KUALA LUMPUR: Ada blogger pro-Umno atau yang bekerja
untuk Umno atau pemuka-pemuka Umno yang sangat peribadi (personal) dan
keterlaluan serangan mereka.
“Malah ada yang boleh dikategorikan sebagai lucah,” tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.
Menurut
bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST itu, ia mesti ada kebenaran kerana
beberapa hari selepas itu, Khairy menyuarakan sentimen yang serupa dalam
temu ramah dengan Berita Harian Ahad 12 Januari.
Antara lain
beliau berkata: “.....itu membuktikan strategi media sosial yang kita
gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok
sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran
mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan.”
Beliau memberikan empat sebab hal itu berlaku.
Pertama,
sebagai blogger yang bekerja untuk parti, ketua-ketua parti dan isteri
mereka, tugas utama adalah menyokong parti dan ketua-ketua parti yang
menggunakan khidmat mereka.
Kedua, bukan semua blogger politik
ada pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan
komunikasi. Majoriti adalah aktivis parti yang bukan wartawan atau
penulis.
Ketiga, oleh kerana mereka tidak berpengetahuan dan
berpengalaman dalam bidang kewartawanan, penulisan dan komunikasi maka
mereka kurang arif mengenai undang-undang, etika dan psikologi
komunikasi.
Keempat, bukan semua blogger yang khidmat mereka
digunakan oleh parti-parti politik terdiri daripada orang berpendidikan
tinggi atau berpengetahuan luas dalam bidang politik, ekonomi,
pengurusan dan pentadbiran.
Rabu, 15 Januari 2014
Selasa, 14 Januari 2014
Ahad, 5 Januari 2014
INI SEBABNYA...., KERANA LGE DAP!!!...
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) seperti yang dilaporkan sebuah portal berita berkaitan
pembelian Mercedes-Benz S300L oleh kerajaan negeri itu untuk kegunaan
rasminya.
"Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan saya kepada SPRM kerana kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan," katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tegas Lim, beliau tidak akan mempersoalkan SPRM mengapa tiada siasatan dijalankan ke atas kerajaan BN yang membuat pembelian yang serupa tanpa diskaun 55 peratus.
"Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urusniaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz (itu) telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah," katanya.
Menurut Lim, beliau telah mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM245,000 seunit oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM3.43 juta kerana mendakwa tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’.
"Mereka tidak mendapat diskaun 55 peratus untuk 14 buah kereta Mercedes (itu), tidak seperti diskaun 55 peratus yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz," tegas Lim yang juga setiausaha agung DAP.
Lim mendakwa hanya di Malaysia akan disiasat oleh SPRM kerana membeli kereta dengan diskaun 55 peratus dan menjimatkan wang rakyat.
Tetapi dakwanya lagi, SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.
Kerajaan negeri, tegas Lim, telah membeli Mercedes Benz S300L itu pada harga RM298,263.75 dengan diskaun sebanyak 55 peratus atau RM358,954.25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbanding dengan harga asal RM657,218.
"Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara," tambahnya.
Menurut Lim, laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan wujud pembaziran dan salahlaku yang berjumlah RM6.5 bilion termasuk:
- Peralatan pasukan polis yang bernilai RM1.3 juta hilang termasuk 156 gari, 44 pucuk senjata dan 29 kenderaan.
- Jabatan Penyiaran membeli 20 jam dinding pada harga RM3,810 iaitu 38 kali ganda lebih mahal daripada anggaran harga pasaran sebanyak RM100 dan tiga mesin pengimbas A4 pada harga RM14,670 setiap satu unit, lebih 70 kali ganda daripada anggaran harga pasaran sebanyak RM200;
- Jabatan Kastam telah menghapuskan kasut yang bernilai RM600,000 yang dibeli kerana tidak sesuai dengan pegawai mereka;
- Bangunan haram Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen kerajaan negeri Melaka yang dibina atas tanah swasta, yang akhirnya melibatkan kos tambahan RM10.8 juta untuk memberi pampasan kepada pemilik tanah, ditambah lagi kos tambahan RM40 juta pada kos bangunan yang telah melonjak kerana kelewatan;
- Kementerian Belia membelanjakan RM3 juta secara mewah untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan, termasuk RM1.6 juta untuk membawa kumpulan K-Pop dari Korea;
- Kos tambahan RM1.3 bilion ke atas projek Empangan Bakun yang bernilai USD2.3 bilon dan membayar USD133 juta (RM430 juta) sebagai gantirugi kepada dua kontraktor asing bagi kerugian yang ditanggung akibat kelewatan sehingga empat tahun dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.
"Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan Pakatan. Ini benar-benar Malaysia Boleh!" tegas Lim.
Langgan:
Catatan (Atom)