Isnin, 26 Mac 2012

APA YANG TAK KENA DENGAN GAMBAR NIE!...

Susunan batu bata cara 'wasatiyyah' (mudah roboh)

Susunan batu bata cara orang kampung gua (tahan gempa)

Sabtu, 24 Mac 2012

HENTI IMPORT MINYAK DARI IRAN KERANA IKUT TELUNJUK YAHUDI

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. - Bernama

Selasa, 20 Mac 2012

PELAJAR TINGKATAN 3 DICULIK

Gambar hiasan

KUANTAN 19 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dilaporkan diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad nilai tambah prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, itu keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya iaitu Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.

Ibunya, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua anaknya itu pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis.

Sebelum ini akhbar juga melaporkan kehilangan Nurul Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang semasa keluar ke kedai berhampiran rumahnya Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam kira-kira pukul 11 pagi, pada 1 Mac lalu.

Kes culik semakin menjadi-jadi nampaknya ketika ini. Mohon pihak polis membuat rondaan dengan lebih kerap lagi disekitar kawasan perumahan dan kampung-kampung. Jangan dok sibuk nak gangu ceramah politik saja sehingga mengabaikan keselamatan orang awam.

Jumaat, 16 Mac 2012

KES SAMAN TERHADAP ZAHID HAMIDI DITERUSKAN UNTUK PERBICARAAN

PUTRAJAYA 15 Mac - Permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membatalkan saman sivil untuk serangan yang didakwa hari ini ditolak oleh Mahkamah Rayuan yang mengarahkan menteri pertahanan untuk bertindak balas terhadap tindakan yang difailkan oleh seorang ahli perniagaan.

Menurut Bernama Online panel tiga hakim yang termasuk Datin Paduka Zaleha Zahari Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali sebulat suara memutuskan terhadap bida Zahid sebagai juga memerintahkannya untuk membayar RM5 000 untuk kos.

Ahli perniagaan Amir Abdullah Bazli pada 16 Januari 2006 memfailkan tuntutan terhadap Zahid kerana didakwa memukul beliau pada muka.

Menteri telah menafikan dakwaan tersebut dan memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kes yang boleh dibuang Permohonan tersebut telah ditolak oleh mahkamah yang sama pada 21 April 2010.

Sebagai tindak balas Zahid telah memfailkan countersuit terhadap berusia 41 tahun mendakwa telah mengalami penghinaan dan trauma emosi sebagai hasil daripada tuduhan itu.

Menteri yang didakwa libel dalam laporan media kejadian. Terjemahan dari TheMalaysianInsider

Rentetan kejadian:
Amir Bazli Abdullah mengalami kecacatan kekal di muka. Beliau telah dipukul pada 16/01/06 dengan teruk sehingga keadaan fizikal mukanya mengalami kecacatan kekal.

Lapuran polis bertarikh 20/12/2006 telah dibuat dan salinan adalah seperti berikut:

Selanjutnya disini

Selasa, 13 Mac 2012

UMNO BERPERANG SEMASA SENDIRI

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.

Sebelum ini, Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Isnin, 12 Mac 2012

KAK IJAT BUKAN LETAK JAWATAN TAPI TAMAT KONTRAK


PKR menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahaw beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Naib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.

“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya semalam, Surendran juga mempertikaikan tindakan Shahrizat yang mahu terus berpaut pada jawatan ketua Wanita Umno.

Katanya, tindakan itu membuktikan Umno tidak ada keazaman politik, kecenderungan atau kuasa moral untuk bertindak terhadap pemimpin yang didakwanya mempunyai salah laku.

Surendran sebaliknya berkata, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu patut berundur serta merta.

Selepas kontoversi panjang NFC, Shahrizats semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). Beliau bagaimanapun berkata akan kekal sebagai ketua Wanita Umno kerana pergerakan itu sudah dianggap seperti keluarga.

AMK: Pengunduran iyakan skandal


Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) dalam kenyataannya berkata, pengunduran Shahrizat mengiyakan siri pendedahan PKR mengenai skandal NFC yang didakwa gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.

“Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

“Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.”

AMK juga menegaskan, apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia bukan noktah kepada pendedahan yang akan terus dibuat. mkini

Ahad, 11 Mac 2012

SAH, KAK IJAT LETAK JAWATAN BULAN DEPAN


Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.

Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama. mkini

Rabu, 7 Mac 2012

NFC: APABILA LEMBU YANG DISOROK SEMAKIN GEMOK


Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.

Shamsubahrin, yang sebelum ini, didakwa menipu pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 12:15 tengahari dengan diiringi oleh empat peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

"Ia adalah mengenai apa yang diperkatakan oleh Shamsubahrin sebelum ini dalam laporan awalnya bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung cubaan merasuah polis oleh tokoh utama dalam NFC," kata peguam, N Surendran.

"Pada masa itu, hanya yang ada kata-kata Shamsubahrin. Sekarang beliau telah tampil dengan bukti kukuh, konkrit ... dan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Jadi tidak ada sebarang alasan lagi mengapa pihak berkuasa tidak boleh bertindak dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera," katanya.

Surendran juga berkata SPRM sebelum ini menyimpan telefon berkenaan tetapi kemudian memulangkannya tanpa sebarang tindakan sehingga isu itu didedahkan.

Shamsubahrin, yang juga merupakan penasihat dan perunding korporat NFC, menambah bahawa bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

Dalam laporan awalnya, beliau menuduh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri shahrizat abdul Jalil mendesak beliau merasuah polis dalam usaha untuk menutup skandal syarikat projek ternakan lembu itu.

Walau bagaimanapun, Mohamad Salleh menafikan dakwaan berkenaan.