Rabu, 30 Jun 2010

1 : 40

KUALA LUMPUR, 30 Jun: “Pemuda Umno mungkin tiupkan sentimen perkauman ini kerana mereka sendiri mungkin yakin bahawa anak muda Melayu mampu mengancam Umno pada pilihan raya umum akan datang,” kata Mohd Firdaus Jaafar.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan demikian ketika mengulas kenyataan Pemuda Umno kononnya nisbah pengundi baru antara Melayu dan bukan Melayu sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu adalah 1 Melayu nisbah 40 bukan Melayu.

Menurut beliau, Umno tidak ada jalan lain untuk mengekalkan kuasa mereka dalam negara, kecuali mereka terpaksa bergantung pada undi tradisi daripada ahli-ahli Umno serta pengundi Melayu yang masih menaruh harapan pada parti perkauman tersebut.

“Kaum Cina, India dan kaum-kaum lain umumnya lebih berminat dengan Pakatan Rakyat, kalau nak bergantung pun mungkin dengan undi tradisi dari Umno dan orang Melayu,” ujar beliau.

Pun begitu, beliau berkata, para pengundi bandaran serta mereka yang terdedah dengan media baru yang sebelum ini pernah mengundi Umno telah menunjukkan minat dengan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang tsunami politik PRU12 lalu.

Impaknya, beliau berkata, rakyat memberi mandat pada Pakatan Rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di Kedah, Selangor, Perak (sebelum kudeta) dan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoal pendirian Umno ekoran sokongan semua kaum bukan Melayu sebelum PRU12 yang lalu.

“Sudah 50 tahun orang Cina, orang India dan lain-lain mengundi, mengapa hak mengundi mereka ini seakan terancam dengan kenyataan pemuda Umno ini.

“Jadi Umno, dia buat kenyataan bersifat ancaman macam ini kononnya orang Cina dan India nak ambil kuasa politik daripada Umno,” ujarnya.

Ekoran itu, beliau menasihatkan Pemuda Umno supaya bersikap rasional dalam melihat minat pengundi baru di kalangan masyarakat bukan Melayu.

“Dunia twitter, dunia Facebook, dunia blog serta lambakan maklumat yang mengelilingi anak muda tak kiralah Melayu atau bukan Melayu sekarang ini, bagaimana Pemuda Umno masih dengan ‘politik ancaman’ yang lama,” nasihat beliau.

Tuntas dari itu, beliau mengajak pengundi baru yang berminat dengan Pakatan Rakyat untuk menggunakan kuasa undi masing-masing pada PRU13 kelak.

“Tak cukup kalau minat saja, daftarlah mengundi dan sokonglah calon PAS dan Pakatan Rakyat guna kuasa mengundi masing-masing,” ujar beliau.

Isnin, 28 Jun 2010

ISU FELDA: "TUTUP ATAS BAWAH TERBUKA"

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat secara terbuka berhubung isu kemerosotan rizab Felda.

Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini, Mazlan berkata, jawapan Ahmad di parlimen berhubung faktor kemerosotan tersebut adalah sangat meragukan dan banyak tanda tanya.

"Saya cabar Datuk Ahmad Maslan buat debat intelektual tentang Felda, di mana-mana saya tak kisah.

"Kalau dia rasa dia betul, kata pendedahan kita ni salah, kita buat debat," katanya.

Turut serta dalam sidang media tersebut, bekas Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong.

Ahmad sebelum ini mengakui rizab tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM1.35 bilion pada 2009.

Kemerosotan itu, jelasnya ekoran RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula, termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta pinjaman pembesaran rumah peneroka, RM662 juta untuk bagunan baru Menara Felda.

Bagaimanapun, Anak berpendapat banyak keraguan di sebalik penjelasan tersebut.

Selain itu, Anak juga jelasnya akan membuat laporan polis berhubung keraguan mereka terhadap penjelasan kerajaan itu di seluruh negara sehingga hujung bulan ini dan sehingga kini tiga laporan polis telahpun dibuat iaitu di Temerloh, Kota Tinggi dan hari ini di Segamat.

Jika tiada sebarang respons dari laporan-laporan tersebut, Mazlan berkata perkara tersebut akan di bawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita akan bawa semua wakil-wakil peneroka, anak-anak peneroka berhimpun beramai-ramai di hadapan pejabat SPRM.

"Kita akan serahkan satu dokumen lengkap salah guna kuasa oleh kerajaan, minta SPRM siasat.

Dalam pada itu, behubung RM2 bilion yang didakwa digunakan untuk tanam semula, Mazlan berkata Felda sepatutnya tidak mengalami kemerosotan, kerana mereka membuat pemotongan caruman RM40 setiap bulan bagi sejumlah 112,635 peneroka.

Jika dikira sejak kali pertama Felda membuat pemotongan tersebut sehingga kini, dan dilaburkan, beliau memberitahu paling kurang Felda mendapat RM3 bilion daripada tanaman semula.

"Ke mana pergi wang ini? Kita minta satu penjelasan dari Perdana Menteri," katanya lagi.

Bagi pinjaman perumahan pula, Mazlan yang juga generasi kedua Felda berkata, seramai 18,406 telah membuat pinjaman dari Felda.

Setiap peneroka, jelasnya diminta menandatangani satu borang serah kuasa dan dikehendaki membayar balik pinjaman dengan 2.5 peratus kos pengurusan.

"Peneroka akan membayar balik pinjaman tersebut antara RM200 hingga RM300 sebulan.

"Dia sebut Felda keluarkan RM603 juta, pada masa yang sama, berapa banyak kutipan telah dibuat oleh Felda atas skim pinjaman sejak 2005 hingga sekarang?" soalnya lagi.

Beliau turut mempertikaikan kewajaran Felda memperuntukkan RM253 juta yang didakwa untuk tabung kemiskinan Sabah, sedangkan anak peneroka di Semenanjung ini pun tidak diberi apa-apa bentuk kebajikan.

"Apa relevannya sebuah negeri seperti Sabah, yang mendapat geran setiap tahun, dalam bajet disalurkan peruntukan sekian banyak, tiba-tiba agensi seperti Felda yang mendapat peruntukan dari kerajaan awal dahulu untuk bantu rakyat, institusi ini pulak bantu kerajaan Sabah?" soalnya lagi.

Keraguan juga timbul berhubung sejumlah RM662 juta yang didakwa diperuntukkan untuk bangunan baru Menara Felda.

Menurut Mazlan, kenyataan Ahmad bahawa RM662 juta untuk bangunan baru tersebut juga bercanggah dengan kenyataan awal Datuk Seri Najib pada 2008.

Najib pada waktu itu memberitahu kos untuk bangunan baru tersebut adalah RM640.77 juta dan akan siap dalam masa tiga tahun. hrk

Sabtu, 26 Jun 2010

40 PEMUDA MASUK UMNO: APA NAK HERAN...

Alamak!... Umno bukan main seronok apabila 40 orang pemuda menyertai parti ketuanan melayu tersebut. Adalah juga seorang dua berjawatan pensyarah.

“Kami optimis terhadap ruang-ruang yang boleh dilaksanakan untuk mendekati dan membina jati diri golongan muda,” kata Fadlan yang juga pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang itu.
Berita penuh...


Kalau lah pensyarah itu ditakdirkan masuk PAS maka akan gegarlah 1Malaysia mengatakan pensyarah itu membawa kegiatan militan dari pergerakan JI di IPT tersebut. Memang mangkuk betul UMNO nie!... Itulah stendet mentaliti parti celaka iaitu UMNO bila membuat tafsiran.

MUAR 19 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan institusi pengajian tinggi (IPT) memperketatkan saringan pengambilan para pensyarah bagi membendung pergerakan militan di IPT masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu wajar dilakukan supaya tiada pensyarah yang terpengaruh dengan kegiatan militan menyusup masuk dan merekrut ahli di kalangan kakitangan dan penuntut IPT awam atau swasta berkenaan. Selanjutnya...


Khamis, 24 Jun 2010

ULAR DALAM SEMAK DIBENAR MASUK UMNO


Biar betul, ular dalam semak pun dibenarkan menyertai UMNO untuk jadi ahli mereka bagi menambah kekuatan parti ketuanan melayu yang dah semakin ditinggalkan oleh rakyat yang berfikiran normal kecuali tahap melayu felda.

Setuju benar jika semua spesis ular-ular masuk UMNO. Dijangkakan sebanyak 100 ekor ular-ular di dalam semak akan masuk UMNO beramai-ramai pada hari Jumaat ini. Ular-ular ini akan dinobatkan pula sebagai 'ularmak'.

Selasa, 22 Jun 2010

PENJARA PUDU AKHIRNYA DIROBOH

Antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok dirobohkan.


Lukisan mural pada dinding Penjara Pudu adalah yang terpanjang di dunia.


KUALA LUMPUR - Selepas berdiri teguh selama 118 tahun, tembok Penjara Pudu di sini akhirnya diruntuhkan oleh para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mulai pukul 10 malam tadi.

Kerja-kerja merobohkan tembok penjara setinggi 4.5 meter dan sepanjang 398 meter itu dijangka mengambil masa empat hari.

Peristiwa tersebut turut menarik perhatian ratusan warga kota dengan ada di antara mereka mengambil gambar kenang-kenangan sebelum tembok itu dirobohkan.

Penjara Pudu dibangunkan selama empat tahun dan siap pada 1895 manakala projek pembinaan tembok itu selesai pada 1892.

Operasi meruntuhkan keseluruhan Penjara Pudu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelebaran dan laluan bawah tanah di Jalan Pudu.

Selepas itu, kawasan penjara seluas 7.6 hektar itu akan dibangunkan menjadi Bukit Bintang City Centre (BBCC) oleh Uda Holdings Berhad.

Projek itu membabitkan pembinaan 1,100 unit kondominium, hotel, ruang pejabat dan pusat komersial dengan anggaran kos RM5 bilion.

Isnin, 21 Jun 2010

PANAS! NAJIB SURUH SERANG PEMBANGKANG

Najib minta ahli-ahli UMNO lakukan serangan balas terhadap parti lawan. Namun serangan balas yang dilakukan harus mengikuti peraturan kerana dikhuatiri UMNO akan mendapat kad merah dari pengundi selaku pengadil.


BAGAN DATOH 20 Jun - Ahli-ahli UMNO diminta supaya berani melakukan serangan balas untuk memperbetulkan persepsi salah yang yang dilemparkan pihak pembangkang terhadap parti itu dan kerajaan.

Najib menegaskan, ahli-ahli UMNO tidak boleh hanya dalam posisi mempertahankan sebaliknya perlu melakukan serangan balik untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Selanjutnya...


Catatan: Apa yang nak dibetulkan NAJIB! Kalau dah semuanya bengkok. Sampaikan nak bina jambatan pun bertengkar dulu samada nak lurus atau bengkok. Akhirnya jambatan ke Singapura pun sampai tak jadi. Yang bengkok hanyalah Malaysia kerana terpaksa bayar pampasan pada kontraktor kroni.

Sabtu, 19 Jun 2010

PERADUAN NAMAKAN KUCING NAJIB

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya semalam.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my hari ini.


Nama-nama yang dicadangkan:

1. Altantuya gadis cun.

2. F-5E enjin hilang.

3. Kapal selam tak menyelam.

4. 1Malaysia 1Israel.

Khamis, 17 Jun 2010

KELANTAN FIESTA: KEGAGALAN GILANG GEMILANG


Ribuan pengunjung yang hadir


Stopa berucap menggunakan Loud Hailer

Berita lanjut... disini

Rabu, 16 Jun 2010

13 CAWANGAN UMNO P.PINANG DIBUBARKAN

Sekumpulan pemimpin Umno di Jelutong begitu berang dengan tindakan setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim kerana mengumumkan kepada media bahawa beberapa cawangan di negeri berkenaan akan ditutup.

Ketika sidang media lebih dua jam di Hotel Grand Continental, Pulau Pinang, mereka mencabar Azhar membuktikan bahawa cawangan berkenaan benar-benar tidak aktif dan mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pembubaran itu oleh majlis tertinggi parti.

Kumpulan berkenaan berkata urusan membubarkan mana-mana cawangan sepatutnya dibuat oleh pemimpin tertinggi Umno dan bukannya oleh Azhar.

Menurut pemimpin Umno cawangan Persiaran Perak, Idris Osman, Pendaftar Pertubuhan juga tidak memaklumkan berhubung pembubaran cawangan berkenaan.

Katanya, semakan dengan pendaftar dua bulan lalu mendapati cawangan-cawangan berkenaan masih aktif.

"Sepatutnya majlis tertinggi parti yang patut membuat pengumuman itu, bukannya Azhar. Siapa dia untuk berbuat demikian,” katanya dengan nada sinis.

Nada yang sama disuarkan oleh pemimpin cawangan Taman Perak, Mahadzir Mohd Mustaffa yang menuduh Azhar bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menutup cawangan berkenaan demi kepentingan politiknya menjelang pemilihan parti akan datang.

"Azhar mesti melawat cawangan-cawangan berkenaan dan melihat sendiri keadaan yang sebenar. Ini isu yang besar yang bakal menentukan masa depan Umno, bukan sahaja di Jelutong tetapi juga Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, pemimpin cawangan Jalan P Ramlee Syed Feisal Syed Mohd mendakwa 13 cawangan berkenaan ditutup kerana ahlinya didakwa menyokong Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sepatutnya bertindak tanpa sebarang bukti. Kecuali mereka didapati berceramah di pentas Pakatan Rakyat, membawa bendera pembangkang ataupun membidas Umno, kita tidak boleh mengandaikan mereka menyokong pembangkang,” katanya.

Semalam, Azhar, yang juga ADUN Penaga (BN) mengesahkan 13 cawangan Umno dibubarkan. Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Ahad lalu. Beliau juga memaklumkan bahawa semua ahli daripada cawangan yang dibubarkan itu diserapkan ke 25 cawangan yang lain.

Selasa, 15 Jun 2010

BERANI KE NAJIB NAK TEST MARKET


KUALA TERENGGANU 14 Jun – Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata, terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre. Selanjutnya...

Catatan: Hayat politik Najib mungkin akan berakhir disini jika beliau mengikut saranan Mahathir.

Sabtu, 12 Jun 2010

ISRAEL SERANG MALAYSIA DENGAN PRODUK

Senarai syarikat ini merupakan syarikat samada milik bangsa Yahudi Israel atau bangsa Yahudi mempunyai kepentingan/saham di dalamnya atau syarikat bukan milik Yahudi tapi mempunyai hubungan dagangan dgn Yahudi Israel.

AOL Time Warner - 30% saham milik Yahudi
Time Life magazine, CNN, ICQ.

Apax Partners - Milik Yahudi
Jonny Rockets, Sunglass Hut.

Arsenal Football Club - Menyokong pembangunan bola sepak Israel

NILAI - Syarikat Coca-Cola melabur RM1 bilion (AS$285 juta)
bagi projek membangunkan kilang pembotolan baru
yang pertama di Malaysia di Taman Perindustrian Enstek.


Coca-Cola
- Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Fruitopia, Fanta, Kia Orange, Lilt, Sprite, Sunkist, Schweppes, Dr Pepper.

Caterpillar - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Danone - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
HP foods, Evian, Volvic, Jacob.

Delta Galil - Milik Yahudi
Hema, Barbie, Carrefour, Auchan, Tchibo, Victoria’s Secret, GAP, Banana Republic, Structure, J-Crew, JC Penny, Pryca, Lindex, DIM, DKNY, Ralph Lauren, Playtex, cK, Hugo Boss, M&S, Calvin Klein.

Disney - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Walt Disney, Disney World, Disney Playhouse

Emblaze - Milik Yahudi

Estée Lauder - Milik Yahudi
Aramis, Clinique, DKNY, Prescriptives, Origins, MAC, La Mer, Bobbi Brown, Tommy Hilfiger, Jane, Donna Karan, Aveda, Stila, Jo Malone, Bumble & Bumble, Kate Spade.

Ford Motor Corp - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Google - Milik Yahudi (Larry Page, Co-Founder & President of Products of Google Inc.)

Home Depot - Milik Yahudi
Villager’s Hardware, Georgia Lighting, Apex Supply, EXPO Design Centres

IBM - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Intel - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Johnson & Johnson - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Kimberly-Clark - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Kleenex, Kotex, Huggies, Andrex

Lewis Trust Group - Milik Yahudi
River Island, Isrotel hotels, Britannia Pacific

L’Oreal - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
Giorgio Armani, Redken 5th Avenue, Lancome Paris, Vichy, Cacharel, La Roche-Posay, Garnier, Biotherm, Helena Rubinstein, Maybelline, Ralph Lauren, Carson.

Marks & Spencer - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi
M&S, St.Michaels

McDonald’s - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Motorola - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Nestle - 50.1% saham milik Yahudi
Nescafé, Milo, Horlicks, Perrier, Vittel, Pure Life, Carnation, Libby’s, Milkmaid, Nesquik, Maggi, Buitoni, Cross & Blackwell, KitKat, Milkybar, Quality Street, Smarties, After Eight, Aero, Polo, Lion, Felix cat food.

News Corporation - Milik Yahudi (Rupert Murdoch)

TV: Fox, Sky, Star, Phoenix, Granada, CNBC.

UK newspapers: Standard Newspaper, News of the World, The Sun, The Times.

Australian Newspapers: The Telegraph , Gold Coast Bulletin, Herald Sun, Independent, Sunday Mail.

US newspapers: New York Post.

Publishers: Harper Collins Ragan, Zondervan, National Geographical. Nursery World, Rawkus, NDS, Mushroom Records, ChinaByte.com, Festival Records

Nokia - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Revlon - Milik Yahudi
New World Entertainment, Forbes

Sara Lee - 30% saham milik Yahudi
Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Radox, Ridsect

Siemens - Mempunyai hubungan perdagangan dgn Yahudi

Selfridges - Milik Yahudi

Starbucks - Milik Yahudi
Seattle Coffee, Pasqua, Hear Music, Tazo

The Limited Inc - Milik Yahudi
Express stores, Lerner New York, Structure, New York & Company, Mast Industries, Intimate Brands, Victoria’s Secret, Bath &amp, Body Works, White Barn Candle Company, Henri Bendel

Timberland - Milik Yahudi

Tesco - Milik Yahudi (Founder Jack Cohen)

Triond - Milik Yahudi


Khamis, 10 Jun 2010

JUDI BOLA HARAM KAUT 1 BILION

Belum pun bermula kejohanan bola sepak terbesar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti empat sindiket besar di negara ini yang turut didalangi individu berpangkat Datuk menganjurkan pertaruhan secara haram.

Sindiket itu dikesan mampu mengaut keuntungan mencecah RM1 bilion sepanjang kempen Piala Dunia berlangsung selama sebulan.

Kegiatan sindiket itu dikesan pasukan khas yang ditubuh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, khusus bagi menangani kegiatan pertaruhan haram dalam operasi yang dikenali sebagai ‘Ops Soga’.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya kini giat menjalankan risikan terhadap sindiket itu dan memberi jaminan akan menentang kegiatan pertaruhan haram tersebut habis-habisan.

“Polis memberi amaran tegas kepada semua ‘bookie’ bola sepak menjelang Piala Dunia 2010 tidak lama lagi bahawa kami sudah bersiap sedia untuk menggempur kamu semua.

“Pasukan khas telah bertungkus lumus membuat risikan sejak April lalu dan telah mengenal pasti sindiket-sindiket utama yang bakal menerima pertaruhan bola untuk Piala Dunia ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, risikan pihaknya mendapati, beberapa sindiket berkenaan merupakan kumpulan yang pernah ditumpaskan satu ketika dulu, namun kembali bergiat aktif dengan ‘mengubah suai’ dan ‘menambah baik’ modus operandinya bagi mengelak daripada dikesan.

Tambahnya, sindiket-sindiket tersebut adalah antara terbesar di negara ini yang mana kemunculannya bukan saja untuk Piala Dunia, tetapi juga aktif menerima pertaruhan perlawanan bola sepak liga luar negara pada setiap hujung minggu.

“Polis juga telah menjalinkan kerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat sama ada mereka ini ada kaitan dengan rangkaian sindiket pertaruhan bola antarabangsa,” ujar beliau.

Dalam pada itu, polis juga menjangkakan trend kaki judi meminjam ‘ah long’ akan meningkat sepanjang Piala Dunia berlangsung, justeru kegiatan ceti haram itu turut diberi tumpuan pasukan khas.

“Aktiviti pertaruhan memerlukan sumber kewangan dan sudah pasti ‘ah long-ah long’ akan mengambil kesempatan mencari mangsa-mangsanya,” jelas Mohd. Bakri yang tidak menolak kemungkinan ada bookie besar terlibat sebagai ‘ah long’.

Beliau sendiri mengakui usaha memerangi kegiatan judi bola haram kini sukar dilakukan berbanding sebelum ini kerana wujudnya trend membuat pertaruhan secara dalam talian (online).

Katanya, keadaan itu akan menimbulkan kesukaran kepada polis untuk mengesan dalang-dalang itu, selain menghadapi masalah mengumpul bukti kukuh untuk mendakwa mereka.

Menurut Mohd. Bakri, untuk tujuan itu, polis telah mendapatkan kerjasama daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk merancang strategi menangani pertaruhan bola secara online.

Isnin, 7 Jun 2010

LAWAK ANTARABANGSA - MALAYSIA NAK DAKWA ISRAEL DI ICJ

Berita Hairan: Malaysia akan memfailkan petisyen terhadap Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague kerana menyerang kapal bawa bantuan kemanusiaan, Mavi Marmara dan membunuh sembilan sukarelawan, minggu lalu.

Berikutan itu, satu pasukan pengamal undang-undang di negara ini sudah ditubuhkan dan kini dalam proses merangka petisyen berkenaan untuk difailkan.

Pengerusi Sekretariat Perundangan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim, berkata pasukan itu kini meneliti maklumat berkaitan serangan berkenaan. Kamilia yang juga Naib Ketua Wanita UMNO berkata, setakat ini 10 peguam sudah menyertai misi guaman sukarela itu dan pihaknya mengalu-alukan penyertaan mana-mana peguam tanpa mengira ideologi politik dan agama, terutama peguam hak asasi manusia, selain penuntut undang-undang.

“Kita kena bertindak kerana apa yang dilakukan Israel jelas mencabuli undang-undang antarabangsa dan melanggar hak asasi, lebih-lebih lagi menembak mati sukarelawan dari jarak dekat.

“Kita juga ada saksi hidup yang boleh menceritakan kejadian di atas kapal Mavi Marmara,” katanya di kediaman Perdana Menteri pada majlis meraikan 12 sukarelawan di sini, semalam. Usaha itu juga mendapat kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersarapan bersama 12 sukarelawan diketuai Noorazman Mohd Shamsuddin.

Dua belas aktivis kapal Mavi Marmara yang diserang Israel itu tiba di tanah air jam 5.40 pagi semalam.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata sebahagian sukarelawan setuju berkongsi pengalaman pada ceramah yang akan diatur UMNO.

Nota: Takutnyeee!....

Ahad, 6 Jun 2010

SEJAUH MANA KITA MEMBENCI YAHUDI/ISRAEL

Keangkuhan, kedegilan dan kesombongan bangsa Yahudi sudah lama diberitakan panjang lebar dalam AlQuran terutama Surah AlBaqarah. Mereka adalah dari bangsa yang tidak pernah bersyukur dan berterimkasih kepada segala pemberian, kesenangan dan pertolongan yang diberikan oleh Tuhan untuk kaumnya. Kaum mereka telah diselamatkan oleh Nabi Musa dari kezaliman Firaun yang ingin menghapuskan mereka, tetapi mereka tidak bersyukur dan tetap engkar dengan perintah Tuhan setelah diberi pertolongan.

Mereka mendakwa berasal dari darah keturunan Bani Israel yang melahirkan ramai nabi-nabi dan rasul yang dimuliakan dan bijaksana. Mereka mendakwa dari bangsa pilihan dan kaum selain mereka di dunia ini - termasuk bangsa Arab – adalah hina dan halal darahnya dibunuh dan dikorbankan.

Demikianlah sehingga Allah Yang Maha Mengetahui menurunkan Nabi Besar Baginda Muhamad SAW dari keturunan Arab Quraish - sebagai pesuruh terakhir yang dijanjikan - mereka tidak dapat menerima kerana Muhamad bukan dari keturunan Bani Israel. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Muhamad bukan dari keturunannya dan marahkan ketentuan Tuhan yang sudah dijanjikan.

Begitu angkuhnya pendirian mereka sehingga membuat berbagai rancangan dan perancangan ingin membunuh Nabi yang ditunggu itu - walaupun sedar dan sudah diberitahu dalam kitabnya - bahawa Nabi yang dijanjikan itu sebenarnya berasal dari susur galur keturunan yang sama. Baginda Muhamad SAW bermula dari darah Nabi Ismail (beribukan Siti Hajar) dan sepupu kepada Nabi Ishak (beribukan Siti Sarah). Keduanya putera dari bapa yang sama - Nabi Ibrahim Kalimullah yang amat dimuliakan Allah.

Begitulah angkuhnya Yahudi tidak mahu menerima Baginda Muhamad sebagai utusan dan pesuruh terakhir yang dijanjikan untuk semua kaum dan agama – termasuk kaum Yahudi - dan Islam adalah agama sebenar yang diterimaNya, bukan agama-agama lain seperti Kristian atau Yahudi. Seorang penganalisis politik terkenal berbangsa Yahudi yang agak krtikal dengan bangsanya sendiri berpendapat secara sinikal, kebanyakan masalah besar di dunia ini boleh diselesaikan apabila bangsa Yahudi dapat dihapuskan dari muka bumi ini.


Jumaat, 4 Jun 2010

NAJIB KANTOI!... BERI JAWAPAN BERBEZA

Ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini mempertikaikan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa memberikan jawapan bercanggah berhubung status projek bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Katanya, Najib dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada April lalu menyebut, sebanyak 705 buah projek berada dalam status Belum Mula.

Jawapan itu adalah bagi soalan yang dikemukakan ahli parlimen Setiawangsa Datuk Zulhasnan Rafique. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulisnya kepada Lim, Najib menyebut hanya 11 buah projek yang berstatus Belum Mula bawah RMK9, melibatkan peruntukan sebanyak RM82 juta.

"Macam mana soalan sama tapi jawapan berbeza-beza?," soal Lim dalam sidang media di pusat khidmatnya di Segambut, Kuala Lumpur hari ini. "Kalau 11 projek sudah berjumlah RM82 juta, kalau 705 projek, berapa jumlah peruntukannya?" soalnya lagi.

Tambahnya, beliau percaya perdana menteri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan jawapan-jawapannya yang didakwa berbeza itu.

Sehubungan itu, Lim berkata, beliau akan menuntut penjelasan berhubung kekeliruan itu pada sesi perbahasan selepas pembentangan RMK10. "Perkara dalam RMK9 pun belum diselesaikan lagi, macam mana hendak bentangkan RMK10?" soalnya.

Khamis, 3 Jun 2010

ANWAR MUSUH ISRAEL

Kalau sebelum ini puak-puak UMNO-Apco menuduh Anwar Ibrahim sebagai ejen Yahudi Israel tetapi kini UMNO-Apco terperangkap dengan permainan politik yang merekacipta. Kalau tidak masakan puak-puak yahudi ini nak memusuhi Anwar pula. Sepatutnya yahudi terus peluk Anwar sepertimana UMNO peluk APCO.

Berita di bawah menafikan bahawa Anwar pernah bersekongkol dengan yahudi Israel.


Mkini-Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka sebagai jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.

Dalam gesaan rasmi badan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John F Kerry, B'nai B'rith mendesak Washington DC memutuskan semua hubungan dengan Anwar Ibrahim kerana membangkitkan kebencian terhadap Israel dan Yahudi-Zionis.

B'nai B'rith ditubuhkan pada 13 Oktober 1843 - ia mempunyai 200,000 anggota dan penyokong di 50 buah negara dan dikatakan sebagai gerakan yang paling aktif memperjuangkan kepentingan rejim Israel.

Harakah Daily dan juga TV Selangor mengeluarkan kecaman badan Yahudi itu terhadap Anwar dalam portal berita mereka.

Kecaman terhadap Anwar yang juga ketua umum PKR itu dibuat menerusi rasmi B'nai B'rith kepada John F Kerry, bertarikh 25 Mei lalu.

Ia melahirkan kebimbangan di atas kenyataan-kenyataan Anwar yang dikatakan anti-Israel semasa mendedahkan hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma perunding Apco Worldwide pada 30 Mac lalu di parlimen.

TV Selangor juga memetik B'nai B'rith yang memandang serius ucapan Anwar yang mereka sifatkan anti-Israel semasa membongkar pencerobohan perisik rejim Tel Aviv di ibu pejabat polis Bukit Aman.

"Manusia seperti Anwar Ibrahim tidak sewajarnya diberi penghormatan yang sekarang ini diterimanya hasil dari hubungan baik dengan Amerika Syarikat," tegas Presiden B'nai B'rith Dennis W Glick.

"Serangan beliau terhadap kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak disadur dengan fitnah yang anti-Yahudi dan anti-Israel," menurut surat itu lagi.

Anwar sebelum ini turut diserang portal rencana The New Ledger kerana mempersoalkan ikatan kerajaan Najib dan Apco Worldwide.

Penulis terbabit, Rachel Motte, menuduh Anwar sebagai ekstremis dan membidas tindakan beliau membantah "keberanian Najib" menurut kehendak Washington menekan Republik Islam Iran.

"Orang-orang kanan Anwar berkata kerajaan Malaysia melantik syarikat (Apco Worldwide) yang di dakwa mempunyai talian erat dengan rejim Zionis di Israel. Mereka mendakwa panel penasihatnya terdiri dari bekas ketua keselamatan kerajaan Israel dan ramai pekerjanya adalah bekas anggota Agensi Keselamatan Israel," kata Rachel Motte.

"Anwar terus membangkitkan sentimen anti-Semitik dengan mendakwa adanya perisik Israel dalam unit Teknologi Maklumat PDRM," menurut rencana itu lagi.

Penulis bagaimanapun tidak menampilkan bukti menunjukkan sebaliknya, mahupun bukti Apco Worldwide atau pekerjanya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan rejim Tel Aviv.

Anwar mendedahkan pencerobohan ejen perisikan Israel di Bukit Aman di Dewan Rakyat pada 6 April lalu berdasarkan kepada laporan Pengarah Bahagian Logistik PDRM Datuk Mahsuri Zainal.

Rabu, 2 Jun 2010

NAJIB! TOLONGLAH KESIAN KAT KERRY

Pemuda Umno Sabah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mempertimbangkan jawatan kabinet kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ketuanya, Azman Ruslan berkata jika Khairy yang juga ahli parlimen Rembau tidak memegang apa-apa jawatan dalam kabinet, kemungkinan besar ia akan mempengaruhi sokongan daripada golongan muda.

"(Ketua) Pemuda perlu diberikan pengiktirafan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sehubungan itu, Azman kecewa kerana ketuanya ketua Pemuda bahagian Rembau, tidak dipilih menganggotai kabinet yang diketuai Najib yang juga presiden Umno.

Azman mengulas rombakan kabinet yang diumumkan Najib semalam yang menyaksikan lima orang senator dan dua anggota parlimen dilantikan sebagai timbalan menteri yang baru.

Sementara itu, ketua Pemuda Umno Kelantan berkata, beliau menghormati dan akur dengan keputusan Najib yang juga presiden Umno melakukan rombakan kabinetnya semalam.

Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan memberi kepercayaan kepada pergerakan Pemuda untuk menganggotai kabinet selepas ini.

“Pemuda Kelantan berharap pada masa akan datang, kepercayaan akan diberikan kepada Pemuda untuk berada di dalam kabinet.

“Bukan bermaksud pada masa sekarang kami tidak mendapat kepercayaan, cuma pada masa akan datang, Pemuda diberi peluang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan pula berkata "ia tidak menjadi masalah" jika Khairy tidak dapat memegang apa-apa jawatan dalam kabinet dan perjuangan Pemuda adalah untuk parti.

Tambahnya, rombakan kabinet yang berlaku hanyalah "satu rombakan kecil" dan tidak melibatnya komponen Umno yang besar.

"Rombakan kecil itu antaranya ekoran pilihan raya yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini," katanya.

Rakan sejawatannya dari Kedah, Badrul Hisham Hashim turut bersependapat dengan rakan seangkatannya itu dan akur dengan keputusan Najib dalam memilih anggota kabinetnya yang baru.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Khairy yang tidak termasuk di dalam senarai rombakan kabinet semalam.

Sebelum ini, ketua pergerakan Pemuda Umno sentiasa diberi jawatan dalam kabinet termasuk antaranya, Najib sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Selasa, 1 Jun 2010

1MALAYSIA TAK KELUAR KENYATAAN KERANA MASIH DIPELUK APCO

Serangan Israel ke atas flotila kapal yang membawa bantuan kemanusian kepada rakyat Gaza yang dikepung terus dikecam pelbagai pihak.

Lewat malam semalam, exco Kelantan, Datuk Husam Musa membidas kekejaman Zionis itu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan kemanusiaan yang menuju Gaza terbunuh manakala puluhan lagi cedera.

Bagaimanapun, menurut Husan apa yang paling dikesalinya ialah sehingga jam sembilan malam semalam, semakan menerusi laman web Bernama, menunjukkan tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan Israel itu.

“Menteri Luar masuk tidur begitu awal? Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang? “Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita?

Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka? “ katanya dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut Husam, pemimpin dunia lain termasuk tindakan Perdana Menteri Turki, Erdogan bertindak mengarahkan duta Israel di Ankara supaya berundur manakala tiga latihan ketenteraan dengan negara itu dibatalkan.

“Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat. Malaysia?

“Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini,” kata Husam.

Sehubungan itu, katanya Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera.

“Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

“Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu. Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat,” katanya.

Menurut Husam, dalam respon segera, DAP, Pemuda Umno, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan. “Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco,” katanya.