Dua EXCO ini ditahan oleh oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia) dan military police. Sekarang berada di Pekan Pahang bersama Najib Tun Razak.
Kemaskini 19.34: Maklumat yang diterima, kedua-dua EXCO ini sedang berada dirumah Najib Razak dan akan membuat pengumuman bila-bila masa. Dalam masa yang sama, keadaan diBota agak runcing… Rumah YB Nasaruddin sedang dikawal oleh AMK Perak berikutan cubaan untuk menculik YB Nasrudin.
YB Nasrudin ditawarkan jawatan MB sekiranya beliau bersedia kembali semula kedalam Umno.Mesyuarat MPT PKR baru saja habis dan hampir dipastikan bahawa dua EXCO PKR Perak, Jamaludin Radzi dan Kapt. (B) Osmain Jailu akan membuat pengumuman kelura PKR dan menyertai UMNO.Mesyuarat MPT PKR tadi gagal menghubungi kedua-dua EXCO ini secara peribadi, tapi menerusi orang perantaraan, dua EXCO ini sudah bersedia untuk bertukar parti.Apa kesudahannya?…Apakah mungkin berlaku pilihanraya kecil? Atau Umno kembali merampas Perak? Tunggu malam ini...(Perakexpress)Kehilangan dua Adun KeADILan yang juga exco kerajaan Perak sejak empat hari lalu membimbangkan bukan saja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka. Demikian kata Ketua Perhubungan KeADILan Perak Osman Abdul Rahman.Kedua-dua exco tersebut ialah Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jalu. Menurut Osman, bagaimana pun pihaknya menjangka kehilangan itu ada kaitan dengan cubaan Barisan Nasional memujuk mereka dengan imbuhan termasuk tawaran wang ringgit.“Kami percaya ada usaha-usaha oleh Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Najib Tun Razak termasuk menggugurkan kes rasuah mereka berdua,” kata Osman dalam sebuah kenyataan akhbar.
Sabtu, 31 Januari 2009
Jumaat, 30 Januari 2009
Pak Lah kecewa pemimpin lompat parti
Dipetik dari: Utusan Meloya.
KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan pemimpin UMNO yang melompat parti adalah mereka yang gagal meneruskan perjuangan parti dan bangsa.
Perdana Menteri berkata, pemimpin yang kuat perjuangan akan sanggup menghadapi apa sahaja masalah dalam apa juga keadaan.
Sambil melahirkan rasa dukacitanya, beliau menegaskan, parti turut lemah jika mempunyai pemimpin dan ahli yang tidak kuat daya juang.
"Orang yang melompat parti pada saya dia telah mengenepikan perjuangan. Kalau orang kuat perjuangan (parti), dia akan menghadapi apa juga keadaan. "Orang yang begini (lompat parti) memang lemah, satu contoh bukti kelemahan dan kegagalan dalam perjuangan," jelas beliau.
Pertanyaan saya pula pada Pak Lah, bagaimana pula sekiranya parti lawan yang lompat ke parti Pak Lah? Tak lemah ke... takde semangat juang ke...
Kah!... kah!... Kah!... jawab Pak Lah jawab!....
Dalam masa yang sama si Tajul Rosli nafikan dia akan letak jawatan sebagai pengerusi UMNO Perak dalam siaran Buletin Utama TV3 jam 8.30 mlm. Dia komplen mana pemberita dapat khabar angin tu.. Tup-tup keesokan harinya benar dia letak jawatan dimana tempatnya digantikan oleh Pak Najib dan timbalannya Pak Zahid Hamidi. Memang putar alam betul lah... UMNO-BN nie!... Ni yang Pak Lah cakap lemah semangat juang. Rupa-rupanya dia sindir pemimpin UMNO. Part nie aku sokong Pak Lah 100%.

Khamis, 29 Januari 2009
Khir Toyo raih simpati buat cerita kartun
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor mengingatkan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo supaya bersikap lebih profesional dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang melibatkan pelaksanaan kerajaan negeri.
Menurut Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengeluarkan sebarang kenyataan Khir perlu mendapatkan fakta yang jelas dan tepat supaya tidak bercanggah.
Beliau berkata demikian ekoran tindakan Khir yang mendakwa 46 ekor lembu yang dikorbankan di Bandar Tun Razak melibatkan wang kerajaan negeri.
"Sebagai Ketua Pembangkang, beliau mempunyai saluran tersendiri seperti dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada Mac nanti," tegasnya.
Justeru, tambah beliau gunakanlah saluran itu dengan sebaik-baiknya.
Menurut beliau, pimpinan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan pihak yang cuba meraih politik murahan berkaitan isu tersebut kerana melibatkan insititusi Diraja negeri Selangor.
Khalid menegaskan, melibatkan pihak istana merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkara itu telah dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Biarlah mereka pihak (SPRM) menjalankan siasatan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," tegas beliau.
Beliau turut mempersoalkan tindakan Gerakan Demokrasi Anti Korupsi (Gerak) seolah-olah tidak tidak ikhlas dalam memperjuangkan isu dengan mengaitkan Tuanku Sultan.
Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19075&Itemid=1

Langgan:
Catatan (Atom)