Isnin, 25 Februari 2019

TIADA KEMASUKKAN 90J DANA 1MDB KE AKAUN PAS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya setakat ini tidak mengesan sebarang transaksi dana RM90 juta daripada 1MDB disalurkan ke akaun bank rasmi PAS.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull pada sidang media di Terengganu, hari ini.
"Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) PAS," katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai isu tersebut.
Terdahulu, Mohd Shukri ke Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Nak tunggu..., spin apa lagi lepas ini dari khadam PH yang setia dengan D4P? Maka gegak gempita lah macai PH berkata; bukan dimasukkan ke dalam akaun Pas sebaliknya ke akaun pemimpin Pas. 
Kesimpulannya; minit-minit terakhir macai serta khadam akan sedaya usaha akan buat u-turn untuk tegakkan benang basah.
Sila baca; Melalui kenyataan Huse di dalam malaysiakini mendakwa terdapat dana dimasukkan melalui akaun di Affin Bank, namun bekas naib presiden PAS itu tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut serta bersedia disaman bekas partinya.
Mohon Huse bertanggungjawab di atas pertuduhannya terhadap Pas dihadapan Allah nanti.