Isnin, 25 Februari 2019
TIADA KEMASUKKAN 90J DANA 1MDB KE AKAUN PAS
Khamis, 7 April 2011
PEGAWAI KASTAM PULA MATI DI BANGUNAN SPRM SELEPAS TEOH BENG HOCK
Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.
SPRM juga mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari.
Oleh kerana pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat, beliau menunggu di lobi bangunan sehingga jam 9.30 pagi sebelum datang seorang pegawai lain untuk mengiringi Allahyarham ke sebuah bilik ‘pantry’ di tingkat tiga.
Katanya, kira-kira 45 minit selepas itu, pegawai yang mengiringinya meninggalkan Ahmad Sarbani sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui Allahyarham.
“Apabila pegawai pengiring terbabit masuk semula ke bilik rehat, beliau dapati pegawai kastam itu sudah tiada dalam bilik. Selepas mencari di sekitar kawasan pejabat, seorang pegawai kami terlihat satu tubuh manusia atas lantai di tingkat satu,” katanya.
Beliau berkata, SPRM kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum menghubungi keluarga dan majikan mangsa.
Siasatan terhadap Allahyarham dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat menerusi Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman.
Selepas operasi itu, sejumlah RM602 juta wang yang terbabit dalam pengubahan haram dibekukan, RM382 juta harta disita, manakala RM31.2 juta lagi dilucutkan hak. Siasatan menemui simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.
Sementara itu, menurut sumber, ada beberapa saksi melihat Ahmad Sarbani berlari ke arah tingkap di tingkat tiga sebelum jatuh ke tingkat satu yang dikatakan digunakan sebagai gelanggang badminton. Mangsa cedera parah pada muka dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber turut berkata, Allahyarham datang ke pejabat SPRM untuk menukar kenyataannya kepada SPRM sebelum ini serta mendapatkan tandatangan pengesahan pada borang yang menyatakan beliau dibebaskan dengan jaminan.
Rabu, 3 November 2010
Isnin, 16 November 2009
SPRM LEBIH SAYANGKAN PAS BERBANDING BN - Nizar I Zambry I PKFZ

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sinis menyifatkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cepat melakukan siasatan melibatkan pemimpin PAS berbanding pemimpin Umno BN sebagai 'peka' terhadap PAS.
Menurutnya, tindakan SPRM yang cepat memberi respon untuk membuka kertas siasatan terhadap penajaan haji Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, seolah-olah mereka peka untuk menyelamatkan PAS berbanding BN.
Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!
“SPRM cukup peka untuk selamatkan PAS,” ujarnya kepada wartawan di sini, kelmarin.
Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan sikap SPRM yang terlalu cepat melakukan siasatan apabila membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Lebih mengecewakan katanya, SPRM juga dakwanya sering bertindak hanya hanya berdasarkan laporan media sahaja walaupun tiada aduan dilakukan.
Keadaan itu katanya berbeza apabila melibatkan pemimpin Umno dan BN di mana SPRM lewat bertindak seolah olah mahu mengelak dari membuat penyiasatan.
SPRM sehingga kini berdepan dengan tanggapan melakukan penyiasatan dan pendakwaan terpilih ekoran dilihat cepat bertindak terhadap apa-apa dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berbanding pemimpin Umno BN.
Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sebenar dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?
Sabtu, 12 September 2009
NAJIB ALTANTUYA - MALANGNYA NASIB BEKAS PRESIDEN TAIWAN, KALAU IANYA BERLAKU DI MALAYSIA PASTI SELAMAT
Shui-Bian turut diarahkan membayar denda sebanyak AS$6 juta (RM20 juta) selepas didapati bersalah menggelapkan dana kerajaan, memindahkan wang dan menerima rasuah, kata mahkamah daerah di Taipei dalam satu kenyataan semalam.
Isteri beliau, Wu Shu-Chen turut dijatuhkan hukuman sama.
Beratus-ratus penyokong Shui-Bian melancarkan demonstrasi berhampiran mahkamah dan beberapa orang daripadanya membaling botol plastik dan sampah ke arah polis sebaik saja hukuman diumumkan.
Menurut pendakwa, Shui-Bian menggelapkan wang lebih AS$3 juta (RM10 juta) daripada dana pejabat presiden, menerima rasuah sekitar AS$9 juta (RM31 juta) dalam perjanjian perolehan tanah dan AS$2.7 juta (RM9.4 juta) untuk membantu seorang kontraktor mendapat projek kerajaan.
Hukuman diterima bekas presiden itu adalah kali pertama berlaku di Taiwan membabitkan pemimpin tertinggi negara ini.
Shui Bian menyifatkan hukuman yang diterimanya itu sebagai bermotifkan politik.
Khamis, 20 Ogos 2009
Isnin, 27 Julai 2009
BLOG T4TBH BODOHKAN SPRM DAN UMNO-BN
Aku tak nak kata yang buat laman blog http://t4tbh.blogspot.com tu orangnya bodoh tapi aku nak kata orang yang percaya isi kandungan blog tu yang bodoh termasuk SPRM dan UMNgok.
Disebalik pembinaan laman blog tersebut, sebenarnya ia bertujuan untuk memerangkap UMNO-BN dan SPRM. Siasatlah..., kerana ini menunjukkan kebodohan anda lagi terserlah. Silap-silap haribulan, orang UMNgok sendiri yang kantoi!... Tapi jangan susah, kalau UMNgok terjerat... kami akan tutup kes.
Ahad, 22 Mac 2009
Wujud 2 undang-undang rasuah di Malaysia!
BESUT, 22 Mac (Hrkh) - Apakah Malaysia menggunapakai dua undang-undang berkaitan rasuah apabila pemimpin Umno yang disahkan terbabit dengan rasuah tidak diambil tindakan malah didiamkan begitu sahaja.
Sebaliknya kalau tuduhan dibabitkan pemimpin Pakatan Rakyat atau pegawai kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasar kepada amalan di negara ini sekarang kelihatan dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin Umno seperti dikecualikan daripada dikenakan tindakan.
"Buktinya dapat dilihat apabila rasuah yang berlaku dalam Umno dianggap tidak menjadi satu kesalahan, sebaliknya kalau berlaku membabitkan orang lain tindakan segera diambil.
"Mana ada negara mempunyai dua undang-undang mengenai rasuah seperti di Malaysia. Biar pun mereka cuba menggunakan istilah rasuah politik namun kesalahan tetap sama, katanya pada ceramah di Kampung Gong Penaga dekat sini, baru-baru ini.
Baru-baru ini, Lembaga Displin Umno memutuskan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam didapati bersalah mengamalkan politik wang ketika kempen merebut jawatan utama dalam Umno sempena Perhimpunan Agung parti tu bermula minggu ini.
Naib Presiden Umno itu sebelum ini menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Ustaz Kamal Saari berkata, politik wang dan rasuah merupakan kesalahan yang sama kerana ia melibatkan pemberian wang bagi memenangkan jawatan yang ditandingi.
Katanya, kesalahan tersebut begitu besar dan tidak pula disiasat SPRM biar pun banyak pihak membuat laporan kepada badan itu terhadap kesalahan yang dilakukan Mohd Ali.
Tuan Ibrahim juga berkata. Dato' Seri Najib Razak dikatakan agak kelam kabut memandangkan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi belum lagi menetapkan tarikh penyerahan tugas.
"Saya difahamkan sudah tiga kali Najib bertemu Abdullah bagi mendapatkan tarikh penyerahan kuasa," katanya.
Menurutnya bakal perdana menteri kini dihantui banyak masalah peribadi termasuk dakwaan sebuah akhbar di Perancis, di mana Najib dilaporkan mengenali Altantuya, wanita Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam di negara ini.
Kata beliau Pemuda Umno sepatutnya berarak ke kedutaan Perancis di ibu negara bagi menghantar memorandum bantahan terhadap penyiaran berita tersebut sekiranya Timbalan Perdana Menteri benar-benar tidak terbabit.
Beliau juga berkata, imej Najib tambah teruk apabila beliau dikatakan menjadi peneraju utama kepada 'rampasan' kuasa di Perak sehingga menyebabkan wujudnya dua kerajaan di negeri itu sekarang.
"Ekoran tindak tanduk pemimpin terbabit menyebabkan suasana politik di Perak tidak lagi aman melainkan dibubarkan Dewan Undangan Negeri," ujarnya.
Catatan: Undang-undang SPRM hanya untuk parti bukan kerajaan dan rakyat.
Rabu, 4 Mac 2009
KISAH RAJA, 3 LAKSAMANE & MENTERI PASOLA
Alkisah, tikar mengkuang terbang milik laksamana Do pun berlepas. “Wahai tiko mengkuang teman yang pande terobang, mike singgah le di negeri Perak Darul Ridzuan…zam-zam…allla kazam!”
Zusss…
Sesampe sahaje tige laksamane yang gagoh perkase di negeri berkenaan, amat masghullah mereka. Arakian melihatkan betapa porak perandanya negeri berkenaan. Dahulu, Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang permai dan makmur, le ni udah bertuko menjadi negeri yang mamai dan hancur.
“Wahai memanda menteri, cuba mike teropong ke hujung padang sana. Pada firasat beta, seakan-akan ada lembaga yang sedang mengintai-ngintai ke arah kite semua.” Sang Raja bersuara.
Lalu memanda menteri pun meneropong… “Benar tuanku…ada tige orang, gayanye macam oghang luo, deme seakan laksamane Do Re Mi seperti yang pernah tuanku mimpikan dahulu…”
Tidak lama, bertemu dan berlabunlah tiga laksamane dengan memanda menteri dan paduka raja. Dikisahkanlah segala yang berlaku. Angkara jahat Menteri Pasola yang telah merompak dan menggulingkan kerajaan yang ada. Hingga kini, raja dan memanda menterinya pun terpaksa bersidang di ‘bawah pokok’ adanya.
“Tuanku jangan bimbang…sembah Laksamane Re. Ini…teman ada teropong ajaib. Dengan teropong ini, kita boleh mencari di mana Menteri Pasola berada. Kita juga boleh mengetahui apakah kelemahan-kelemahan pada diri Menteri Pasola.”
Maka diteroponglah oleh Laksamane Re. Dilihatnya Menteri Pasola sedang mengudap roti telur cecah sambe sardin…seakan-akan di Karai atau Pekan Manong…eh bukan, bukan Pekan Manong…tapi Pekan Pahang adanya.
Kemudian, dia meneliti apakah kelemahan-kelemahan pada Menteri Pasola. Dia memulas-mulas teropongnya, agak susah juga mencari apa kelemahan Menteri Pasola. Kerana setiap sudut ada sahaja penutupnya. Di sudut kiri ada Sang Musang, di kanan ada Guni Bertahil, di bawah ada Said Pak Porno (namanya dikaitkan dengan anankandanya yang ditangkap sewaktu mengedo cakera porno di Sulawesi Utara), di atas pula ada Tiang Seli Usop 2020…makna kata, keliling-kelalangnya penuh ‘body guard.’
“Ampuan tuanku. Teman udah nampok di mana orang yang menjadi punca segala masalah ini…ya, Menteri Pasola sedang berenak-enak melantak roti telo cecah sardin di Pekan Pahang tuanku…”
Dipendekkan cerita, ketiga-tiga laksamana itu pun berangkatlah lagi dengan tiko mengkuang ke Pekan Pahang. Perjalanan tidaklah begitu senang, memandangkan banyak juga sekatan polis udara anak-anak buah si Musang Hasang…mujo lah si Laksamana Mi mempunyai harmonica ajaib, bila ditiup sahaja, mereka pun ghaib.
Sesampai sahaja mereka di Pekan Pahang, mulalah tiga laksamana cerdik dan gagah itu bermesyuarat. Apakah caranya mengalahkan Menteri Pasola yang ‘biadap’ dan ‘kurang hajar’ itu. Biadap kerana berani melanggar dan memporak-perandakan negeri Perak Darul Ridzuan dan kurang hajar kerana menghina Raja Perak dengan membiarkan para menteri bersidang di bawah pokok ketapang di tepi padang.
“Wahai pangsi atau harmonika ajaib, che mike kabo ke teman…apakah rahasia kelemahan si Menteri Pasola lahanat ini…Fiiiiung….Jeng…jeng…!”
Maka, dapatlah diketahui akhirnya bahawa, kelemahan Menteri Pasola ini hanya ada satu sahaja…iaitu: ISTERINYA!
Dan ketiga-tiga laksamana itupun tahulah apa tindakan mereka seterusnya….kita cerita lain kali pulak ye…