Jumaat, 24 Julai 2009

PROGRAM SEKOLAHKAN PEMIMPIN UMNO - MUHYUIDDIN

Seramai 300 pemimpin Umno pelbagai peringkat akan menjadi perintis program latihan dan motivasi yang bertujuan menyuntik semangat baru dalam kalangan anggota parti yang dijangka bermula bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata pemimpin Umno daripada peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan itu merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program latihan itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.

"Ini peringkat pertama dan penting...harap akan ada perubahan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri "Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi".

Seharusnya pemimpin tertinggi UMNO juga perlu turut serta masuk sekolah semula bagi belajar bagaimana memahami aspirasi dan kehendak rakyat. Kenapa hanya orang bawahan sahaja perlu masuk sekolah?. Pemimpin atasan jangan hanya pandai bercakap.

Rakyat sekarang mahukan perubahan, bukan sekadar janji tin kosong. Lihat sahaja bagaimana UMNO berjanji di setiap kali diadakan PRK yang lalu. Apa bukti janji UMNO yang telah ditunaikannya. Tanyalah pengundi di sana, samada janji UMNO telah dilaksanakan!.. Inilah sebahagian politik kotor UMNO-BN dengan menipu rakyat termasuklah pengundi UMNO sendiri ditipu. Yang penting bagi mereka "kita harus menang".

Rakyat kini telah matang, mereka sudah muak dengan pelbagai janji-janji politik yang dicanangkan tetapi akhirnya janji hanya tinggal janji. UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan yang lalu bagaimana mereka telak ditolak oleh rakyat pada PRU12. Malangnya sekolah UMNO terlupa untuk memasukkan subjek teras ini.

4 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

org mcm ko nie ha yang patut masuk kelas cam nie...hormat dengan penulisan org lain,jgn sesedap buat andaian itu ini,jgn duk angap org lain bodoh padahal diri sendiri yang bodo,jgn duk pergi kat blog org lain duk mencaci sini sana!jgn duk kata kat org hipokrit,padahal diri sendiri yang hipokrit,jgn duk samakan manusia mcm binatang,padahal diri sendiri yang binatang...jgn duk cari salah org jer,tgk diri sendiri dulu baru ble nak komen org itu ini,tgk dulu taraf pendidikan tu...setakat kerja mcm ...... takyah la nak mempersoal itu ini...pe masuk kelas sambung belajaq lu....

Nabau berkata...

Beruk UMNO dari Johor dah mai!...
Jeffry!... Feffry!...

LeeSlimShady berkata...

Kalau dah macam tu punya Bodo tu pasal kena Masuk sekolah.....

kah..kah..kah....