Khamis, 23 Julai 2009

GERHANA MATAHARI

Gerhana matahari 2009 berlaku semalam pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana matahari separa ini hanya 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan . Gerhana matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.

Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi. Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China. Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.

Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Alangkah ajaibnya fenomena ini. Inilah menunjukkan akan kebesaran Allah. Kini saatnya bagi kita untuk merenung kembali, bahawa kita manusia jangan terlalu ego membanggakan diri apalagi berlaku sombong di muka bumi. Kita merasakan kitalah paling berkuasa… sehingga sanggup menzalimi orang lain, malah menafikan hak rakyat andai kita adalah pihak yang berkuasa.

Sesungguhnya… dibandingkan dengan kuasa Ilahi dan luasnya alam semesta, kita manusia amatlah kerdil disisiNya.

Sungguh… Allah Maha Besar.



2 ulasan:

Unknown berkata...

manusia jangan terlalu ego membanggakan diri apalagi berlaku sombong di muka bumi. Kita merasakan kitalah paling berkuasa… sehingga sanggup menzalimi orang lain---->bukan ker perangai ko ker nie...bangga sangat ngan diri ko tu..pastu cerca blog org lain...ko nie ble aku anggap bapak segala hipokrit!

LeeSlimShady berkata...

Kah..kah...Kah..

Woit Sapa lebih zalim ha...bogelkan orang dan sepak terajang Rakyat tu...lagi mulia ke dari seorang blogger...ha...jawab lah...kah..kah..kah.....