Selasa, 29 September 2009

BANDAR TENTERA DARAT: SATU LAGI PROJEK KERAjaan BARISAN NASIONAL

PORT DICKSON 29 Sept. — Port Dickson hari ini diisytihar sebagai Bandar Tentera Darat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membuat pengumuman itu di sini berkata, langkah itu bagi mengiktiraf jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di bandar itu.

“Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada penisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri Tentera Darat di Dataran Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin dan 2,000 pegawai dan anggota tentera.

Najib berkata pengiktirafan itu amat membanggakan tetapi beliau tidak mahu ia tinggal sebagai satu sebutan sahaja malah mahu pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu supaya ia diabadikan.

SUMPAH!... KAMI TAK UGUT - Bagan Pinang News


UBN NAJIB ALTANTUYA - RELEVENNYA ISA JADI CALON UmNo B.Pinang

Kami tetap nak Isa Samad jadi calon di Bagan Pinang.
Kalau pucuk pimpinan fikir dia tak layak,
tolong jawap 2 soalan di bawah apakan istimewanya 2 makhluk tersebut!...



1. Kalau Khairy Jamaluddin pun layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO setelah didapati bersalah kerana politik wang kenapa Isa Samad tidak???

2. Sedangkan Ali Rustam juga didapati salah dalam politik wang kenapa masih layak jadi Menteri Besar Melaka???

Isnin, 28 September 2009

UBN NAJIB ALTANTUYA - BAHTERA UMNO BAKAL KARAM DI BAGAN PINANG

BAGAN PINANG, 28 Sept: Bayangkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti, calon Umno ditolak lagi oleh rakyat.

Sudah pasti keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan melonjak dan pilihan raya ke 13 nanti bakal berlaku tsunami yang lebih besar lagi.

Bagi anggota Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat bimbang ianya akan berlaku.

Jika berlaku lagi, beliau bimbang kerusinya juga bakal hilang dan menjadi Perdana Menteri terakhir Umno.

Bagan Pinang adalah salah satu dari lima Dun yang terletak di bawah Parlimen Telok Kemang. Tiga Dun sudah dikuasai Pakatan termasuk Parlimen, hanya dua termasuk Bagan Pinang yang masih di bawah BN.

Bagan Pinang umpama Permatang Pasir yang terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Datuk Seri Anwar.

Datuk Kamarul, bekas Setiausaha Agung PKR berkata demikian dalam majlis rumah terbuka hari raya anjuran PAS Negeri Sembilan di Bagan Pinang semalam.

"Di Permatang Pasir, Najib dan Umno telah lihat calonnya ditolak rakyat kerana mempunyai terlalu banyak masalah peribadi dan kerjaya. Sebab itu, mereka bimbang takut ianya sekali lagi akan berlaku di Bagan Pinang," katanya.

"Yang menghairankan, Umno Telok Kemang beri sokongan pada bekas Menteri Besar (Tan Sri Isa Samad). Tiba-tiba al-khalifah (Tun) Dr. Mahathir pula mengkritik calon akar umbi Umno sendiri," katanya.

Katanya lagi, kekeliruan Mahathir itu sebenarnya berpunca dari kekalahan berterusan Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Penanti, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Ia berlaku bukannya disebabkan masalah peribadi calon mereka semata-mata tetapi faktor penolakan terhadap Umno itu sendiri.

Tambahnya lagi, masalah pencalonan tidak menjadi pertikaian pemimpin Pakatan peringkat negeri dan nasional, kerana Pakatan mengamalkan muafakat dan semangat setia kawan.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya menjelaskan, pilihanraya Bagan Pinang ini mampu mempercepat Pakatan mengambil alih Persekutuan jika Umno terus ditolak rakyat.

"Jika menang PAS, kerajaan Negeri Sembilan tidak jatuh pada Pakatan Rakyat. Jika menang Umno pun, Pakatan tidak boleh mengambil alih Persekutuan. Tetapi Umno bimbang rakyat terus disedarkan tentang perubahan, katanya.

Ujarnya lagi, kebimbangan tersebut disebabkan Umno tidak mahu rakyat terus terdedah oleh rekod kemampuan memerintah seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat Selangor, dengan memberikan nikmat bekalan air percuma kepada rakyat.

Bercakap pada pentas yang sama, Pesuruhjaya PAS Melaka Abdul Ghani Abdul Rahman berkata, rakyat bukan sahaja tertanya-tanya siapakah calon terbaik yang dipertaruhkan Umno dalam pilihanraya kali ini; malah isu kemasukan mendiang Altantuyaa Sharibuu tanpa rekod Imigresyen juga menjadi misteri di sisi rakyat.

Beliau juga yakin, keputusan kalah menang pilihanraya kecil ini akan memberi kesan langsung kepada rakyat di peringkat nasional kelak.

Ogos tahun lalu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (Umno) dikalahkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.

Februari lalu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Umno) dikalahkan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

April lalu, Ismail Safian (Umno) dikalahkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Serentak dengan pilihanraya Bukit Gantang, Datuk S. Ganesan (MIC/BN) dikalahkan oleh S. Manikumar (PKR) dalam pilihanraya Dun Bukit Selambau.

Jun lalu, Aminah Abdullah (bebas) yang dikatakan sebagai calon proksi Umno, turut dikalahkan oleh Dr. Mansor Othman (PKR) dalam pilihanraya Dun Penanti.

Julai lalu, Tuan Aziz Tuan Mat (Umno) dikalahkan oleh Mohd Fauzi Abdullah (PAS) dalam pilihanraya Dun Manek Urai.

Ogos lalu, Rohaizat Othman (Umno) dikalahkan oleh Mohd Salleh Man (PAS) dalam pilihanraya Dun Permatang Pasir.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang ini dikatakan bakal menjadi aras tanda utama, sama ada tsunami politik 8 Mac 2008 masih berterusan sehingga sekarang, atau rakyat sebenarnya masih menolak sesiapa saja calon yang diperjudikan Umno BN.

Ahad, 27 September 2009

Tutup Jalan - Peniaga rugi tak!... , akibat Pesta Tanglung

Pesta Tanglung 1Malaysia Kuala Lumpur 2009 yang julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran Kementerian Pelancongan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan 100 NGO Tionghua.

Perdana Menteri dan isteri turut menyertai acara perarakan tanglung sejauh dua kilometer yang melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Petaling dan Jalan Sultan.

Dengan adanya acara tersebut pastinya akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas serta penutupan jalan-jalan utama. Ini boleh mengakibatkan kerugian besar kepada peniaga-peniaga sekitar kawasan tersebut kerana tiada pengunjung yang boleh memasuki kawasan tersebut seperti mana yang pernah berlaku dalam perhimpunan GMI baru lalu.

Sebelum ini peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit telah mengadu kepada Menteri Wilayah (Raja Nong Chik) kerana mereka mengalami kerugian besar akibat perhimpunan GMI menyebabkan orangramai tidak dapat membeli belah kerana jalan terpaksa ditutup akibat perhimpunan itu. Jadi apa bezanya dengan adanya acara tanglung, jalan juga banyak ditutup.

Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran perhimpunan Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu ketika dulu.

Alasan kerugian sering dipersalahkan apabila pihak PR yang menganjurkan sesuatu acara melibatkan perarakan di jalanraya tetapi bila BN yang melakukan perkara tersebut akan dianggap sebaliknya. Memanglah spesis UMNO ni jenis haramjadah!...

Sabtu, 26 September 2009

UBN Najib Altantuya: Jika saya Isa Samad - Dr M

Mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan bekas naib presiden Tan Sri Isa Samad supaya tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya.
"Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.

Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Manakala jika Najib adalah Dr M, maka musnahlah harapan Isa Samad.

ZAMBRY MB HARAM - ISA SAMAD, BIAR BETUL!...

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Samad meminta semua pihak menyerahkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan berhubung soal calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Menurutnya, ketika ini terlalu banyak andaian dan senario sehingga tugas-tugas Presiden diambil alih oleh orang lain untuk membuat keputusan dan menentukan calon yang akan bertanding kelak.

"Biasanya di peringkat UMNO bahagian kita akan menyenaraikan calon sama ada untuk pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.

"Kemudian terserah kepada Presiden untuk memutuskan calon yang sesuai bagi bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Masjid Kariah Bagan Pinang semalam.

Biar betul Isa Samad nie!... cara dia bagi ayat, seolah-olah macam nak perangkap Najib jer... Bila Najib dah masuk perangkap maka dia lah yang akan jadi calon paling tawadduk dan tunggal Bagan Pinang. Politik ohhhh politik...

Jumaat, 25 September 2009

NIZAR ZAMBRY - UMNO PERLU SEKOLAH Dr M

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.

"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.

"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.

Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.

"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).

"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.

Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.

Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.

Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.

Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.

Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.

BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu. Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos. - harakah

Khamis, 24 September 2009

ZAMBRY MB HARAM - SULTAN PAHANG MINTA RAKYAT SOKONG BN

KUALA KRAU, 24 Sept (Bernama) -- Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.


A-I-B: Agaknya di Jepun dan Amerika pun ada parti UMNO-BN. Sebab itu disana jadi negara maju. Harap-harap BN dapat melebarkan lagi pengaruh parti mereka di negara Afrika dan Palastin pula. Mungkin akan maju negara Afrika manakala di Palestin tiada lagi sengketa dengan Israel jika UMNO-BN berkuasa disana.

ZAMBRY MB HARAM - PUAK UMNO MEROYAN GAMBAR ZAMBRY KENA SIMBAH CAT

Gambar Nizar pun pernah kena simbah cat suatu ketika dulu

Nak tanya UMNO pulak, sapa puak-puak nie!...

IPOH, 24 Sept: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Lintang, Ahamad Pakeh Adam menuduh PAS sebagai dalang menyimbah cat pada poster Datuk Zambry Kadir dan pemimpin BN perak yang lain adalah berniat jahat dan dibuat tanpa usul periksa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein berkata, sebagai seorang pemimpin masyarakat, Ahamad Pakeh sewajarnya memberikan hak menyiasat kepada pihak polis dan bukannya menuduh secara emosi tanpa sebarang bukti.

Tuduh tanpa bukti dalam Islam adalah fitnah dan dosa fitnah katanya lebih besar dari dosa membunuh.

"Tuduhan itu adalah berniat jahat, saya yakin itu bukan perbuatan orang PAS, itu protes dari ahli Umno itu sendiri.

"Kita orang PAS diajar cara beradab dan kita profesional dalam tindakan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebuah akhbar harian menyiarkan kenyataan Ahamad Pakeh yang mendakwa PAS dalang disebalik kejadian tersebut.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut menunjukkan PAS bukan sebuah parti Islamik.

Tuduhan PAS sebagai pelaku perbuatan tersebut juga disandarkan kepada andaianya sendiri setelah melihat hanya poster pemimpin BN diperlakukan sedemikian manakala tiada sebarang unsur khianat terhadap poster Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut Ustaz Abu Bakar, beliau tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut adalah protes dari kumpulan Umno sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan mereka.

"Sepatutnya dia buktikan tuduhan itu. Kita tak nak jadi seperti kes kepala lembu, PAS dituduh tapi sebenarnya orang lain yang buat. Saya rasa itu protes dari ahli Umno sendiri," ujarnya lagi.

Poster Zambry seperti disiar Harakahdaily sebelum ini disembur dengan cat merah dan hitam pada mukanya dan diconteng dengan perkataan 'MB Haram Jadah'.

Selain Zambry, poster Ahli Parliman Bagan Datoh, Datuk Seri Zahid Hamidi dan poster ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman turut menerima nasib sama.

"Kita mintak polis buat siasatan, kita pun tak suka tindakan seperti itu. Tapi kita lebih tak suka jika ada pihak main tuduh tanpa bukti," ujarnya.

Walaubagaimanapun, tinjawan wartawan Harakahdaily sejak semalam mendapati, kesemua poster yang disimbah cat berkenaan telahpun ditanggalkan. Ianya membabitkan dua kawasan utama iaitu Manjong dan juga di Batu Gajah. Tuduhan melulu Ahamad Pakeh itu juga dilihat tidak membantu malah memburukkan lagi keadaan krisis politik Perak. "Ini sebahagian kecil sahaja protes rakyat yang boleh dilihat, isu ini tak akan selesai selagi DUN tidak dibubarkan," katanya.

Selasa, 22 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - TIADA CALON UMNO DI BAGAN PINANG

MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai.

"Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO dengan rasa megah dan bangga diri menyatakan mereka tiada masalah bagi meletakkan calon untuk bertanding dimana-mana jua jika diadakan pilihanraya kecil bagi menghadapi pembangkang. Namun di DUN Bagan Pinang mereka menghadapi krisis yang paling meruncing dalam memilih calon berwibawa.

Mohamad yang juga Menteri Besar menegaskan, Badan Perhubungan UMNO negeri masih lagi belum menerima senarai nama daripada UMNO Bahagian Teluk Kemang yang diketuai oleh Tan Sri Mohd. Isa Samad sehingga sekarang.

Manakala Muhyidddin pula mengelak dari menjawab pertanyaan dari wartawan jika ditanya senarai calon yang telah dikemukakan setakat ini.

Bagi pandangan bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula agar Mohd. Isa tidak dicalonkan untuk bertanding di DUN Bagan Pinang.

Jika dikira dari pelbagai sudut, ini bermakna UMNO sekarang sedang berada dalam keadaan koma. Siapa pun calon UMNO, rakyat perlu menolaknya kerana tiada calon yang bersih bakal ditampilkan di DUN Bagan Pinang.

Ahad, 20 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sabtu, 19 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - UMNO DITELANJANGKAN LAGI DALAM ISU PKFZ

PUTRAJAYA 18 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, polis akan menyiasat sebuah laman web yang menyiarkan dokumen didakwa Kertas Kabinet mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perdana Menteri menegaskan, jika benar dokumen yang disiarkan itu Kertas Kabinet, mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Polis akan siasat dan tengok hasilnya nanti. Apa-apa tindakan ke atas pesalah boleh diambil di bawah OSA," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan program Permata Negara di sini, hari ini.

Semalam, sebuah laman web menyiarkan dokumen 18 muka yang didakwa sebagai memorandum daripada Menteri Kewangan bertarikh 22 Jun 2007 berhubung PKFZ.

Menurut Najib, OSA diwujudkan bukan bertujuan menafikan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sepatutnya diterima oleh mereka.

Katanya, kerajaan akan mengumumkan kepada orang ramai mengenai hasil siasatan isu PKFZ apabila siap kelak.

Jumaat, 18 September 2009

SELIPAR RAYA UNTUK UMNO - Mahathir tak marah MIC pun...


PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa".

Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ianya tidak merugikannya, katanya kepada Bernama di sini.

Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno. "Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M. Sukumaran pada perhimpunan agung MIC Ahad lepas di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap.

Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.

Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya," katanya.

Dr Mahathir berkata Sukumaran kini menjadi mangsa percakapannya sendiri.

Selasa lepas, Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu mengumumkan penggantungan serta-merta keanggotaan Sukumaran ekoran kecamannya itu.BERNAMA

Khamis, 17 September 2009

BILA RAHSIA BUKAN LAGI RAHSIA, NAJIB PERLU LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri yang terlibat mesti meletakkan jawatan jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) hari ini dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" adalah tulen, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dokumen yang didedahkan itu menunjukkan apa yang didakwa sebagai memorandum dari Menteri Kewangan supaya memberikan kelulusan secara retrospektif berhubung dengan peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu membuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah kepada rakyat bahawa dokumen itu adalah dokumen palsu.

"Jika beliau gagal berbuat demikian dan dokumen tersebut memang benar dokumen kerajaan yang tulen, beliau dan semua anggota kabinetnya kini yang terlibat dalam memberikan kelulusan retrospektif itu mesti meletakkan jawatan serta merta," tegas Mahfuz.

Jika dokumen itu adalah dokumen kerajaan yang tulen, beliau mempersoalkan bagaimana Najib dan anggota kabinet pada masa itu boleh mempersetujui kelulusan retrospektif itu sedangkan banyak peraturan kewangan telah dilanggar termasuk dalam apa yang didakwa sebagai tindakan Menteri Pengangkutan memberikan surat jaminan kepada beberapa penerbitan bon yang boleh dianggap tidak sah.

Mengikut peraturan, surat jaminan sedemikian perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan sahaja.

Mahfuz juga menuntut kerajaan menjelaskan adakah benar keseluruhan projek PKFZ dilaksanakan hanya dengan kelulusan dasar Perdana Menteri sahaja tanpa mematuhi prosedur yang sepatutnya?

Beliau juga mempersoalkan, mengapa kelulusan retrospektif yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan itu diluluskan jika benar projek tersebut setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek telah meningkat kepada lebih RM4.6 bilion.

"Jika dokumen yang didedahkan oleh MT itu adalah dokumen tulen kerajaan, rakyat kini boleh melihat dengan jelas mengapa Najib dan kabinetnya menubuhkan pasukan petugas khas serta-merta bagi menyediakan laporan berkaitan isu PKFZ.

"Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa penubuhan pasukan itu sebenarnya bermotif politik iaitu untuk melindungi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional dari disiasat atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam skandal PKFZ," kata beliau.

"Dan, sebab itulah juga Najib dan kerajaan pimpinannya begitu takut untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ itu.

"Jika disiasat dan jika terdedah lebih banyak lagi dokumen dan hakikat yang disembunyikan dari pengetahuan rakyat, ia mungkin membuktikan lagi jenayah peringkat tertinggi dalam skandal PKFZ itu," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sekali lagi menuntut sidang khas parlimen diadakan bagi membentangkan kertas putih menjelaskan keenganan kerajaan menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat skandal PKFZ.

"Jika kerajaan enggan mengadakan sidang parlimen khas itu, kita yakin sidang parlimen yang dijangka bermula 19 Oktober ini hingga 15 Disember akan 'dibanjirkan' dengan isu PKFZ hinggalah Perdana Menteri, timbalannya dan semua menteri dalam kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada peningkatan kos projek PKFZ itu meletakkan jawatan," kata beliau.

Beliau juga mengulangi kenyataannya bahawa satu pasukan peguam PAS ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan undang-undang untuk memastikan kerajaan menubuhkan suruhan jaya di raja bagi menyiasat skandal tersebut.

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.

Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman dari kerajaan.

Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah dari KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.

KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK dari 1997 sehingga 2003

Laporan audit yang dikeluarkan pada akhir Mei oleh PriceWaterhouseCoopers (PwC), syarikat yang dilantik LPK bagi tujuan itu, menyebut tentang pembabitan beberapa ahli politik dalam projek berkenaan, yang menurutnya, mungkin menimbulkan percanggahan kepentingan.

Rabu, 16 September 2009

RAKYAT KONONNYA NAK DIDAHULUKAN TAPI KELUARGA SENDIRI DIPINGGIRKAN - rosmah najib

Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.

Shamsul (kiri) berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.

Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.

"Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.

"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

Selasa, 15 September 2009

SELIPAR UNTUK MAHATHIR, KASUT UNTUK BUSH

Tiada bezanya kedua-dua gambar di bawah. Modus operandinya adalah sama.
Mungkin persepsi anda berbeza. Adakah mereka ini selayaknya diberikan penghargaan sedemikian rupa. Anda sendiri boleh menilai serta memberi hujahnya.

Para pemimpin UMNO menyifatkan cadangan perwakilan MIC supaya meletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perbuatan melampau, biadab dan kurang ajar.

Sehubungan itu mereka mendesak pimpinan MIC supaya segera bertanggungjawab dengan mengambil tindakan ke atas perwakilan berkenaan termasuk parti itu sendiri perlu meminta maaf kepada Dr. Mahathir.

Apapun, kita patut mengucapkan terimakasih kepada Tun kerana dengan wujudnya lagi Tun di mukabumi ini bermakna UMNO-BN akan terus mendapat rahmat huruhara. Terimakasih Tun, kerana memberi advantage kepada Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti.


Return to "Aku Ingin Bebas"

Isnin, 14 September 2009

ANAK YATIM KATA ANCAMAN SIBER LEBIH DAHSYAT DARI KOMUNIS

PUTRAJAYA 13 Sept. - Datuk Seri Dr. Rais Yatim memberi amaran ancaman siber di Malaysia semakin berbahaya sehingga kian menular ke pelbagai institusi dan mahu mengambil alih kuasa demokratik rakyat menerusi tindakan fizikal.

Tegas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu, ancaman dari luar dan dalam itu dikenal pasti bersekutu menerusi penulisan blog dan ilustrasi dengan menggunakan idea-idea progresif yang diceduk dari barat dan kerajaan sistem republik yang tidak mengamalkan tahap-tahap keistimewaan rakyat asal.

Beliau memberi contoh bagaimana kementeriannya mengesan antara 500 dan 540 rejaman atau tohmahan palsu setiap bulan menerusi blog, e-mel, Facebook dan Twitter terhadap institusi raja, nilai-nilai Islam, pencapaian orang Melayu serta dasar-dasar kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia.

''Ini semua dirancang secara rapi malah dalam sistem mahkamah kita sekarang ada tanda-tanda awal mereka sedang cuba melemahkannya dengan berselindung di sebalik alam siber yang kononnya kebal.

''Ancaman siber ini sebenarnya lebih dahsyat dari komunis dan pengganas kerana ia boleh 'masuk' ke bilik tidur, kamar dan pemikiran generasi muda.

Anak Pak Yatim lupa pula nak senaraikan siapakah diantara komunis-komunis moden ini. Kalau tak silap aku, yang kebanyakkannya memutar belit berita dan fakta adalah datangnya dari akhbar dakyah UMNO termasuk Utusan Meloya, Berita Hairan, Arti M, TV3 suku dan blogger upahan parti biru.Tak gitu!...

MAJLIS MELAWAT TAPAK KUIL DAN BERBUKA PUASA ANJURAN PARPUKARI BERJAYA - ZAMBRY samy vello


Lawatan sambil belajar anjuran blogger upahan UMNO (Parpukari) berjaya disempurnakan Sabtu tadi. Dianggarkan kira-kira mencecah 5000 orang yang menghadiri majlis yang julung kali diadakan. Sempena lawatan ke tapak kuil semalam, parpukari mungkin akan mendapat ilham baru dimana mungkin akan mengadakan pula lawatan ke tokong pula. Sambutan hebat itu dijangka akan menjadi acara tahunan oleh blogger Parpukari.


Parpukari (berbaju kuning) sedang berbincang dengan beberapa rakan blogger, akan mengadakan acara lawatan ini dengan lebih kerap lagi pada masa-masa akan datang.



Ahad, 13 September 2009

BN DAH NAK TERLINGKUP - MAHATHIR NAJIB

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu.

Beliau berkata, situasi politik yang berlaku dalam UMNO dan BN dilihat seakan-akan mengikut jejak langkah negara Jepun dan tidak mustahil pilihan raya akan datang, fenomena yang sama turut berlaku.

Menurutnya, parti-parti yang berjuang dan mencapai kemerdekaan di beberapa negara lain, telah hilang begitu saja seolah-olah rakyat di negara itu tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli ‘perjuangan dan pengorbanan’ parti-parti itu dan pemimpinnya.

“Saya begitu hairan, tidakkah mereka tahu mengucapkan terima kasih? Apa yang saya lihat, ada kebenaran dan kesahihannya kerana mendapati sikap pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang menggantikan pejuang kelihatan berubah hampir sepenuhnya,” katanya dipetik dalam blognya, semalam.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu, menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu.

Dr Mahathir berkata, mereka menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Walaupun menyatakan bahawa pengundi Melayu begitu setia kepada BN, Dr Mahathir mengingatkan bahawa wujudnya bukti pada pilihan raya umum tahun lalu pengundi setia memberikan undi kepada pembangkang.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.

“Rasuah semakin menjadi-jadi dalam UMNO dan parti-parti komponen (BN) yang lain.

“Dengan adanya pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

Berkenaan parti komponen BN, Dr Mahathir berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan jika prestasi pembangkang lemah.

KALAULAH CALON PEMBANGKANG DIBENARKAN BERKEMPEN BERTEMU PENGUNDI POS, ITU MENANDAKAN UMNO TIDAK LAGI WUJUD DI ONE MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Dewan Pemuda PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) membenarkan calon PAS yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bertemu dengan pengundi pos di kawasan itu.

Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, calon PAS perlu bertemu dengan pengundi pos yang terdiri daripada anggota tentera bagi memastikan mereka mengenali calon yang bertanding.

Katanya lagi, Pakatan Rakyat juga perlu diberi kebenaran untuk berkempen kepada pengundi pos bagi memastikan segala maklumat sampai kepada pengundi pos yang merupakan kumpulan pengundi terbesar di Dun berkenaan.

"Kalau menteri pertahanan dan jabatan kerajaan lain boleh bertemu mereka, mengapa kami dari Pakatan Rakyat tak boleh bertemu dengan mereka?" soalnya.

Bercakap pada satu sidang media selepas mesyuarat exco pemuda tengahari tadi, Azman berkata, Pemuda akan menghantar tuntutan kepada SPR agar memansuhkan Borang Lampiran 2 yang memuatkan butiran peribadi pengundi pos.

"Borang yang tulis maklumat peribadi pengundi pos itu sendiri yang mungkin menyebabkan mereka takut kedudukan mereka terjejas kalau undi Pakatan Rakyat," tegasnya.

Pada sidang media yang sama, Azman juga memaklumkan Pemuda sedang menyediakan satu cadangan untuk diserahkan kepada negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat berkaitan dengan penjualan arak.

Pemuda dalam masa terdekat ujarnya akan mengadakan seminar atau perbincangan meja bulat untuk membincang dan mengemukakan cadangan berhubung isu berkenaan.

"Pemuda berpandangan isu ini sangat penting bukan sahaja kepada negeri Selangor tetapi juga negeri-negeri Pakatan lain termasuk Perak yang kita anggap masih di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

Jelasnya, Pemuda akan menyediakna garis panduan bekenaan penjualan arak di negeri Pakatan, bukan mengharamkannya secara total seperti yang disalaherti oleh banyak pihak.

"Kita akan beri garis panduan dan pandangan daripada Pemuda PAS. Bukan haram secara total kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum (arak)."

Selain itu, DPP juga menyokong usaha sayap pemuda anggota Pakatan Rakyat untuk menubuhkan satu sekretariat pemuda Pakatan untuk menyelesaikan segala isu yang timbul secara bersama tanpa berlakunya salah faham.

"Pemuda Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk menangani isu-isu yang berlaku dalam negara kerana kita rasa perjumpaan yang kerap paling kurang sekali sebulan dapat menyelesaikan banyak masalah yg berlaku."Katanya.

Pada masa yang sama, pemuda Pakatan Rakyat sedang merancang untuk mengadakan konvesyen pemuda Pakatan Rakyat di seluruh negara untuk menghimpunkan seluruh Pakatan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Sabtu, 12 September 2009

NAJIB ALTANTUYA - MALANGNYA NASIB BEKAS PRESIDEN TAIWAN, KALAU IANYA BERLAKU DI MALAYSIA PASTI SELAMAT

TAIPEI - Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian dan isterinya dihukum penjara seumur hidup atas dakwaan rasuah melibatkan jutaan dolar.

Shui-Bian turut diarahkan membayar denda sebanyak AS$6 juta (RM20 juta) selepas didapati bersalah menggelapkan dana kerajaan, memindahkan wang dan menerima rasuah, kata mahkamah daerah di Taipei dalam satu kenyataan semalam.

Isteri beliau, Wu Shu-Chen turut dijatuhkan hukuman sama.

Beratus-ratus penyokong Shui-Bian melancarkan demonstrasi berhampiran mahkamah dan beberapa orang daripadanya membaling botol plastik dan sampah ke arah polis sebaik saja hukuman diumumkan.

Menurut pendakwa, Shui-Bian menggelapkan wang lebih AS$3 juta (RM10 juta) daripada dana pejabat presiden, menerima rasuah sekitar AS$9 juta (RM31 juta) dalam perjanjian perolehan tanah dan AS$2.7 juta (RM9.4 juta) untuk membantu seorang kontraktor mendapat projek kerajaan.

Hukuman diterima bekas presiden itu adalah kali pertama berlaku di Taiwan membabitkan pemimpin tertinggi negara ini.

Shui Bian menyifatkan hukuman yang diterimanya itu sebagai bermotifkan politik.

Jumaat, 11 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - BOM HYDROGEN SAMY VS BOM NUKLEAR SUBRA

Sebelum ini kemelut dalaman parti komponen BN terlalu banyak kita saksikan. Terdahulu dari parti PPP kemudian Gerakan dan diikuti MCA. Namun Najib masih gagah mencanangkan bahawa BN masih kuat.

UMNO pada hakikat sebenarnya bukanlah parti yang kuat, tetapi disebabkan disokong oleh parti-parti komponen maka ianya boleh mendabik dada. Dengan terjadinya kemelut dalaman serta perebutan kuasa di dalam parti komponen, membuat UMNO semakin gusar. Apa tidaknya, jika tiang-tiang sokong semakin condong maka rumah pun akan tumbang. UMNO akan jatuh tersungkur.

Konflik yang berlaku di dalam BN tidak boleh di tahan-tahan lagi. Rakyat hanya menyaksikan cerita penglipurlara yang dimainkan oleh watak-watak utama di dalam parti biru. Ini menunjukkan BN semakin hari semakin lemah. Sengketa yang berlaku sekian lama sudah semakin membarah. Apa lagi yang kita boleh harapkan dari BN melainkan tinggalkan saja parti biru karat itu.

Cerita terbaru adalah kemelut dalaman parti MIC pula. Dari bom C4, kini bom hidrogen dan bom nuklear pula bakal digunakan.


Samy Vellu dalam Utusan Meluat

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Kurang dari 48 jam sahaja lagi sebelum pemilihan parti MIC Sabtu ini, Presidennya, Datuk Seri S. Samy Vellu mendedahkan beliau mempunyai satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia Datuk S. Subramaniam dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai.

Bagaimanapun, kata Samy Vellu, beliau tidak akan meletupkan bom hidrogen berkenaan kerana ia bukan tindakan baik untuk dilakukan oleh seseorang pemimpin ketika bakal menghadapi pemilihan parti.

Samy Vellu mendakwa, bekas Timbalan Presiden parti itu telah menyediakan beberapa butir ‘bom’ untuk menyerangnya demi kepentingan diri sendiri.

‘‘Setakat ini, satu ‘bom’ pun tidak pernah meletup.

‘‘Tetapi saya ada satu ‘bom hidrogen’ yang boleh membongkar rahsia beliau dan menjatuhkan maruahnya di khalayak ramai,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Subramanian dalam Utusan Meluat

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam berkata, beliau tidak gentar dengan kenyataan Datuk Seri S. Samy Vellu yang mendakwa mempunyai 'bom hidrogen' yang boleh membongkar rahsia dan menjatuhkan maruahnya.

Beliau mendakwa, ia adalah cara Presiden MIC tersebut untuk menakutkan calon dan perwakilan dengan mereka-reka pelbagai cerita yang tidak betul.

''Kalau beliau ada 'bom hidrogen', saya pula mempunyai 'bom nuklear' yang boleh menghancurkan nama dan karier beliau.


Return to Aku Ingin Bebas

Khamis, 10 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - WANG BANTUAN UMPAN PENGUNDI POS

Rakyat mohon wang bantuan dari Najib



Ustazah Rosmah, mohonlah bantuan dari Allah. Ngape tak pakai tudung penuh?

Rabu, 9 September 2009

NIZAR NAJIB ALTANTUYA - MAHKAMAH UMNO MENANGKAN ZAMBRY, SIVAKUMAR TOLAK TEPI

IPOH 8 Sept. - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar bagi menuntut ganti rugi berhubung kecederaan, kerosakan dan kerugian yang dialaminya ekoran kejadian semasa sidang DUN pada 7 Mei lalu.

Hakim Datuk Azhar Mohamed memutuskan demikian dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan perkara tersebut sebaliknya ia harus diselesaikan oleh sidang DUN itu sendiri.

Beliau membuat keputusan menolak permohonan itu dengan kos setelah mendengar hujah kedua-dua pihak di kamar beliau di sini. Berita selanjutnya-->

Jika hakim Datuk Azhar Mohamed memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa berkaitan sidang DUN, bagaimana pula kedudukan Zambry. Apakah ianya menandakan isyarat bahawa Zambry adalah MB haram. Persoalannya, mahkamah mana lagi yang boleh dipercayai di Malaysia ini.

ERA NAJIB ALTANTUYA - MESTI BACA: UNDI POS DAN RAHSIA PENIPUAN SPR TERBONGKAR!... (siri 2)

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos.
Ini tidak termasuk pengundi pos haram.

Bukti dan maklumat di bawah ini mendedah bahawa penipuan secara terancang oleh pihak SPR ternyata tidak dapat disangkal lagi. Malah suara-suara yang menyatakan bahawa SPR adalah kuda tunggangan UMNO-BN ternyata benar.

Maklumat ini saya perolehi dari seorang bekas tentera yang telah bersara dari ATM lebih setahun yang lalu. Katanya, secara kebetulan dia ingin menyemak daftar pemilih abangnya secara online di laman web SPR disini Namun dia sendiri terkejut apabila dia membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan semasa tentera yang bermula dengan huruf "T" 1068XXX, namanya juga ada tersenarai dalam undi pos walaupun telah setahun menjadi pesara tentera.

Ini menunjukkan SPR gagal mengugurkan serta membersihkan senarai daftar pemilih bagi tentera yang telah bersara secara menyeluruh yang kini telah mempunyai MyKad. Nombor tentera mereka masih digunapakai sebagai pengundi pos yang sah (dibaca: sebenarnya haram).

Untuk maklumat juga katanya, anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson. Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib.

Kenyataan di atas hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.

Amat ketara adalah seperti nombor tentera yang berwarna merah di bawah adalah pengundi pos bagi kawasan DUN Bagan Pinang. Terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Undi ini memberi advantage kepada UMNO-BN.

Anda boleh periksa sendiri mengenai kesahihan sumber ini dengan memasukkan nombor tentera di bawah dengan didahului abjad "T" bagi membezakan tentera dengan orang awam. Sila klik disini untuk ke laman web SPR untuk membuat semakan.

Anggota tentera ini telah bersara pada 4 Feb 2009

1068209, 1068213, 1068217, 1068221, 1068233, 1068236, 1068242, 1068250, 1068251, 1068258, 1068261, 1068263, 1068270, 1068281, 1068283, 1068289, 1068291, 1068294, 1068314, 1068315, 1068322, 1068333, 1068337, 1068339, 1068340, 1068341, 1068343, 1068355, 1068365, 1068367, 1068368, 1068376, 1068382, 1068383, 1068384, 1068390, 1068392, 1068394, 1068399, 1068404, 1068406, 1068409, 1068416, 1068424, 1068432, 1068441, 1068465, 1068467, 1068473, 1068474, 1068477, 1068483, 1068484, 1068489, 1068490, 1068492, 1068498, 1068499, 1068511, 1068518, 1068520, 1068525, 1068527, 1068530, 1068533, 1068548, 1068554, 1068556, 1068559, 1068560, 1068570, 1068573, 1068574, 1068576, 1068579, 1068580, 1068582, 1068589, 1068602, 1068619, 1068626, 1068627, 1068630, 1068637, 1068640, 1068650, 1068654, 1068656, 1068659, 1068666, 1068678, 1068683, 1068687, 1068691, 1068693, 1068694, 1068695, 1068704, 1068709, 1068713, 1068729, 1068731, 1068746, 1068748, 1068750, 1068752, 1068753, 1068760, 1068764, 1068774, 1068775, 1068783, 1068788, 1068795, 1068796, 1068800, 1068802, 1068805, 1068806, 1068808, 1068809, 1068813, 1068816, 1068821, 1068824, 1068825, 1068828, 1068833, 1068836, 1068837, 1068842, 1068847, 1068860, 1068862, 1068870, 1068871, 1068890, 1068891, 1068902, 1068920, 1068934, 1068938, 1068940, 1068941, 1068943, 1068946, 1068947, 1068948, 1068949, 1068951, 1068956, 1068958, 1068962, 1068963, 1068965, 1068967, 1068975, 1068985, 1068987, 1068990, 1068994, 1068997, 1068999, 1069004, 1069005, 1069009, 1069012, 1069015, 1069031, 1069064, 1069078, 1069083, 1069084, 1069093, 1069094, 1069101, 1069110, 1069111, 1069114, 1069121, 1069124, 1069132, 1069133, 1069134, 1069136, 1069142, 1069143, 1069146, 1069148, 1069151, 1069155, 1069159, 1069173, 1069181, 1069183, 1069192, 1069198, 1069208, 1069220, 1069227, 1069233, 1069235, 1069240, 1069253, 1069262, 1069265, 1069277, 1069279, 1069282, 1069274, 1069293, 1069297, 1069298, 1069306, 1069315, 1069331, 1069334, 1069338, 1069340, 1069344, 1069354, 1069362, 1069375, 1069379, 1069381, 1069400, 1069411, 1069421, 1069423, 1069424, 1069426, 1069437, 1069438, 1069440, 1069441, 1069442, 1069443, 1069444, 1069449, 1069452, 1069454, 1069456, 1069459, 1069465, 1069468, 1069477, 1069488, 1069494, 1069496, 1069499, 1069501, 1069503, 1069504, 1069505, 1069516, 1069523, 1069525, 1069530, 1069534, 1069536, 1069549, 1069560, 1069561, 1069562, 1069566, 1060571, 1060579, 1069581, 1069584, 1069586, 1069595, 1069597, 1069606, 1069612, 1069621, 1069628, 1069635, 1069636, 1069637, 1069649, 1069651, 1069653, 1069657, 1069668, 1069676, 1069677, 1069678, 1069682, 1069686, 1069690, 1069691, 1069693, 1069699, 1069711, 1069713, 1069714, 1069721, 1069732, 1069736, 1069743, 1069746, 1069742, 1069744, 1069745, 1069777, 1069796, 1069807, 1069812, 1069817, 1069820, 1069822, 1069826, 1069828, 1069829, 1069836, 1069841, 1069845, 1069848, 1069850, 1069853, 1069854, 1069856, 1069858, 1069868, 1069874, 1069875, 1069876, 1069878, 1069880, 1069892, 1069899, 1069900, 1069904, 1069907, 1069908, 1069917, 1069928, 1069929, 1069931, 1069933, 1069936, 1069937, 1069945, 1069949, 1069950, 1069951, 1069952, 1069968, 1069972, 1069983, 1069991, 1069993, 1069998, 1070000, 1070002, 1070014, 1070015, 1070016, 1070024, 1070028, 1070031.


A-I-B: Dengan terbongkarnya rahsia ini, ada kemungkinan SPR akan melenyapkan bukti-bukti tadi dengan membersihkannya secepat mungkin dari pangkalan data mereka. Namun saya telah mencetak keluar serta mendownload maklumat tersebut terlebih dahulu agar menjadi bahan bukti jika dinafikan oleh pihak SPR.

p/s: Menanti jawapan serta reaksi dari SPR bagi penafian maklumat ini.


Selasa, 8 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - UNDI POS DAN RAHSIA PENIPUAN SPR TERBONGKAR!... (siri 1)

Bagan Pinang mempunyai 4,925 pengundi yang mengundi melalui undi pos.
Ini tidak termasuk pengundi pos haram. Nantikan pendedahan bagaimana wujudnya pengundi pos secara haram esok!... hanya dari blog "AKU INGIN BEBAS".

Isnin, 7 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - KALAU TAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA


Mereka yang terlibat mengarakkan kepala lembu dan membuat ucapan dalam demonstrasi membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam akan didakwa menghasut menurut Seksyen 4 Akta Hasutan atau Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kata Gani 4 Tahil. Baca selanjutnya-->

Sampai kiamat pun aku tak percaya cakap pengampu UMNO sorang nie!...

Ahad, 6 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - JAMBATAN DAN ANAK EMAS TRADEMARK UMNO pkfz

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya menjadikan pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini sebagai iktibar.

Perdana Menteri berkata, ia penting supaya mereka dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Teluk Kemang nanti.

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN untuk kita lakukan yang terbaik pada pilihan raya kecil Bagan Pinang,'' katanya. Selanjutnya-->

Percayalah!... UMNO tak akan insaf. Apakah kekalahan satu demi satu di PRK sebelum ini, UMNO sedikitpun merasa tidak bersalah kerana sanggup menipu pengundi dan rakyat? Apakah baru sekarang UMNO menyedari, setelah 7 kali berlaku kekalahan di PRK baru timbul rasa keinsafan dan ingin muhasabah diri.

Tidak!... UMNO tak akan insaf... dengan menjadikan kekalahan itu sebagai iktibar atas kesilapan yang lalu, kerana janji jambatan dan anak emas sudah sinonim dengan UMNO. Percayalah... Ramadhan tidak akan mengubah UMNO untuk menjadi baik.

Sabtu, 5 September 2009

PRK: TEMPAT UMNO MELEPASKAN NAFSU - NAJIB pkfz

ERA NAJIB ALTANTUYA - KALAULAH SPR KATA BEGINI....

PR jangan terlalu ghairah untuk bertanding di DUN Bagan Pinang, N.Sembilan. Sekarang ini masih menjadi teka-teki apakah benar-benar SPR akan mengumumkan akan adanya PRK di DUN tersebut.

Kalau sebelum ini, SPR menafikan hak rakyat di DUN Kota Siputeh, Kedah untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru akibat daripada ADUN Umno yang gagal menghadiri sidang dun sebanyak dua kali. Apakah perkara yang sama juga, mustahil tidak boleh berlaku di DUN Bagan Pinang.

UMNO dengan kerjasama SPR akan membuat apa saja perancangan demi mengagalkan sesuatu, bilamana ianya dijangka akan berpihak kepada PR. Tidak mustahil di Bagan Pinang, SPR bakal membuat suatu kejutan yang lain pula. Tunggu....

Andaikata SPR akan mengumumkan bahawa ujudnya situasi Pemangku ADUN bagi kes-kes yang melibatkan kematian ADUN. Mungkin ianya bakal dimulakan di DUN Bagan Pinang. Dengan sendirinya ianya akan menyelamatkan survival Umno-BN. Maka tiadalah berlaku pilihanraya kecil. Jawatan ADUN boleh dipangku samada isteri, anak atau dari kalangan keluarga terdekat.

Sedangkan di negeri Kedah yang diperintah PR pun, SPR boleh buat keputusan memihak kepada BN, ini kan pula N.Sembilan yang diperintah oleh UBN. Mustahilkah?!....

Jumaat, 4 September 2009

LEBUHRAYA SPR - DARI PULAU PINANG TERUS KE NEGERI SEMBILAN

Sekali lagi PR akan bertempur dengan UBN di PRK Bagan Pinang kerana ADUN BN kawasan itu, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini.

Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban.

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat undi.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini.

Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

ERA NAJIB ALTANTUYA - KERAJAAN NAIK MINYAK, PENIAGA NAIK HARGA


"Jika harga barang keperluan dinaikkan dan para peniaga pula memberikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang keperluan, kerajaan Najib mesti bertanggungjawab".

ERA NAJIB ALTANTUYA - PALUAN GENDANG DIPALU DI FELDA LAH PULAK!...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian wang raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Beliau berkata, bagi tujuan itu pihak Felda memperuntukkan sebanyak RM37.23 juta dan mereka dijadualkan menerima wang tersebut mulai minggu depan.

Menurutnya, terdapat dua kategori wang raya yang akan diberikan kepada peneroka iaitu RM350 seorang dan RM150 seorang. Dah berpuluh tahun warga peneroka felda berjasa pada kerajaan bagi membantu mempertingkatkan ekonomi negara dalam pengeksportan getah dan sawit, itu jer yang ngko bagi...Puhhh!... itu pun nak bising.

Khamis, 3 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - UMNO MAKIN PARAH, PARTI KOMPONEN LARI MALAM



IPOH, 3 Sept (Bernama) -- Seramai 600 anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak didakwa akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di sini Sabtu ini.

Bekas Anggota Parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan Parti Progresif Penduduk (PPP) dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di sini Khamis.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama...ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.

Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Tan yang juga bekas Naib Pengerusi MCA Bahagian Ipoh Timur berkata anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea 'sistem dua parti' dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas Menteri Kesihatan itu.

Tan bersama bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas Senator, David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas.



Sumber: BERNAMA

ERA NAJIB ALTANTUYA - MENJEJAK TOK DALANG DISEBALIK KEPALA LEMBU

SHAH ALAM, 2 Sept: Sejak demontrasi mengarak kepala lembu berdarah terjadi enam hari lalu, khalayak rata-ratanya ingin tahu siapakah sebenarnya di belakang demonstrasi yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk Seksyen 23 Shah Alam ini.

Harakahdaily mengambil inisiatif bagi mengenalpasti siapakah mereka yang terlibat itu. Terbukti, hampir kesemua mereka adalah pemimpin Umno Selangor dan tempatan iaitu Seksyen 23.

Bagi menganalisanya, klik video youtube digunakan sebagai rujukan.

Analisis impirikal ini dibuat bersama dua Exco Pemuda PAS Selangor Nadzham Haji Ahmad Nazir (berkolar kuning) dan Mohd Khairul Afandi Ibrahim (berbaju hitam berlogo PAS). (gambar bawah)

Berdasarkan klip youtube tersebut, Nadzham mendakwa bahawa dalang sebenar perhimpunan terbabit adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23, Haji Azmir Mohd Zain.

Jelasnya, Azmir merupakan adik kandung kepada bekas Adun Kota Anggerik Dato' Nawawi Md. Zain (dalam Parlimen Shah Alam) yang mewakili Umno dalam pilihanraya umum ke-12 lalu.

"Kalau dah ada Ketua Penaja Umno (cawangan) Seksyen 23 menjadi kepala demontrasi itu, siapa lagi dalangnya?" kata Nadzham.

Image"Kalau orang PAS, kita (ahli-ahlinya) tidak akan demontrasi isu perkauman, (sebaliknya) kita akan demontrasi isu hak asasi dan Islam. Sudah lama kita (pemimpin PAS) ditangkap, kene gas pemedih mata, dibelasah FRU (atau) dikenakan Akta Hasutan serta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)."

Jelasnya lagi, Azmir turut dikenali khalayak tempatan sebagai salah seorang penggerak pasar malam yang menguasai kawasan panas, Up-Town Shah Alam.

"Dia (Azmir) salah seorang yang kuasai Up-Town Shah Alam. Itu sebab walaupun penduduk setempat membantah (dan) pungut tandatangan bantahan disebabkan (bunyi) bising-bising, sampai sekarang tak berjaya (dipindahkan); sebab Dato' Nawawi di belakangnya," katanya lagi.

Nadzham yang pernah dikenali sebagai penggerak Pemuda Umno Shah Alam pada era Reformasi 1998, sebelum menyertai PAS.

Tambah Nadzham lagi, antara demontran yang cuba menyamar sebagai pemuda PAS dalam demontrasi ekstrem tersebut adalah bekas Bendahari Pemuda Umno Shah Alam sendiri, selepas meneliti klip youtube Malaysiakini.

Menurut Khairul Afandi pula, demontrasi melampau tersebut turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Selayang, Sohaimi Shahadan.

ImageSumber dalamam Umno ketika dihubungi kemudian bukan sahaja mengesahkan keahlian Umno Sohaimi, malah menjelaskan bahawa Sohaimi bukanlah penduduk tempatan Seksyen 23, di sini. Sebaliknya, beliau bermastautin di Batu 19, Kuang, Rawang.

Sumber tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat kes kuil bersebelahan masjid di Sungai Buluh (berdekatan Kuang) yang sampai ke pengetahuannya beberapa tahun lalu (iaitu sewaktu Umno BN memerintah Selangor), tetapi beliau mengambil sikap sambil lewa sahaja.

Sumber tersebut juga mendakwa Sohaimi merupakan antara individu yang terbanyak mengaut tender projek di bawah Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani melalui Menterinya Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, sejak kerajaan Selangor jatuh di bawah Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Khairul juga mendakwa penduduk tempatan tidak mengenali Ibrahim Sabri yang mendakwa sebagai Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini; sehinggalah sebuah akhbar harian membuat liputan luar biasa ke atasnya.

Sambil menyifatkan Ibrahim Sabri berdusta kepada khalayak, Khairul dan Nadzham juga mendakwa lelaki misteri itu cuba mencari helah apabila banyak pihak mempertikai tindak tanduk mengarak dan menendang kepala lembu berdarah itu.

Image"Sepatutnya dia (Ibrahim Sabri) sebagai penganjur menasihati supaya kepala lembu berdarah itu tidak dibawa bersama perarakan itu," katanya.

Ibrahim turut didakwa cuba mencari helah untuk mengelakkan Umno mendapat nama burok dari peristiwa itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Ibrahim berkata:

"Sebenarnya kita sendiri tidak menyangka perhimpunan yang diadakan itu di hadapan bangunan SUK selepas solat Jumaat itu ada orang yang membawa kepala lembu."

Jelasnya lagi, cadangan mengarak kepala lembu 'berdarah' itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Pendududuk Seksyen 23.

Namun rakaman Youtube Malaysiakini, membayangkan Ibrahim bersifat ekstrem, kalau tidak pun terlibat mengarak kepala lembu yang segar berdarah itu.

"Kami (mewakili) penduduk Syeksyen 23 (Shah Alam) sekali lagi menyatakan tidak akan berganjak walaupun seinci,walau nyawa habis (terkorban), walau darah mengalir; kami tetap pertahankan Seksyen 23 (Shah Alam) daripada dibina kuil,� kata Ibrahim sebagaimana yang dirakamkan dalam video itu.

ImageAgendadaily melaporkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar semalam berkata, "Jangan tuding jari pada pihak lain (Umno), saya sendiri lawat tapak di Seksyen 23 pada 18 Ogos lalu untuk terima memorandum bantahan yang hendak diserah kepada Perdana Menteri."

Bagaimanapun, Noh dalam kenyataannya 18 Ogos lalu mahu menyertai bantahan penduduk dengan mendapatkan injunksi Mahkamah atas cadangan kerajaan negeri membina kuil tersebut.

Beliau mendakwa keputusan itu sebagai mainan politik Pakatan Rakyat negeri, demi mengetepikan bantahan penduduk setempat Jumaat lalu.

Semalam, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar pada satu kenyataan akhbar di Pejabat Agong PAS berkata, "Saya lihat bahawa isu ini ada kepentingan politik kepada Umno Barisan Nasional dengan mengadu domba hubungan antara kaum yang harmoni dalam negara kita untuk mencetuskan suatu keadaan tegang bagi survival politik mereka."

ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang ditemuramah lewat malam tadi, mempertikai tindakan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammudin Tun Hussien yang menyanjungi para pemuda ekstrem terbabit.

"Saya diberitahu bahawa Hishamuddin akan turun sendiri ke sini (Seksyen 23) untuk bertemu dengan samseng-samseng terbabit. Itu suatu penghormatan (Hishamuddin) sedangkan samseng-samseng itu jelas membelakangkan undang-undang dalam isu ini."

"Saya tahu bahawa yang bercakap itu (demontrasi kepala lembu berdarah) bukan mewakili penduduk setempat (Seksyen 23). Saya sedih melihat bagaimana samseng-samseng itu boleh bertindak sesuka hati mereka.

Image"Orang-orang sebegini sepatutnya sudah lama dikenakan tindakan undang-undang (kerana) mereka sudah merosakkan harta benda awam, mengancam orang ramai dengan kata-kata hasutan. Mereka dikebalkan sehingga mengugut penduduk yang mempersoal tindakan mereka," katanya.

Tanpa menyebut nama-nama mangsa, Khalid juga menjelaskan bahawa beberapa saksi kejadian yang tampil membuat kenyataan sudah diugut serta diarahkan meninggalkan kediaman mereka, di sini.

Khalid juga menjelaskan bahawa beliau masih menunggu maklum balas pihak Polis sejak Sabtu lepas.

Utusan Melaporkan, Noor Azam memaklumkan bahawa sudah terdapat 52 laporan Polis daripada penganut Hindu berhubung insiden tersebut

ImageWartawan Harakahdaily, yang turut turun ke Seksyen 23 petang semalam mendapati Pasukan Gerakan Am (PGA) masih berkubu di Dewan Serbaguna MBSA di sini.

Dua penduduk yang membuat kenyataan kepada Harakahdaily 30 Ogos lalu memeberitahu, diri serta keluarga mereka dikecam, dipulau serta diancam oleh suatu pihak yang tidak dikenali.

Ditanya sama ada responden terbabit ada membuat laporan Polis, kedua-duanya memberikan alasan takut terus diancam pihak terbabit.

Sumber: harakah

Rabu, 2 September 2009

Kata NAJIB: 1Malaysia tepati ajaran Islam - NIZAR ZAMBRY

Aku nak tergelak sakan bila terbaca dalam Utusan Meloya Online baru sebentar tadi Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang sedang dilaksanakan sekarang telah menepati kehendak ajaran Islam.

Menurut Perdana Menteri, seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Maidah yang menekankan keadilan untuk semua, amalan itu akan meningkatkan ketakwaan seseorang.

Gagasan 1Malaysia yang sedang dihayati pada masa ini merupakan satu gagasan yang tetap bersifat Islamik dalam pengisian dan matlamatnya.

"Ini adalah berpandu pada ayat kelapan dalam surah Al-Maidah yang bermaksud 'Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil.

"Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa juga kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu ketahui," katanya pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dekat sini hari ini.

Amboi!... Najib sekarang sudah pandai tafsir Al-Quran. Aku juga tidak nafikan ayat dalam surah Al-Maidah yang Najib baca tidak ada cacat celanya melainkan benar belaka. Namun mungkin Najib terlupa membaca salah satu Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Jika Najib mengakui ayat ini adalah benar, maka apa yang Najib katakan 1Malaysia menepati kehendak ajaran Islam adalah tidak tepat. Buktinya lihat gambar di kiri. Menutup aurat kah!... inikah yang dinamakan menepati ajaran Islam?, seperti yang dikehendaki ayat di atas. Sendiri baca sendiri jawap!...

NIZAR ZAMBRY - BILA MASA RAKYAT PILIH ZAMBRY

MB haram (Zambry) telah diaibkan oleh penyokongnya sendiri dengan perkataan banner di bawah. Sendiri mau ingat lah.... bila masa rakyat Perak pilih hang!...


Saksi mendakwa pihak polis bertindak lembut ketika meleraikan kumpulan penyokong BN itu di Ipoh pagi tadi.


ERA NAJIB ALTANTUYA - UMNO PUN TERINGIN NAK MASUK SYURGA

Oleh: Ahmad Baei Jaafar

Saya rasa kagum dengan pemimpin UMNO kerana cukup sensitif dengan isu tidak masuk syurga. Mereka rasa tercabar kalau dikatakan segala kerja mereka tentang Islam tidak membolehkan mereka masuk syurga. Sudah banyak kerja kebajikan yang dilakukan, takkan tidak dinilai oleh Allah?

Sebenarnya rasa itu adalah rasa orang Melayu keseluruhannya. Bayangkan kalau kita kata kepada seorang Melayu, “kamu ni hamba duit” dia cukup marah walaupun sebenarnya mereka memang cinta dan terpengaruh dengan duit. Malah mereka akan lebih marah kalau kita kata kepada seseorang, “kamu bukan Islam” walaupun dia tidak pernah melakukan solat.

Tapi kadang-kadang sikap orang Melayu seperti itu perlu dicabar supaya mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan. Orang Melayu yang cinta dunia perlu disedarkan bahawa sikapnya itu salah. Kalau dia mahu menerima teguran itu maka bolehlah kita mula tunjukkan kepadanya jalan yang benar.

Begitu juga orang Melayu yang tidak mahu melakukan solat, elok juga sesekali dikertak bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka. Kalau dia boleh insaf dengan cara itu, barulah boleh dipujuk supaya melakukan solat. Semua itu perlu dilakukan secara berhikmah dan penuh strategi.

Merujuk kepada kes di atas cuba kita halusi apa yang dikatakan Tok Guru Nik Aziz, “ajaran Islam seperti yang dibawa Umno tidak boleh membawa penyokongnya masuk syurga.”

Berdasarkan kenyataan itu seharus apa yang mereka lakukan selama ini dinilai semula oleh pemimpin UMNO dengan cermat, apakah ajaran Islam yang dibawa mereka selama ini betul atau tidak. Sepatutnya ulama UMNO kena bercakap dan memberi penjelasan bagi menafikannya. Tetapi sehingga ke hari ini tidak ada ulama mereka yang bercakap kecuali Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Itupun sekadar menyebut keputusan yang pernah dibuat pada tahun 2001.

Sebagai contoh boleh kita lihat ucapan dan tindakan mereka yang boleh dikaitkan dengan ajaran Islam UMNO:

1. 1. Hukum sebat atas kesalahan minum arak tidak boleh laksanakan kerana tidak ada pakar rotan bagi kesalahan jenayah syariah. Ucapan Menteri Dalam Negeri itu kalau dianggap ajaran Islam UMNO sudah tentu salah kerana hukum dan undang-undang sudah diluluskan, maka pakar perotan juga perlu diwujudkan serentak. Jadi, alasan itu ternyata bercanggah.

2. 2. Hukuman sebat itu perlu dikaji semula termasuk boleh diberi kemaafan kerana dia sudah insaf. Pandangan pemimpin UMNO ini adalah dikira ajaran Islam UMNO, sedangkan dalam Islam hukum atas kesalahan minum arak tidak boleh dimaafkan oleh manusia.

3. 3. Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama... bahaya. Kerana nak menang pilihan raya, sanggup gadai agama. Ucapan TPM ini menggambarkan ajaran Islam UMNO, agama dan politik terpisah, tidak boleh masuk campur. Ajaran ini bertentangan dengan Islam kerana politik sebahagian daripada Islam.

Sekadar menyebut tiga contoh yang terbaru ini, wajarkan Allah menilai ajaran mereka untuk dimasukkan ke dalam syurga? Jadi, ulama UMNO perlu menilai semula semua ajaran Islam yang masih dipegang sehingga ke hari ini supaya ia bersesuai dengan Islam sebenar.

Kalau mereka tidak mahu menilai semula dan mengekalkan ajaran itu, saya bimbang akan ramai lagi orang UMNO yang sedar kesilapan itu akan keluar dan masuk parti PAS. Hal ini kerana orang Melayu memang sinsitif dengan syurga dan neraka. Mereka sudah pasti tidak mahu masuk neraka.

Kalau orang UMNO bertindak begitu, tentu lebih mudah kepada penyokong yang terdiri daripada orang atas pagar, pegawai kerajaan (tidak jadi ahli) dan sebagai untuk bertindak menolak UMNO. Jadi dalam hal ini sepatutnya pemimpin UMNO berterima kasih kepada Datuk Nik Aziz kerana memberi terguran berguna.
--------------------------------------------------------------------

Kenyataan TG Nik Aziz:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Selasa, 1 September 2009

BERITA TAK HAIRAN - DUN Kota Siputeh kekal milik BN - SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN tersebut.

Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Bagaimanapun, Abu Hassan telah menjelaskan bahawa beliau mempunyai sijil cuti sakit pada hari yang beliau tidak dapat hadir.

Abdul Isa bagaimanapun sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Mengenai surat pemakluman daripada Speaker DUN Kedah, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.

"SPR telah meneliti surat daripada beliau yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam Sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama surat itu dilampirkan surat cuti sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Ogos.

"Turut diteliti ialah kenyataan beliau bahawa beliau telah menghantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada Ketua Pembangkang untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran itu kerana sakit dada," katanya.

Catatan: SAH!... SPR kuda tunggangan UBN.

mkini

ERA NAJIB ALTANTUYA - MESTI BACA: BUKTI BN MASIH KUAT

Kita sering dengar ungkapan ini dari pemimpin UMNO mengatakan bahawa Barisan Nasional (BN) masih merupakan parti yang kuat berbanding pakatan pembangkang. Dan inilah buktinya.

MCA makin tenat

KUALA LUMPUR: Krisis MCA dijangka bertambah meruncing apabila dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) mungkin diadakan susulan pemecatan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada parti, minggu lalu.

Ini berikutan keputusan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, untuk memanggil EGM ketika penyokong Dr Chua turut merancang mengadakan mesyuarat berkenaan dalam usaha membatalkan pemecatan Timbalan Presiden itu.

Ong dalam satu kenyataan di dalam blognya semalam berkata, beliau terpaksa menggunakan klausa 30.1 perlembagaan parti untuk mengarahkan EGM diadakan bagi membolehkan perwakilan menyatakan pendirian berhubung kontroversi pemecatan Chua berikutan skandal seksnya pada 2007.

“EGM ini juga diadakan bagi mengetahui sama ada ahli parti bersetuju dengan cara penyelesaian isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

“Mengadakan EGM adalah satu keputusan yang besar dan ia lebih bererti ketika negara sedang menyambut kemerdekaan ke-52,” katanya.

Rabu lalu, Majlis Presiden MCA memecat Chua berkuat kuasa serta-merta kerana skandal seksnya yang dikatakan memberi imej buruk kepada parti, tetapi keputusan itu dibantah sesetengah pemimpin dan ahli MCA.

Berikutan itu, penyokong Chua berusaha mendapatkan tandatangan perwakilan MCA bagi mengadakan EGM bagi membatalkan pemecatannya.

Mengikut perlembagaan MCA, EGM boleh diadakan melalui tiga kaedah, iaitu persetujuan satu pertiga perwakilan, arahan daripada presiden dan satu pertiga anggota Jawatankuasa Pusat parti.

Ong berharap ahli MCA dapat membuat keputusan terbaik demi kepentingan parti, bukannya dipengaruhi oleh faktor diri beliau.

“Suara ahli parti lebih penting bagi meneruskan kelangsungan MCA yang menjadi tonggak penting kemerdekaan negara selama ini. Keputusan ini juga diharap mengembalikan kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Chua ketika dihubungi Berita Harian pula mempersoalkan tindakan Ong menggunakan kuasanya mengarahkan parti mengadakan EGM, sedangkan Presiden MCA itu sebelum ini menyelar usaha sekumpulan ahli untuk mengadakan EGM yang dianggap boleh memecahbelahkan parti.

“Keputusan Ong itu mengelirukan penyokong dan ahli MCA, sekali gus menunjukkan pendiriannya yang sering berubah-ubah. Ketika saya dipecat dan penyokong saya berura-ura mahukan EGM, Ong menyelar dengan mengatakan ini akan menyebabkan MCA berpecah.

“Tetapi kini dia sendiri yang inginkan EGM dan perkembangan terbaru ini tidak akan menghalang penyokong saya untuk terus mendapatkan tandatangan dan mengadakan EGM seperti yang diinginkan.

“Jika satu pertiga perwakilan meminta EGM dan semua syarat dipenuhi, parti tidak boleh menafikan permintaan itu dan apa yang kami lakukan adalah menggunakan kuasa perwakilan yang menjadi akar umbi dalam menentukan kedudukan kita dalam parti, berbanding Ong yang menggunakan kuasa Presiden,” katanya.

Chua berkata, tindakan penyokongnya yang mahukan EGM bukan untuk membela beliau, tetapi lebih penting bagi menentukan hala tuju MCA pada masa akan datang.

“Kami komited untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi kecewa apabila MCA yang dipimpin Ong gagal menyatupadukan parti dan menggariskan hala tuju seperti yang dilakukan Perdana Menteri.

“Bahkan, terlalu banyak politiking dalam MCA hingga mengabaikan tuntutan dan aspirasi rakyat, malah tiada usaha langsung daripada MCA untuk menjayakan kempen 1Malaysia,” katanya.

Chua yang baru pulang daripada bercuti di luar negara, semalam berkata beliau akan meneliti agenda Ong dalam menganjurkan EGM kerana apa yang berlaku sekarang membuktikan alasan Presiden MCA itu memecatnya adalah tidak benar.

“Dia beritahu pemecatan saya untuk membentuk imej parti yang baik dan jika itu benar, ahli MCA semestinya mengalukan keputusan itu dan berasa lega tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila ramai ahli yang kecewa dan berasa marah.

“Sekarang, orang sudah nampak siapa sebenarnya yang menjejaskan nama baik MCA walaupun dia mahu tonjolkan dirinya seolah-olah kelihatan baik dan bersungguh-sungguh memerangi rasuah dalam kes penyelewengan PKFZ,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Ming ketika dihubungi mengesahkan menerima arahan daripada Ong pagi semalam supaya memanggil EGM.

Beliau berkata, satu mesyuarat akan diadakan hari ini bagi membincangkan tarikh, masa dan tempat EGM akan diadakan, selain agenda yang akan dibawa ke mesyuarat itu.

Wong berkata, EGM itu akan diadakan dalam tempoh 30 hari dan beliau berharap notis mengenai boleh dikeluarkan hari ini.