditulis adalah tidak benar, maka ia sudah terlambat. Kerosakan telah dilakukan. Bagaimanapun, saya menunggu hasil siasatan,” tulisnya lagi.

Blog Shamsul di marahku.blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan.

Utusan memetik postingnya yang berjudul “Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?” yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri.

Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya.

Namun, seorang lagi penulis blog pro-Umno yang dipetik oleh Utusan - Zakhir Mohamed, yang menulis di Bigdog.com, masih menulis dan meneruskan isu berkenaan di blognya.

Utusan memetik tulisannya yang berjudul“Making Christianity the official religion?” yang mendakwa 35 paderi pada satu majlis yang dianjurkan oleh ahli parlimen DAP Jelutong mengambil ikrar untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Selasa, 10 Mei 2011

TERIMAKASIH BN KERANA MENAIKKAN HARGA GULA

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula yang berkuat kuasa tengah malam tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, kenaikan harga dari RM2.10 kepada RM2.30 itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi semalam.

Tidak cukup dengan kenaikkan harga minyak RON97 tempohari, kini kerajaan BN menaikkan lagi harga gula pula. Dan selepas ini anda tidak perlu risau lagi kerana harga barangan lain akan turut dinaikkan dalam tempoh terdekat.

Terimakasih BN kerana memberikan hadiah kenaikkan harga barang kepada rakyat pada saat-saat rakyat sedang menderita sekarang ini. Sokonglah lagi!....

Sabtu, 7 Mei 2011

UTUSAN MALAYSIA: PEROSAK FIKIRAN RAKYAT

RAKYAT DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN UMNO-BN

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan BN supaya tidak terus “memperbodohkan” rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui “pembohongan” semata-mata untuk berkuasa, lapor TV Selangor.

Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa dalam siri jelajahnya malam tadi, Anwar berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang diramalkannya sebelum bulan Ramadan ini.

“Saya benci sikap pimpinan Umno yang anggap orang Melayu bodoh. Asal baca Utusan Malaysia dia anggap bodoh semua. Jangan berikan maklumat palsu. Semua kenaikan harga dan kos barangan naik jangan beritahu. Maknanya dia anggap rakyat ini bodoh,” katanya.

“Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,” katanya secara berseloroh.

Malah ujar Anwar, serangan bertali arus Umno terhadap beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan sikap cemas BN yang semakin hilang kepercayaan rakyat.

“Sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.

“Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas,” katanya di hadapan kira-kira 4,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu.

Tegas Anwar, rakyat terutamanya orang Melayu diperbodohkan dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.

“Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.

“Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya,” katanya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah.

“Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes.

“Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh,” katanya.

Anwar juga berkata, Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu.

“Kes (liwat) saya, bila saya minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang saya untuk dibicarakan di mahkamah syariah.

“Jadi ini macam mana? Bila saya mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang saya,” katanya merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.

“Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, saya tidak buat tapi kata saya buat,” tambah Anwar.

Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.

Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil membela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Khamis, 5 Mei 2011

BALA PERTAMA HASIL SUMPAH LAKNAT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengenepikan saman yang dikemukakan oleh salah seorang trio (3yo) 'Datuk T' berhubung projek pembinaan 'jambatan bengkok' bernilai RM20 juta.

Keputusan berkenaan dibuat oleh hakim Datuk VT Singham yang berkata, penganugerahan projek berkenaan tidak lagi wujud, maka tuntutan berkenaan juga perlu ditolak.

"Satu klausa dalam perjanjian kerja itu menyebut, sekiranya projek itu gagal dimulakan, dia perlu membayar semula RM20 juta itu," kata Singham.

Begitu pun, Singham turut mengakui peranan 3yo dalam mendapatkan projek berkenaan bagi syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

3yo yang merupakan pengarah dalam syarikat Aman Agropreneur Sdn Bhd menamakan Merong Mahawangsa dan pengarah eksekutifnya Yahya Abdul Jalil sebagai defendan dalam kes saman RM20 juta bagi dakwaan pelanggaran kontrak itu.

Beliau mendakwa, Yahya dan syarikat tersebut telah menemui beliau pada tahun 1998 bagi mendapatkan projek pembinaan jambatan kontroversi itu.

3yo berkata, beliau telah dijanjikan pegangan sebanyak 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa bagi mendapatkan pembiaya untuk projek berkenaan melalui hubungan baiknya dengan sumbernya di dalam kerajaan.

Inilah bala pertama hasil sumpah laknat yang beliau lakukan terhadap DSAI

Rabu, 4 Mei 2011

MINYAK RON97 NAIK LAGI!...

Minyak RON97 naik lagi. Padan muka hangpa!.... makcik-makcik dan pakcik-pakcik felda pasti gembira... sokonglah lagi!...