Isnin, 29 Jun 2009

DEBAT BUANG MASA - MEMBUKTIKAN KENYATAAN TGNA BENAR

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan Anuar Safian (tengah) bersama penyokong pergerakan itu selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam ceramahnya yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mewujudkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

Mahathir berkata;
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.


Rais berkata;
Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.

Sepatutnya jika UBN hendak menyanggah kenyataan apa yang diperkatakan oleh TGNA, kenapa mereka tolak debat. Inilah gelanggangnya untuk mempertahankan diri dan kemukakan dalil-dalil bagi menyanggah dan mematikan hujah pihak lawan.

Sebenarnya bercakap dengan UMNO lah, banyak membuang masa PAS. Oleh kerana itu, PAS lebih mudah dan selesa berbincang dengan PR yang terdiri daripada PKR dan DAP.


Catatan:

1. Perbuatan yang buang masa dalam kamus UMNO - "debat".

2. Perbuatan yang berfaedah dalam kamus UMNO - sebarang bentuk hiburan termasuk "jom heboh, AF, tarian bogel, program realiti tv dll".


Rabu, 24 Jun 2009

Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan

Tidak syak lagi punca utama pertikaian dan penolakan banyak pihak terhadap sebarang usaha mana-mana pemimpin PAS merundingkan perpaduan dengan Umno adalah disebabkan sejarah dan pengalaman pahit membabitkan hubungan antara kedua-dua parti itu.

Selain dosa-dosa silam Umno yang tidak mudah dilupakan ahli-ahli PAS, sikap dan layanan buruk parti pemerintah itu terhadap PAS dalam menangani situasi politik terkini memburukkan lagi hubungan antara pendokong masing-masing.

Di sebalik itu semua, Umno tidak pernah menampakkan sebarang penyesalan atas kedurjanaan yang pernah dilakukannya terhadap PAS. Sebagai parti pemerintah, ia menangkap dan menyeksa para pemimpin dan ahli PAS, sama ada di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau lain-lain peruntukan undang-undang.

Umno sebagai teraju negara dan negeri-negeri dikuasainya sejak merdeka terlibat menyisih dan mendiskriminasi para penyokong PAS dalam segala macam bentuk dan urusan. Sebegitu ramai penjawat awam dari kalangan penyokong PAS ditindas, ditukar kerja ke tempat yang jauh, disekat kenaikan pangkat dan dikongkong setiap gerak-geri.

Rakyat yang menyokong PAS ditakutkan dengan berbagai cara. Para petani dinafikan bantuan baja dan input pertanian. Yang jadi nelayan pula hanya berputih mata melihat rakan ahli Umno memperolehi segala macam subsidi dan bantuan kewangan. Kelayakan menerima bantuan semata-mata atas merit politik.

Dalam sejarah pemerintahan negara pula, manipulasi kuasa politik Umno di peringkat Pusat memungkinkan ia melakukan beberapa rampasan kuasa secara tidak demokratik di negeri-negeri diperintah parti lawan, terutama di bawah PAS. Kerajaan PAS Terengganu yang berakhir pada 1961 adalah tragedi pertama angkara politik wang Umno.

Kalaulah Umno tidak mengkhianati keikhlasan PAS menyertai Barisan Nasional dulu, sehingga meninggalkan PAS tanpa pilihan melainkan keluar dari gabungan itu, sudah tentu perseteruan antara penyokong masing-masing tidak setebal kini.

Pengalaman PAS menyertai BN bukanlah serba-serbi menyeronokkan. PAS terpaksa berhadapan perpecahan dalaman yang teruk apabila tidak semua ahlinya bersetuju dengan keputusan tersebut. Keretakan dalaman PAS paling menyerlah di Kelantan. PAS yang menyertai Pilihan Raya Umum 1974 di atas tiket BN menerima tentangan paling hebat daripada bekas-bekas pemimpinnya sendiri yang bergabung membentuk Pakatan Bebas Bersatu.

Pengorbanan PAS itu bagaimana pun tidak dihargai langsung oleh Umno. Parti itu mengkhianati kesetiaan PAS apabila kekuatan politiknya pulih kembali. Dosa Umno itu menjadi bahadi yang kekal menghantui ahli PAS hingga kini.

Kalaulah tidak kerana Umno yang merancang memporak-perandakan negeri Kelantan sehingga memudahkan parti itu merampas pemerintahan negeri daripada PAS hampir 30 tahun lalu, nescaya para pemimpin PAS tidak begitu sukar memaafkan parti itu.

Katakanlah para pemimpin Umno Terengganu tidak bersikap rakus dan ganas sepanjang pemerintahan PAS di negeri itu sedekad lalu. Kerajaan PAS tidak digugat dan digigit dengan segala macam karenah, penafian dan diskriminasi. Penipuan dan sabotaj tidak direncanakan sedemikian rupa menerusi pilihan raya 2004.

Umno perlu buktikan keikhlasan di Perak

Maka banyak pihak boleh setuju pada adatnya kerajaan itu besar kemungkinan belum jatuh. Rakyat Terengganu pula tidak mungkin ditimpakan dengan berbagai kezaliman, termasuk perampasan tanah, perobohan rumah, penafian segala anugerah yang telah diberikan PAS tetapi sewenangnya dibatalkan kerajaan Umno yang mengambilalih pemerintahan.

Umno boleh mendakwa ia sudah insaf dan mahu berubah. Ia tidak lagi sezalim dulu dan mahu memperbetulkan kesilapan dan menebus segala dosanya terhadap PAS. Bak kata timbalan presidennya minggu lalu, segala kesilapan itu di bawah pemimpin Umno yang dulu-dulu. Pemimpin Umno sudah bertukar, pemimpin PAS juga sudah berganti yang baru.

Dakwaan itu sudah tentu tidak sukar diterima, termasuk oleh orang-orang PAS, sekiranya tragedi hitam perampasan kuasa secara tidak bermoral di Perak tidak berlaku hanya beberapa ketika sebelum ini. Umno perlu buktikan ia ikhlas untuk berubah dan mencintai perdamaian serta perpaduan. Ia perlu mewujudkan suasana lebih kondusif dan konstruktif terhadap kerjasama dan perundingan ke arah itu.

Dalam keadaan yang ada, rakyat tidak mengharapkan Umno sebagai tunjang BN menyerahkan kembali sebulatnya pemerintahan di Perak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Umno masih boleh mempertahankan maruah dan egonya sebagai parti yang berpengaruh dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Cara bermaruah ialah ia mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat. Adakah Umno bersedia menunjukkan keikhlasannya mengusahakan perpaduan dengan parti lawan dan memulai pembuktian itu di Perak?

Setelah segala yang berlaku itu, jangan salahkan orang PAS sekiranya mereka terlalu sensitif terhadap sebarang usaha berbaik-baik dengan musuh tradisi mereka itu. Jika anda seorang ahli PAS yang pernah menjadi mangsa kezaliman, keegoan, penindasan dan pengkhianatan Umno, anda tidak akan sukar memahami bagaimana pendirian tersebut terbentuk.

Sebab itu, jangan dikatakan untuk mengusahakan penyatuan dalam bentuk yang berpanjangan, usaha mengadakan kerjasama bagi tujuan tertentu demi kepentingan negara dan agama pun sering menimbulkan perbahasan hangat.

Yang menyulitkan perpaduan antara kedua mereka ialah sikap dan pendirian Umno sendiri yang tidak bersedia mengakui dosa dan kesalahannya. Jauh sekali untuk meminta maaf atas kedurjanaannya itu.

Perpaduan hanya berhasil menerusi keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu perlu dibuktikan menerusi perubahan sikap dan pendirian. Umno perlu terlebih dahulu berubah jika mahu tanggapan orang PAS terhadapnya diubah. - harakah

Selasa, 23 Jun 2009

BILA "KPI" SEKADAR DIJADIKAN KOPI "O"

KPI MENTERI SEJAUH MANA STATUSNYA

Semasa Perdana Menteri OneMalaysia mengambil alih pentadbiran dari Imam Hadhari beliau mewar-warkan bahawa pentadbirannya akan menggunakan Key Performance Indicator (KPI) sebagai indikator untuk mengukur 'performance' menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan. Malah kerajaan OneMalaysia sendiri memberikan tanggungjawab mengawal dan menyelia KPI ini kepada seorang menteri iaitu Dr Koh Tsu Kon.
Persoalannya ialah sejauh manakah KPI ini berjaya meningkatkan performance menteri-menteri? Malah lebih teruk lagi apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk mengukur KPI menteri-menteri ini.
Sebagai contohnya saya melihat menteri-menteri masih tidak serius dalam menghadiri Sidang Rakyat di mana jika dilihat kepada siaran langsung Sidang Dewan Rakyat melalui internet, kerusi-kerusi menteri kosong. Perbahasan dan pembentangan yang melibatkan kementerian hanya dibentang dan dijawab oleh Timbalan Menteri bukannya Menteri.
Sessi perbahasan berkenaan rang undang-undang yang penting seperti DNA yang dibincangkan sekarang ini pun hanya dibentang dan dijawab oleh Timbalan Menteri sahaja. Itu baru satu contoh bagaimana dengan urusan-urusan menteri yang lain. Adakah mereka berjaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik?
Selain itu timbul juga persoalan tentang apakah tindakan yang diambil terhadap mana-mana menteri yang tidak mencapai standard KPI ini? Sehingga ini tidak diumumkan kepada rakyat. Saya rasa mustahil semua menteri mencapai KPI melainkan KPI itu sebenarnya tidak standard dan ianya disetkan pada standard yang paling minimum yang mudah untuk dicapai.

Jika ianya disetkan pada tahap yang minimum maka ianya amat malang kerana KPI itu sendiri tidak menyumbangkan kepada peningkatan performance menteri itu sendiri.

Isnin, 22 Jun 2009

"BILA PINTU DITUTUP RAPAT"

Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan



Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepakat menolak perbincangan kerajaan perpaduan dengan Umno atau Barisan Nasional, demikian diputuskan dalam suatu mesyuarat petang ini.

Pemimpin tiga parti tersebut PKR, DAP dan PAS mengulangi pendirian mereka untuk meneguhkan kerjasama dalam gabungan pembangkang dengan hasrat mengambil alih kerajaan persekutuan suatu masa nanti.

Kenyataan bersama mereka ditandatangani oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahad, 21 Jun 2009

MANEK URAI NAK DIJADIKAN ANAK ANGKAT ANEHNYA ANAK SENDIRI PUN TAK TERLAYAN


Nampaknya semakin hari semakin aneh kelaku kerajaan UBN ini. Bak kata orang tua-tua, jikalau seseorang itu berkelakuan pelik atau ganjil alamatnya mungkin dah nak sampai ajal atau dah tiba saat sakaratulmaut agaknya.

Rasionalnya, sejak akhir-akhir ini memang nampak ketara UBN berperangai pelik contohnya berkaitan kerajaan perpaduan (UG), merekalah yang beria-ia menyokong malah memuji-muji kepimpinan ulamak dalam jemaah PAS. Kalau dulu merekalah yang menghentam dan mencaci ulamak PAS kerana bagi mereka kepimpinan inilah yang memecahbelahkan rakyat dengan mencampuradukkan agama dan politik.

Dan yang terkini, mereka juga membuat kelakuan yang lebih pelik kerana ingin menjadikan "Manek Urai" sebagai anak angkat UBN, itupun jika mereka yang menang disini. Kalau tidak jangan harap nak jadi anak angkat. Yang peliknya kenapa mesti Manek Urai hendak dijadikan bahan ujikaji. Kenapa anak sendiri seperti N.1 Pengkalan Kubor, N.25 Kok Lanas, N.36 Bukit Bunga, N.38 Kuala Balah, N.43 Nenggiri dan N.44 Paloh tidak pula ditatang seperti minyak yang penuh. Kenapa anak sendiri dibiarkan seperti anak angkat. Inilah yang dikatakan, "baik ada makna tu...!".

UBN sekarang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan. Mereka memerlukan talian hayat untuk terus hidup, namun talian hayat yang selama ini bersama mereka juga seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP pun dalam keadaan ICU. Maka UBN terus menagih simpati jika sekiranya PAS sanggup memberikan mereka sedikit oksigen untuk terus bernafas.

p/s: Sanggupkah anda memberikan mereka oksigen atau anda sediakan saja mereka gas amonia!... untuk terus lemas.

Sabtu, 20 Jun 2009

SIAPA KATA HISHAMUDDIN TAK PANDAI BUAT LAWAK - malaysiakini

hishammuddin hussein 03
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

“Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Katanya, apa sahaja isu mengenai kerajaan perpaduan, BN akan memastikan visi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi kenyataan.

Khamis, 18 Jun 2009

BENARKAH NAJIB BERSUNGGUH DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN - JIKA BERANI SAHUT CABARAN INI

KOTA BHARU 17 Jun - Pas Kelantan meminta UMNO tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai 14 Julai ini sekiranya benar-benar serius dengan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dalam nada sinis berkata, UMNO tidak akan 'bergaduh' dengan Pas dalam pilihan raya kecil itu sekiranya mereka benar-benar mendokong cadangan tersebut.

"Saya yakin UMNO tidak akan letak calon sebab mereka sekarang beria-ia untuk wujudkan kerajaan perpaduan, tidak mungkin kita bercakap tentang kerajaan perpaduan, selepas itu kita bergaduh dan bertumbuk pula," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz bagaimanapun berpendapat, UMNO tidak seharusnya bertanding di Manek Urai untuk 'menyambut' salam kerajaan perpaduan yang diasaskan Pas.

Katanya, penyertaan UMNO dilihat tidak membawa perubahan kepada pemerintahan Kelantan, namun menimbulkan kekacauan politik di antara parti bertanding.

''UMNO tidak perlu bertanding di Manek Urai. Itu mengundang sedikit 'masalah' kepada sebarang perbincangan kerajaan perpaduan yang akan dijalankan kelak.

''Tiada perubahan akan berlaku kepada kepimpinan Kelantan jika UMNO memenangi pilihan raya itu. Apa yang penting kini fokus kepada usaha 'berbaik-baik' di antara Pas dan UMNO sendiri,'' ujarnya.

Rabu, 17 Jun 2009

INILAH AKIBATNYA BILA SUKA BERMAIN API


AKIBAT DARI KEMELUT KERAJAAN PERPADUAN

SIAPA LEBIH UNTUNG!...

UMNO

ATAU

PAS

LU PIKIR LAH... SENDIRI!....

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS

nik aziz angry 170609Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

nasharuddin mat isa 170609 02"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Sumber: malaysiakini

SIAPA YANG PALING SERONOK JIKA BERITA INI KELUAR ESOK DI AKHBAR DAKYAH UBN


JIKA NAJIB JUGA IKHLAS DENGAN UG, TAK PERLU TANDING DI MANEK URAI

Cadang BN tidak tanding Manek Urai

KUALA LUMPUR 16 Jun - Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap) mencadangkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

Presidennya, Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud berkata, pilihan raya kecil tersebut hanya akan membazirkan wang dan tenaga jentera BN selain tidak mampu mengubah landskap politik di negeri itu.

"Jika BN memenangi DUN Manek Urai sekalipun, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan signifikan kepada penduduk Kelantan memandangkan penguasaan Pas di negeri itu masih kuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selasa, 16 Jun 2009

PAS JANGAN TERPERANGKAP DENGAN KATA MANIS NAJIB

K'jaan perpaduan: Najib percaya PAS jujur
Jun 16, 09 12:15pm


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau percaya PAS jujur berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara kedua parti.

Oleh itu, katanya, Umno akan bersifat terbuka dalam perkara tersebut.

Umno, tegasnya, bersedia berbincang dengan PAS mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

SATU PAGI YANG MEMBORINGKAN DI HOSPITAL SELAYANG

Pagi tadi aku pergi ke Hospital Selayang kerana ada temujanji di Klinik Pakar. Macam biasa waktu pendaftaran ialah pukul 8.00 pagi. Orangramai dah memenuhi awal pagi lagi ruang disekitar kaunter pendaftaran.

Kaunter pendaftaran klinik pakar di Aras 3, ada 6 semuanya tetapi pagi ini hanya 4 kaunter sahaja yang dibuka. Kaunter 1 hingga 5 adalah untuk orang awam manakala kaunter 6 pula dikhaskan untuk pesara, kakitangan kerajaan, pelajar sekolah, penderma darah, pemegang kad kebajikan, banduan dan penghuni pusat serenti.


Disebabkan aku ini adalah salah seorang dari kenyataan yang tertulis di atas (bukan banduan atau penghuni pusat serenti), maka aku pun terus ke kaunter 6 hendak meletakkan kad temujanji tetapi malangnya kaunter itu didapati tutup seperti di bawah.

Kebanyakan orang terpinga-pinga termasuk aku, kerana tiada notis kemana seharusnya kami mendaftar. Apa punya tur!... Aku dengar banyak orang merungut. Rupanya kaunter tersebut telah diambil alih oleh kaunter 4, tetapi tiada sebarang notis pemberitahuan. Kata seorang pakcik, "saya bukan tau tau baca, lain kali tulislah kalau pindah kaunter". Marah benar pakcik tu!... Pakcik ni seorang warga emas, rasanya seorang pesara kerajaan.

Kalau perkara kecil seperti notis pun tak boleh handle, macam manalah kalau perkara yang lebih besar. Tambah-tambah nak selesaikan masalah 1Malaysia, lagilah rumit. Kakitangan hospital perlu peka tentang perkhidmatan mereka terhadap orangramai kerana pelanggan memerhatikan gerakgeri anda semua.

A-I-B: Cuma sekadar teguran dan ingatan untuk kakitangan Hospital Selayang.

Ahad, 14 Jun 2009

DULU "PROJEK MEE SEGERA", KINI "PROJEK ANAK ANGKAT", SELAMANYA "MENIPU RAKYAT"

Akibat banyak kegagalan dari projek terdahulu yang berstatus "projek mee segera", kini kerajaan UMNO-BN mengorak langkah dimasa kini untuk menghentikan projek itu dengan mengantikannya dengan projek "anak angkat". Dimana projek anak angkat ini dikatakan mampu membawa perubahan yang ketara kepada rakyat 1Malaysia.

Antara projek yang terdahulu yang telah mengalami kegagalan ialah di Permatang Pauh, K.Terengganu, B.Gantang, B.Selambau dan Penanti manakala hanya di Batang Air sahaja projek itu berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun setelah diteliti dan kajian terperinci telah dijalankan, UMNO-BN mendapati projek terdahulu banyak membawa kemudaratan dari kebaikan.

Projek yang dinamakan sebagai "anak angkat" ini akan dilaksanakan buat julung-julung kalinya di Manek Urai. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek ini mampu memenangi kesemua sembilan peti undi dalam DUN berkenaan.

Projek anak angkat ini adalah sebagai projek percubaan UMNO-BN. Jika projek ini juga menemui kegagalan di Manek Urai, maka projek seterusnya yang dicadangkan adalah projek "haram jadah".

Sabtu, 13 Jun 2009

BILA SESEKALI KHAIRY BERSUARA


Khairy berkata, persiapan Pemuda UMNO ke Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini kini mantap.

Beliau berkata, Pemuda UMNO akan melancarkan jenteranya itu dalam masa terdekat ini.

"Kita yakin peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang di situ cerah jika dilihat kepada faktor calon yang tepat dan pendekatan lebih saintifik terhadap sikap pengundi di kawasan itu," katanya.


A-I-B: Woi!... Khairy!... dulu pun hang cakap masa PRK kat B.Gantang, UBN akan menang cerah jugak. Rupa-rupanya, parti bulan yang menang cerah. Kali ini pun hang terpaksa berlakon mengatakan perkara yang sama akan berlaku di Manek Urai. Kah!...3x.


p/s: Khairy!... hang pun dah jadi macam Ezam kotak. Orang UBN sendiri pun dah tak mau dengar cakap hang. Depa pun nak singkirkan hang tapi belum sampai masa!... Hehehe!...

Jumaat, 12 Jun 2009

"BILA HARUSSANI MULA BERBICARA"

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters ini Islam (SIS) disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam.

"Saya setuju dibuat siasatan (terhadap SIS)," katanya, sambil menyifatkan usul yang diluluskan di muktamar PAS itu "bagus".

Harussani, seorang anggota Majlis Fatwa Kebangsaan, berkata terdapat beberapa tafsiran SIS, antaranya berkaitan isu poligami dan pembahagian harta pusaka berbeza dengan pandangan sedia ada.

"Saya baca-baca (kenyataan SIS), nampak lain sikit, buang (membelakangkan) ayat al-Quran (dalam dua isu ini)," katanya kepada Malaysiakini petang ini.

Ditanya sama ada beliau akan membawa cadangan menyiasat SIS untuk dibincangkan dalam muzakarah majlis fatwa yang akan datang, Harussani berkata:

"Ada bahagian kajian di Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Kertas (kajian) patut dikemukakan mereka terlebih dahulu.

"Hendak bermuzakarah mestilah ada kertas."

Tambahnya, dalam Islam, merumuskan sesuatu hukum "tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa."

Walaupun pihak lain seperti mufti boleh membentangkan kertas mereka sendiri untuk dibincangkan, tambahnya, lebih baik kemudahan dan kepakaran Jakim digunakan bagi tujuan itu.

Ahad lalu, usul yang dibawa PAS Shah Alam diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 berbunyi, antara lain:

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya."

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.

PAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.

Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar 2 petang Ahad ini bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.

Khamis, 11 Jun 2009

MERIAHNYA 1MALAYSIA DENGAN SENARIO PRK SELEPAS 3 MAC 2008

PILIHAN RAYA KECIL P.44 PERMATANG PAUH


Pilihan Raya Kecil P. 44 Permatang Pauh diadakan berikutan perletakan jawatan oleh penyandangnya iaitu YBhg Datuk Seri Wan Azizah binti Wan Ismail pada 1 Ogos 2008.


Tarikh kekosongan disahkan : 01 Ogos 2008
Tarikh Penamaan Calon : 16 Ogos 2008

Tarikh Pilihan Raya : 26 Ogos 2008



PILIHAN RAYA KECIL P.36 KUALA TERENGGANU


Pilihan Raya Kecil P. 36 Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu YBhg Dato’ Razali bin Ismail pada 2 Disember 2008.


Tarikh Kekosongan Disahkan : 02 Disember 2008
Tarikh Penamaan Calon : 06 Januari 2009

Tarikh Pilihan Raya : 17 Januari 2009



PILIHAN RAYA KECIL P.59 BUKIT GANTANG


Pilihan Raya Kecil P.59 Bukit Gantang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya iaitu Y. B. Tuan Haji Roslan bin Shahrum pada 9 Februari 2009.

Tarikh Kekosongan Disahkan : 09 Februari 2009
Tarikh Penamaan Calon : 29 Mac 2009

Tarikh Pilihan Raya : 07 April 2009



PILIHAN RAYA KECIL N.25 BUKIT SELAMBAU


Pilihan Raya Kecil N.25 Bukit Selambau, Kedah diadakan berikutan perletakan jawatan wakil rakyatnya iaitu Y.B Encik Arumugam a/l Vengararaloo pada 8 Februari 2009.


Tarikh Kekosongan Disahkan : 08 Februari 2009
Tarikh Penamaan Calon : 29 Mac 2009
Tarikh Pilihan Raya : 07 April 2009



PILIHAN RAYA KECIL N.29 BATANG AIR


Pilihan Raya Kecil N.29 Batang Air, Sarawak diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya iaitu Y. B Datuk Dublin Unting Anak Ingkot pada 24 Februari 2009.


Tarikh Kekosongan Disahkan : 24 Februari 2009
Tarikh Penamaan Calon : 29 Mac 2009
Tarikh Pilihan Raya : 07 April 2009



PILIHAN RAYA KECIL N. 12 PENANTI


Pilihan Raya Kecil N.12 Penanti, Pulau Pinang diadakan berikutan perletakan jawatan wakil rakyatnya iaitu Y.B Encik Mohammad Fairus bin Khairuddin pada 19 Mac 2009.


Tarikh Kekosongan Disahkan : 17 April 2009

Tarikh Penamaan Calon : 23 Mei 2009
Tarikh Pilihan Raya : 31 Mei 2009



PILIHAN RAYA KECIL N.14 MANEK URAI


Pilihan Raya Kecil N.14 Manek Urai diadakan kematian penyandangnya iaitu Y.B. Encik Ismail bin Yaacob pada 22 Mei 2009.


Tarikh Kekosongan Disahkan : 23 Mei 2009
Tarikh Penamaan Calon : 06 Julai 2009
Tarikh Pilihan Raya : 14 Julai 2009



PILIHAN RAYA KECIL N.19 JAWI


Pilihan Raya Kecil N.19 Jawi mungkin akan diadakan jika terbukti dakwaan rasuah terhadap Y.B Tan Beng Huat yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal kepada SPRM. Tan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab".


Tarikh Kekosongan Disahkan : ?
Tarikh Penamaan Calon : ?
Tarikh Pilihan Raya : ?

Selasa, 9 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN - MEDIA UMNO-BN SEMAKIN GHAIRAH MEMUKUL CANANG

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan. Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

"Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ialah PAS tidak menutup ruang perbincangan dengan sesiapa dan tidak pula menyebut hendak membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional.

"Jadi, akibat daripada kekeliruan kenyataan ini, saya ingin menyebut sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS, PAS tidak pernah mempunyai hasrat untuk membawa PAS kepada Umno dan Barisan Nasional," tegasnya.

Akibat dari krisis ini, seperti biasa media dan blogger pengampu Umno@BN akan meneruskan kerja jahat mereka untuk melaga-lagakan Pas dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Jika PR tidak bijak menangani kemelut ini ternyata ia akan memberi kemenangan pada UBN dalam perang sarafnya.

Justeru, kita ahli dan penyokong Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amnya agar berwaspada dan tidak mudah terperangkap oleh strategi yang dimainkan pihak musuh. Kalau tidak masakan beria-ia Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin menyokong usul TGHA untuk dibincangkan.

Walaupun ianya seperti ditelan mati mak dan diluah mati bapak namun di Manek Urai kita mesti bersatu sebagai PR untuk membenamkan Umno@BN hingga lemas.

Ahad, 7 Jun 2009

NAJIB KATA KONSEP 1 MALAYSIA TIDAK MENYIMPANG

KUALA LUMPUR 6 Jun - Konsep 1Malaysia tidak sekali-kali menyimpang daripada roh Perlembagaan Persekutuan sama ada secara tersurat atau secara tersirat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, 1Malaysia bukanlah konsep atau formula baru, sebaliknya matlamat akhir konsep 1Malaysia iaitu perpaduan nasional menjadi wawasan utama pemerintah terdahulu yang telah diterjemahkan dalam pelbagai rupa bentuk dan jelmaan prakarsa sepanjang lebih lima dekad yang lepas.

Kalau benar konsep 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan, kenapa krisis yang berlaku di Perak Najib masih gagal menangananinya. Kenapa sehingga sekarang Perak masih dalam keadaan krisis 2 MB. Ternyata telah siang-siang lagi konsep 1Malaysia telah gagal dan sekaligus Najib berbohong pada rakyat bahawa rakyat didahulukan adalah dusta semata-mata.

Jika benar rakyat didahulukan, kenapa Najib takut benar untuk meminta sultan untuk bubarkan DUN. Najib hanya pandai berkata-kata ibarat burung kakak tua tetapi Najib sebenarnya takut akan kehilangan lebih banyak kerusi jika DUN dibubarkan. Zambry hanya sekadar dijadikan bahan kajian politik Najib. Belum pernah terjadi di mana-mana negara Komenwel jawatan MB ditentukan oleh Mahkamah melainkan di Malaysia. Inilah konsep 1Malaysia yang diketengahkan oleh Najib untuk tatapan dunia.

Maka tidak hairanlah apa yang berlaku di Perak, dimana Zambry tidak dilayan seperti MB kemana saja dia pergi membuat lawatan. Bacalah di laman blog Zambry dimana dia meluahkan perasaannya kerana orang ramai tidak mahu bersalam dengannya. Dia seperti kera sumbang kerana dia bukan MB pilihan rakyat sebaliknya MB mahkamah.

SEKITAR CERAMAH UMUM DI STADIUM MPKJ SEK 15 BANGI

Malam tadi telah diadakan ceramah umum di Stadium MPKJ Sek 15 di Bangi. Kehadiran penceramah terdiri daripada YB Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin - Ahli Parlimen B.Gantang, YB Gobind Singh Deo - Ahli Parlimen Puchong, YB Dr. Shafie Abu Bakar - ADUN Bangi dan Ustz Ahmad Shapawi - Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Majlis bermula pada jam 9.00 mlm dan tamat pada 12.00 malam.



Pengerusi Majlis

YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

Ustz Azman Shapawi

YB Gobind Singh Deo




Sabtu, 6 Jun 2009

PENERAJU PAS TAHUN 2009

PRESIDEN
Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang


TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa


NAIB PRESIDEN
Salahuddin Ayub


Mahfuz Omar


Tuan Ibrahim Tuan Man



Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan parti itu semalam.

Pengumuman kemenangan beliau mendapat tepukan gemuruh para perwakilan, walaupun sebelum ini - sehingga saat-saat akhir - ramai yang meramalkan Husam akan menang.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Datuk Husam Musa (281) dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.

Ekoran kekalahan beliau, Husam dan Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan naib-naib presiden PAS, tidak lagi memegang sebarang jawatan tinggi parti di peringkat pusat.

Pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkankeputusan tersebut pada kira-kira jam 10 pagi ini.

Bagi jawatan naib presiden pula, pemenangnya - seperti yang dijangkakan - ialah Salahuddin Ayub yang mendapat 824 undi, Tuan Ibrahim Tuan Man (871) dan Mahfuz Omar (636).

Dua lagi calon - Mujahid Yusof Rawa mendapat 277 undi dan Nik Mohd Amar Nik Abdullah memperolehi 333 undi. Mujahid bagaimanapun berjaya terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS.

Berikut adalah senarai 18 ahli Jawatankuasa Pusat PAS ialah:

Datuk Mohd Nizar Jamaluddin - 854
Idris Ahmad - 799
Kamaruddin Jaffar - 769
Datuk Seri Azizan Abdul Razak - 653
Datuk Dr Hassan Ali - 642
Dr Hatta Ramli - 638
Abdul Ghani Shamsudin 637
Datuk Abu Bakar Chik - 622
Mohamad Hanipa Maidin - 619
Amiruddin Hamzah - 606
Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali - 589
Abdul Ghani Abdul Rahman - 584
Dr Zulkifli Ahmad - 576
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - 530
Hashim Jasin - 522
Mazlan Aliman - 513
Taib Azamuddin Mohd Taib - 508
Mujahid Yusof Rawa - 448

Lebih 1,000 perwakilan mengundi semalam dan pengiraan selesai sehingga awal pagi ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden tanpa bertanding.

Muktamar ke-55 PAS sedang berlangsung selama tiga hari di Shah Alam.

Jumaat, 5 Jun 2009

MUKTAMAR PAS - DEBARAN KIAN TERASA

Siapakah yang bakal bergandingan dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang untuk mengepalai PAS selepas ini. Sudah tentu semua mengharapkan yang terbaik buat PAS. Walau siapapun yang terpilih, kita terima saja demi kebaikan kerana PAS untuk semua.

Khamis, 4 Jun 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL - MEMPERBODOHKAN RAKYAT 1 MALAYSIA

KUALA TERENGGANU - Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini yang runtuh pagi kelmarin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri, Ghazali Hashim mengesahkan perkara itu dan berkata, bumbung berkenaan adalah antara kemudahan di stadium itu yang belum diberikan sijil tersebut.

Katanya, mengikut amalan kerja, JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang sudah siap dibina.

"Hanya kemudahan seperti trek, padang selain beberapa tempat di luar stadium telah diberikan sijil itu. Sijil itu telah dikeluarkan semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei tahun lepas.

"Bumbung stadium belum diberikan sijil tersebut kerana masih dalam tempoh kecacatan (jaminan)," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek meninjau stadium berkenaan semalam.

A-I-B: Berita di atas menunjukkan bertapa bodohnya KERAjaan BN apabila hanya memberikan sijil kelulusan untuk kegunaan trek dan padang sahaja tetapi tidak kepada keseluruhan bangunan stadium tersebut.

Yang anehnya, kenapa acara sukan dibenarkan pula diadakan di dalam stadium berkenaan jika ianya tidak selamat untuk digunakan.
Kerajaan Barisan Nasional sekali lagi hendak memperbodohkan rakyat Malaysia mungkin akan berkata, "kalau anda hendak jadi penonton sukan di stadium ini, anda hendaklah berada di trek atau padang bukannya di tempat duduk berbumbung kerana bumbung stadium kami belum beri kelulusan sijil".

Kalau penonton yang hendak menonton acara sukan berada di trek atau padang, dimana pula kedudukan ahli sukan yang mengambil acara sukan berada? Lu pikir...lah sendiri!...

Rabu, 3 Jun 2009

SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL - BUMBUNG STADIUM RUNTUH


Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang bernilai RM292 juta dan menjadi venue utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 runtuh menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.

A-I-B: Mari!... mari!.. mari!... Mari kita tengok, siapa yang kena!... atau apa yang tak kena!...