Khamis, 31 Mei 2012

ADUKA TARUNA DAH BEBAS

Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.




Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Dikhabarkan, beliau akan membuat doa kesyukuran kerana terlepas serta dibebaskan dari tuduhan menghina sultan. Anggaran kos majlis doa selamat belum diputuskan tetapi menurut sumber perbelanjaan tidak melebihi kos membida nombor plat 'www'


Aduka!..., lu jangan nak saman gua pulak.  

murSHITdul Am CIBAI selayaknya untuk Zahid Mat Arip

  
Mur'SHIT' Am 'CIBAI' ini lupa akan kata-kata dia 11 tahun yang lalu. Hahaha!... memang 'cibai' lah lu Zahid. Saksikan video di atas sebagai bukti.

Ahad, 27 Mei 2012

1 HARI HIMPUNAN BERSIH 3.0=HARAM, 5 HARI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012=HALAL

  Konsert sempena Hari Belia bawa mesej pengisian rohani buat remaja - METRO







KEMALANGAN DI HARI BELIA NEGARA DI PUTRAJAYA, SEMUANYA SALAH PENONTON. KAH!...3X

Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.

Pembantu kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.

Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.

Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.

"Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi. "Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.

"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.

Jumaat, 25 Mei 2012

APABILA ATOK KENCING BERDIRI MAKA CUCU PASTI KENCING BERLARI

 Sebagai cucu semestinya akan berasa malu jika mempunyai atok seperti ini.
 
Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya: Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.


DIMANA ADA UMNO, DISITU ADA SAMSENG


Batu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
  
Serangan telur tersebut bermula sejurus bekalan elektrik kepada pentas ceramah itu dipotong dan keadaan menjadi gelap. sumber

Khamis, 24 Mei 2012

BERUK LIAR BERKELIARAN DI BUKIT DAMANSARA

Lebih 100 ekor monyet berkeliaran di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan spesis beruk.
 
Namun, kemaraan kumpulan haiwan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi. selanjutnya

Rabu, 23 Mei 2012

RUGI BERNIAGA TAPI MAMPU NAK BERI HADIAH KERETA PULA

Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000. 

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

GEMPAR!... MAK LAMPIR AMBIL MASA 30 MINIT DARI PENANG KE JOHOR

 Ceramah jam 8.30 malam

Ceramah jam 9.00 malam

Persoalan: Apakah ilmu yang digunakan oleh Umi Hafilda untuk bergerak secara kelajuan cahaya dari P.Pinang ke Johor setelah berceramah jam 8.30pm.

Jika ceramah Umi Hafilda berakhir selepas 25 minit, maka Umi Hafilda hanya memerlukan 5 minit untuk bergerak 700 km meter. dengan kelajuan 140km/minit. sumber
 

Selasa, 22 Mei 2012

Ahad, 20 Mei 2012

KELANTAN JUARAI PIALA FA

 Kemenangan hadiah buat Annuar Musa tapi siapa pula dalam gambar ini!?...

Di hadapan 85,000 penonton, Ghaddar tenang merembat bola menerjah gawang Sime Darby bagi memastikan penantian 23 tahun Kelantan untuk mengucup kejuaraan Piala FA buat kali pertama berakhir malam tadi.

Kemenangan itu juga melengkapkan janji ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi untuk menghadiahkan trofi tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa terlaksana.

Sabtu, 19 Mei 2012

HOT!... NAIB KETUA PEMUDA UMNO KAMPAR NAIK MINYAK


BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.
"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.
Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Jumaat, 18 Mei 2012

UMNO SEMAKIN TERDESAK, GUNA MUZAKARAH SEBAGAI SENJATA

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkenaan pelawaan bermuzakarah antara Umno dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula.

“Ini kerana Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah mereka serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Katanya, DPPM menganggap pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Menurutnya, mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat.

Hakikatnya, kata beliau umum telah memahami sepak terajang politik sedemikian dan tindakan ini hanya menambah kekuatan sokongan terhadap PAS.

Justeru, ujarnya DPPM merasa kesal kerana dalam keadaan terdesak begini barulah Umno mahu mengadakan muzakarah dengan PAS sedangkan selama ini PAS yang paling kuat difitnah dan dikutuk.

“PAS dan pemimpin tertingginya dituduh sesat, jumud, tidak bertamadun, konservatif, memecahbelahkan masyarakat, menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik, serta tuduhan yang maha berat terhadap YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat – Mursyidul Am PAS sebagai ‘bapa kafir’.

“Dalam keadaan demikian tidak sekelumit pun PAS dibenarkan membela diri untuk menjawab tohmahan liar tersebut,” ujarnya.

Katanya lagi, agak menghairankan parti yang dituduh sesat, jumud dan lemah diajak berbincang pula.

“DPPM menegaskan bahawa pucuk pimpinan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan pemimpin Umno untuk kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara,” ujarnya.

Tegasnya, PAS sedia atas platform apa pun sama ada muzakarah, dialog, debat, forum dan lain-lain dan bersedia di mana-mana pentas sekalipun.

Beliau berkaya, yang hanya PAS inginkan adalah muzakarah tersebut diadakan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan melihat isi muzakarah tersebut.

Jelasnya, PAS tidak mahu ianya dibuat secara tertutup kerana ia menghalang maklumat daripada pengetahuan rakyat.

Malah, ujarnya PAS secara konsisten mengajak Umno untuk berdebat dalam pelbagai isu termasuk politik dan pembangunan negara.

Beliau menegaskan lagi, PAS bersedia menawarkan pemimpin-pemimpin kanan untuk bermuzakarah dengan mana-mana pemimpin tertinggi Umno.

Selain itu, ujarnya DPPM juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri dalam pelbagai isu. harakah

Khamis, 17 Mei 2012

UMNO SINONIM DENGAN TAYANG PUNGGUNG




  

PM, 'HARAMJADAH'


Rabu, 16 Mei 2012

APABILA UMNO BERBICARA SOAL PRINSIP UMPAMA MELUDAH KE LANGIT

Peletakan jawatan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam DAP menunjukkan bahawa parti itu, yang kononnya demokratik, tidak memberi ruang kepada perbezaan pendapat dalam parti, itu kata PM NajiMah.

Walaupun tidak mengenali Tunku Abdul Aziz secara peribadi, beliau percaya Tunku Abdul Aziz adalah “seorang lelaki yang sangat berprinsip".

Pi mampos lah soal prinsip yang diperkatakan oleh PM NajiMah lebih dikenali 'haramjadah'. Bila ahli parti selain UMNO-BN laknatullah keluar@meninggalkan parti, itu dikatakan 'bermaruah dan berprinsip' tapi bila ahli veteran UMNO sendiri meninggalkan perjuangan UMNO yang sesat itu pula dikatakan 'seorang nyanyuk' dan tiada integriti.

Orang UMNO serta pencacai blog mereka patut tengok video kat bawah nie. Apa luahan dan kata-kata veteren UMNO itu sendiri yang telah keluar parti yang bakal lingkup pada PRU13 nanti.

  

CERAMAH HASAN JATI DI PINGGIRAN B.CAVES, RUGI TAK TENGOK!...

Sementara menunggu ketibaan Hasan Ali, ada seorang penceramah jemputan dari Bangi ntah apa ke nama dia... Kalau tak silap nama dia Ustz Mukram kot!... mungkin ustaz UMNO saya kira. Ucapan ceramah berapi-api bukan main pasal melayu dan islam.

Ustaz nie memang anti betul dengan Ambiga. Apa tak nya... berulang kali dia mengatakan si Ambiga tu terang-terang kapir apasal masih ada orang melayu islam yang nak bersama dia (merujuk kepada perhimpunan BERSIH 3.0).

Katanya lagi, PRU 13 kita mesti tolak orang-orang yang bersama dan bersekongkol dengan si Ambiga. Kita mesti sokong dan menangkan wakil dari orang melayu islam yang menjadi calon di kawasan masing-masing. Setuju!... tapi macamana pulak kalau wakil kita tu bukan dari manusia yang bersekongkol dengan Ambiga sebaliknya wakil dari calon MCA, MIC atau Gerakan yang terang-terang juga kapir??? Apakah kita nak sokong atau nak tolak... kerana mereka juga berpelukkan dengan UMNO-Barisan Nasional???

Ustaz janganlah nak bagi kita orang confuse pulak. Berdemo dengan Ambiga rosak akidah tapi peluk MCA, MIC dan Gerakan boleh pulak. Bukankan kedua-duanya kapir. Malas nak layan ustaz serupa nie... semuanya bertopengkan agama.


 

 
Kehadiran penonton cuma sekitar 200 orang.

Isnin, 14 Mei 2012

BERSIH 3.0 - KEMBAR 4 MASIH DIBURU


KUALA LUMPUR 14 Mei - Polis akan melancarkan operasi memburu besar-besaran terhadap 121 peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang belum menyerah diri setelah diberi tempoh seminggu untuk berbuat demikian.
 
Sehingga petang ini, hanya 21 individu daripada 141 peserta menyerah diri atau ditahan, setelah gambar mereka diedarkan kepada media minggu lalu dan tempoh tersebut tamat esok, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

 

Ahad, 13 Mei 2012

SAMPAI HATI UMNO BUAT MAKCIK NIE BALIK JALAN KAKI


Perkara ni admin nak tujukan buat orang-orang umno Desa Rejang Setapak Jaya Kuala Lumpur...Kisahnya macam gini dahlah kau rayu2 makcik2 dan orang2 tua suruh pergi ke himpunan raksasa koranggg .... masa nak balik ko tinggal makcik2 dan orang tua tu kat bukit jalil ...ko ingat nak balik Setapak dari Bukit Jalil tu dekat ka.......takat ko bagi diaorang sorang rm20 duit teksi pun tak cukup....HaramJ betullah UMNO ni....Ini bukan tuduhan tetapi benar2 berlaku..

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=361998233849745&set=a.310968618952707.67527.310631758986393&type=1&theater

JANGAN GELAK - KARNIVAL UMNO MEMANG MERIAH

Karnival sempena ulangtahun UMNO Ke-66 di Bkt Jalil semalam
 
Mana pi ahli yang dikatakan mencecah 3 juta!...

PARTI HARAMJADAH OFFER UNTUK JADI AHLI, HUBUNGI CIK SIKIN




Sabtu, 12 Mei 2012

POLIS PUN ADA WAJAH PENDEMO KLON


Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.
'Pendedahan' itu dikeluarkan selepas pihak berkuasa dikritik hebat ekoran penggunaan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan itu.

Peserta perhimpunan, dipercayai anggota Unit Amal PAS yang kelihatan gempal muncul empat kali dalam wajah yang dikeluarkan polis pada 9 Mei.

Gambarnya dilabel dengan nombor 7, 15, 18 dan 21.

Pengguna Facebook yang mengecam kesamaan itu dipercayai bernama Mohd Nor Amin Zainuddin.

Beliau mengeposkan komen itu di Facebook polis pada t 2.59 petang pada hari yang sama gambar itu dimuatnaik.

Jumaat, 11 Mei 2012

PROPAGANDA UMNO - SIAPA KATA ARAB SAUDI SEKAT JEMAAH MALAYSIA

Sebarkan.

Sebarkan luas-luas. Biar utusan + tv3 + umno + puak2 gila meroyan plus bahlol + menteri bangang plus loser terduduk dengan kenyataan kat bawah neh. Nak takut2kan jemaah haji malaysia? Nak menakut2kan rakyat sendiri? Nak mempermainkan kami? Kami bukan bodoh larh. Dulu boleh larh. Time gua melayan utusan. La neh utusan dah lama gua campak jauh2. Get lost. Get hell for yourself lah utusan. 

Baca bawah neh geng;
 
Sekarang tanggungjawab korang g sebar. Sebarkan luas2. Counter attack balik. Dalam setiap blog, fb dan twitter. Asal boleh sebar, kasi sebar. Biar menteri2 dan penyokong2 umno terbaca. Dah terbaca baru dorang sedar diri propaganda dorang terkantoi. Ingat kita neh budak2 yang boleh dibuli2? 
 
G mampos lah weh. Menakut2kan orang adalah satu perbuatan keji kerajaan bien untuk memburukkan kami, pendemo2 bersih. Namun, sayang ia tetap tidak berkesan. Padan muka. Amenoworld

TIBAI - RAMAINYA HINGGA TAK TERKATA

Program 'TIBAI' yang diadakan di Kg Malaysia. Kalau ramai nie jer... yang datang, macamana nak tibai Anwar.  Gambar nie gua rembat dari fb sahabat PR.

Sebelum ini, bukan main galak lagi kata mampu jatuhkan Anwar dengan program TIBAI. Kalau tak caya baca kat sini.

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO KE-66


Bakal parti pembangkang di Malaysia selepas PRU13. Raikanlah hari-hari terakhir sebelum disingkirkan kelak. Selamat berpesta di Stadium Bukit Jalil.

Khamis, 10 Mei 2012

FGVHB - MAKCIK/PAKCIK FELDA BERISIKO HILANG TANAH



Peneroka felda kena tipu rupanya. Durian runtuh apa kalau macam ini, nak bagi RM15,000 tapi dalam tiga peringkat. Kalau nak runtuh mestilah dia jatuh sekaligus. Apa barang... buah durian yang nak jatuh mesti ikut jadual yang Najib tentukan. 

Kepada Makcik2 dan Pakcik2 felda yang dah sain borang pinjaman, lu tanggunglah sendiri risikonya akan kehilangan tanah kebun kecuali tapak rumah jer der.

 Surat tanggungan kerugian. Baca lanjut tentangnya disini.


APABILA PM 'HARAMJADAH'KAN PENEROKA FELDA

Rabu, 9 Mei 2012

SUMBER BERITA WARTAWAN SAMPAH - UTUSAN DAN KOSMO BAKAL DISAMAN


Aktivis pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Meloya dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.

Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet , Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya.

"Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.

JPN@SPR - APA YANG KAMU BUAT!... NAK MELINGKUPKAN UMNO KAH?!...


 JPN tukar jantina dan melayu kan wanita cina



SPR pun buat kerja jahat seperti biasa

Selasa, 8 Mei 2012

AWAS!... BARUA-BARUA UMNO ADA DIMANA-MANA

LAUTAN MANUSIA MEMBANJIRI CERAMAH BN DI BATU CAVES

 

Lautan manusia membanjiri ceramah Zul Kulim dan Noh Omar. Diberitakan Sdr Ezam Kotak tidak dapat hadir pada ceramah sebentar tadi di Kg. Melayu Wira Damai, Batu Caves.
Dianggarkan kira-kira tidak lebih 100 orang yang sanggup mendengar kelentong penceramah berkenaan yang bertemakan 'Sayangi Selangor'. 

Manakala gambar di bawah pula ribuan manusia membanjiri ceramah DSAI yang diadakan di padang bola Kg Melayu Batu Caves kira-kira 4 km dari tempat ceramah BN. Tema ceramah PR adalah 'Merdeka Rakyat'.


Anda boleh bandingkan diantara ceramah manakah yang mendapat sambutan dihati rakyat.


Isnin, 7 Mei 2012

MAJLIS FATWA 'GUNA SEBELAH MATA' - NIK AZIZ


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata".

Mengulas kenyataan pengerusi Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata.

"Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abdul Shukor dilaporkan berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara

Perhimpunan itu, tambahnya, menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.

"Jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?

"Pernahkah Majlis Fatwa memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan dibuat.

"Justeru, soalan saya ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Sebaliknya, kata menteri besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika BERSIH berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Sabtu, 5 Mei 2012

KAMI SAYANG POLIS KERANA....




Disebabkan beliau seorang mahasiswa pro PR, Khalid Mohd. Ismath ditahan selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid ditahan selepas dipercayai mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh.

Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut.

 FB pro PR - Ditangkap tidak sampai 24 jam kerana kes berat


Khamis, 3 Mei 2012

EDISI JANGAN PERCAYA - POLIS BANGGA DAPAT TIBAI KEPALA PENDEMO BERSIH 3.0

 Klik untuk besarkan

Kita mohon agar PDRM tidak bersikap bias dan memilih bulu dalam menjalankan keadilan. Komen di atas dikeluarkan oleh seorang anggota polis. Rakan2 dia printscreen sebab apa tue tak pasti. Tapi mungkin kerana dia seperti mendabik dada dan berbangga atas keganasan yang dia lakukan terhadap pendemo bersih. http://www.facebook.com/faizalbch

 Jangan jadi ANJING kepada KERAjaan yang zalim.