Memaparkan catatan dengan label selsema babi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selsema babi. Papar semua catatan

Rabu, 1 Julai 2009

APABILA BABI DIPOLITIKKAN, MAKA JADILAH IA POLITIK BABI

DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat-malaysiakini

petronas sub contractor 231105 thomas suDAP Kedah memutuskan untuk keluar dari gabungan Pakatan Rakyat negeri itu kerana membantah tindakan kerajaan negeri merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Alor Star.

Sebelum itu, pada jam 3.30 petang petugas Majlis Bandaraya Alor Star menjalankan operasi merobohkan pusat penyembelihan tersebut.

Berikutan itu, Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su dan penyokongnya cuba menghalang operasi tersebut tetapi tidak berjaya.

DAP negeri kemudiannya mengadakan satu mesyuarat tergempar untuk membincangkan insiden tersebut.

Dan pada kira-kira jam 5 petang tadi, Thomas mengumumkan keputusdan DAP Kedah/Perlis untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Sementara itu, difahamkan ibupejabat DAP di ibungara akan mengadakan mesyaurat tergempar esok untuk membincangkan perkara tersebut.

Ahad, 3 Mei 2009

Selsema Babi, oppsss!.. bukan "Virus Influenza A (H1N1)

PULAU PINANG 2 Mei - Sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada kes virus influenza A (H1N1) di Pulau Pinang, seorang lelaki rakyat New Zealand hari ini diletakkan di bawah pengawasan di wad pengasingan Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengadu demam dan sakit badan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengesahkan perkara itu berkata, sampel daripada lelaki berkenaan juga telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Menurutnya, lelaki tersebut berusia 45 tahun, berkahwin dengan rakyat negeri ini tiba di Pulau Pinang dari New Zealand melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 25 April lalu.

"Dia datang ke HPP dan mengadu demam serta sengal-sengal di bahagian badan, ekoran itu dia dimasukkan ke HPP untuk tujuan pengawasan tetapi belum dikuarantin. Selanjutnya baca disini

A-I-B: Adakah ada diantara anda mengalami sengal-sengal di bahagian badan!... Sila berjumpa doktor berhampiran tempat tinggal anda. Ada kemungkinan anda juga dikhuatiri mengidap seslema babi, oppss!... bukan selsema khinzir, oppss!... pun bukan virus influenza A (H1N1). Agaknya menyebut "virus influenza A (H1N1)" mungkin lebih sopan atau lebih mulia dari sebutan selsema babi atau khinzir. Dulu zaman Mahathir sebutan khinzir dilarang, mesti kena sebut babi tetapi bila Mahathir dah tak jadi PM sebutan khinzir ke... babi ke..., dah tak jadi masalah.

Berbalik pula kepada tanda-tanda sengal tadi, bagaimana pula jika ada tanda-tanda parti politik disebelah sana juga mengalami sengal-sengal diperingkat cawangan, bahagian dan negeri. Anda tak perlu risau kerana anda bukan mengidap virus influenza A (H1N1) atau selsema babi dan bukan juga selsema khinzir. Anda tak perlu jumpa doktor sebaliknya anda dinasihatkan hanya perlu isi borang keahlian untuk menjadi ahli PR. Itulah ubat yang paling mujarab bagi mengatasi masalah anda. Takbir!...