Isnin, 30 April 2012

BERUK PUN KETAWA DENGAR PENGUMUMAN MENTERI JAMBU



BERSIH 3.0 - PROVOKASI PUNCA HURU-HARA

(Dua suasana yang berbeza antara tengahari dan petang....sekarang ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya agen provokasi ini) Selanjutnya...



BERSIH 3.0 - VIDEO RAKAMAN VERSI POLIS BAKAL DITAYANGKAN


Seperti biasa rakaman video demonstrasi Bersih 3.0 'versi edit' akan disiarkan untuk tontonan umum di saluran TV dan media yang dikawal oleh UMNO-BN. Tujuannya adalah bagi mengelirukan pandangan rakyat terhadap insiden yang berlaku di ibu negara Sabtu lalu.

Namun disebalik eksploitasi tersebut, kita boleh bandingkan video 'versi polis' dengan video original yang telah diupload terlebih dahulu oleh peserta dan petugas media PR di 'youtube'.

Kita tidak pasti bila video tersebut bakal ditayangkan kepada umum. Dari pengalaman yang lalu (Bersih 2.0) video tersebut akan dikeluarkan setelah kerja-kerja suntingan selesai dijalankan. Mungkin akan mengambil masa selama seminggu setelah proses suntingan bagi memasukkan sound effect dan animation dilakukan di studio di Hong Kong.

Video yang bakal ditayangkan nanti akan mempaparkan 100% memberi gambaran bahawa pihak berkuasa adalah di pihak yang benar manakala pendemonstran adalah pencetus utama rusuhan. Nescaya insiden polis memukul peserta Bersih tidak akan ditayangkan sebaliknya peserta yang memukul polis pula akan ditayangkan berulang-ulang kali.

Perkara ini memang telah dijangkakan, jadi kita akan tunjukkan rakaman kita bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap apa yang berlaku pada hari tersebut.

Ahad, 29 April 2012

Jumaat, 27 April 2012

FITNAHKAH SAIFUDDIN APABILA WAN AHMAD SENDIRI MENGAKU SEBAGAI AHLI UMNO TETAPI TIDAK INGAT BILA!...



SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengakui beliau pernah menjadi ahli Umno sambil menegaskan, apa yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat satu "fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya."
Bagaimanapun Wan Ahmad tidak ingat bila dan cawangan mana beliau didaftarkan sebagai ahli kerana pendaftaran itu dilakukan orang lain.
"Mungkin saya didaftarkan pada penghujung 70-an atau awal 80-an di cawangan Gombak, Damansara atau Subang Jaya," kata beliau kepada Sinar Harian.
Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab cabaran Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin supaya menafikan beliau bukan ahli Umno bagi membuktikan beliau benar-benar berkecuali.
Wan Ahmad mendakwa, sejak menyertai Umno, beliau tidak pernah hadir apa sahaja aktiviti dan mesyuarat parti itu.
Ditanya berulang kali sama ada beliau masih ahli Umno, beliau berkata: "Saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu. Saya bukan ahli politik, saya kakitangan kerajaan dan masih kekal sehingga ke hari ini. Saya bercakap benar."
Wan Ahmad, anak kelahiran Terengganu, menjadi pegawai di Kementerian Luar Negeri pada akhir 70-an dan dilantik sebagai Setiausaha SPR pada 1998 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi SPR selepas bersara.
Katanya, dalam proses itu, beliau tidak pernah memeriksa status keahliannya dalam Umno.
"Semua kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu melepaskan jawatan yang dipegang. Saya masih berkhidmat, dan itu bukti saya bukan ahli yang aktif," katanya.
Beliau menyifatkan isu keahliannya yang ditimbulkan oleh Saifuddin sebagai fitnah, tidak matang dan bertujuan menjatuhkan imejnya.
Wan Ahmad menegaskan, tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing'.
Katanya, perlu diingat ketika menjadi ahli Umno lebih 30 tahun lalu, beliau tidak tahu masa depannya.
"Semua orang begitu. Hanya ALLAH yang tahu. Itu kisah lama, tiada kena mengena dengan jawatan saya sekarang. Saya bukannya nak bertanding (dalam pilihan raya) hingga (Saifuddin) mengancam peribadi saya.
"Mengapa perlu nama saya dijadikan sasaran sedangkan tugas SPR hanya menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pilihan raya," katanya.
Beliau turut melahirkan hasrat bertemu Saifuddin bagi mendapatkan penjelasan mengapa dirinya dikaitkan dengan isu keahlian Umno.
"Saya ingin bertemu dengannya. Mahu dengar sendiri, apa motif beliau berbuat begini, sedangkan SPR selama ini telus dalam menjalankan kerja yang diamanahkan.
"Jika dikatakan tidak telus, bagaimana pilihan raya sebelum ini banyak kerusi dimenangi pihak pembangkang? SPR sentiasa mengutamakan tugas dan memberikan perkhidmatan terbaik dan tidak ada kena mengena dalam isu politik," katanya. sinarhairan

Selasa, 24 April 2012

DBKL, KENAPA PERLU IKUT TELUNJUK AMENO

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.

Menurut seorang peserta perkhemahan, Temme Lee, seramai kira-kira 30 orang pegawai DBKL mengepung tapak perkhemahan itu dan merampas khemah serta kanopi ketika peserta berkenaan sedang tidur.

Pegawai DBKL itu kemudiannya bertindak memagari kawasan berkenaan dengan pagar besi dan pita kuning, dalam operasi kira-kira jam 6.15 pagi itu, kata Temme.

Menurutnya lagi, pegawai berkenaan merampas sepuluh khemah dan empat kanopi.

"Mereka ambil semua (barang) kecuali makanan," katanya yang menambah, barangan peribadi peserta berkenaan termasuk beg dan dokumen pengenalan turut dirampas.

Wanita itu juga berkata, satu pergelutan kecil turut berlaku di antara peserta dan penguatkuasa tersebut namun tiada penahanan atau insiden serius berlaku seperti dalam operasi pada Ahad lalu. mkini

Sabtu, 21 April 2012

WOW!... DAFTAR PEMILIH KITA PALING BERSIH DI DUNIA

Dah agak dah... Inilah jawapan yang paling seksi dari SPR selaku parti komponen BieNd demi mempertahankan maruah UMNO-BN.

Sekali pun mendapat banyak aduan berhubung kepincangan daftar pemilih, Encik Aziz anak Yusof berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Gua nak gelak jap!... Wow!... memang hebat statment tu...

Dalam wawancara yang disiarkan Sin Chew semalam, Aziz berulang kali menegaskan bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia lebih bersih daripada Malaysia. Selanjutnya...
 

Khamis, 19 April 2012

DATARAN MERDEKA - SAMSENG JALAN KEBUN MENGANAS DIKENALPASTI













2.47 AM : Masih tiada sebarang kereta peronda polis tiba namun kelihatan di situ sekumpulan anggota DBKL yang memerhati dari jauh sahaja, tidak berani lakukan apa sahaja. Kekalutan terus berlaku dan kumpulan aktivis terus dikasari, ditumbuk dan dirampas kamera. Sasaran dipercayai ke atas Adam Adli, aktivis-aktivis berbangsa Cina dan individu yang sedang membuat rakaman. Adam Adli berjaya diselamatkan lebih awal.

2.50 AM : Tiba-tiba, kelihatan seorang aktivis rakyat Melayu Islam ditarik ke jalan raya dan dibelasah hampir 15 orang. Ramai datang membantu dan kelihatan tiga buah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Sebelum itu, seorang anggota polis berpakaian biasa mengeluarkan sepucuk pistol sebagai amaran kepada pergaduhan berkenaan namun tidak menembak. Kumpulan aktivis rakyat dan mahasiswa sedikit terkejut dengan tindakan anggota preman berkenaan yang tiba-tiba keluarkan pistol. Suasana sedikit reda.

2.55 AM : Kelihatan kumpulan polis yang baru tiba membantu seorang aktivis yang dibelasah sehingga berdarah di bahagian tangan dan muka (kening) di jalan raya. Ambulans dipanggil dan tiba tidak lama kemudian. Polis meluru ke arah kumpulan samseng dan meleraikan keadaan.

3.00 AM : Kelihatan rundingan dijalankan antara kumpulan polis dan samseng di satu sudut berhampiran pancutan air di Dataran Merdeka. Dan diberitakan seorang daripada mereka ditahan untuk diambil keterangan.

3.05 AM : Kumpulan mahasiswa dan rakyat masih kelam kabut kerana kumpulan samseng berkenaan masih berkeliaran dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan. Diberitakan dua cedera sehingga berdarah, tiga lagi cedera ringan dan seorang dikejarkan ke hospital. Barangan kumpulan aktivis bertaburan, banyak harta seperti handset dan kamera hilang, dipercayai dirampas samseng.

3.15 AM : Keadaan sedikit tenang setelah kehadiran kumpulan polis namun kawasan perkhemahan masih tidak dibersihkan. Tiba-tiba, seorang lelaki berbaju hijau (dipercayai SB) mengarahkan kesemua aktivis membersihkan kawasan dan menyusun balik barangan. (Setelah perbincangan, dipercayai arahan itu bertujuan supaya polis tidak sempat mengambil gambar bukti tempat kejadian yang bertaburan)

3.20 AM : Kumpulan samseng mula bersurai namun kelihatan masih berada di beberapa sudut sekitar Dataran Merdeka. Mangsa yang dihantar ke hospital, diberitakan bernama Khairul a.k.a. Bobo tidak mengalami luka serius. Keadaaan mula tenang walaupun kesemua yang berada di Dataran masih terkejut dengan apa yang berlaku.

3.30 AM : Sebarang berita mengenai kejadian itu mula dilakukan melalui laman sosial dan kelihatan orang ramai hadir untuk lihat lebih lanjut apa yang berlaku. Keadaan kembali terkawal.

3.45 AM : Keadaan tenang dan kumpulan mahasiswa serta rakyat mula berkumpul untuk menceritakan dengan lebih terperinci apa yang berlaku. Turut diperiksa barangan yang rosak dan hilang selain memastikan kesemuanya selamat. Diberitakan hampir 10 orang yang kehilangan barang dan rosak akibat kejadian itu.

4.00 AM : Kawasan perkhemahan sudah dibersihkan dan dikemaskan.

We Are
P/S :Terkini dari wall POLIS ;

Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
ISU SERANGAN PELAJAR DI DATARAN MERDEKA:
Pihak polis telahpun memulakan siasatan terhadap insiden serangan pelajar di Dataran Merdeka di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan).

Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu pihak polis mengenal pasti mereka yang terlibat. Terima kasih. SUMBER

Rabu, 18 April 2012

PEKERJA KTMB YANG MENYOKONG PR DIGESA MENAIKKAN BENDERA DI STESEN KOMUTER MASING-MASING

Pemuda PAS menggesa seluruh penyokong dan anggota Pakatan Rakyat untuk menaikkan bendera mereka di seluruh 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Selangor sebagai reaksi atas tindakan sama melibatkan bendera BN.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, bagi membuktikan keterbukaan dalam demokrasi, KTMB juga mesti memastikan bendera parti gabungan Pakatan terus dikibarkan dan memeliharanya daripada sabotaj.

"Pemuda PAS mengingatkan, stesen Komuter KTMB adalah milik awam. Tidak wajar hanya bendera BN sahaja dibenarkan dipasang, sebaliknya bendera Pakatan ditegah.

"Stesen komuter perlu dijadikan kawasan yang bebas kepada mana-mana parti politik untuk menggantung bendera masing-masing," katanya.

Riduan mengingatkan bahawa perkhidmatan Komuter dan stesennya dibina hasil titik peluh rakyat yang memberikan sumbangan kepada kerajaan dan negara, bukan dibina menggunakan duit pemimpin BN.

Beberapa stesen Komuter di Selangor semalam dikesan dipasang dengan bendera BN, yang dikaitkan dengan dakwaan terdapat arahan oleh Pengerusi KTMB Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed supaya membenarkan perkara itu dan memeliharanya daripada khianat.

Mohd Zin yang juga penyelaras BN Selangor bagaimanapun menafikan perkara itu tetapi berpendapat tindakan itu tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter. mkini

KTMB, APA CER!...

Walaupun Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menafikan mengeluarkan sebarang arahan berhubung pemasangan bendera BN, beberapa stesen Komuter di Selangor bagaimanapun dilihat mula 'membiru'.

Tinjauan Malaysiakini di tujuh stesen Komuter bermula di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang mendapati dua stesen dekat Shah Alam sudah dipasang dengan bendera BN.

Kelihatan lebih 30 bendera di pasang, kebanyakannya di kawasan pagar di stesen Batu Tiga dan sekurang-kurangnya 10 bendera lagi dipasang di stesen Shah Alam.

Bagaimanapun, di Batu tiga, selain di pagar Komuter, kelihatan beberapa rumah sepanjang landasan kereta api juga kelihatan dipasang dengan bendera parti sama.

Malaysiakini juga mengunjungi stesen Petaling, Templer, Seri Setia, Setiajaya dan Subang Jaya tetapi tiada bendera BN dipasang di situ.

Sementara itu, bendera yang dipasang didapati tidak menghalang laluan serta perjalanan Komuter dan pengguna perkhidmatan kereta api itu juga dilihat tidak menghiraukannya.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor mengeluarkan arahan membenarkan bendera di pasang di seluruh 28 stesen di Selangor yang kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Menurut sumber, beliau didakwa meminta pegawai KTMB memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen.

Malah, beliau dikatakan meminta polis bantuan memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Bekas menteri kerja raya itu bagaimanapun menafikan mengeluarkan arahan itu tetapi berpendapat ia tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.

Sabtu, 14 April 2012

PERBUATAN PALING KURANG AJAR , BIADAP - PERKOSA

KUALA LUMPUR 13 April – Pertubuhan Pribumi Perkosa Malaysia (Perkosa) menyifatkan perbuatan mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan paling kurang ajar dan biadab. utusex







Jumaat, 13 April 2012

UMNO-BN SEMAKIN NAZAK, KTMB PULA JADI KUDA

EKSKLUSIF Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakini menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.

Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang.

"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan.

"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.

Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam.

"Dekat Selangor, kita pembangkang. Kalau naikkan bendera BN, nanti pihak berkuasa tempatan akan turunkan. Jadi mungkin agaknya ada yang kesian dekat kita dan nak bantu kita berkempen.

"Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya. mkini

Ahad, 8 April 2012

SAKSIKAN!... GELAGAT BABI TERLEPAS DARI KANDANG

NAJIB JADI MENTERI WANITA, ADA AKU KESAHHH!...

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata menolak dakwaan bahawa keputusan perdana menteri untuk memangku jawatan menteri pembangunan wanita itu merupakan langkah yang menjejaskan penyertaan wanita dalam kerajaan.

Katanya, portfolio itu bukanlah eksklusif kepada wanita semata-mata kerana ia melibatkan pembangunan sosial secara umum.

Tambahnya, tindakan perdana menteri memangku jawatan menteri di portfolio itu juga tidak akan menjelaskan perwakilan wanita dalam kerajaan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu program di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata pencapaian wanita dalam kerajaan BN juga sudahpun membanggakan.

Pada masa ini juga, penyertaan wanita dalam sektor awam telah meningkat bukan saja di peringkat paling bawah malah di takah paling atas, katanya lagi.

Rakyat Melaka mahu Ali Rustam sahut debat PAS

BUKIT RAMBAI, 8 April: Rakyat negeri Melaka meletakkan harapan tinggi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk menyahut cabaran debat oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.

Amat Alang, 43 dari Taman Merdeka berkata rakyat khususnya anak muda negeri Melaka memang sudah lama menanti-nanti debat bersejarah antara pimpinan PAS dan Umno.

"Rakyat khususnya anak muda ingin mendengar hujah-hujah kedua-dua parti bagi membuat penilaian dan pertimbangan sebelum membuat keputusan untuk memilih siapa pada pilihanraya umum akan datang" ujar Wan Azmi.

Rakan beliau Hamed Wahab, 44 dari Durian Tunggal pula berpendapat bahawa debat merupakan kaedah terbaik bagi pimpinan menunjukkan idea dan karisma masing-masing secara spontan di hadapan rakyat.

"Di negara-negara maju pimpinan mereka menjadikan pentas debat sebagai cara mereka berkempen dan menonjolkan keupayaan diri dan parti mereka, malangnya di negara kita pemimpin takut untuk berdebat, pemimpin yang takut berdebat ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin" ujar Anuar.

Sementara itu, Adly dalam ceramahnya di sini malam tadi berkata beliau akan tetap menunggu Mohd Ali yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Melaka di MITC pada 15 April ini iaitu tarikh debat yang dicadangkan antara mereka berdua.

"Saya akan tunggu dia di MITC 15 April, kalau dia takut dia boleh hantar Idris Haron atau Ketua Cawangan Umno yang saya akan tetap berdebat dengan mereka.

"Mereka akan kacau program ceramah kita dengan berceramah disebelah kita, lebih baik kita berdebat, bukan terpekik terlolong dari jauh" ujar Adly pada ceramah anjuran DAP sempena perasmian Bilik Gerakan
Pilihan Raya DAP Dun Klebang di sini malam tadi.

Beliau berkata ketua menteri itu boleh memilih apa juga tajuk yang dia suka untuk debat tersebut.

"Kita tidak kisah apa juga tajuk debat kerana yang penting bagi kita ialah mesej dan hujah kita sampai kepada rakyat".

"Kalau dia hendak debat tentang Sekolah Harapan boleh, tentang Melaka Maju pun boleh atau tentang pembaziran kerajaan Melaka lagi boleh" tegas Adly.

Jumaat, 6 April 2012

SURIRUMAH OKU DIUGUT BUNUH PASANG BENDERA PAS

Anehnya bendera UMNO-BN laknatullah bebas pula boleh dikibar dimana-mana lokasi

KUALA LUMPUR, 6 April: Majlis Tindakan Dun Bukit Baru membuat laporan polis, semalam di atas ugutan bunuh yang dilakukan oleh seorang Ketua Umno Cawangan dalam Parlimen Bukit Katil ke atas seorang suri rumah OKU.

Menurut blog http://jasindaily.blogspot.com, ketua Umno tersebut dengan lagak ala gangster bersama beberapa orang pengikut datang ke rumah OKU tersebut dan menurunkan bendera PAS yang dipasang di rumah tersebut yang terletak berhadapan dengan Flat Sri Siantan, di Bukit Baru, semalam.

"Dia turunkan bendera dan ugut hendak bunuh saya jika terus gantung bendera PAS" kata surirumah OKU yang tidak mahu namanya disiarkan.

Berikutan dengan kejadian itu, Penyelia Dun Bukit Baru, Yusof Wahab dan AJK PAS Kawasan Bukit Katil, Yani Ismail telah membuat laporan polis petang semalam.

Yusof berkata, perbuatan biadap dan ala gangsterisme itu jelas menunjukkan bahawa Umno benar-benar terdesak dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

"Tidak lama dahulu Umno menceroboh dan merampas markas kita di sebelah rumah surirumah OKU ini. Hari ini bila kita sewa rumah OKU ini untuk dijadikan markas kita, mereka datang turunkan bendera dan ugut hendak bunuh tuan rumah.

"Ini merupakan tindakan yang zalim dan pengecut, lebih-lebih lagi isteri tuan rumah adalah orang kurang upaya" ujar Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Sewaktu kejadian suami surirumah OKU tersebut tiada di rumah.

Rabu, 4 April 2012

BERSIH 3.0: SPR PERLU DI 'CLOROX' DAHULU SEBELUM SENARAI UNDI DIBERSIHKAN


Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga berkata, perhimpunan ketiganya pada 28 April ini membawa tiga isu utama selain lapan tuntutan yang ditegaskannya sejak mula turun ke jalan raya pada November 2007.

Antaranya ialah tuntutan supaya kerajaan membersihkan proses pilihan raya sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan, katanya.

Katanya, gabungan itu beranggapan bahawa kerajaan tidak menunjukkan komitmen untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih seperti mana yang dituntut sebelum ini.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada laporan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya yang dikemuka ke Dewan Rakyat semalam.

"Mengapa (laporan PSC) tidak kata ia mesti dilaksana sebelum pilihan raya? Mengapa?

"Dengan kata lain, mereka mengenalpasti masalah tetapi tidak menetapkan bahawa masalah itu perlu ditangani sebelum pilihan raya depan," katanya.

Tambahnya, perhimpunan kali ini juga mendesak supaya ahli Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana menurut Ambiga, badan itu sepatutnya bertugas untuk rakyat dan bukannya untuk kerajaan hari ini.

"Mereka patut mencari kesedaran untuk bertanya apakah mereka telah berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

"Kami percaya mereka tidak mempunyainya. Sebab itu mereka patut meletakkan jawatan," katanya dalam sidang media pagi ini.

Selain itu, tuntutan supaya pemerhati antarabangsa dibenarkan memantau perjalanan pilihan raya juga menjadi tumpuan utama, kata Ambiga.

Tambahnya, kerajaan Myanmar dan Thailand pernah menjemput Malaysia memantau pilihan raya di negara berkenaan.

"Kita percaya pemerhati antarabangsa adalah satu perkara yang baik. Kenapa kita tidak buat di negara kita," katanya.

Bekas presiden Majlis Peguam itu turut memberi jaminan bahawa perhimpunan pada 28 April akan berjalan dengan aman, dan pihaknya sedia bekerjasama dengan polis untuk memastikannya berjalan lancar.

Ambiga turut berharap supaya insiden melibatkan keganasan polis seperti yang didakwa berlaku dalam perhimpunan sebelum ini tidak lagi berulang.

Katanya, BERSIH 2.0 akan menyediakan pasukan peguam untuk membantu peserta tersebut sekiranya terdapat individu yang ditahan polis.

Selain itu, bantuan perubatan dan pasukan keselamatan daripada Unit Amal PAS juga akan ditugaskan pada perhimpunan berkenaan, katanya lagi.

Katanya lagi, BERSIH 2.0 akan menghantar laporan setiap minggu kepada Majlis Hak Asasi di Geneva di Switzerland sehingga perhimpunan itu berlangsung, tambah Ambiga.

Selasa, 3 April 2012

HEBOH KAT FB, HARGA RON97 NAIK

Anak 'HARUN' betul!... Heboh kat 'FB' diperbualkan, minyak RON97 akan naik tengah malam ini. Biar betul... mana diorang dapat sumber tu...

Kalau naik pun apa salahnya... dengar cerita naik 'seposen' jer!.... Alahai!... setakat naik seposen bukannya sehinggit pun... kira murah jugak tu jika nak dibandingkan dengan harga di Afrika Selatan (skrip lama).

Kalau benar cerita harga minyak tu 'naik' malam nie..., ini bermakna PRU13 BN akan turun.

Isnin, 2 April 2012

BIARKAN GAMBAR BERBICARA...

'APRIL FOOL' - HASAN JATI MASUK UMNO


SENAI - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.

Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama blog Perakite sekadar cerita "April Fool."

“Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool’. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.

“Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang,” kata beliau kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Wakil rakyat berusia 63 tahun ini berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Perakite yang mendakwa beliau bersama 2,000 ahli Umno mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai Pas, pada satu sidang akhbar.

Blog itu turut memuatkan satu gambar seolah-olah sidang media Shahrir, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum pada 1978. Adiknya, Khalid merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.

Seolah-olah Shahrir bercakap, blog itu memetik beliau berkata, 'tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Menurut laporan blog terbabit, berlaku kekacauan dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar berkenaan selain mendakwa empat individu termasuk seorang wartawan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Shahrir juga didakwa mahu membuat ‘roadshow’ bermula di luar Johor sebelum memberi tumpuan di negeri itu secara habis-habisan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain itu, Perakite juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan keperluan meletakkan Ketua Umno Johor Bahru itu sebagai Menteri Besar tanpa mengira parti mana yang menang banyak sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan pada PRU13.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajkan Umno Johor Bahru, Faridah Mustafa berkata, laporan berkenaan satu gurauan keterlaluan daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia amat keterlaluan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main. Ramai rakan dalam Umno yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai hal ini.

“Kami baru sahaja selesai bermesyuarat bersama semalam dan tidak timbul isu ini,” katanya.