Ahad, 26 Februari 2012

JANGAN BIARKAN ORANG ATAS 'MAKAN' RAKYAT DI BAWAH

KUANTAN, 26 Feb: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut juga turut menyeru rakyat bersama menentang sebarang usaha atau projek yang disifatkannya 'membahayakan nyawa' manusia.

"Kita harus pertahan nyawa kita. Jangan biarkan segelintir kecil orang di atas 'makan' ratusan rakyat di bawah.

"Sediakan rumah yang baik untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di padang Majlis Perbandaran Kuantan, di sini pagi ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut berucap pada program itu pula mahu rakyat menolak pemimpin yang bersekongkol dengan Lynas.

"Hari ini Bersih bersama Hijau. Kita tolak Lynas, kita tolak sesiapa sokong Lynas.

"Kita inginkan kerajaan yang dengar apa rakyat nak, bukan kerajaan yang nak rakyat dengar apa yang mereka nak," katanya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat lain termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Penasihat dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Hampir 20,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majoritinya Tionghua hadir menyatakan bantahan di perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 hari ini.

Perhimpunan hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO prihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Dihujung himpunan itu hari ini, mereka turut bertafakur sejenak bagi mendoakan kempen anti Lynas berjaya sehingga operasi Lynas dibatalkan.

Sebagai bantahan juga, mereka meletakkan tangan secara bersilang di dada masing-masing sambil membacakan ikrar.

Dua tuntutan dalam ikrar itu termasuklah mendesak agar kerajaan membatalakan segera projek nadir bumi Lynas yang disifatkan memudaratkan rakyat Malaysia.

Mereka juga mendesak agar kerajaan memastikan segala rancagan pembgunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip piagam bumi.

KANTOI!... UNIT IT JPN P. PINANG TERLIBAT WEB 'SCAM' MAYBANK

Hari ini memang lawak giler!... tadi aku terima email laman web 'SCAM' kononnya dari maybank2u.com, tapi si mangkuk hayun tu dah tersalah hantar, terus dia bagi kat aku kod 'html'. Kan dah kantoi!...

Oooo.... rupanya orang tu dari unit 'IT' Jabatan Pendidikan Negeri P.Pinang. Senang-senang nak trace orang macam tu... . Siap ada link dengan website jpnpp lagi....

Bro... kena belajar lagi... dan study lagi kalau nak buat benda-benda macam nie!....

Printscreen: http://support.jpnpp.edu.my/m2u_logo.gif



Apabila di klik pada http://pra.jpnpp.edu.my/mbb, pautan tersebut akan di bawa ke link http://www.3sixty-consulting.com/New/mbb2012/Security/Update/

HIMPUNAN HIJAU 2.0

Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.

Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu. mkini

Isnin, 20 Februari 2012

Rabu, 15 Februari 2012

PROGRAM 6P, PATI AKAN GELAKKAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja atau Pendatang Asing Tanpa Izin atau Program 6P bertujuan untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin di negara ini. Ia dimulakan 1 Ogos 2011 dengan Pendaftaran Pekerja Asing yang sah membabitkan pengambilan data biometrik dan melengkapkan maklumat peribadi di Jabatan Imigresen.

Program yang digelar “6P” itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran. Ia merupakan program Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun ia menimbulkan persoalan berapa kerap ia akan dilanjutkan. Jurucakap program ini Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menjadi ‘khadam’ kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Lanjut! Lanjut!! Muktamad tak dilanjutkan dan lanjut lagi!! Kasihan Mahmood Adam seolah-olah ‘khadam’ kepada Hishammuddin yang terpaksa bertindak sebagai jurucakap. Itulah tugas setiausaha…


Kita dengar pula apa kata Tan Sri Mahmood Adam, khadam Hishamuddin selepas 10 April 2011 nanti. Adakah Program 6P akan tamat sepenuhnya!! Adakah juga mereka mempunyai simpati yang begitu mendalam terhadap pendatang haram ke negara kita?

Bimbang kalau-kalau ia digelakkan oleh PATI itu semua kerana seronok melihat telatah menteri Malaysia!! sumber

Jumaat, 10 Februari 2012

PENYEBAR GAMBAR BOGEL TAKUT BALIK MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Azmin Helmi atau Hilmi, 37, yang hampir seminggu ditahan di Batam, Indonesia dikatakan tidak memberi kerjasama kepada pihak berkuasa republik itu kerana mendakwa terlalu takut jika dihantar pulang ke Malaysia.

Satu sumber berkata, Hilmi yang menjadi buruan polis negara ini kerana penyebaran gambar bogel ahli politik pembangkang, Elizabeth Wong masih ditahan di Jabatan Imigresen Indonesia di Batam Sentral bagi siasatan berhubung dokumen palsu dan tinggal melebihi tempoh di negara itu.

"Hilmi kurang memberi kerjasama kepada pihak Imigresen Indonesia kecuali ada jaminan dia tidak akan didakwa dan dibenarkan tinggal terus di Indonesia," kata sumber itu ketika dihubungi di sini semalam.


Selasa, 7 Februari 2012

SEBAR GAMBAR BOGEL ADUN BUKIT LANJAN - SUSPEK DITANGKAP DI INDON


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia yang ditahan di Batam, Indonesia Jumaat lalu adalah individu sama yang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth Wong.

Lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai Hilmi dan menetap di Ampang, Selangor itu menjadi buruan polis sejak tahun 2009 selepas tersebarnya gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet pada 2009.

Elizabeth ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Bukit Lanjan.

Hilmi atau Azmin Hilmi didakwa bekas teman lelaki ahli politik wanita itu.

Satu sumber berkata, PDRM dimaklumkan bahawa lelaki bernama Azmin Helmi, 37, yang ditahan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia atas kesalahan memiliki dokumen palsu adalah Hilmi iaitu individu sama dicari polis Malaysia sejak tiga tahun lalu.

"Ya (adalah Hilmi). Dia sah telah ditahan di Batam Sentral, Indonesia.

"Bagi membawa Hilmi pulang bagi siasatan berhubung penyebaran gambar bogel Elizabeth, ia akan memakan masa. Kita akan bekerjasama dengan pihak polis Indonesia untuk tujuan itu," kata sumber itu kepada Kosmo! di sini semalam.

Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Elizabeth.

Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di alamat Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri keluar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.

Hilmi dicari bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Elizabeth di Internet.

Maklumat terakhir yang pernah disiarkan akhbar-akhbar tempatan ialah Hilmi didakwa bersembunyi di Indonesia.

Pada 17 Februari 2009, negara digemparkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth. Difahamkan, gambar-gambar dari pelbagai sudut itu diambil tanpa pengetahuan mangsa menggunakan telefon bimbit ketika dia tidur di rumahnya.

Gambar-gambar tersebut disahkan Elizabeth sebagai gambar-gambar dirinya. Kosmo

Isnin, 6 Februari 2012

Sabtu, 4 Februari 2012

ISU LEMBU NFC, UJIAN ALLAH KATA SHAHRIZAT



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di Beruas hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Terdahulu, dalam ucapannya Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno dan Wanita BN berkata selama 30 tahun beliau berkecimpung dalam politik segalanya senang dan dipermudahkan oleh Allah, bagaimanapun pada akhir-akhir ini beliau menghadapi ujian yang berat.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, semalam.

Shahrizat berkata Wanita BN perlu bersedia menghadapi pelbagai dugaan dalam politik dan beliau menasihatkan mereka supaya tidak mengambil kesempatan jika ada di kalangan mereka dilanda kesusahan.

Katanya ketika seseorang ditimpa kesusahan semua pihak perlu bersatu padu memberi sokongan kepada individu tersebut.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak mudah melatah dengan agenda pembangkang.

"Kalau orang nak tembak, dia akan cari kepala.. jangan nak melatah dan ikut agenda pembangkang," katanya.

Mengenai persediaan Wanita BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya beliau akan memastikan jentera pilihan raya sentiasa bersedia.

"Kita akan lebarkan sayap Skuad Sayang. Kita akan pastikan Wanita Umno dan parti komponen lain mantap," katanya.

Khamis, 2 Februari 2012

'KITA' AKAN DIBUBARKAN

Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) akan dibubarkan melalui mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi, kata presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam laman blog beliau, Zaid berkata pembubaran itu bertujuan menghapuskan sebarang keraguan yang mendakwa bahawa mereka tidak memihak kepada pembangkang.

"(Ini) terutama dengan beberapa anggota kami di Kedah dan Pulau Pinang secara terbuka yang mengkritik Pakatan Rakyat.

"Mereka telah melakukan perbuatan ini secara berterusan. Ini jelas membuktikan bahawa mereka tidak berminat dalam isu-isu sebenar yang memberi kesan kepada negara dan semata-mata mahu memalukan dan mencemuh pihak pembangkang,” katanya.

Parti itu yang berusia setahun bulan lalu ditubuhkan selepas Zaid meninggalkan PKR secara tergesa-gesa berhubung dakwaan salah-laku dalam pemilihan parti itu.

KITA bahagian Melaka dibubarkan 11 Januari lalu dengan 60 daripada ahli mereka memilih menyertai PKR.

Menurut bekas pengerusi parti KITA Melaka, Leftenan Kolonel (B) Hashim Puteh, tindakan itu diambil berikutan ahli merasakan beberapa perkara telah terkeluar daripada perjuangan asal parti.

UNTUK APA LAMAN WEB AUTOPRIMA DIWUJUDKAN


Tak tau untuk apa, tapi laman web kat atas tu diwujudkan tanpa fungsi. Yang hairannya laman web tersebut telah dipromosikan oleh akhbar Kosmo hari ini untuk pelajar lepasn SPM.