Isnin, 31 Ogos 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - HADIAH MERDEKA DARI PM

Pada 11 Julai 09 yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Kalau dulu Najib beri 11 hadiah, terkini Najib dengan murah hati memberikan satu lagi hadiah paling istimewa kepada rakyat 1 Malaysia sempena menyambut 52 tahun merdeka iaitu kenaikkan harga minyak petrol.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita. Selepas ini dan banyak lagi hadiah-hadiah yang bakal dinikmati oleh rakyat 1 Malaysia terutamanya untuk kaum UMNO-BN dan tak terkecuali tempiasnya terkena orang-orang PR juga.

Terima kasih BN, sebagai timbal balas nantikanlah hadiah yang bakal kami berikan pula kepada anda di PRU13 nanti dengan hadiah yang lebih bermakna. Dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat.

ERA NAJIB ALTANTUYA - ISTIMEWANYA JADI KATAK LUNAS



PADANG SERAI, 30 Ogos: Tekanan semakin hebat ke atas Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh agar beliau melepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.

Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan beliau sebagai Adun Lunas kerana ianya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk dan pengundi kawasan tersebut.

Menurut beliau pada pilihan raya umum yang lalu pengundi kawasan tersebut mengundi calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru itu sebagai menghormati para pengundi dan penduduk kawasan yang dimenangi oleh Radzhi atas tiket PKR itu maka beliau harus mengosongkan kerusi tersebut supaya ia dipulangkan kepada pengundi dan penduduk kawasan tersebut untuk membuat pemilihan.

"Beliau telah mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi kepadanya.

"Jika beliau memang seorang yang berpendirian maka beliau akan melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas dan memulangkan kepada pengundi dan penduduk untuk membuat keputusan samada mahu menerimanya atas tiket bebas atau sebaliknya," kata Gobala.

Lunas adalah salah Dun di bawah Parlimen Padang Serai yang diwakili Gobala.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula menyatakan bahawa Radzhi harus sedar dengan perkenan Tuanku Sultan Kedah untuk menggugurkan beliau sebagai Exco sudah jelas membuktikan kemurkaan Tuanku dengan perbuatan beliau.

"Saya yakin keputusan yang telah diambil oleh Tuanku Sultan untuk menggugurkan Radzhi daripada jawatan Exco adalah untuk menjaga nama baik istana. Radzhi sepatutnya faham mesej yang ingin disampaikan oleh Tuanku kepada beliau.

"Pada waktu yang sama selepas beliau dilucutkan daripada jawatan Exco maka pada ketika itu juga Radzhi sepatutnya melepaskan jawatan sebagai Adun Lunas.

"Saya juga yakin majoriti daripada pengundi dan penduduk yang diwakili beliau itu mahukan kerusi Lunas dikosongkan selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum yang lalu adalah atas tiket PKR dan bukannya Bebas."

Radzhi sebelum ini mengambil keputusan keluar dari PKR setelah mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan menjadi Adun Bebas.

Rentetan daripada itu beliau kemudian telah dilucutkan jawatan sebagai Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia oleh Tuanku Sultan Kedah.

ERA NAJIB ALTANTUYA - BLOGGER PR SEDANG DIPERHATIKAN

Amaran!.. Arahan khas ini ditujukan kepada pengendali media elektronik dan blogger-blogger PR sahaja. Sekiranya anda adalah terdiri dari kalangan pro UBN dan sewaktu dengannya, dengan sendirinya arahan ini akan terbatal.

Sila baca perutusan khas di bawah:

----------------------------------------------------------------------------------


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batas undang-undang sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara dan keamanan awam.

Katanya kerajaan tidak akan tunduk dan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sentimen perkauman dan agama di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk insiden 200 penduduk Islam selepas solat Jumaat lepas yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.

"Insiden seperti itu jika tidak dikawal, boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan yang berlarutan. Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat sensitif," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Ahad.

Hishammuddin berkata walaupun ada pihak yang menggesa kerajaan supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani isu tersebut, namun akta itu hanya akan digunakan sebagai cara terakhir atau dalam keadaan di mana ia boleh mencetuskan ancaman kepada negara.

"Bagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa banyak undang-undang lain yang boleh digunakan dalam perkara ini," katanya.

Mengenai tindakan sesetengah pihak menghasut kaum India seperti yang tersiar di Internet, beliau menjelaskan polis, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan Peguam Negara sedang mengambil tindakan.

Di samping itu, Hishammuddin berkata tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa kononnya polis bersekongkol dengan Umno dalam menangani isu tersebut adalah sesuatu yang amat serius dan berniat semata-mata untuk memburukkan nama baik pasukan polis.

-- BERNAMA

Ahad, 30 Ogos 2009

NIZAR ZAMBRY - SIDANG DUN PERAK RABU INI


IPOH, 30 Ogos:
Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V. Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

Speaker haram R. Ganesan

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok.

Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan.

Sabtu, 29 Ogos 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - SATU PERARAKAN BAGI MENGHINA DUA AGAMA


Kepala lembu dipijak manakala perkataan "takbir" ditukar kepada "take beer". Apa yang mereka mahu luahkan sebenarnya.


Penghinaan terhadap agama Islam. Perkataan "takbir" ditukar kepada "take beer".


Apa maksud mereka dengan berarak membawa kepala lembu. Lembu bagi penganut agama Hindu adalah binatang suci. Siapakah mereka ini? Anda sendiri boleh agak, mereka dari penyokong mana?... kata kunci adalah "songkok tinggi".


PASCA PERMATANG PASIR - RAMADHAN BUKAN BULAN KEINSAFKAN BAGI UMNO

Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir menguatkan lagi teori komunikasi yang mengatakan bahawa media arus perdana UBN seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, RTM1&2, TV3 suku tidak semestinya berpengaruh sepanjang masa.

Ada kalanya, media tidak berfungsi dengan berkesan apabila golongan sasaran hilang kepercayaan kepada media. Paling buruk jika golongan sasaran ini beranggapan media sudah hilang kewibawaaan.

Usaha pemulihan mengambil masa yang panjang. Banyak media, khususnya surat khabar terpaksa ditutup berikutan penurunan bilangan pembeli disebabkan pembaca tidak lagi yakin kepada akhbar berkenaan.

Tengahari semalam (28/8/09), apa yang berlaku di kawasan perumahan Bandar Baru Batang Kali, surat khabar Berita Hairan telah diberi secara percuma kepada setiap rumah walau ianya tidak berpenghuni. Ianya diagih dengan secara dilemparkan dihadapan pintu rumah. Anda boleh bertanya sendiri kepada saudara anda yang berada di taman perumahan berkenaan jika inginkan kepastian.

Dengan bercambahnya media baru atau media alternatif yang sukar dibendung kehadirannya, media arus perdana bertambah sukar untuk meyakinkan golongan sasaran dengan sogokan maklumat memihak.

Ini kerana sebahagian besar masyarakat sudah mempunyai saluran baru yang lebih meyakinkan mereka dari segi kebenarannya atau keseimbangan maklumat terutamanya berkaitan isu-isu politik semasa.

Berita arus perdana hanya memihak kepada propaganda kerajaan UBN saja dan selebihnya kurang 10 peratus saja berita mengenai pembangkang itupun berita yang telah dimanipulasi atau diputar belitkan.

Semua stesen radio dan televisyen juga menunjukkan perkara yang sama iaitu memihak kepada pemimpin kerajaan.

Pro pembangkang sering digambarkan oleh media pengampu UBN sebagai pencetus pergaduhan pada setiap kali adanya PRK. Berita insiden pergaduhan seperti ini penting untuk diperbesarkan di muka depan akhbar dan disiarkan setiap hari sedangkan ia tidak ada nilai berita kepada pembaca.

Sebagai media yang menyokong kerajaan, memang wajar mereka mengambil sikap secara terbuka menentang pembangkang. Cuma, liputan media yang menyokong kerajaan dan UBN dianggap terlebih dos mengampu.

Pembangkang hanya mampu bertindak memberi keyakinan kepada penduduk tempatan dengan menjawab isu yang ditimbulkan menerusi ceramah-ceramah mereka.

Rakyat juga menilai apa yang mereka dengar dan apa yang mereka baca. Jika apa yang ditulis dan disiarkan dalam media berbeza daripada apa yang mereka dengar sendiri di ceramah-ceramah, mereka membuat penilaian negatif terhadap media.

Sebagai contoh apa yang berlaku di Permatang Pasir baru-baru ini, mereka melihat keadaan ini dengan mata dan pada masa yang sama berita yang mereka baca dalam akhbar menceritakan keadaan sebaliknya.

Apakah mereka mahu mempercayai apa yang mereka lihat dengan mata sendiri atau percaya kepada berita yang mereka baca di akhbar-akhbar? Sudah tentulah kepercayaan mereka kepada media meleset.

Bagi rakyat, mereka melihat apa yang mereka tonton itu sebagai satu lakonan. Banyak lagi contoh berita yang serba tak kena cuba dipaparkan oleh media pengampu UBN

Akibat terlalu ghairah untuk mengalahkan pembangkang, mereka akan berusaha mencipta apa saja berita untuk memberitahu rakyat mengenai keburukan serta menanamkan sikap kebencian terhadap pembangkang.

Jumaat, 28 Ogos 2009

UMNO, LEMBU DAN SAMY VELLU

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengecam tindakan sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarak kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah idea membina kuil baru Hindu.

Katanya, lembu merupakan binatang suci kepada penganut Hindu, dan tindakan kumpulan tersebut tidak boleh diterima dan dianggap mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.



Manakala Mahyuddin menolak tanggapan, kumpulan NGO tersebut tidak menghina agama Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci.

"Mungkin yang mereka (yang bawa) maksudkan dengan kebodohan. Dalam budaya Melayu, lembu ini simbol kebodohan, pemimpin yang bodoh," jelasnya


Hampir seminggu aku tak dapat aksess internet berukband di kampung, baru hari ini aku dapat bukak internet bila balik KL. Huh!... memang memboringkan, apa tidaknya terpaksa juga kena tengok media alternatif tonton TV3 antara sumber media pengampu UBN tanpa tapisan. Sehinggalah terbaca cerita berkaitan kepala lembu.

Ahad, 23 Ogos 2009

NAJIB ALTANTUYA - KALAU TAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA

Setiap kali ada PRK, inilah modal atau skrip lama UMNO yang akan dicanangkan kepada orang kampung.

Kalau dulu UBN memperbodohkan rakyat dengan janji-janji pembangunan dan projek mee segera pada setiap pilihanraya tetapi kini UBN akan gagal kerana rakyat terdedah kepada media internet tanpa tapisan. Tidak seperti media pengampu UBN, semuanya ditapis agar orang melayu akan terus dibuai dengan mimpi-mimpi indah jika bersama UMNO-BN.


Permatang Pasir (gambar atas) manakala Manek Urai (gambar bawah).
Kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir anda adalah orang yang bijak menilai. UMNO juga bakal mempermainkan diri anda sepertimana mereka melakukannya di Manek Urai.

Sabtu, 22 Ogos 2009

APAKAH RAMADHAN KALI INI AKAN MENGINSAFKAN KAUM UMNO

Penyokong UBN ketika protes di Ipoh. Insaflah dan jangan diulangi kesilapan yang lalu.


Ramadhan, bulan jaminan kemenangan yang sudah pasti bagi setiap pejuang. Kemenangan keatas syaitan, kemenangan keatas nafsu syahwat dan kemenangan keatas sebarang kejahatan, kerana itulah kehadirannya disambut dengan perancangan yang teratur, bukan rancangan mengatur menu makanan dan hidangan, bukan rancangan menempah pakaian hari raya yang akan menjelang,tetapi persediaan iman, persediaan doa dan persediaan ilmu, untuk digunapakai disepanjang ramadhan, bagi meraih keuntung yang dijanjikan iaitu "Takwa", teman setia seorang hamba dalam perjalanan menemui tuhannya. Firman allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 183:

"Wahai orang yang beriman!, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa".

Baginda rasulullah s.a.w ketika menyambut kehadiran bulan yang mulia ini ada bersabda:

"Telah datang kepada kamu bulan ramadhan, penghulu segala bulan, selamat datang ramadhan!".

(Riwayat al-baihaqi)

Para solihin dahulu, mereka berdoa kepada allah s.w.t memanjangkan umur mereka, membolehkan mereka bertemu dengan ramadhan akan datang dan selama enam bulan pula selepas ramadhan mereka berdoa agar allah s.w.t menerima semua amalan yang telah mereka kerjakan sepanjang ramadhan. Ini bererti benih ketakwaan ramadan bercambah dalam hati dan jiwa mereka.

Para ulamak dan solihin terdahulu bersiap menunggu kedatangan ramadan bagi tujuan mengharapkan keampunan allah pada sepanjang ramadhan. Semoga ramadan tahun ini lebih bermakna dari ramadan yang sudah-sudah.

Antara cara-cara yang mereka lakukan:

1- Berdoa agar allah s.w.t menyampaikan kita kepada ramadan ini dengan sihat sejahtera, supaya dapat kita jalani ibadat puasa dengan cergas dan sempurna. Sabda rasulullah s.a.w:

"Anas bin malik r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w apabila masuk bulan rejab baginda berdoa:

Ya-allah !, berikanlah keberkatan kepada kami disepanjang bulan rejab dan sya'aban dan sampaikanlah kami kebulan ramadan"

Bersyukur kepada allah s.w.t apabila sampai kepada bulan ramadan,bergembira dengan kedatangan ramadan.Rasulullah s.a.w setiap kali apabila tiba ramadan memberitahu para sahabat berita gembira itu. Merancang dan membuat jadual harian ibadat. Berazam mengambil kesempatan sepenuhnya untuk beribadat sebanyak mungkin. Firman allah s.w.t:

"......maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada allah (dengan mematuhi perintahnya), tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka".

(Muhammad 21)

Mempelajari hukum-hukum dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan ibadat puasa, agar ibadat puasa itu dapat dijalankan dengan betul dan diterima oleh allah s.w.t. Berazam meninggalkan segala maksiat, bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh, ramadan adalah bulan bertaubat. Menyediakan diri dari segi rohani dan jasmani, dengan membaca bahan-bahan bacaan mengenai ibadat puasa atau menghadiri majlis ilmu dan tazkirah disurau atau masjid.Bersedia untuk menyertai apa-apa program dakwah sepanjang ramadan seperti memberi ceramah atau tazkirah pendidikan,menyebar risalah-risalah ramadan dan lain-lain lagi. Membuka lembaran hidup baru dalam bulan ramadan, iaitu:

- Membanyakkan bertaubat kepada allah s.w.t, dengan mentaati ajaran rasulullah s.a.w dan menjauhkan larangannya,dengan meningkatkan hubungan silaturrahim sesama saudara-mara dan keluarga, dengan berbakti apa cara jua pun kepada masyarakat.

Memperdaya pengundi dengan wang palsu demi meraih sokongan.

Contoh perbuatan penyokong UBN menconteng dinding mesjid di Matang, Taiping semasa PRK di Bukit Gantang yang lalu.

Jumaat, 21 Ogos 2009

MUHYIDDIN GEMBIRA TIADA UNSUR SABOTAJ DALAM UBN

Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian wujudnya unsur sabotaj terhadap calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman kerana jentera pilihan raya parti menunjukkan komitmen untuk merampas kawasan itu.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, beliau tidak fikir dalam UMNO ada sabotaj kerana mereka telah bersepakat akan mematuhi apa sahaja keputusan yang telah dibuat oleh pimpinan parti.

Lihatlah bukti di atas, para penyokong UMNO sentiasa memenuhi ruang yang ada sehingga ada dari mereka terpaksa berdiri dan berhimpit-himpit demi untuk mendengar penjelasan dan penerangan dari pemimpin UMNO yang disayangi.

Muhyiddin berkata, perkara sabotaj sengaja diada-adakan oleh pihak-pihak tertentu bagi mencemarkan imej BN. Tak caya baca kat sini.

Huhhh!... ribu-ribu orang datang oiii...


ZAHID DAH MATI AKAL DI PERMATANG PASIR - STRATEGI UBN MAKAN DIRI

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis berkata masalah peribadi di antara calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak tidak seharusnya diheret dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

Beliau berkata perselisihan faham berikutan masalah perniagaan mereka tidak sepatutnya dijadikan masalah politik dan menjadi isu dalam pilihan raya kecil itu.

"Masalah itu sebenarnya tiada kena mengena dengan parti. Pada saya kita harus hentikan isu ini dan jangan menyentuh tentangnya lagi," katanya kepada pemberita di pusat operasi BN di sini.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah lebih baik kedua-dua pihak tidak mendedahkan keaiban orang lain dan sebaliknya yang harus ditonjolkan ialah kebaikan dan kelebihan mereka.

Isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat menjadi modal kempen PAS pada pilihan raya kecil itu dan hari ini Yusri mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" dalam isu berkenaan.

Rohaizat, 38, akan menentang calon PAS Mohd Salleh Man, 52, pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.

Itulah Zahid... orang hang sendiri yang cuba nak burukkan Yusri, sekarang kan dah terkena batang hidung calon sendiri. Bangkai gajah kalau ditutup perlukan kain canves yang sangat besar yang cuma ada di stor G1098 dalam kem tentera. Gunakanlah kuasa sebagai Menteri Pertahanan untuk tentera keluarkan khemah tersebut dan dirikan di Permatang Pasir buat projek jiwa murni.

Khamis, 20 Ogos 2009

BIAR BETUL!... BPR KE... SPRM KE... SAMA SAJA

Gambar hiasan





DAKWAAN PENGUNDI HANTU OLEH KHAIRY WUJUD DI N11 BENAR - SPR

Oleh kerana KJ baru perasan adanya pengundi hantu dalam daftar pengundi di N11, maka aku cuba menjejaki para pengundi hantu yang disebut oleh KJ untuk mendapatkan penjelasan dari mereka...
Tapi sayang... semuanya tidak memberi kerjasama... aku rasa betul la dakwaan KJ tu... SPR nak ambik tindakan ke tak ni..?


Sumber: perisik rakyat

Rabu, 19 Ogos 2009

ZAHID PATUT NASIHATKAN MUHYIDDIN TERLEBIH DAHULU

Membaca kenyataan Zahid Hamidi yang disiarkan oleh Utusan Meloya pada pagi ini amat meloyakan sekali.

Naib Presiden UMNO itu berkata, Pas tidak sepatutnya mempertikaikan calon BN yang tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah sebaliknya beliau hanya berhadapan masalah dengan Majlis Peguam.

Katanya, BN akan menggunakan pendekatan sendiri untuk menjelaskan perkara tersebut kepada para pengundi di Permatang Pasir dan pihak-pihak lain tidak berhak mempertikaikan keputusan BN untuk memilih beliau sebagai calon.

''Itu pilihan dan hak kami, siapa mereka untuk mempersoalkan pemilihan Rohaizat. Kita juga boleh pertikai mengapa mereka pilih calon yang tidak pernah menang tetapi kita tidak akan berbuat demikian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat bilik operasi RTM di Hotel Sunway di sini semalam.

Zahid sepatutnya terlebih dahulu menasihati TPM, Muhyiddin Yasin dengan berkata "hang tak sepatutnya memperlekehkan calon PAS di Manek Urai tempohari, kan sekarang kita dah kena".

Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan dengan memperlekehkan calon PAS iaitu Mohd Fauzi Abdullah dengan perkataan beliau hanya seorang penjual ikan berbanding calon dari BN yang berkelulusan tinggi.

Zahid ohh... Zahid, hang nie memang spesis manusia yang jenis mudah lupa. Tang nie.. yang Mamak Det cukup marah pasal "melayu mudah lupa".

Selasa, 18 Ogos 2009

BN tidak pernah berbohong kepada pengundi

Timbalan perdana menteri berkata, BN tidak akan berbohong kepada pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

"Yang penting untuk BN, kita akan memberikan penjelasan yang betul dan tidak akan bohong.

"Kita memberikan kenyataan berdasar fakta yang betul kerana kita mahu memberikan peluang kepada pengundi membuat penilaian yang tepat," katanya kepada pemberita di Bukit Mertajam semalam.


Contoh 1

Dulu kita pernah berjanji semasa kempen pilihanraya di Manek Urai, kita nak bina jambatan baru. Nah!... sekarang kita telah buktikan kita tidak berbohong. Pembinaan jambatan sedang rancak dijalankan di Manek Urai.

Jambatan lama


Kerja merobohkan jambatan lama


Jambatan baru mengikut khayalan UMNO

Contoh 2

Adakah kempen pilihanraya di Permatang Pasir kali ini mereka akan menghadiahkan untuk membina jamban baru pula seperti taktik yang digunakan di Manek Urai. Mungkinkah ini hadiah yang bakal berlaku disini.


Jamban lama


Jamban baru

Isnin, 17 Ogos 2009

BERITA GEMPAR - UMNO PUN PERCAYA ADA HANTU DI PERMATANG PASIR

Selama ini UMNO-BN menafikan ujudnya pengundi hantu bila ianya disuarakan oleh parti pembangkang. Akhirnya selama hampir berpuluh-puluh tahun baru sekarang UBN mengakui memang benar ada pengundi hantu. Bodoh piang punya UMNO. Kesudahannya UMNO jilat balik apa yang mereka nafikan selama ini.

Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.

"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.

Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000 pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.

Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.

"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.

Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.

Ahad, 16 Ogos 2009

DARI MANEK URAI TERUS KE PERMATANG PASIR

Semasa di PRK Manek Urai pada 14 Julai 09 yang lalu Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah berjanji kepada penduduk di Manek Urai, UBN akan menjadikan DUN tersebut sebagai sebuah kota agropolitan bagi melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Beliau juga berjanji untuk memajukan pertanian secara komersial, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh UBN termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Ternyata dengan janji-janji yang pernah diberikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai ketika itu, UBN hampir berjaya menawan Manek Urai walaupun ia hanya mengalami kekalahan sangat tipis.

Itu cerita di Manek Urai. Manakala di Permatang Pasir pula, dengan menggunakan formula yang hampir sama UBN akan mengubah sedikit strateginya pada kali ini. Mereka masih berkeyakinan bahawa formula yang digunakan di Manek Urai mampu diadaptasi sekali lagi di Permatang Pasir. Sama-samalah kita saksikan apakah kejutan yang bakal diterima oleh penduduk Permatang Pasir nanti sebagai hadiah dari UBN selepas tarikh penamaan calon esok.

1MALAYSIA - SIAPA KATA DEMO BUKAN BUDAYA UMNO

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Demonstrasi jalanan bukan sahaja mampu menyebabkan ketegangan di kalangan penduduk setempat, malah berpotensi merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Keadaan itu akan hanya menyebabkan pelajar bimbang ke sekolah, perniagaan kecil dan sederhana terbantut, pelabur asing enggan melabur dan pertumbuhan ekonomi negara akhirnya merosot,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, budaya demonstrasi jalanan itu tidak sihat kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah menyusahkan orang awam.











Sabtu, 15 Ogos 2009

Permatang Pasir: Salleh Man vs Rohaizad

PERMATANG PASIR, 14 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man dipilih sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Dengan pengumuman ini, beliau akan bertanding melawan calon BN, Rohaizad Otman, Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.

Sehingga kini, Kamarul Ramizu, bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini sebagai calon bebas.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Kerusi Permatang Pasir kosong apabila penyandangnya, Datuk Hamdan Abdul Rahman, wakil PAS yang memenanginya sejak tahun 1999, meninggal dunia hujung bulan lalu.

Turut hadir dalam majlis pengumuman calon itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu sebagai permulaan program pilihanraya kecil Permatang Pasir program besar-besaran akan diadakan.

Ia akan dimulakan dengan Program Pelancaran Jentera Dan Bilik Gerakan PRK Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) bertajuk Anwar akan jawab siapa pengkhianat Melayu di Permatang Pasir.

Antara penceramahnya adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Dr Mansor Othman, Saifudin Nasution, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Zahrain Hashim,

Ceramah besar-besaran juga akan diadakan di Taman Cermai, Permatang Pauh. Antara penceramahnya adalah Anwar, Abdul Hadi, Lim Kit Siang dan Mohd Sabu.

Sumber: harakahdaily

Jumaat, 14 Ogos 2009

H1N1 - TOPENG MUKA PUN KEHABISAN STOK

Oleh: Hamidah
Assalamualaikum. Salam buat pembaca. Dikesempatan ini aku ingin membawa tinjauan jauh situasi di negara kita yang menghadapi wabak H1N1 yang kini telah sampai ketahap yang membimbangkan. Aku warga guru yang mengajar di sebuah pekan kecil yang suasananya tenang tetapi ceria. Kini pekan ini kurang ceria dengan menularnya wabak ini. Seorang guru di pekan kecil dapat mengimbas hampir keseluruhan anak muridnya.

Ditika ini kehadiran murid kesekolah menurun dengan mendadak. Ramai kanak-kanak yang demam, batuk dan selsema. Guru berpesan kepada murid setiap hari, "murid-murid yang deman jangan datang sekolah". Jawab murid "cikgu ayah kami suruh kami datang juga sebab ayah dan mak pergi menoreh". Walaupun ada murid yang menurut perintah tapi murid yang demam datang juga kesekolah kerana ketiadaan penjaga di rumah. Akhirnya kedengaran suara-suara kokohan batuk dari murid-murid memecah suasan pembelajaran.

Guru rasa bimbang dengan keaadaan ini lalu berpesan kepada murid, "pakailah topeng muka supaya batuk kamu tak berjangkit kepada orang lain". Murid menjawab "topeng muka tak ada jual, nak dapat kat mana cikgu, kat kedai dah habis?". Murid lain pula mencelah "cikgu topeng muka mahal sangat RM1 duit nak belanja lagi mana cukup, ayah menoreh ja mana ada duit nak beli topeng muka hari-hari cikgu".

Guru cuba menolong murid untuk mendapatkan topeng muka. Guru korbankan masa untuk ke bandar yang jauhnya 35 km semata-mata untuk membeli topeng muka dengan duit sendiri untuk keperluan murid. Tiba di bandar hati rasa hampa kesemua Farmasi tiada bekalan. Guru belum berputus asa cuba pula ke klinik kesihatan kerajaan, pun menyatakan tiada bekalan hanya untuk kakakitangan klinik dan pesakit luar sahaja.

Guru pulang, sambil memandu terdengar pesanan dari radio kereta supaya memakai topeng muka untuk mengelakkan jangkitan H1N1. Dalam hati, mana topeng mukanya yang disuruh pakai? Mengapa pihak berwajib tidak membekalkan topeng muka kepada kanak-kanak sekolah kerana mereka ini sangat berisiko tinggi. Diwaktu yang kritikal ini topeng muka saja yang membantu, jangan ditunggu kehadiran vaksin yang entah berapa bulan lagi dan berapa banyak lagi nyawa yang akan melayang.

Esok nya guru menyatakan topeng muka tidak ada bekalan kepada murid-murid. "Tak mengapa lah kita cuba cara lain", kata guru kepada muridnya. Guru ada idea untuk membeli beberapa meter kain putih untuk digunting kecil-kecil dan dijahit dijadikan topeng muka . Guru berfikir mungkin ini lebih menjimatkan kerana boleh dibasuh dan boleh dipakai setiap hari, daripada membeli topeng dengan harga seringgit sehari.

Hajat guru tak kesampaian kerana selepas itu guru diserang demam, batuk dan selsema dan diarahkan tinggal di rumah hingga sembuh. Kini aku sudah sihat dan kembali ke sekolah setelah beberapa hari berehat di rumah. Keadaan di sekolah kian lengang kerana ramai murid yang demam.

Akhir harapan dari ku kepada pihak yang berwajib, usahakanlah pembekalan topeng muka dengan mudah kepada anak-anak didik kita yang masih sihat berada di sekolah untuk meneruskan pembelajaran. Kami warga luar bandar sukar mendapatkan bekalan. Wassalam.

Khamis, 13 Ogos 2009

NEW PROJECT - KAMI SEDIA DIGERAKKAN BAGI MEMBANTU UMNO DI PERMATANG PASIR

Ketua UMNO Cawangan Kampung JKR

UMNO Cawangan Kampung Jentolak


UMNO Cawangan Kampung Bomax


UMNO Cawangan Kampung Lori Pasir