Jumaat, 30 April 2010

SETAN TAJAAN UMNO SANGGUP JADI PEMBUNUH


Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz.

Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku graduan UiTM dan kini bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di satu wall perbincangan dalam facebook.

“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”

“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”….begitulah kata-kata biadap pemuda Umno ini.


Saya minta pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat laporan Polis. Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa. Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makhluk sebiadap ini.

Saya dapati laman Facebook beliau sudah ditutup…tapi ini maklumat yang saya sempat ambil. Harap disiasat kerana kita tidak boleh memadang kecil hal ini. Kalau dibiar, nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan serupa.


Sumber

Khamis, 29 April 2010

AMANAH RAYA BERHAD LABUR DALAM MAGNUM: HARUS SANASINI TAK MAU KOMEN KA!...

KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London.

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.

Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.

KOTAK JADI SENATOR



Bekas ketua pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Nor adalah antara empat orang yang akan dilantik sebagai Senator.

Menurut The Star Online, mereka yang lain termasuk timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel, pengerusi eksekutif firma Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan ketua Wanita Umno Pagoh, Noriah Mahat.

Mereka akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden Senat, Tan Sri Abu Zahar Ujang di Dewan Negara, Isnin depan.

Ezam juga adalah bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang terkenal kerana pernah mengakui mempunyai enam kotak yang dikatakan mengandungi dokumen mengenai salah laku pemimpin kerajaan.

Dia bagaimanapun kemudian menafikan perkara itu sebaliknya mendakwa kotak itu suatu pembohongan dan dijaja sebagai modal politik sejak 1999 selepas Anwar dipecat daripada Umno dan kerajaan.

Selepas meninggalkan PKR dan menyertai Umno, Ezam berkata dia bukan saja dikutuk kerana meninggalkan perjuangan mereka tetapi juga digelar ahli parti itu sebagai "Ezam Kotak".

Sementara itu, bagi timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel, ura-ura yang beliau akan dilantik sebagai senator bukan lagi rahsia.

Perlantikannya itu dikatakan sebagai menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Selain dilantik sebagai senator, Palanivel juga dijangka akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Rabu, 28 April 2010

SIAPA PENJENAYAH SEBENARNYA!...

..._...|..__________ __________, , ) ____ IIID
....../ `---___________---- _____|] ......
...../_==o;;;;;;;;__ _____.:/
.....), ---.(_(__) /
....// (..) ), ----"
...//___//
..//___//
.//___//

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media. selanjutnya...

Selasa, 27 April 2010

KES TEMBAK REMAJA 15 TAHUN DI BAWA KE KABINET


Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya. mkini

TAHNIAH POLIS SELANGOR

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata.

Katanya, beliau sendiri membawa saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.

Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut lalu balik ke rumah. sumber

p/s: Awas! Jika kereta seseorang diperiksa dan ditemui sebilah parang atau sabit dijadikan sandaran bahawa orang berkenaan sebagai penjenayah, ada kemungkinan pekerja ladang atau petani mungkin berhadapan dengan situasi ini sekiranya anda pergi atau pulang dari ladang dengan kenderaan membawa barang tersebut.

BN GUNA JENTERA KERAJAAN UNTUK TAWAN HULU SELANGOR

Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha untuk bertanding dengan adil di Hulu Selangor terpaksa berhadapan dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berat sebelah.

Tindakan SPR yang menukar tempat mengundi lebih 13 ribu pengundi menyebabkan Pakatan telah kehilangan undi dan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.

"Perkara ini amat serius dan menyukarkan penyokong kita yang telah dipindahkan keluar dari kawasan dan mereka telah menghilangkan nama penyokong kita dari kawasan asal," kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kepada erapakatan.com.

Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah Salleh sebelum itu telah mengumumkan bahawa SPR telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi.

Tindakan tersebut hakikatnya bakal menyukarkan pengundi Hulu Selangor kerana apabila tiba pilihan raya semalam kebanyakan pengundi yang telah diubah pusat pengundiannya menjadi keliru apabila nama mereka hilang daripada pusat pengundian asal.

Perdana Menteri, Najib Razak juga hari ini dengan bangganya telah menafikan penguguman pelbagai projek di Hulu Selangor bertujuan untuk membeli undi dalam PRK itu semalam.

Bagi Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, kenyataan itu tidak masuk akal kerana peruntukan itu telah diberikan kepada penduduk Hulu Selangor apabila bermulanya pilihan raya.

"Najib sendiri telah turun ke Hulu Selangor semasa tempoh berkempen dan mengumumkan pelbagai projek dan peruntukan kepada pengundi," kata Tian.

Menurut beliau, Najib dan sekutunya tidak segan silu untuk menggunakkan jentera kerajaan dan wang rakyat bagi mendapatkan undi di Hulu Selangor.

Najib Razak dikatakan telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam PRK Parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon PR bagi PRK berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih. erapakatan

Ahad, 25 April 2010

KEPUTUSAN RASMI - BN MENANG DI HULU SELANGOR


BN: 24,997
PKR: 23,272
Undi Rosak: 731
Majoriti: 1725
Peratus keluar mengundi: 76%


Pengumuman rasmi dibuat di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.

BN mendapat kelebihan undi yang rata-ratanya datang dari Melayu felda manakala undi bonus pula melalui undi pos dengan memperoleh 767 undi sementara Parti Kedilan Rakyat (PKR) mendapat 120 undi manakala undi rosak 152 undi. Majoriti 647 undi.

Dengan keputusan rasmi itu, harap-harap UMNO-BN tidak menipu Melayu felda yang setia mengundi mereka. Apa-apa pun PR tetap akur dengan keputusan rakyat.

KEPUTUSAN AMAT GENTING

Melayu felda lebih cenderung kepada BN kerana gula-gula yang telah diberi terlalu banyak. BN mungkin menang tipis.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI: PKR 9,133 BN 7,261 JAM 7.12 MLM

GAMBAR SEKITAR SRK BANDAR BARU BATANG KALI - PENYOKONG UMNO KELETIHAN SELEPAS 12.30 TGH HARI

2 orang Puteri UMNO kelihatan dah hilang semangat untuk raih undi.


Dari pagi melalak akhirnya terpaksa tarik coke.


Puak gerombolan dah keletihan. Tunggu makanan bawah pokok.


Penyokong PR masih bersemangat walaupun jam 12.30 tgh.


UMNO-BN BUAT PROVOKASI SERTA GUNAKAN REMAJA DAN KANAK-KANAK DI BANDAR BARU BATANG KALI



Penyokong UMNO merempit di kawasan mengundi Sek Bandar Baru Batang Kali.


Penyokong dari gerombolan buat kacau. Hampir2 mencetuskan pergaduhan.


Balaci UMNO banyak memulakan provokasi perang mulut.


UMNO-BN gunakan kanak-kanak sekolah untuk raih undi.


Remaja bawah umur diperdaya oleh jentera UMNO-BN untuk kempen.

PERINGATAN TERAKHIR - UNDI BN=ANDA UNDI HANTU


SPR adalah pengeluar produk pengundi hantu yang utama pada setiap kali pilihanraya diadakan. SPR balaci nombor 1UMNO-Apco. Apa pun penafian dari SPR, anda sendiri boleh lihat inilah hasilnya.

Jumaat, 23 April 2010

DEBAT PERDANA - NAJIB DAN ANWAR ESOK

KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.

Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bermula pukul 9 malam.

Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dua hari lalu.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.

"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.

Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana tidak Pakatan Rakyat tidak diberi media dengan adil.

Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.

"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.

Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan. sumber

BONGKAR LAGI - KAMALANATHAN PEKERJA ESTET SG.SIPUT

Calon MIC-BN (P.Kamalanathan) sebenarnya pekerja estet dari Sungai Siput, Perak.


Ini bukti P.Kamalanathan pernah tinggal di estet tersebut. Pecah lubang kerana dia sanggup ikut Samy sampai ke Sungai Siput. Semak disini. Masukkan No. KP: 651018106495

Khamis, 22 April 2010

CIUM TANGAN DAN LAGA PIPI

Tindakan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, yang mencium tangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin membuktikan bahawa beliau tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu.

Muhyiddin yang mempertahankan tindakan itu sebaliknya membidas pembangkang kerana mendakwa perbuatan ketua penerangan MIC itu sebagai bukti ketuanan Melayu dengan MIC tunduk kepada Umno.

Tidak terkecuali Datuk Shah Rukh Khan juga faham bahawa melaga pipi dengan Bik Mama juga membuktikan bahawa beliau tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu.

p/s: Ada tak Ustaz UMNO baca blog nie! Tolong ulas!...

Rabu, 21 April 2010

SOKONG MIC BERMAKNA UMNO HINA TUN MAHATHIR SEKALI LAGI


Imbasan kembali kata-kata Tun Mahathir kepada pemimpin UMNO-APCO.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar suatu ketika dahulu.

Mantan PM itu berkata beliau tidak merasakan apa-apa dengan kecaman tersebut kerana "bukan saya jadi apa-apa". Ini kerana kecaman itu datang daripada anggota parti lain dan ianya tidak merugikannya. Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.

"Ketika ini, bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. "Nazri (menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan menteri besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.

"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.

Cadangan kalungan selipar itu dibuat oleh Timbalan Ketua MIC bahagian Paya Besar, Pahang, M Sukumaran pada perhimpunan agung MIC di ibu negara kerana mendakwa Dr Mahathir mencampuri urusan parti itu melalui kenyataan-kenyataan yang dibuatnya.

Ekoran itu, Sukumaran dikecam hebat dan dianggap sebagai biadab. Beliau kemudian memohon maaf dengan memberi alasan beliau telah terlepas cakap. Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.

Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata: "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. "Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata... suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi)."

"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya. Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.

"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.

Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya."

5 CAWANGAN UMNO MUNGKIN BUBAR DI HULU SELANGOR


DI tengah-tengah pesta membeli pemimpin PKR oleh BN, tersebar khabar terbaru terdapat 5 hingga 10 cawangan Umno akan bubar di Hulu Selangor.

Menurut sumber maklumat, satu pertemuan pemimpin-pemimpin di Umno Bahagian Hulu Selangor dengan pemimpin utama Angkatan Muda Keadilan telah pun diadakan. Bagaimanapun agenda perbincangan mereka dirahsiakan.

Berkemungkinan mengenai perisytiharan pembubaran cawangan Umno menjelang tempoh terakhir berkempen di kawasan parlimen itu. Menurut sumber tersebut lagi, Umno Hulu Selangor amat tidak berpuas hati dengan pencalonan Kamalanathan. Bagi mereka sepatutnya calon Melayu perlu diangkat untuk memimpin Hulu Selangor memandangkan kaum Melayu adalah majoriti.

Parlimen itu sebelum ini telah pun diwakili oleh MIC selama hampir sepuluh tahun namun tidak banyak pembangunan untuk orang Melayu yang diusahakan. Bagi mereka, oleh kerana kerajaan Selangor di bawah PR maka adalah lebih mudah untuk berurusan dengan PR berbanding BN terutama dalam mendapatkan peruntukan membangunkan masyarakat setempat. erapakatan

Isnin, 19 April 2010

BLOGGER 'GAP' ISTIHAR KELUAR UMNO-APCO SETELAH GAGAL MALUKAN DATUK ZAID



Blogger pencacai UMNO yang mengelarkan dirinya sebagai GAP berjaya dalam misinya memperdaya rakyat 1Malaysia dari UMNO-APCO. Inilah hasil didikan KERAjaan yang menerima khidmat dari syarikat Yahudi. Tahniah untuk blogger GAP.


Lihat gambar di atas? Apakah yang anda dapat saksikan? Gambar di atas diambil oleh Bernama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Thailand bertemu dengan Perdana Menteri Thailand, Abhisit.

Gambar ini pernah disiarkan oleh Bernama bertarikh 8 Disember 2009 iaitu akhbar kepunyaan UMNO-APCO.

Ahad, 18 April 2010

SEKURANG-KURANGNYA ZAID MENGAKU SALAH, TIDAK SEPERTI PEMIMPIN UMNO YANG LAIN



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang menyerangnya secara peribadi.

Katanya, dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama. "Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu Selangor.

Zaid berkata apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit. “Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya.

Bekas menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog.

Malah, semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka.

Tetapi katanya, perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf.

Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P Kamalanathan dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah.

Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

PERINGATAN BUAT PENGUNDI HULU SELANGOR




HULUR AMBIK..., PANGKAH JANGAN...

Jumaat, 16 April 2010

DASAR PEMIMPIN UMNO KAKI PEMBOHONG

Belum lagi penamaan calon bermula, timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin telah berbohong kepada penduduk Hulu Selangor.

Ini kerana, beliau dengan tegas sebelum ini berkata, akan menamakan anak tempatan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Muhyidin membuat janji ini Isnin lalu ketika bercakap kepada penduduk Sungai Buaya, Hulu Selangor dan disiarkan kemudiannya oleh media Umno sendiri.

Tetapi, hari ini (15.4.2010) beliau mengumumkan seorang penduduk Rawang dari bahagian Selayang, Selangor iaitu P Kamalanathan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

“Hari itu (Isnin lalu) timbalan perdana menteri mengatakan anak tempatan... tapi hari ini orang luar dibawa masuk. Apakah ini bukan cakap bohong?

“Kalau mengatakan bahawa hendakkan anak tempatan, dan jika tidak mahu Datuk G. Palanivel juga, lebih baik pilih V. Mugilan atau Balasundram (naib ketua MIC Hulu Selangor,” kata Ketua Penerangan MIC Hulu Selangor Raily Muniandy ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

Khamis, 15 April 2010

SENGKETA UMNO-MIC UNTUNGKAN KAMALANATHAN

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Nama Kamalanathan memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk G Palanivel bertanding di situ.

Penyokong akar umbi, khususnya dari Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel.

Mereka mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.

Sebaliknya, mereka yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai gantinya.

Mugilan adalah anak tempatan di Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu.

Ini kerana tidak ramai pemimpin atasan MIC memegang jawatan ahli parlimen ataupun ahli dewan undangan negeri dan jika Mugilan menang dia akan mempunyai kelebihan.

Pada mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MIC yang diadakan malam tadi, MIC berkeras mahukan hanya Palanivel sebagai calon mereka.

Mesyuarat itu juga mengambil keputusan untuk memecat timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan sekiranya dia dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Samy Vellu berjumpa dengan Muhyiddin awal pagi ini di pejabat timbalan perdana menteri di Putrajaya tetapi Muhyiddin dikatakan terus tidak berganjak dan menolak timbalan presiden MIC itu.

Sebagai kompromi, difahamkan Palanivel akan dilantik sebagai senator dan timbalan menteri kerana bersetuju memberi laluan kepada Kamalanathan.

Kamalanathan, adalah ketua perhubungan awam Beras Jati Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncitan beras.

Beliau dipertanggungjawabkan oleh pemimpin MIC untuk menjenamakan semula parti itu selepas pilihan raya umum 2008 yang keputusannya memalukan mereka

Kamalanathan juga adalah seorang blogger, yang seringkali dijemput menghadiri rancangan ehwal semasa dan juga pensyarah sambilan di sebuah kolej swasta.

Meskipun bukan anak tempatan Hulu Selangor, Kamalanathan menetap di Rawang, sebuah pekan yang tidak jauh dari kawasan pilihan raya itu. - malaysiakini

MUHAMMAD MUGILAN BUAT UMNO DAN MIC GADUH

(Gambar hiasan: Tiada kena mengena dengan tajuk)

UMNO bukan sahaja bertarung dengan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor, malah bergusti juga dengan MIC.

MIC memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin termasuk kemungkinan memecat dari parti ke atas Timbalan Ketua Pemuda pusatnya V.Mugilan - yang didakwa proksi Umno - atas alasan “mencuri kerusi” yang diperuntukkan kepada parti itu.

“Sesiapa yang bertindak bertentangan dengan kepentingan parti... mahu mencuri kerusi dari MIC akan diambil tindakan", kata Samy Vellu. sumber

Manakala UMNO bahagian Hulu Selangor pula telah bersetuju untuk memilih/melantik V.Mugilan sebagai anak jati tempatan yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pusat MIC sebagai calon bagi mewakili mereka.

Mugilan dikatakan mampu menjadi proksi Umno kerana ia dipilih melalui pilihan Umno Hulu Selangor dan bukannya dari MIC.

Menurut sumber jika V.Mugilan gagal diumumkan menjadi calon, pengundi melayu akan memboikot undi untuk calon BN. Mereka berkeras tidak akan menerima calon kitar semula iaitu Palanivel yang dianggap sebagai kuda tua.

Dalam situasi ini menyebabkan Muhyiddin semakin tertekan. Beliau berkata khabar angin seperti itu hanyalah satu perkara yang menjadi ‘berita menarik’ untuk diperkatakan pada sesuatu pilihan raya.

Kita tengok siapa yang kenaaa...

BERITA BERGAMBAR - ANWAR DI BANDAR BARU BATANG KALI

MAJLIS PENERANGAN DI DEWAN DATO ABD HAMID,
BANDAR BARU BATANG KALI PADA 14 APR 2010











Rabu, 14 April 2010

MAKIN CELARU - UMNO NAK MUGILAN, MIC NAK PALANIVEL

Sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor hari ini memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.

Tindakan itu dilihat menghangatkan lagi suasana apabila BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi pertandingan pada 25 April ini.

Hampir separuh daripada ketua cawangan yang mewakili kira-kira 30 daripada 72 ketua cawangan hadir di ibupejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk meluahkan sokongan kepada Palanivel. selanjutnya...

ZAID IBRAHIM CALON PAKATAN

SERENDAH 13 Apr - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan Datuk Zaid Ibrahim secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat akan mewakili gagasan itu dalam pilihan raya kecil P094 Parlimen Hulu Selangor 25 April depan sambil menyifatkan beliau telah 'diuji'.

Pengumuman yang dibuat tepat pukul 10.58 malam di Kompleks Sukan dan Komuniti Serendah dihadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat yang telah menunggu dengan sabar sejak pukul 8 malam sekaligus menamatkan spekulasi media mengenai calon yang diplih bagi bertanding tersebut.

Anwar yang memulakan ucapan beliau pada pukul 10.45 malam membuat pengumuman itu Anwar berkata keputusan memilih Zaid dibuat setelah pucuk pimpinan KEADILAN bermesyuarat serta menyaring kesemua calon yang layak secara teliti.

"Zaid adalah seorang yang istimewa kerana belum ada dalam sejarah negara seorang Menteri sanggup berhenti kerana hendak pertahankan hak rakyat berbanding dengan pemimpin Umno yang merangkak cium tangan pemimpin sebab nak jadi menteri.

"Zaid ini degil pertahankan prinsip, beliau tidak boleh terima bila kerajaan guna undang-undang rakus tindas rakyat. Beliau kata,'enough is enough, here's my resignation letter'. Hari dia letak jawatan hari yang sama juga saya adakan pertemuan sulit dengan dia. Saya kagum beliau tunjuk semangat korban untuk rakyat.

"Beliau menjelajah keseluruh negara, dia beritahu saya samada dia dipilih atau tidak dipilih sebagai calon beliau tetap berkempen untuk parti. "Beliau sebagai peguam tinggal di Selangor selama lebih 30 tahun dan rekod beliau sebagai Ahli Parlimen Kota Bharu dia jaga kawasan dengan baik, saya pasti beliau akan memberi khidmat jauh lebih baik kepada rakyat dan saya minta sokongan dan mandat kepada dia.

"Bila Umno ketahui kita akan calonkan Zaid mereka adakan mesyuarat tergempar petang tadi. Saya tidak kira Palanivel atau orang lain atau Umno kita akan pertahankan semangat juang untuk membawa perubahan. Zaid akan wakili semua masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asal di Hulu Selangor," kata Anwar semasa memperkenalkan Zaid.

Turut hadir Majlis Pengumuman Calon Pakatan Rakyat termasuk Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden KEADILAN, Dr Syed Husin Ali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Dalam ucapan sulungnya sebagai calon Pakatan Rakyat, Zaid berkata beliau amat memahami masalah rakyat Selangor.

"Saya bersyukur diberi kepercayaan menjadi calon bagi Pakatan Rakyat dan saya terharu kerana saya tahu saya ahli parti yang baru tetapi inilah pengorbanan kawan-kawan di Hulu Selangor, kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor dan pucuk pimpinan KEADILAN yang beri peluang kepada saya. Saya rakamkan penghargaaan kepada mereka dan saya terima amanah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Beban yang dipikul oleh pimpinan adalah berat saya mahu sama-sama pikul beban itu supaya kerajaan yang zalim ini kita atasi.

"Saya bukan orang luar, saya sudah bermastautin lama di Selangor dan saya tahuu masalah orang Selangor dan Hulu Selaqngor, orang miskin, nasib peneroka Felda. Negara kita kaya tapi kerana tamak tidak cukup untuk rakyat. Dengan sokongan rakyat saya boleh jadi suara di Hulu Selangor," kata Zaid dalam ucapan ringkas beliau.

BERITA BERGAMBAR - SEKITAR PENGUMUMAN CALON PR HULU SELANGOR DI SERENDAH