Rabu, 22 Disember 2010

PENYOKONG UMNO KENA TIPU DENGAN NAJIB RUPANYA



Siapa tiru siapa!... Korang janganlah tuduh Najib macam-macam. Dia sampai 3 hari 3 malam dok pikir nak cipta slogan tu... alih-alih korang kutuk, maki dan kata dia ciplak dari Indonesia lah!... dari Israel lah!... korang tak malu ker!...

Kah!.. kah!... kah!... 1Malaysia diketawakan... Sekarang siapa nak saman siapa? Selanjutnya

ISRAEL TAK MARAH PUN DEKAT NAJIB

Utusan Meloya. - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkilan apabila dituduh menciplak gagasan 1Malaysia dari negara lain.

Perdana Menteri menegaskan, perbuatan berkenaan adalah satu pendustaan besar kerana beliau selaku orang yang bertanggungjawab memperkenalkan 1Malaysia tahu perkara sebenar.

"Ini bukan ciplak dari negara lain, ini ciptaan kita sendiri.

"Negara lain boleh ada (slogan) 'satu' ini dan 'satu' itu tetapi tiada negara lain dalam dunia ini yang ada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," tegasnya.

[Puak-puak pengampu dan pencacai, tolonglah backup Najib]

Jumaat, 17 Disember 2010

PILIHANRAYA LAGI!... ADUN TENANG MENINGGAL

Al-Fatihah. ADUN Tenang, Johor, YB Dato’ Sulaiman Taha meninggal dunia jam 12.02am sebentar tadi.Dan pilihanraya kecil bakal berlaku di Adun Tenang, kawasan Labis, Johor.

Beliau sebelum ini telah dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana penyakit kencing manis yang dihidapinya. Beliau bagaimana pun di katakan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan. Sebelum ini, Sulaiman dimasukkan ke Hospital Segamat kerana mengadu tidak sihat.

Pada 24 November lalu, beliau dipindahkan ke hospital swasta terbabit untuk rawatan lanjut. Tenang dilihat sebagai kubu kuat UMNO dan pada pilihan raya umum 2008, YB Dato’ Sulaiman Taha mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus. Allahyarham adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, meninggalkan tujuh orang anak dan isteri, Hajjah Seri Noraini Yaakop. Al-fatihah buat roh Allahyarham.

Khamis, 16 Disember 2010

TINGGIKAN SYIAR ISLAM BERSAMA NAJIB


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha untuk meninggikan syiar Islam dan membangunkan ummah tidak boleh berdasarkan kepada slogan semata-mata.

Perdana Menteri berkata, apakah dengan menggantung slogan yang memaparkan betapa indah bahasanya akan membawa kepada pembangunan ummah hari ini.

"Ada pihak cenderung dengan slogan 'Untuk membangun bersama Islam' dan mereka cenderung juga menggantung kain rentang sepanjang jalan dan sebagainya.

''Tetapi itu merupakan slogan serta kata-kata yang digantung pada pagar dan pokok. Selanjutnya

[Kah!.. kah!... kah!... PAS sebenarnya irihati dengan kejayaan UMNO mentarbiyah golongan muda ketuanan Melayu. Lihat!..., kami dah bina masjid, sekolah agama, sekolah ibu termengandung. Tak cukup lagi kah!... Itulah PAS, kami nak wujudkan hub hiburan malam, korang tak kasi. Kami nak luluskan judi bola pun korang bantah!... Kami bukan sekadar mampu membuat slogan tapi kami juga mampu buat apa sahaja demi ketuanan Melayu].

Rabu, 15 Disember 2010

Laporan WikiLeaks - 360' Untuk UMNO-BN

Sebelun ini bukan main suka pemimpin dan pencacai UMNO-BN bilamana pendedahan laman web WikiLeaks terhadap tuduhan Anwar terlibat dengan kes liwat. Hari-hari media pencacai UMNO jadikan laman web WikiLeaks sebagai kitab rujukan yang sah.

Hari ini UMNO-BN marahkan pula laman web tersebut yang sebelumnya puji melantun-lantun sampai tingkat 100. Apa punya haprak. Bila WikiLeaks pusing 360' dan kaitkan pula Najib terlibat dengan skandal pembunuhan Altantuya. Mengelabahlah puak-puak menteri dan pencacai UMNO dok cari idea macamana nak cari alasan tuduhan tu tak berasas.


Pembunuhan Altantuya: PM dicabar kemuka bukti

Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam. Selanjutnya

Rabu, 8 Disember 2010

NASIB KHIR TOYO BAKAL MALAP PADA PRU13

Kes mahkamah yang melibatkan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo sedikit sebanyak akan menjejaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU13, menurut sumber rapat sekutu BN.

UMNO ternyata gagal meyakinkan rakyat dalam agenda serta fokus perjuangannya untuk membela nasib rakyat. Sebaliknya mereka hanya mementingkan diri sendiri serta kroni.

Menurut sumber, parti itu dan rakan komponen dalam BN masing-masing mempunyai masalah tersendiri di dalam parti berkaitan dengan kepimpinan yang bergerak tidak seiring dengan wawasan Najib. Jika dibiarkan perkara ini berlarutan nescaya slogan "1Malaysia" yang dibawa oleh Najib ternyata akan menemui kegagalan.

Pendakwaan ke atas Khir Toyo semalam adalah proses undang-undang yang biasa. Beliau di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 Shah Alam.

Samada bersalah atau tidak, kemungkinan besar nasib Khir Toyo akan terus malap untuk dicalonkan pada PRU13 nanti. "Apa gunanya dia dijadikan calon kalau hanya untuk kita menempah kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang,” kata sumber.

Selasa, 7 Disember 2010

HIJRAH KEARAH KEBAIKKAN

Hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud meninggalkan satu tempat untuk menuju ke tempat lain. Ada di kalangan ahli bahasa yang memberi erti hijrah adalah merangkumi hijrah jasmani dan hijrah rohani.

Maksud hijrah jasmani ialah meninggalkan satu-satu tempat. Manakala hijrah rohani pula ialah meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, akidah, emosi dan tasawur serta menggantikannya dengan yang lain.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; masa muda mu sebelum datang masa tua mu, masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu, masa kaya mu sebelum datang masa fakir mu, masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu dan masa hidup mu sebelum datang kematian mu". (Hadis riwayat Tarmizi)

Sesiapa yang berusaha mencapai sesuatu lebih baik dalam kehidupannya sudah melakukan sebahagian daripada maksud hijrah dan mendapat pahala hijrah jika ia diniatkan untuk memperoleh keredaan Allah. Setiap usaha perlu dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.

"Selamat Menyambut Ma'al Hijrah"

Isnin, 6 Disember 2010

"RAKYAT DIDAHULUKAN" - ADA UMNO-BN KESAH!..

Perhimpunan aman untuk mengiringi Menteri Besar Selangor yang bertukar kepada acara mandi beramai-ramai akibat ditembak oleh meriam air FRU, dan berpedih mata serta kerongkong akibat gas pemedih mata di ibu kota hari ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat dan orang ramai (termasuk warga asing).

Kalau dilihat inilah kali pertama ada syarikat swasta seperti SYABAS yang berani menentang kerajaan negeri seperti kerajaan Negeri Selangor. Malah Menteri Besar yang memegang tampuk kepimpinan negeri juga terpaksa bersusah payah berdemo bersama-sama rakyat!

Kalau dulu, biasanya rakyat berarak di jalanraya kerana menentang kerajaan, baik kerajaan negeri mahupun kerajaan Malaysia secara keseluruhannya. Tapi senario kali ini lebih pelik kerana kerajaan Selangor terpaksa berarak pula untuk menentang sebuah syarikat Swasta iaitu SYABAS.

Syarikat Air Selangor, SYABAS mahu menaikkan harga air Selangor sebanyak 37%. Tindakan ini dihalang oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana ia disifatkan membebankan rakyat. Oleh kerana SYABAS terus berdegil, dan mahu juga menaikkan harga air, maka rakyat dan Kerajaan Negeri (diwakili Menteri Besar Selangor) berarak bersama-sama mahu menghantar memo kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia.

Kerajaan negeri Selangor tidak mahu rakyat terbeban membayar kos air yang tinggi kepada syarikat air swasta, SYABAS maka mereka menuntut untuk mengambil alih kuasa pengurusan air Selangor dan membatalkan penswastaan air Selangor yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. Jelas sekali Selangor mendahulukan rakyat di dalam isu ini.

Najib Razak, Perdana Menteri di dalam petikan ucapannya di dalam Berita Harian juga seolah-olah menyokong dasar Kerajaan Negeri Selangor yang mementingkan nasib rakyat! Najib di dalam ulasannya menyokong Kerajaan negeri.

Namun rakyat harus kesian Perdana Menteri Najib. Di sini jelas sekali bahawa Najib terpaksa berpura-pura menyokong rakyat di dalam isu air ini sambil melepaskan tentera suruhan mereka (FRU) untuk menyerang rakyat yang berarak walaupun secara aman. Namun ia mungkin bukanlah kehendak di hatinya, dia dalam dilema dan terpaksa berbuat begitu. Rakyat kena faham, Najib terpaksa!

Perdana Menteri Najib Razak yang bijak perlu berpura-pura seperti menyokong rakyat di dalam ucapannya bagi menggambarkan beliau sentiasa konsisten kepada slogan "rakyat didahulukan" yang dilaungkan olehnya setiap hari. Namun dalam masa yang sama beliau harus menjaga hati rakan baiknya Tan Sri Rozali Ismail yang kini sedang melobi untuk menjadi pengerusi Felda. Persahabatan adalah penting, rakyat harus paham tentang persahabatan Najib.

Lagi pula harga air di negeri lain yang menyokong Barisan Nasional di Malaysia sudah lama dinaikkan. Maka Najib mahu negeri Pakatan Rakyat juga turut mengikut negeri-negeri Barisan Nasional yang memiliki harga air yang sedia mahal. Dengan harga air yang mahal bagi setiap negeri-negeri di Malaysia termasuk negeri Pakatan Rakyat, barulah menggambarkan konsep Satu Malaysia apabila satu Malaysia harga air mahal. Maka rakyat harus menjaga air muka Najib dan Barisan Nasional.

Rakyat Selangor harus mengikut sikap rakyat Johor bagaimana mereka menjaga air muka pemimpin Barisan Nasional Johor. Rakyat Johor langsung tidak membantah kerajaan Johor menaikkan harga air mereka dari tahun ke tahun sehingga mereka kini memiliki harga air yang paling mahal di dalam Malaysia. Namun mereka tidak pernah merungut. Rakyat Johor pandai menjaga air muka UMNO Johor. Lihatlah bagaimana Rakyat Johor sanggup berkorban demi UMNO! Sumber

Jumaat, 3 Disember 2010

RAKYAT MALAYSIA KENA KENCING LAGI!... PUAS LAH HATI UMNO



Petrol RON95 dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Berikutan dengan kenaikan harga tersebut, alasan yang paling popular akan diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN adalah "harga kita jauh lebih rendah berbanding dengan negara lain dan ianya tidak membebankan rakyat".

Hahaha!... Inilah yang dicanangkan oleh UMNO-Barisan Nazional iaitu "Rakyat didahulukan". Macam sial!...