Rabu, 31 Ogos 2011

KELAB PUTERA 1MALAYSIA NAK BAWA BALIK 11 KANAK-KANAK DARI SOMALIA

MOGADISHU 31 Ogos – Kelab Putera 1Malaysia sedang berusaha untuk membawa balik 11 kanak-kanak Somalia yang kehilangan ibu bapa akibat kemarau dan kebuluran untuk dijadikan anak angkat di Rumah Permata kelolaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Untuk tujuan itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, perbincangan sedang diadakan dengan Menteri Kesihatan dan Menteri Pendaftaran Somalia.

"Kerajaan di sini tiada masalah; yang masalah ialah proses dokumentasi supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak berhadapan dengan kesukaran di Malaysia,” katanya.

Katanya, sekiranya proses dokumentasi berkenaan tidak dapat diselesaikan kerana cuti musim perayaan yang panjang, lawatan kedua ke Somalia akan dilaksanakan bagi membawa mereka pulang.

Abdul Azeez ditemui selepas menyampaikan bantuan pakaian dan makanan kepada 300 keluarga yang menjadi pelarian akibat bencana kemarau, di perkarangan Hospital Darul-Al Shifa di sini.

Selain itu, 18 doktor sukarelawan yang mengikuti misi berkenaan turut membuat kerja-kerja kemasyarakatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa kebuluran. – Bernama

SURAU MENYEKUTUKAN ALLAH PUN ADA DI MALAYSIA




RASUAH PUNCA MAT INDERA DIKHIANATI DAN DITANGKAP

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.


Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

Selasa, 30 Ogos 2011

PAGI-PAGI RAYA LAGI UTUSAN SYAITAN DAN ANUAR SHAARI DAH DAPAT UCAPAN "BANGANG"

Chegu Bard didesak buat akuan bersumpah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini mendesak Badrul Hisham Shaharin membuat kenyataan bersumpah berhubung isu cincin bernilai AS$24 juta (RM72 juta) jika masih berdegil enggan membuat laporan polis.

Kata Anuar, sekiranya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu tidak mahu berbuat demikian, maka Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard harus membuat laporan polis.

"Chegu Bard juga perlu memberi laporan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tersebut.

"Jika Badrul Hisham tidak mahu membuat kenyataan bersumpah dan tidak mahu membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, maka beliau telah bertindak sama seperti Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Badrul Hisham sebelum ini telah dicabar oleh pelbagai pihak supaya membuat laporan polis ke atas isteri Perdana Menteri berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai RM72 juta.

Anuar seterusnya yakin bahawa Chegu Bard tidak berani membuat kenyataan bersumpah kerana beliau tahu cincin yang dimaksudkan itu telah dipesan oleh bakal besan Perdana Menteri, Maria Nazabayev.

Komen: Apa punya bodo la... wartawan Utusan Syaitan nie!... termasuk Anuar Shaari yang buta hati. Kedua-dua makhluk tuhan paling bodo nie rupa-rupanya tak ikuti perkembangan tentang isu cincin Rosmah. Chegubard dah pun buat laporan pada SPRM pada 13 Julai yang lalu. Apa punya tur... Utusan Syaitan dan Anuar Shaari. Dah masuk bulan Ogos, baru puak-puak nie nak cabar. Bengong... tak habis-habis. Baca kat bawah ni...

SAMM tampil buat laporan SPRM isu belian RM24.4 j

KENYATAAN MEDIA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA

13 JULAI 2011

DESAK SPRM SIASAT DAN TAMPIL MENYATAKAN HASIL SIASATAN

Hari ini kami telah tampil mewakili gerakan anak muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk membuat satu laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai.

Menurut maklumat yang kami perolehi pada 16 April 2011 yang lalu satu unit belian “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” telah dibawa masuk melalui KLIA dan nilai yang diistiharkan bagi belian itu ialah RM 24,458,400.00. Belian itu di beli (eksport) dengan sebuah syarikat Jacob & co yang berpengkalan di New York.Melalui carian dan padanan,banyak gambar membuktikan Rosmah sememangnya pengguna barang perhiasan Jacob & co. Ia dibawa masuk ke Malaysia menggunakan menggunakan nama Jeremy Beh Sin Tee tetapi sebaliknya nama “H.E Datin Seri Paduka Rosmah Mansor” turut tertera dalam ruangan penerima.

Dalam beberapa bukti yang disertakan jelas tertera perbagai data seperti nama syarikat agen yang membawa masuk serta kakitangan yang terbabit membuat pengistiharan, No. borang kastam, no. pernerbangan dan seumpamanya yang hampir mustahil untuk dipalsukan.

Maka SAMM mendesak agar SPRM mengadakan siasatan secara telus dan tampil untuk menyatakan hasil siasatannya.

DARI JAUH KU POHON MAAF, "Selamat Hari Raya"




Isnin, 29 Ogos 2011

LAWAN BRITISH PENGGANAS WALAUPUN KITA SENDIRI PERNAH DIJAJAH BRITISH

Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negari Perak. Klik gambar utk besarkan.

Mengikut sejarah, Birch telah dibunuh, pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak.

Satu kenyataan sejarah yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.Tetapi bagi saya, ia menimbulkan satu pertanyaan : Kenapa si Puntum? Penjajahan British tiada kena mengena dengan kehidupan seharian Orang Asli di hutan! Bukankah ramai lagi pahlawan Melayu ketika itu? Mana mungkin Si Puntum lebih berani ke hadapan daripada mana-mana pahlawan Melayu ketika itu.

Mungkinkah kerana terlalu takut kepada penjajah , atau ada komplot tertentu untuk melepaskan tengkuk masing-masing, maka si Puntum dijadikan kambing Hitam. Agak menyedihkan, Si Puntum hingga kini tidak pernah diselidikki susur galur keturunannya. Jauh sekali untuk mengangkatnya sebagai ‘hero’ kerana membunuh Birch.

Si Puntum didapati bersalah sama seperti mana dua orang PTK yang didapati bersalah membunuh Altantuya.Mereka membunuh tanpa motif tertentu.Cumanya dalam kes Altantuya, orang yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas...buat masa ini.

Sejarah pembunuhan Birch merakamkan betapa majoriti daripada orang-orang Melayu Perak sekadar berdiam diri sahaja. Segolongan daripada Raja-Raja Melayu Perak dan para pengikut mereka menyokong British dan menentang Sultan Abdullah dan Datuk Seri Maharaja Lela dan para pembesar yang bangun menentang British.Kalau benar si Puntum yang membunuh Birch, kenapa nama Maharajalela naik dijulang?

Walaupun ramai orang Melayu hari ini mengangkat nama Dato’ Maharajalela sebagai pejuang bangsa, namun mereka tidak pernah berani mencerca penjajah yang menggantungnya hingga mati. Malah orang Melayu Perak tidak pernah berani mencerca penjajah yang telah membuang negeri Sultan mereka ketika itu, Sultan Abdullah ke Seychelles.

Rupa-rupanya, selepas lebih 50 tahun merdeka ini, masih ramai lagi orang Melayu beperangai macam itu, gemar menjilat penjajah dan mereka amat benci kepada orang macam Mat Sabu!

Mat Sabu hanya menyingkap sejarah perjuangan bangsa yang berlainan dari apa yang Umno putar belitkan. Dia hanya cakap seperti dalam video ini : alhusseyn51

Ahad, 28 Ogos 2011

PANAS!... MAT SABU KHIANATI BANGSA & NEGARA

Kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selanjutnya...



Ahad, 21 Ogos 2011

ADAKAH RAMADHAN ITU BERLALU BEGITU SAHAJA

Ini adalah menjadi satu sebab mengapa anda perlu mengucapkan terima kasih kepada tuhan dan bersyukur atas makanan yang dilimpahi di negara kita dengan mudah. Tetapi sebaliknya, ironiknya kita masih membazir dengan makanan yang kita beli.

Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah kita miliki sekarang...
Kita sungguh bertuah kerana masih dilimpahi dengan rahmat yang diberikan oleh Allah ke atas hidup kita... fikirkan lah sejenak sempena di bulan ramadhan ini sementara kita masih diberi nafas...


Khamis, 18 Ogos 2011

JK KHAS PARLIMEN: 5 BN, 3 PR DAN 1 BEBAS

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu kerana ia memberikan alasan yang lebih kukuh kepada rakyat untuk menerus dan mengukuhkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

"Perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu semakin membuktikan bahawa hanya perjuangan rakyat seperti yang berlaku 9 Julai lalu yang boleh diharapkan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," katanya sambil mengulangi supaya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilaksanakan.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Mahfuz juga mempertikaikan kewujudan jawatankuasa itu kerana apa yang sebelum ini dituntut oleh Bersih 2.0 ialah sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menambah baik proses pilihanraya secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13.

"Yang dituntut ialah siasatan adil dan bebas oleh suruhanjaya tersebut dan langkah-langkah pembaikan yang dicadangkan oleh suruhanjaya itu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan, bukannya jawatankuasa yang meragukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, antara perkara yang meragukan dalam jawatankuasa itu ialah apabila ia diketuai oleh seorang menteri.

"Menteri mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN), selain SPR, kerajaan BN juga adalah pihak yang dipertikaikan oleh rakyat yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.

"Amat karut jika pihak yang dipersoal dan dipertikaikan menjadi pengerusi badan yang kononnya ditubuhka untuk memperbaiki amalan pilihan raya yang dipertikaikan dan dilihat tidak bersih," tegas beliau.

Mahfuz juga mempersoalkan keanggotaan jawatankuasa itu.

"Keanggotaan jawatankuasa itu sepatutnya diputuskan dalam sidang Parlimen.

"Mengapa tiba-tiba menteri pula yang menetapkan keanggotaan jawatankuasa itu?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Mahfuz juga menolak tawaran Kementerian Dalam Negeri yang mahu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh jawatankuasa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu.

"Kita bukan mahu jawapan, kita mahu perubahan ke arah pilihan raya yang adil dan bersih," tegas beliau.

Selasa, 16 Ogos 2011

TAK SEKAT MEDIA CUMA TAK PERBAHARUI PERMIT JER!...

Menurut Najib, kerajaan tidak akan melakukan tapisan atau sekatan terhadap mana-mana media.

Woi!... nak dengar apa kata Najib lagi, tindakan menapis dan melakukan sekatan terhadap media meskipun laporan yang disiar bertujuan memburukkan kerajaan, bukan lagi tindakan yang efektif dan relevan dengan landskap politik serta kecanggihan teknologi pada hari ini.

Katanya, setiap laporan tidak tepat dan bersifat negatif yang dilaporkan media perlu ditangani dengan cara mendedahkan cerita sebenar dengan disokong oleh fakta, bukannya dengan cara menyekat mahu pun menapis berita tersebut.

Biar betul!...

Isnin, 15 Ogos 2011

LAWAK ANTARABANGSA; MCA DAN GERAKAN DAH TAK RELEVEN, DAP DI PELAWA SERTAI BN

Dengan perasan tulus dan ikhlas, disini saya ingin mengajak semua rakan-rakan dari Pakatan Rakyat agar kita ketawa secara berjemaah demi menghargai pelawaan Nazri Aziz supaya DAP menyertai BN. Kah!...3X

Dipetik:
Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian.

"Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas.

"Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya.

Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969.

Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka.

"Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama".

"Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia."

Ahad, 14 Ogos 2011

MUNGKIN MAKCIK KAT FELDA JER YANG PERCAYA CAKAP RAIS YATIM

Rais mungkin boleh kelentong makcik felda tetapi gagal tipu rakyat yang celik IT dan berpelajaran.

Kata Rais, ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.


Saya diupah RM100, RM50 saya tarak main la baiya...

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur semalam. selanjutnya...

Sabtu, 13 Ogos 2011

APA NAK JADI DENGAN GLC


KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kecewa dengan langkah Datuk Seri Nazri Aziz menjustifikasikan campur tangan Putrajaya dalam kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli dan mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberi maklumat-maklumat yang mengelirukan.

Satu sumber rapat dengan beberapa pihak yang dinamakan dalam kes saman dan saman balas melibatkan bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) menekankan bahawa Tajuddin telah kalah dalam kes saman RM13 bilion ke atas Danaharta pada 2009.

Beberapa dokumen yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukan Hakim Anatham Kasinather telah menganugerahkan RM589,143,205.57 kepada Danaharta, dua subsidiarinya dan empat pengarah urusan iaitu Datuk Azman Yahya, Datuk Abdul Hamidy Hafiz, Datuk Zukri Samat dan Datuk Kris Azman Abdullah pada 7 Disember 2009.

Hakim yang juga telah menolak saman balas RM13 bilion dibawa oleh Tajuddin ke atas Danaharta dan agensi-agensinya pada 12 November 2009.

Sumber-sumber berkata, GLC dan pengarah-pengarah mereka terkilan dengan alasan-alasan yang diketengahkan oleh Nazri bahawa penyelesaian di luar mahkamah merupakan langkah terbaik untuk menyelamatkan berbilion ringgit di pihak kerajaan akibat kes saman.

“Nazri telah mengelirukan orang ramai apabila beliau berkata jumlah tuntutan oleh syarikat-syarikat ini ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit.

“Itu sebab saya berkata kita perlu duduk dan berbincang,” kata sumber itu.

Sumber itu juga menambah, dakwaan bahawa Tajuddin ada kuasa tawar-menawar dan GLC berada di kedudukan tidak memihak adalah sesuatu yang mengarut.

“Tajuddin yang berhutang dan Danaharta tidak berhutang apa-apa,” kata sumber itu sambil menambah, “jadi kalau begitu apa yang perlu dirundingkan?”

Semalam, Nazri memberitahu The Malaysian Insider, beliau telah menulis kepada kesemua GLC yang terbabit awal bulan ini agar menarik balik kes saman masing-masing bernilai RM2 bilion, mengambil masa untuk mencapai perjanjian “menang-menang” dan mengakhiri saga kewangan berpanjangan melibatkan Tajuddin, orang kepercayaan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri juga berkata, Tajuddin yang mempertahankan dirinya, ekoran kes saman dibawa MAS ke atas beliau disebabkan kerugian RM8 bilion dialami syarikat penerbangan nasional itu, telah membawa kes saman balas RM13 bilion.

“Jumlah tuntutan kami dibuat oleh syarikat-syarikat (GLC) ke atas Tajuddin hanya setengah bilion ringgit. Itu sebab kita kata kita perlu duduk dan berbincang,” kata beliau.

Dalam kenyataan petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, pihaknya mahu mencari penyelesaian positif dan tidak harus dianggap sebagai penyelesaian luar mahkamah.


Jumaat, 12 Ogos 2011

BERAPA BANYAK BUKTI PENYELEWENGAN YANG SPR MAHU

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan

: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

Rabu, 10 Ogos 2011

ORANG GILA PUN TAK PERCAYA DENGAN JAWAPAN SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak dakwaan kononnya terdapat tiga 'pengundi hantu' dalam daftar pemilihnya seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Sebaliknya, SPR berkata pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - di mana suruhanjaya itu bergantung ketika mendaftar pengundi, - telah memasukkan butiran ketiga-tiga pengundi berkenaan.

Walau bagaimanapun, suruhanjaya itu gagal menjelaskan mengapa laman web JPN tidak menunjukkan keputusan carian bagi ketiga-tiga mereka apabila semakan dibuat.

"Kami baru semak melalui sistem ALIS (Agency, link-Up System) JPN. Kami mempunyai semua butiran bersama-sama dengan gambar (tiga pengundi)," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu SMS.

Ditanya mengenai perbezaan maklumat dengan laman web JPN, Abdul Aziz menasihati wartawan Malaysiakini untuk mendapatkan jawapan tersebut daripada JPN.

ALIS adalah pangkalan data yang digunakan oleh SPR bagi mendaftarkan pengundi dan mengesahkan identiti mereka yang berpotensi menjadi pengundi.

JPN juga mengendalikan sebuah laman web yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan dengan memasukkan nombor pengenalan mereka.

Sebelum ini, berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini membuat semakan ke atas tiga nama yang dikatakan sebagai pengundi yang layak dalam daftar pemilih di sistem pengesahan di laman SPR, tetapi tidak dapat mengesan butiran mereka di laman web JPN.

Mereka adalah Farhana binti Abdul Rashid (MyKad: 840505715012), Basri Buru bin Alimin (Mykad: 250622715425) and Soessje Scwanne Jetty Silvana Groeneveld (Mykad: 380424715016).

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz mengakui bahawa pendaftaran pengundi yang bernama 'Kg Baru' adalah satu kesilapan, dan bahawa SPR telah memperbetulkan kesilapan itu berikutan laporan Malaysiakini semalam.

"Rekod itu telah dipinda - nama (individu) berkenaan ialah Noraini binti Abdullah," katanya.

Semakan melalui sistem pengesahan dalam talian SPR juga mengesahkan perkara itu.

Isnin, 8 Ogos 2011

APA BEZA CINA DAP DENGAN MCA ATAU GERAKAN

Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, Barisan Nasional (BN) akan memberikan jawatan ketua menteri kepada kaum Cina sekiranya berjaya menguasai semula Pulau Pinang.

Apa sudah jadi dengan bani UMNO P.Pinang. Konon semasa cina DAP memerintah P.Pinang, kaum melayu banyak yang terpinggir di negeri ini disini. Tetapi apabila bani UMNO sedang bercita-cita untuk merampas semula P.Pinang, mereka juga turut terdesak untuk mengembalikan jawatan ketua menteri kepada cina MCA atau Gerakan.

Nampak gayanya, puak bani UMNO tunduk atas desakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menegaskan bahawa jawatan ketua menteri akan datang dari parti berteraskan kaum Cina dalam BN jika parti gabungan itu kembali memerintah Pulau Pinang.

Ini bukan aku kata tetapi lidah rasmi UMNO yang kata disini.

Ahad, 7 Ogos 2011

MACAM-MACAM HAL - ULAR SAWA JADI MANGSA

KUALA LUMPUR: Angkara dendam yang tidak diketahui puncanya, seorang penyelia pembersihan syarikat swasta di sini ketakutan apabila seorang jiran meletakkan seekor ular sawa di depan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak, di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, dalam kejadian jam 9.45 malam, penyelia berusia 28 tahun itu ternampak seorang jiran meletakkan guni berwarna putih di rumahnya di tingkat lapan.

Beliau berkata, akibat curiga dengan kandungan guni itu, mangsa hanya memerhatikan dari jauh sebelum mengejar suspek dan menahannya.

“Apabila disoal mengenai guni itu, suspek menafikannya selain enggan memberitahu tujuan meletakkannya di depan rumah. Ini menyebabkan penyelia itu membawa suspek ke rumahnya.

“Bagaimanapun, suspek enggan membuka guni itu, lalu mangsa membukanya sendiri dan terkejut apabila ternampak seekor ular sawa,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohan berkata, penyelia itu segera menghubungi polis sebelum menyerahkan ular dan suspek kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Suspek berusia 22 tahun itu kini ditahan reman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Ular itu pula akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur, Mohamad Hafid Rohani berkata, ular berkenaan dipercayai spesies ular sawa batik.

“Ia berukuran 3.6 meter. Seseorang perlu memiliki lesen sah untuk menyimpannya. Suspek juga boleh didakwa mengikut Akta Hidupan Liar,” katanya. metro

Sabtu, 6 Ogos 2011

GOOGLE TRANSLATE - BANGLADESH ITU PATRIOT BUKAN MALAYSIA LAH!...

Kepala hotak kau lah. Apahal pula tiba2 nak mengaitkan makna bangladesh dengan malaysia? Gila2 aku tak puas ahti. Tengok bawah neh hah ;

Google translator neh dah sewel. Kalau google search tue ada maafnya lagi. Ini translation. Takan pula makna bangladesh tue malaysia dalam bahasa melayu? Ada ka bangladesh tue english yang bermaksud malaysia? Lagi lah tak masuk akal sebab bangladesh tue kan memang nama negara. Pusing2 dalam bahasa english ka bahasa ka mesti kait2 dengan bangla gak. Musykil yang amat aku.


Agaknya ini lah pasal patriot bagi baju free kat bangladesh.. jangan2..

kah kah kah

1malaysia betul lah macam neh. Suruhlah 1kampung bangladesh mai malaysia terus. Senang. Habis citer.. tak sangka google pun iktirafkan bangladesh sebagai malaysia.. anyway apa kata kalau korang rajin bila korang check benda neh kat google translate sila pilih offensive kat ruangan "rate" tue. Lawak, lawak juga. Tapi benda neh siyes satu persinggungan <-- [ bahasa bangla kot neh.. ] yang amat2 besar buat kita rakyat malaysia.. siyes menyampah lah plak bila tahu. [amenoworld]

Khamis, 4 Ogos 2011

BERUNTUNGLAH KAU MISMAH...

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menjelaskan dakwaan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah tetapi didaftarkan sebagai pengundi baru, dan kemudiannya diberikan taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam, sebenarnya tidak benar.

Ketua pengarahnya, Datin Jariah Mohd Said berkata rekod JPN menunjukkan dalam kes Mismah, individu itu sebenarnya telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982.

“Beliau telah diluluskan taraf kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari 2011 di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan selepas 29 tahun memegang taraf penduduk tetap Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, semasa semakan Malaysiakini pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238).

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Jariah dalam kenyataan medianya juga berkata sepanjang tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011, kementeriannya telah menerima 72,334 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Daripada jumlah itu, katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 permohonan.

  • Jariah juga menghuraikan pertimbangan permohonan taraf warganegara tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan berdasarkan perkara-perkara berikut:Perkara 15 : Isteri kepada Warganegara
  • Perkara 16: Mereka yang lahir di Malaysia sebelum tarikh kemerdekaan (sebelum 31 Ogos 1957)
  • Perkara 19: Warga Asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.


PAS hari ini mempertikaikan pendaftaran 1,597 pengundi dalam draf daftar pemilih tambahan bagi pemilih berdaftar sehingga akhir bulan Jun, yang disenaraikan di lamanweb JPN sebagai penduduk tetap.

Ini termasuk Mismah, yang statusnya telah ditukar dari penduduk tetap kepada warganegara di JPN semalam, dalam tempoh beberapa jam selepas Malaysiakini melaporkan mengenainya.

Dalam reaksinya, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ini disebabkan oleh "kecuaian teknikal" di mana sistem sistem JPN tidak dikemaskini.

Sistem akses awam di lamanwebnya, jelas beliau, adalah berasingan dari sistem sambungan secara automatik antara SPR dan JPN.