Jumaat, 29 Mac 2013

PATUTLAH SI BARUA PAPAGOMO MACAM KEBAL UNDANG2

PAPAGOMO berdua-duaan dengan Ketua Dalam Negeri
PAPAGOMO berdua-duaan dengan Ketua Hakim Negara
PAPAGOMO berdua-duaan dengan Ketua Undang-Undang Negara
PAPAGOMO berdua-duaan dengan Ketua Negara
PAPAGOMO berdua-duaan dengan Ketua Polis Negara

Rabu, 20 Mac 2013

Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram Adalah Rakyat Malaysia dan Kakitangan Awam


Sejak pencerobohan di Lahad Datu berlaku, pelbagai spekulasi timbul akibat maklumat yang samar-samar yang diberikan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sebagai penjawat awam tertinggi yang bertanggungjawab kepada rakyat.

Salah satu persoalan yang paling besar ialah latar belakang kumpulan bersenjata ini. Walaupun secara rasminya mereka diisytiharkan sebagai orang asing dari satu kumpulan yang mewakili Kesultanan Sulu, banyak spekulasi timbul apabila ada tokoh-tokoh pimpinan tertentu dari kumpulan itu yang dikatakan rakyat Malaysia.

Perkara ini penting kerana ia membayangkan kesan sampingan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan setakat ini disahkan oleh keterangan-keterangan kepada Suruhanjaya diRaja Mengenai Kerakyatan di Sabah. Wujudnya tokoh-tokoh dari kumpulan bersenjata Sulu ini dari kalangan rakyat Malaysia mengesahkan keresahan rakyat bahawa pemberian kerakyatan bagi tujuan politik tanpa melalui proses yang sah mengundang ancaman keselamatan.


Sejak tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu, KEADILAN telah mengadakan pertemuan dengan penduduk tempatan untuk cuba mendapat maklumat lanjut mengenai latar belakang tokoh-tokoh ini. Salah seorang yang sering disebut ialah ketua kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram.

Maklumat awal penduduk tempatan menyatakan bahawa dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Kudat dan mengesahkan bahawa dia adalah rakyat Malaysia setelah diberikan kad pengenalan.

Dari maklumat tersebut, Timbalan Setiausaha Agong KEADILAN, Sdr Darell Leiking telah menjejaki maklumat kakitangan Kerajaan Negeri Sabah di beberapa tempat termasuklah di Jabatan Arkib Negara Sabah.

Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.


(Sila rujuk dokumen Senarai Kakitangan 1975 yang disertakan bersama)

Download (PDF, 1.4MB)





Dengan maklumat ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?
2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?
3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Tun Mahathir Mohamad dan Umno.

Untuk mengupas perkara ini dengan lebih lanjut, KEADILAN akan meganjurkan Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara (BKKN) dalam bentuk forum yang disertai oleh Leftenan Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid (mantan Timbalan Panglima Tentera Darat) dan Tuan Yusuf Barji (mantan Penolong Pesuruhjaya Polis/ACP dan Pengarah Cawangan Khas PDRM Sabah) di Kuala Lumpur, Sungai Petani dan Johor Bahru.

BKKN yang pertama akan berlangsung di Dewan Dato’ Ahmad Razali Ampang pada hari Khamis, 21 Mac 2013 jam 9 malam dan akan dipengerusikan oleh saya sendiri. Melaui BKKN, persoalan hubungkait Projek IC dan ancaman keselamatan akibat dari semborono Umno itu akan dikupas dengan sejelasnya, selain dari isu-isu kedaulatan dan keselamatan negara yang lain.
KEADILAN menunggu jawapan dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir Mohamad agar perkara sebenarnya dapat dijelaskan kepada rakyat.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

DARELL LEIKING
Timbalan Setiausaha Agong

20 MAC 2013

JAUHILAH POLITIK AIBKAN MARUAH

KECENDERUNGAN mengaibkan pihak lawan dengan pelbagai cerita berupa tohmah yang belum tentu akan kesahihannya bagaikan sudah  lumrah dan sebati dalam kerangka politik kepartian masa kini.

Setiap pencacai parti-parti politik kini tidak kira pemerintah mahupun pembangkang bagaikan berlumba-lumba mendedahkan aib pihak lawan. Menariknya dalam keghairahan mendedahkan aib lawan, sering kali juga mereka suka menuding jari menuduh pihak lain yang melakukan penyimpangan tersebut.

Ia samalah seperti pencuri menuduh dan cuba meyakinkan orang ramai bahawa orang lain yang mencuri. Memanglah tidak ada pencuri mengaku dia mencuri. Tapi sikap menuding jari pada orang lain demi mengaburi mata orang ramai akan hakikat kebobrokan dirinya pastilah tidak akan membawa apa-apa makna.

Namun apa boleh buat kerana demikianlah realiti budaya politik masa kini yang bagaikan sudah semakin lompong akhlak dan akal-budi Islami sehinggakan yang mengakar adalah budaya songsang yang langsung tidak berpaksikan agama dan hukum moral manusiawi.

Bagi penulis budaya politik sebegini tentunya tidak cocok bahkan merupakan tragedi kepada politik Islam yang seharusnya berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang sejati. Jika ditelusuri prinsip Islam, membuka aib sesama Islam adalah suatu yang amat keras dilarang ALLAH sebagaimana ayat 12 daripada Surah Al-Hujurat:

“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian besar prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan aib orang lain; dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain.”

Menjaga aib sesama Islam begitu dititikberatkan oleh junjungan Rasulullah SAW sehinggakan pernah diriwayatkan satu kisah selepas selesai solat Asar di Masjid Quba’, seorang sahabat lalu mengundang Nabi SAW berserta jemaah menikmati hidangan daging unta di rumahnya. Ketika sedang makan, terhidu para sahabat suatu bau yang kurang menyenangkan. Wajah Nabi SAW sedikit berubah tanda tidak selesa.

Maka tatkala waktu Maghrib hampir masuk, sebelum majlis bersurai, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa makan daging unta, hendaklah dia berwuduk!”. Mendengar sabda Baginda ini, maka seluruh jemaah tadi mengambil wuduk. Maka terhindarlah aib orang yang terbuang angin di khalayak tadi.

Begitulah tingginya peribadi Nabi SAW yang begitu mengerti kesan psikologi seseorang yang mungkin menerima aib daripada perbuatannya. Bahkan kesan psikologi dimalukan mampu mencetuskan kekeruhan bahkan merungkai hubungan persaudaraan sesama Islam yang menjadi teras kekuatan umat.

Sebab itulah Islam cukup menitikberatkan aspek menjaga aib sesama saudara seIslam sehinggakan jika seseorang melakukan maksiat kepada ALLAH secara sembunyi selagi tidak merugikan orang lain seperti perbuatan dirinya meminum arak, berzina dan lain-lain, maka dikehendaki ditutupi aib tersebut, bahkan tidak boleh dihebahkan kepada orang lain.

Sekalipun diketahui maksiat sebegini dilakukan oleh saudaranya, maka kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar, iaitu menyeru yang benar dan mencegah kemungkaran tetap wajib dilaksanakan namun jangan disebarluaskan.

Malangnya, budaya politik kepartian masa kini amat jauh daripada garis panduan yang ditetapkan syarak. Pendukung-pendukung parti tidak kira pemerintah mahupun pembangkang, yang berlabel Islam ataupun tidak, sering kali melakukan penyimpangan sebegini demi fatamorgana kuasa yang begitu mengasyikkan. Masing-masing tampak begitu rakus menyelak kain dan mendedahkan aib antara satu sama lain yang hakikatnya belum tentu berpaksikan pada kebenaran mahupun kepalsuan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang sanggup menghalalkan tindakan bobrok sebegini dengan menggunakan pelbagai justifikasi agama dengan hujahan beralaskan ayat-ayat al-Quran terpilih ikut selera politik masing-masing.

Semuanya sanggup dilakukan demi untuk menang pilihan raya dan berkuasa di Putrajaya.  Tanpa disedari, hari ini ‘Putrajaya’ bagaikan zikir wajib yang sering diratibkan dalam minda para pendukung hingga segala prinsip agama dan akhlak sanggup dipertaruh dan digadaikan.

Justeru, penulis menyeru marilah kita kembali kepada ajaran Islam sebenar yang seharusnya menjadi teras dalam budaya pempolitikan umat Islam. Ini menuntut setiap kita agar ikhlas dan jujur membanteras budaya politik mengaibkan maruah yang hakikatnya membawa kebinasaan.

Isnin, 11 Mac 2013

KENAIKAN GAJI: BERITA BAIK UNTUK POLIS DAN TENTERA

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan berkuatkuasa 1 Jan 2013, kerajaan bersetuju pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disetarakan dengan Perkhidmatan Awam Am selaras perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji.
Beliau berkata ia mencakupi skop fungsi tugas, struktur pangkat dan juga kelayakan bagi skim perkhidmatan ATM dan PDRM.
"Sebagai contoh, Koperal dalam ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 disetarakan dengan gred jawatan atau gred gaji 22 Perkhidmatan Awam. Sarjan yang dulu dalam kelompok gred jawatan 27 disetarakan dengan gred jawatan 29 Perkhidmatan Awam Am," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di sini.
Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44.
Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.
"Sesungguhnya kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan Perkhidmatan Awam Am sentiasa terpelihara di samping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan," katanya.
Sementara itu, Najib berkata perjuangan mulia para patriot dari pasukan, agensi dan perkhidmatan keselamatan negara telah membawa Malaysia berada pada tahap pembangunan dan kemajuan seperti yang dinikmati ketika ini.
“Kata orang, berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa. Itulah bakti mulia kerana agama, bangsa dan negara,” katanya.
Merujuk kepada lapan wira negara yang telah gugur di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, Najib berkata ia adalah sebuah manifestasi terbaik iltizam para penjawat awam terhadap negara dan amanah yang dipikul.
“Mereka meneruskan tradisi mulia generasi demi generasi yang telah menyarung uniform perkhidmatan PDRM dan ATM.
"Iltizam mereka itulah yang telah membolehkan kita warga Malaysia menjalankan kegiatan seharian tanpa rasa bimbang dan takut, membolehkan anak-anak kita selamat ke sekolah, membolehkan kita mencari rezeki dan pada akhir setiap hari pulang ke rumah kepada keluarga tercinta.
“Hakikatnya mereka telah membolehkan kita terus maju dan makmur,” katanya.
Najib turut mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada setiap keluarga yang terlibat.
“Pengorbanan mereka tidak sia-sia. Mereka pergi dalam rangka menunaikan amanah dan menjalankan tanggungjawab,” katanya.
-Bernama

PANASSS!... BAPA SAIFUL SERAH BORANG MASUK PKR


Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk menjadi ahli di sekretariat parti tersebut di Petaling Jaya hari ini.

Anak lelakinya Saiful sebelum ini meraih populariti selepas mendakwa diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ketua pembangkang dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada Januari tahun lalu.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR selepas menyerahkan borang itu, Azlan berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PKR dan kini akan menyertai parti itu bawah pimpinan Anwar.

Azlan dalam kenyataannya dua hari lalu mendakwa anaknya Saiful Bukhari dipergunakan oleh "seseorang dalam pejabat perdana menteri" untuk memburuk-burukkan Anwar. mkini

Jumaat, 8 Mac 2013


Bapa Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini," kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Dengan ini saya  memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.

Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.

Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.
"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."

Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.

walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya

semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."

Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."

Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya  untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.

"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.

"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.

"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.

Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".

"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya. SharpShooter

Rabu, 6 Mac 2013

Sultan Sulu: Kami bukan pengganas


MANILA - Sultan Jamalul Kiram III menolak label pengganas yang dikenakan, oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina, ke atas pengikutnya yang menceroboh Lahad Datu, Sabah awal bulan lalu dan berkubu sehingga sekarang.

Label pengganas dikeluarkan beberapa jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan yang berkubu di Lahad Datu.

Dalam temu bual berasingan di kediaman keluarga Kiram di Maharlika Village, anak sultan, Puteri Jacel Kiram pula berkata label pengganas dikeluarkan hanya bertujuan untuk menghalang campur tangan antarabangsa.

Beliau menambah, pihaknya sudah meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menyiasat pendekatan tentera Malaysia terhadap kumpulan bersenjata yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Jacel menambah bahawa usaha tentera Sulu merupakan perjuangan seluruh Filipina.

“Tentera kami tidak akan menyerah kalah kepada pasukan Malaysia walaupun mereka menyerang kami pagi semalam dalam usaha menghentikan konflik yang berlanjutan sudah tiga minggu ini,” katanya dipetik ABS-CBNnews.

Jacel berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kembali hak mereka dan akan menyerahkan segalanya kepada ALLAH.

“Kami juga bagaimanapun tidak akan menghalang usaha rundingan diadakan dengan pihak kerajaan Filipina,” ujarnya.

Kata Jacel, pihaknya akan terus kekal berjuang di Sabah dan tidak akan kembali ke Filipina.

Beliau terus bertegas yang pihaknya sendiri tidak akan mengeluarkan sebarang arahan meminta pengikutnya kembali ke Filipina dalam masa terdekat ini.

Laporan Bernama malam tadi menyebut Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas.

Pendirian itu turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.

"Kita menghargai pendirian kerajaan Filipina dan Presiden Benigno Aquino yang menggesa kumpulan Sulu itu menyerah diri dan pulang kepada keluarga dan rumah masing-masing di Filipina.

"Kumpulan itu bagaimanapun  memilih untuk mengabaikan seruan itu," kata Anifah. sinar

SEMUANYA SALAH ANWAR - PUNYA LAH BANGANG PENCACAI UMNO


Isnin, 4 Mac 2013

SEMUANYA SALAH ANWAR

KUALA LUMPUR 4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan ‘perjanjian’ dengan Sultan Sulu sebagaimana didedah Pengerusi Pengasas Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Nur Misuari seperti dilapor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, Najib selaku individu bertanggungjawab tidak boleh membisu dalam isu tersebut kerana melibatkan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Sabah khususnya.

“Kita nak tahu apa yang mereka (penceroboh) tuntut sehingga bawa senjata. Najib tak boleh diam. Dia kena jelaskan apa yang dijanjikan kepada kumpulan penceroboh sehingga mereka sanggup bunuh polis kita.

“Mereka datang bukan nak shopping, tapi dengan senjata. Maksudnya mereka nak berperang. Objektifnya jelas untuk tuntut sesuatu,” kata Johari ketika dihubungi.

Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk ‘Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia’, Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu, beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah.

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi penceroboh Filipina yang kini membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka.

“Perkara ini perlu diselia oleh mereka dengan lebih tenang,” katanya dipetik, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihan raya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.
Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman.

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari.

“Baru bulan lepas Najib diangkat sebagai ‘hero’ apabila menyelesaikan isu pejuang bangsa Moro dengan pejuang selatan. Tapi balik ke sini, negara kita pula diserang. Ini jadi persoalan apabila didedahkan sendiri Nur Misuari,” kata Johari.

“Kalau betul Najib buat perjanjian, beliau perlu nyatakan kepada semua apa yang dijanjinya itu. Kalau tiada apa-apa, bagaimana mereka boleh datang dengan senjata macam nak perang, mesti ada yang tidak kena,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau yang kesal dengan sikap berlengah kerajaan menyelesaikan isu tersebut menyifatkan pentadbiran Najib sebagai lembap.

“Apa sudah jadi dengan jabatan perisikan, Cawangan Khas (SB) dan macam-macam lagi. Adakah mereka tidak lagi berfungsi atau hanya untuk pantau isu politik sahaja.

“Sudah 23 hari mereka (pengganas) ada di Lahad Datu, kenapa lembap sangat kerajaan bertindak. Ini umpama penceroboh masuk rumah kita, takkan kita nak diamkan,” tempelak Johari.
http://www.keadilandaily.com/?p=46401