Khamis, 28 April 2011

'DATUK T' NAK ANGKAT SAMPAH DI SENTUL ESOK


Salah seorang "Datuk T" berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," kata si munafik ini.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas hero pelakon filem prono kelahiran Melaka dan bekas bendahari PERKASAM - akan turut serta mengangkat sampah.

Menurut bapak dajjal tu lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Komen: Nak tergelak berguling-guling aku dengan ungkapan mangkuk ayun di atas. 'Tindakan bergantung kepada tokoh agama', rasa-rasanya confirm tak jadi. Itulah cara orang munafik main-mainkan agama.

Isnin, 25 April 2011

PERHIMPUNAN HARAM: BERANIKAH POLIS BERTINDAK!...

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu kaum Cina dan India melihat dari sudut positif perjuangannya dalam mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.

Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor, berkata perjuangan PERKASA tidak dibuat secara tersembunyi malah ia akan terus mempertahankan kepentingan bangsa Melayu mengikut lunas undang-undang.

"Bangsa Melayu berpecah kerana politik, namun peningkatan kesepakatan mereka dapat dilihat melalui dua perhimpunan besar-besaran (anjuran Perkasa) di Pasir Mas, Kelantan dan di Pasir Salak, Perak tahun ini.

"PERKASA Kedah akan menganjurkan perhimpunan ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Jumaat dan Sabtu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Syed Osman berkata lebih 30,000 orang dijangka menghadiri perhimpunan dua hari itu.

Katanya PERKASA akan melancarkan kempen "1Bumi 1Melayu" pada Sabtu untuk menuntut hak Melayu secara terbuka.

Sabtu, 23 April 2011

SOKONG KENYATAAN TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

Ahli majlis teringgi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyeru rakan-rakannya dalam BN supaya henti melabelkan penyokong pembangkang sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.

Saifuddin yang juga timbalan menteri pengajian tinggi berkata BN sebaliknya mesti menghormati hak pengundi.

“Dengan segala hormatnya, saya minta rakan-rakan di BN jangan menyalahkan atau menuduh mereka yang tidak undi kita sebagai tidak tahu bersyukur.

“Dalam demokrasi, kita mesti hormat hak pengundi untuk memilih mana-mana parti yang disukai mereka. Nanti kita nak jumpa merka lagi dalam pilihan raya akan datang.

“Kalau mereka tempelak kita, apa macam?” soalnya dalam satu kenyataan.

MEDIA PROPAGANDA UMNO SPIN KENYATAAN MUSTAFA ALI

KUALA LUMPUR, 23 April: Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar pro Umno itu, Setiausaha Agung PAS itu berkata, laporan tersebut berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Katanya, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, Polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkannya.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil.

Ahad, 17 April 2011

ANALISIS: BN SEBENARNYA SEDANG MENANGIS DI SARAWAK

Daftar Pemilih yang digunakan bagi pilihan raya DUN Sarawak kelmarin ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang diwartakan pada 25 Mac 2011. Daftar Pemilih itu mengandungi 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Sebelum dibubarkan, BN menguasai 63 daripada 71 kerusi di DUN Sarawak, iaitu PBB (35), SUPP (12), PRS (8) dan SPDP (8).

BN berjaya memperbaharui mandat rakyat apabila menang 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebahagian besarnya disumbang oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Walaupun BN menang tetapi undian rakyat terhadap parti itu didapati merosot manakala undi untuk PR terus meningkat walaupun kalah.

Kertas undi yang dikeluarkan dan 100% dipulangkan kembali kepada pusat membuang undi adalah dari N.28 Engkilili, N.49 Nangka, N.61 Bekenu, N.23 Lingga, N.56 Baleh, N.71 Bukit Sari, N.7 Tupong, N.24 Beting Maro, N.57 Belanga, N.63 Piasau, N.66 Marudi dan N.69 Batu Danau.

Keseluruhan undi rosak sebanyak 8086 manakala undi tidak dipulangkan sebanyak 1963.

Stastik menunjukkan dari jumlah 683,034 orang pengundi yang hadir keluar mengundi, BN hanya mampu meraih sokongan sebanyak 372,379 undi, PR 262,836 undi, manakala selebihnya untuk lain-lain parti.

BN gagal mengekalkan undi yang tinggi seperti yang mereka perolehi pada PRN ke 9 yang lalu malah undi ketika ini semakin merosot.

Ini menunjukkan bahawa kemenangan BN sebenarnya adalah senyum dalam tangisan. Ternyata undi kaum cina tidak berpihak kepada mereka walaupun mereka sering gembar-gemburkan di pihak media pro BN menyatakan sokongan kaum cina semakin meningkat.

PRU13 nanti BN bakal diganyang dengan lebih teruk lagi. Nantikanlah saatnya...

Sabtu, 16 April 2011

HOT: DSAI, LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG DAN NIK AZIZ LARI LUAR NEGARA

Tadi aku tengok berita kat astro awani. Pasal isu pilihanraya negeri sarawak. Aku suka laporan awani kali neh sebab agak telus. Ya, kadang2 laporan awani agak bias. Tapi aku tak salahkan awani. Mereka sebenarnya dipaksa untuk tunduk kepada kerajaan. Kalau tidak mereka akan kehilangan hak untuk beroperasi.

Samada korang perasan ataupun tidak pemberita2 awani sedikit sebanyak ada berikan clue/hint kepada penonton berkaitan beberapa isu. Mereka tak boleh nampak seperti BEBAS secara terang-terangan tapi mereka cuba mencerminkan imej BEBAS secara sembunyi2. Takpelah, kalau PR berjaya tadbir malaysia kelak, kita doakan agar semua media diberikan kebebasan untuk melaporkan berita benar bukan berita fitnah.


Kat awani tadi pemberita interview polis yang bertugas menjaga kawasan satok. Polis memberikan jawapan begini ;

1. Perselisihan yang berlaku ialah perselisihan yang sangat2 kecil [bukan panas seperti yang dilaporkan oleh umb]

2. Perselisihan faham berpunca daripada salah faham bagi parti2 yang bertanding.

3. Ia berjaya diselesaikan selepas mereka memberikan kerjasama yang penuh.

4. Ia berlaku akibat daripada dua perkara. Satu mengenai pengundi yang masuk ikut pintu yang berbeza2 dan satu lagi sebab penyokong2 kesemua parti yang bertanding mendekati pusat pengundian dan mereka disuruh keluar dan menjarakkan diri2 masing dari pusat pengundian dalam lingkungan 50meter sekurang2nya.

Dan selepas aku tengok awani aku kalih ke berita tv3 pula. Di tv3 pula berita yang aku dapat memang sedikit pelik. Mula2 tv3 interview spr dan spr memberikan statement seperti di bawah ;



Dan selepas habis sesi interview dengan spr, tv3 menyiarkan ulasan tpm. Ulasan tpm lebih kurang begini ;





Point penting ;

1. tpm bidas pihak pembangkang keluar khabar angin? Tapi di berita tadi tpm sendiri cakap begini ;


" menurut maklumat yang saya terima dari sumber sahih, anwar dah lari ke luar negara. Dia naik kapal pergi london dan kemudiannya nak menuju ke amerika. Kalau menang kenapa lari?"

dalam erti kata lain, dia sendiri yang sebarkan khabar angin tapi dia tak sedar. Betul ke dsai dah lari? Mana aku tahu. Lepas tue dia wujudkan persepsi bahawa bn menang di sarawak. Sebab tue dia cakap dsai lari. Dia kemudian nya cakap macam neh ;


" jangan percaya kepada psy war pembangkang.. ini semua taktik untuk mengelirukan pengundi. "

Dia faham ke pembangkang cakap apa? Pembangkang cakap mereka lead di beberapa kawasan. Bukan menang. Ko punya taktik psy war yang maha dasat. Terus keluar statement dalam tv. Terus cakap dsai lari. Di blog2 umno dok sebarkan info kata bn menang besar di sarawak. Ko taknak sound pula? SPR taknak bidas pula?

2. SPR patut telus. Dia patut cakap je belum ada mana2 parti yang disahkan menang di sarawak. Dia tak boleh sebut parti pembangkang ke parti kerajaan ke segala bagai pasal di sarawak takde kerajaan or pembangkang. DUN dah dibubarkan. Dia faham ke maksud pembubaran dun? Maknanya selagi belum ada mana2 wakil rakyat yang terpilih secara rasmi sebagai mewakili satu2 kawasan dan membentuk kerjasama bagi memerintah satu2 negeri itu bermaksud tiada istilah kerajaan ataupun pembangkang. Ini proses pemilihan wakil rakyat. Parti yang menang paling banyak akan membentuk kerjasama bagi memerintah negeri. So apa istilah parti pembangkang pula? Di sarawak mana ada kerajaan negeri bila dun di bubarkan. BN bukan pentadbir sarawak buat masakini.

Takan benda simple macam neh spr tak faham? Kenapa dia buat statement melulu dan bias yang menjatuhkan pembangkang? Dia hanya baca blog / twitt parti pr aje ke? Yang blog dan twitt parti bn dia tak baca ke? Dah berapa banyak umb dan lain2 pro bn twitt kata bn lead itu ini. BN akan bentuk kerajaan itu ini. BN menguasai itu ini. BN menang itu ini. Blog bn pun siarkan perkara yang sama. Kenapa hanya pr je yang dapat tuduhan? Kenapa?

Sekarang terbaru di twitter mereka kata lim kit siang dah lari. Lepas neh mungkin tgna pula lari. Dan mungkin selepas selepas ini kita pro pakatan rakyat pula lari dari malaysia. Hah sudah. Melayan kegilaan bn. Orang gila mmg hasilnya gila.

Dan yang terbaru kakitangan spr tak nak isu borang 14 kepada petugas2 pkr di beberapa kawasan. Kenapa? Takmo bagi mereka kira undi ka?

Ameno : Kali neh aku bersedia melabelkan spr dengan gelaran yang paling keji.

Rabu, 13 April 2011

DUN SARAWAK: TAIB DEGIL, BN PULA GOYAH HADAPI HARI PENENTUAN

KUCHING, 13 April — Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan.

Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.

Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak.

“Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).

“Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini.

Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi.

“Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN,” kata satu lagi sumber.

Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi.

Prestasi pembangkang yang berbara dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini.

Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri.

Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini.

Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi balasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang.

Pengundian pilihan raya negeri diadakan Sabtu ini.

“Taib sedang mencari laluan keluar yang selamat dan mahukan seorang pengganti yang akan memberikannya jaminan itu,” kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider.

“Beliau juga mahu meletakkan seorang yang beliau boleh kawal seperti Dr Mahathir memilih Pak Lah,” kata pemimpin Umno itu. Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003.

Selasa, 12 April 2011

SELEPAS 'YOU HELP ME' KINI 'PERCAYALAH SAYA'

Harakahdaily, 12 April: "Percayalah saya, percayalah saya," yang menjadi ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya negeri Sarawak kini menjadi mainan pelbagai pihak.


Kata-kata itu menjadi popular dalam pilihan raya negeri kali ini. Semasa pilihan raya kecil Sibu, perkataan popular dari Najib adalah, "You help me, I help you." (Awak tolong saya, saya tolong awak).

Ia merujuk kepada permintaan dari beliau agar pengundi menolong parti beliau iaitu BN dengan mengundi calon BN. Jika mereka berbuat demikian, Najib berjanji akan menolong mereka pula.

Namun, kata-kata Najib ini ditolak oleh pengundi pilihan raya kecil Sibu apabila kerusi BN itu jatuh ke tangan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.

Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi, calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yew 18,447 undi, manakala calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi.

"Najib masih percaya rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa dan mudah pergunakan. Saya meminta saudara-saudari semua di Sarawak bangun sekarang dan tuntut apa yang sepatutnya milik kita.

"Cukuplah setakat ini, sementara kita mengucapkan terima kasih kepada apa yang telah dibuat BN untuk kita, tetapi kita tidak patut lacurkan diri kita lagi. Sarawak milik rakyatnya," tulis seorang aktivis Ronnie Charles Klassen dalam Facebooknya.

Kini Najib berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan akan berada di sini sehingga 16 April. Beliau didakwa telah mengambil alih tunggak kempen BN di Sarawak dari Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.

Najib juga mengumumkan, Taib akan melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya ini dan dijelaskan oleh Taib, dia akan bersara beberapa tahun lagi.

Isnin, 11 April 2011

NILAI PENGUNDI SARAWAK HANYA SEBUAH TUPPERWARE

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

Seorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol.

Sabtu, 9 April 2011

POLITIK UMNO-BN SEBENARNYA JADI PENGACAU

Aku hampir tergelak berguling-guling sebenarnya dengan amaran dari Persiden CUEPACS menyatakan bahawa, parti-parti politik jangan campuri urusan dalaman penjawat awam. Selama inipun yang jadi pengacau adalah UMNO-BN dan sekutu-sekutunya.

Semua jentera kerajaan dianggap kepunyaan UMNO-BN. Mereka tidak boleh membezakan samada antara kepentingan politik kepartian dengan kepentingan awam.

Walaupun jelas amaran itu ditujukan kepada UMNO-BN, tetapi hakikatnya amaran itu hanya sekadar anjing menyalak bukit. Selagi UMNO-BN terus berkuasa, mereka akan terus memperkudakan seluruh jentera kerajaan semahu-mahunya.

Kita mampu mengubahnya, jika kita bersatu tumbangkan UMNO-BN laknatullah pada PRU13 nanti.


PETALING JAYA 8 April – Parti-parti politik digesa tidak menangguk di air keruh dalam beberapa isu yang melanda kastam termasuk kematian pegawai jabatan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kelmarin.

Ketegasan itu disuarakan Kesatuan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Persatuan Pegawai Kanan Kastam (Pekasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, ahli politik tidak sepatutnya mencampuri urusan kakitangan awam yang berada di bawah tanggungjawab kongres itu.

“Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik sebenarnya hanya mengguris hati kakitangan JKDM, bukan membantu menaikkan semangat.

“Mereka tidak perlu lebih ke hadapan berbanding kami dengan menyuarakan segala yang tidak dipersetujui oleh kakitangan JKDM,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Ketegasan Omar itu mendapat tepukan gemuruh lebih 50 pegawai kastam yang hadir termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Pegawai JKDM, Ibrahim Ahmad berkata, hasil mesyuarat dengan CUEPACS dan Pekasa petang ini, ketiga-tiga pihak mencapai tiga rumusan.

“Pertamanya, kami akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat nasihat dan suntikan semangat bagi menaikkan semula martabat JKDM.

“Dalam pertemuan itu juga, kami akan berbincang mengenai skim gaji yang diterima kakitangan JKDM yang dilihat terlalu rendah,” ujarnya.

Menurutnya, rumusan kedua pula ialah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 12 April ini di Putrajaya bagi meminta suruhanjaya tersebut membersihkan nama JKDM yang dikatakan terlibat dalam rasuah sebanyak RM108.5 bilion.

Bagi rumusan ketiga, jelasnya, Kesatuan Pegawai JKDM, Pekasa dan CUEPACS mahu media memperbetulkan bahawa kakitangan JKDM terlibat dengan rasuah sebanyak itu.

“Ini kerana jumlah RM108.5 bilion itu menjadi satu trauma bagi warga JKDM ketika ini dan ia perlu dipulihkan bagi menaikkan semula semangat kerja kakitangan,” katanya.

Khamis, 7 April 2011

ALKITAB: NAK IKUT MUFTI ATAU UMNO

KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini.

PEGAWAI KASTAM PULA MATI DI BANGUNAN SPRM SELEPAS TEOH BENG HOCK

Pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan semalam, datang ke pejabat itu di Jalan Cochrane secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang dibongkar baru-baru ini.

Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang memegang jawatan Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor, datang ke pejabat SPRM bersendirian menunggang motosikal.

SPRM juga mengesahkan Ahmad Sarbani adalah antara pegawai kastam yang ditahan 1 April lalu pada jam 1 tengah hari di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan dibawa ke SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dan dilepaskan dengan jaminan 2 April pada jam 12.30 tengah hari.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali dalam sidang medianya, berkata Ahmad Sarbani dikatakan datang pada jam 8.26 pagi semalam, untuk berjumpa pegawai penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan untuk berbincang sesuatu berhubung perkara itu.

Oleh kerana pegawai penyiasat terbabit sedang bermesyuarat, beliau menunggu di lobi bangunan sehingga jam 9.30 pagi sebelum datang seorang pegawai lain untuk mengiringi Allahyarham ke sebuah bilik ‘pantry’ di tingkat tiga.

Katanya, kira-kira 45 minit selepas itu, pegawai yang mengiringinya meninggalkan Ahmad Sarbani sebentar untuk mendapatkan pegawai penyiasat yang ingin ditemui Allahyarham.

“Apabila pegawai pengiring terbabit masuk semula ke bilik rehat, beliau dapati pegawai kastam itu sudah tiada dalam bilik. Selepas mencari di sekitar kawasan pejabat, seorang pegawai kami terlihat satu tubuh manusia atas lantai di tingkat satu,” katanya.
Beliau berkata, SPRM kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum menghubungi keluarga dan majikan mangsa.

Siasatan terhadap Allahyarham dijalankan selepas 62 pegawai kastam ditahan dan disoal siasat menerusi Operasi 3B kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain, baru-baru ini. Penahanan membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun dan daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman.

Selepas operasi itu, sejumlah RM602 juta wang yang terbabit dalam pengubahan haram dibekukan, RM382 juta harta disita, manakala RM31.2 juta lagi dilucutkan hak. Siasatan menemui simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

Sementara itu, menurut sumber, ada beberapa saksi melihat Ahmad Sarbani berlari ke arah tingkap di tingkat tiga sebelum jatuh ke tingkat satu yang dikatakan digunakan sebagai gelanggang badminton. Mangsa cedera parah pada muka dan kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber turut berkata, Allahyarham datang ke pejabat SPRM untuk menukar kenyataannya kepada SPRM sebelum ini serta mendapatkan tandatangan pengesahan pada borang yang menyatakan beliau dibebaskan dengan jaminan.

Selasa, 5 April 2011

INGAT UMNO, INGAT SEX, ZINA DAN RASUAH

Ingat UMNO, ingat SEX. Ingat UMNO, ingat ZINA, Ingat UMNO, ingat RASUAH. Gelombang BIRU penuh dengan cacamarba.

Sabtu, 2 April 2011

TERIMA KASIH POLIS, BANTU RAKYAT BENCI UMNO BN

Harakahdaily, 2 April: “Terima kasih PDRM bantu rakyat benci Umno BN,” kata Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam yang mengesahkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didedahkan tiga manusia baru-baru ini adalah tulen.

Menurut Ismail, pengesahan itu dibuat oleh pakar profesional yang dilantik pihaknya minggu lalu untuk membuat kajian terperinci.

Katanya, hasil siasatan rakaman video itu yang kini di peringkat akhir akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kemungkinan selepas ini pihak polis akan mengesahkan bahawa ‘pelakon’ lelaki di dalam video berkenaan adalah Anwar.

Baginya, itulah ‘skrip’ sejak dari awal lagi di mana semua media yang pro Umno BN cuba mengaitkan video lucah itu dengan Ketua Umum PKR.

Secara sinis, beliau berkata, walaupun video lucah itu dimaklumkan pihak polis adalah tulin tetapi gagal mengesahkan pelakonnya kemungkinan disebabkan mata penyiasat rabun.

“Mungkin penyiasat mata rabun atau yang siasat ni ‘polis malaikat’ yang tak tengok adegan atas katil, jadi dia siasat video saja,” ujarnya lagi.

VIDEO SEX: KPN TIDAK FAHAM

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Persoalannya: Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.

Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.

Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini “di tahap akhir”, akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai tanpa polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan.

Mereka yang dimaksudkan adalah:

  • Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman berkenaan dikatakan dibuat.
  • Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan sembilan pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu
  • Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan “bahasa tubuh” pelaku.

Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazyl Eskay dan Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di bangunan Parlimen pada 22 Mac.

Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.

Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam “siasatan adil dan telus” seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks “Tiga Datuk” kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara semalam itu. mkini


JIKA GAGAL BAYAR DENDA, ADUN UMNO AKAN DIPENJARA

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dihukum penjara tiga tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini, atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Mustafa yang memakai kot warna hitam kelihatan tenang di kandang tertuduh sebaik sahaja Hakim Amran Jantan membacakan hukuman tersebut setelah tertuduh didapati bersalah pada 4 Mac lalu.

Dalam keputusannya, Amran menyatakan bahawa kesalahan tersebut adalah serius kerana ia dilakukan oleh individu yang berjawatan seperti tertuduh.

"Hukuman bon tidak wajar kerana ia memberi gambaran yang tidak baik kepada masyarakat, seolah-olah mahkamah tidak memandang serius kes rasuah," katanya.

Amran turut memerintahkan Mustafa dihukum penjara 12 bulan sekiranya beliau gagal membayar denda tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sehingga Isnin ini setelah pihak pembelaan memaklumkan akan mengemukakan rayuan.

Bagi tujuan tersebut, hakim berkenaan memerintahkan jumlah ikat jamin tertuduh RM6,000 sebelum ini ditambah kepada RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mustafa, 52, didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada M. Manimaran di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa yang dipilih sebagai ADUN Lenggeng pada 2008 didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk mengeluarkan permit menjual pasir kepada pengadu.

Dakwaan terhadap Mustafa yang diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Feisal Mustapha, dikemukakan mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi dan Penguasa Kanan SPRM, Jasmi Buang.

Jumaat, 1 April 2011

TERIMAKASIH UMNO, MINYAK NAIK LAGI

Tahniah UMNO, kerana naikkan harga minyak. Haha!... Mari kita dengar pantun dari UMNO berkaitan kenaikkan harga minyak dan kita raikan bersama.

Berakit-rakit kehulu
Berenang-renang ketepian
Minyak RON97 naik dahulu
RON95 naik kemudian

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

KAMERA ALLAH LEBIH HEBAT DARIPADA KAMERA MILIK UMNO

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa dua wajah dikesan dalam rakaman kamera tersembunyi yang diletakkan di pejabatnya Ogos lalu.

Beliau berkata rakaman yang diperiksa oleh seorang penyiasat persendirian dan staf kerajaan negeri menunjukkan dua orang itu sedang menukar bateri kamera.

"Ketika memeriksa rakaman dengan lebih teliti, perakam suara yang dibina dalam kamera itu mendedahkan nama lelaki yang disebut 'Fais'," katanya kepada wartawan selepas menghadiri sidang dewan negeri di Shah Alam, petang senmalam.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata beliau masih perlu melihat rakaman itu tetapi mahu memberikan penyiasat itu masa yang secukupnya untuk menyiapkan siasatan.

Beliau berkata laporan polis tidak akan dibuat ketika ini oleh kerana kerajaan negeri ingin menyiasat insiden itu terlebih dulu.

Pada Ogos 2010, Menteri Besar mendedahkan bahawa sebuah kamera ditemui tersembunyi di pejabatnya yang merakam aktivitinya.

Beliau berkata beliau mengesan kamera Fuji itu pada belebas di balik tirai di pejabatnya bila baterinya lemah dan beliau mendengar suatu bunyi.

Catatan: Kalau tanya UMNO, mesti puak-puak laknatullah tu tak akan mengaku yang merekalah memasang kamera tersembunyi itu.

STANDARD CHARTERED DERMA RM1 LEWAT LAYAN PELANGGAN


TEMPOH menunggu hanya lapan minit. Itulah janji Standard Chartered Bank (M) Bhd kepada pelanggan dalam piagam perkhidmatannya, dan jika lewat ia akan mendermakan RM1 bagi setiap kelewatan kepada tabung kebajikan.Bercakap kepada media selepas melancarkan piagam pelanggan berkenaan, Pengarah Eksekutif Kumpulan bank itu, Steve Bertamini, berkata langkah berkenaan bertujuan menjadikan perkhidmatan bank itu lebih cekap, serta memastikan setiap pelanggan mendapat layanan serta khidmat yang lebih cemerlang.

“Inisiatif ini adalah pendekatan kami untuk meningkatkan produktiviti syarikat, pada masa sama, memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.

“Ia juga, katanya, bersifat serampang dua mata kerana turut meletakkan aspek kebajikan,” katanya sambil berkata, Standard Chartered adalah bank pertama di negara ini memperkenalkan piagam sedemikian.

Mengulas lanjut Bertmanini berkata, tempoh menunggu lapan minit itu dikira bermula daripada saat pelanggan menerima nombor giliran sehingga nombor giliran mereka dipaparkan di skrin LCD yang dipasang di setiap cawangan.

“Sistem giliran itu secara automatik akan merekodkan tempoh menunggu setiap pelanggan dan seterusnya memaklumkan kepada petugas jika mereka telah melebihi tempoh lapan minit yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, hasil daripada kutipan bagi kelewatan itu akan disalurkan kepada empat program kebajikan global naungan bank terbabit iaitu ‘Seeing Is Believing’, ‘Living with HIV’, ‘Environment’ dan ‘Financial Literacy Programme’.

“Seeing Is Believing adalah dana yang dibentuk untuk menangani dan mencegah masalah cacat penglihatan, manakala ‘Living with HIV’ ialah program khas yang dibentuk untuk mengurangkan bilangan jangkitan HIV.

“Environment pula ialah program pemuliharaan alam sekitar, manakala ‘Financial Literacy Programme’ ialah program yang disusun untuk menanamkan kesedaran mengenai pengurusan wang di kalangan pelajar sekolah,” katanya.