Khamis, 30 Jun 2011

1,000 JURU GAMBAR RAKAM PROVOKASI BERSIH 2.0

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Pihak penganjur telah menyediakan 1,000 orang juru gambar untuk merakam insiden-insiden provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu dalam Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam masa yang sama, peserta-peserta himpunan pula bagaimanapun dilarang sama sekali mencetuskan sebarang provokasi pada himpunan iitu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan, walaupun Himpunan Bersih 2.0 adalah himpunan aman, tetapi pihak-pihak tertentu termasuk pihak polis diyakini tetap berusaha mengganggunya dengan mencetuskan pelbagai provokasi.

Menurut beliau, tindakan provokasi dari pihak polis pada Himpunan Bersih 2.0 diyakini lebih menjadi-jadi berbanding pengalaman pada himpunan aman lain termasuk Hiimpunan Bersih 1.0 yang lalu.

Katanya, malah sebelum Himpunan Aman Bersih 2.0 berlangsung, pihak polis dan Umno telah pun melakukan pelbagai provokasi melampau.

"Terbaru, mereka telah merancang menggunakan kumpulan silat yang dipimpin oleh Omardin untuk mencetuskan provokasi. Pada hal kumpulan silat tidak sepatutnya diperalatkan seperti itu," katanya dalam pertemuan dengannya di pejabat Harakahdaily.

Pasukan silat sendiri, menurut beliau, sepatutnya tidak membenarkan dirinya diperalatkan seperti itu, tetapi faham dengan kedudukannya sebagai warisan seni negara yang sepatutnya tampil dengan budi pekerti yang mulia, sifat keadilan dan kesabaran.

Namun, kesediaan pasukan silat lincah menbiarkan dirinya diperalatkan seperti itu yang ditambah pula dengan kkenyataan Omar Din sendiri untuk mencetuskan provokasi, jelas memperlihatkan mereka nak berperang pula dengan peserta-peserta himpunan itu.

"Sebagai pewaris silat, mereka sepatutnya bukan berperang dengan rakyat, tetapi membela rakyat dan mempertahankan keadilan. Himpunan aman Bersih 2.0 diadakan untuk membela rakyat dan menegakkan keadilan, tetapi kenapa pula kumpulan silat hendak menghalangnya?" katanya.

Beliau juga kesal dengan tindakan provokasi Perkasa dan Pemuda Umno yang turut mengganggu perancangan himpunan itu dengan turut merancang untuk mengadakan himpunan pada hari yang sama dengan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Kenapa mereka juga nak turun pada 9 Julai? Pada hal mereka boleh turun pada 8 atau 9 Julai. Ini jelas menunjukkan mereka sememangnya ingin mencetuskan provokasi pada himpunan itu," katanya.

Beliau tutut kesal kerana pihak Umno, semalam, telah pun melakukan provokasi melampau dengan mengadakan himpunan di pejabat PKR.

Pihak polis sendiri, katanya, tutut mencetuskan provokasi dari awal lagi, sehingga telah melakukan 85 tangkapan sehingga petang ini hanya kerana mereka memakai baju Bersih 2.0.

Namun, beliau yakin segala tindakan yang dilakukan itu tidak akan berjaya menghalang kebangkitan rakyat, malah ia telah menjadikan orang rramai lebih bersemangat untuk menjayakan perhimpunan tersebut.

DPPP sendiri akan mengerahkan 15,000 hingga 20,000 ahli dari setiap negeri di seluruh negara untuk menyertai perhimpunan aman itu.

"Perhimpunan itu pasti tetap diadakan walaupun cuba dihalang oleh pelbagai pihak dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan aman yang tidak menyalahi Perlembagaan Persekutuan, bagi menyuarakan bantahan kita terhadap politik kotor Umno BN dalam pilihanraya di negara kita," tegas beliau.

Sebelum itu, beliau turut meluangkan masa untuk ditemubual bagi program Persepsi Harakahdaily yang turut diadakan di pejabat Harakahdaily di sini.

Rabu, 29 Jun 2011

BELANDA HARAM PENYEMBELIHAN HAIWAN CARA ISLAM

AMSTERDAM 29 Jun - Parlimen Belanda telah mengundi bersetuju untuk mengharamkan penyembelihan haiwan hari ini, langkah yang ditentang kuat oleh orang Islam dan Yahudi negara itu.

Rang undang-undang yang dikemukakan oleh Parti Hak Asasi Haiwan, parti sedemikian yang pertama di Eropah memenangi kerusi dalam Parlimen, menyatakan mereka perlu memastikan haiwan itu tidak sedar diri sebelum disembelih, berbeza dengan cara Islam dan Yahudi yang memerlukan haiwan itu berada dalam keadaan sedar.

Menurut ketua Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme, cara penyembelihan itu memberi kesakitan yang tidak patut kepada haiwan dan ia perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama. - Reuters

Selasa, 28 Jun 2011

PENGGUNA T-SHIRT KUNING JADI SASARAN


Sejak akhir-akhir ini, UMNO dan Barisan Nazional begitu fobia dengan baju berwarna kuning.

Mereka begitu takut seolah-olah pemakaian baju berwarna kuning boleh mengugat ketenteraman awam dan negara. Sesiapa sahaja yang disyaki memakai baju T kuning mesti ditangkap malah mungkin boleh didakwa.

Akan tetapi mereka akan berasa gembira apabila ramai anak muda dan golongan tua yang memakai baju T berwarna putih yang berlambangkan dacing biru karat. Anehnya puak-puak yang memakai baju seperti ini tidak pula diambil tindakan malah diberi keistimewaan pula.

Pernah suatu ketika semasa ada sekatan jalanraya, kenderaan rakan saya diperiksa dengan begitu lama dan berbagai soalan ditanya. Manakala seorang lagi rakan diperiksa ala kadar disebabkan ianya mempunyai sekaki payung berlambang dacing yang diletakkan di cermin belakang kereta.

Oh!... memang betul lah.. ada keistimewaannya bila tuan-tuan pengguna setia barangan berlambang dacing. Tapi awas!... bagi pemakai baju T berwarna kuning.

Adakah selepas ini baju T berwarna kuning bakal dilabelkan sebagai barang merbahaya selepas dadah dan senjata api? Huhuhu!...

Sabtu, 25 Jun 2011

LARANGAN POLIS TAK SAH, LANGGAR PERLEMBAGAAN

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaja tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Khamis, 16 Jun 2011

KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!...

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan. "Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

"Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin.

Polis akan mengambil tindakan termasuk membuat tangkapan pencegahan sekiranya perlu, sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

Rabu, 15 Jun 2011

UMNO PATUT MALU PADA TONY BLAIR

(Gambar Hiasan: Tiada kena mengena dengan kenyataan Tony Blair)

LONDON: Tony Blair berkata beliau kini lebih terbuka terhadap agama sejak tidak lagi memegang jawatan perdana menteri. Malah bekas Perdana Menteri Britain itu mengakui beliau membaca al-Quran setiap hari kerana aktiviti itu membuat dirinya lebih memahami mengenai iman.

“Berusaha ke arah celik iman amat penting dalam dunia global,” katanya seperti dilaporkan akhbar Britain, Daily Mail kelmarin. Malah beliau berkata membaca al-Quran setiap hari untuk memahami hal yang berlaku di dunia kerana al-Quran memberikan perintah yang jelas atau panduan yang berguna.

Ia juga meyakinkan pengetahuan beliau mengenai iman yang dapat membantu dalam tugasnya sebagai wakil di Asia Barat mewakili Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia.

Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan iman umat Islam amat indah dan Nabi Muhammad adalah tokoh yang mendorong peradaban.

Pada 2006 beliau pernah menyatakan al-Quran adalah kitab reformasi yang inklusif. Al-Quran juga mengagungkan ilmu dan pengetahuan dan membenci tahyul.

“Kitab (al-Quran) itu memberikan arahan praktis mengenai pernikahan, wanita dan pemerintahan,” katanya.

Tony Blair

Walaupun demikian, Tony turut mengakui beliau melihat bagaimana pelaku jihad menterjemahkan al-Quran sebagai panggilan untuk mengangkat senjata. Ketika kejadian serangan bom bunuh diri di London pada 2005 yang menyebabkan sekurang-kurangnya 52 maut, beliau ketika itu masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Membaca al-Quran membantunya dalam menunaikan tugas sebagai utusan damai. – Agensi

Catatan: Orang kafir pun cuba nak fahamkan isi Al-Quran namun malang bagi pengikut UMNO laknatullah yang tidah mahu faham-faham. Selanjutnya disini

Sabtu, 11 Jun 2011

CERAMAH GENG KATAK - RIBU RIBU YANG DATANG WOIII!...

Zahrain menyampaikan 'pidato'nya agak lewat pada jam 10.15... kerana menunggu hadirin memenuhkan kerusi yang disediakan


Hadirin pakat memenuhkan kerusi .... tak nampak? cam nak mati....
Zul katak tiba pada jam 11.00 malam agak lewat sedikit kerana tersesat... maklum la... Dataran Tok Him takde dalam GPS apa tah lagi Google maps.
Hadirin semakin ramai memenuhi kerusi.... tak nampak gak...? sah memang nak mati le korg nie...

Kawasan yang ade orang iaitu di bawah anjung halaman rumah tersebut...
Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka
Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... toBrahim katak terus tak muncul2 .... sebab pengalaman sebelum nie kat ini jgk tapi sebelum isytihar Dataran Diri endiri... xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang... tapi still xde orang... apa pun tahniahkan sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka dppwm

Khamis, 9 Jun 2011

KENAPA HUDUD GAGAL DILAKSANAKAN DI KELANTAN - MAMAK PANDY KUTTY LAH PUNCANYA

SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.

Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.

Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka.

Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia.

“Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi.

Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka.

“Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun.

“Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya.

Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu.

Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya.

Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu.

Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.

Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.

Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat.

Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud.