Selasa, 31 Januari 2012

BERAS 'JATI' SEMAKIN POPULAR SELEPAS INI

Adakah jenama beras ini ada kena mengena dengan penubuhan 'JATI'


Hassan Akidah yang dipecat keahliannya oleh parti itu, akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR... saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di Shah Alam.

Rabu, 25 Januari 2012

BUDAK BUNTAL SAMSENG JALAN KEBUN DITAHAN

Polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob ketika dihubungi Malaysiakini tengahari ini, mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148, Kanun Keseksaan. Seksyen berkaitan kesalahan membawa senjata dalam rusuhan.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di ibupejabat polis Shah Alam jam 4 petang ini mengenai perkembangan selanjutnya siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Sementara itu, Sinar Harian Online melaporkan lelaki itu berusia lewat 20-an selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan.

Ia memetik ACP Zahedi sebagai berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.

Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.

Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.

Selasa, 24 Januari 2012

CERITA KAK MAH SHOPPING MAKIN PANAS!...

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. Lagi disini dan disini

KESIAN KAK MAH, KENA FITNAH LAGI...

SEMALAM Datin Rosmah menafikan laporan akhbar berpengaruh Australia, The Sydney Morning Herald tentang kisahnya berbelanja boros sehingga lebih RM300,000 di sebuah butik di Sydney dalam satu percutian peribadinya bersama Najib.

Namun Rosmah hanya menafikan laporan akhbar Australia tersebut yang menggelarkan beliau sebagai "First Lady of Shopping" dengan sepatah kata "saya selalu menjadi mangsa" [Malaysiakini].

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Namun hari ini, portal berita berpengaruh Singapura, Asia One mengeluarkan laporan berita yang serupa di bawah tajuk "Malaysian PM's wife spends $130k on shopping spree".

Berikut printscreen laporan tersebut.



Sungguh menghairankan apabila portal berita berpengaruh dari negara luar negara begitu berani mengeluarkan laporan ini sekiranya ia tidak benar. Jika ia fitnah, Rosmah patut mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita ini.

Setakat nafi dan nafi kambeng pun pandai nafi, mungkin kambeng lebih pandai untuk membuat penafian. Berani ke Rosmah nak saman akhbar luar negara ini? Mungkin lebih mudah jika beliau bayar saja editor akhbar ini agar meminta maaf. sumber-->

Kata pepatah Melayu; "Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang, kecuali lah ada beruk di atas pokok tersebut".

CYN: KALAU UMNO DAH KUAT TAK PERLU MINTA TALIAN HAYAT KAUM CINA

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perayaan Tahun Naga Air dalam kalendar Tahun Baru Cina ini diharap dapat menarik lebih banyak sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, walaupun sokongan masyarakat itu kepada BN merosot (saya ulang: merosot) pada pilihan raya umum lalu, kerajaan sentiasa melakukan pelbagai usaha membela nasib kesemua lapisan rakyat termasuk masyarakat Cina sejak dahulu.

“Harap begitulah (peningkatan sokongan) kepada segala usaha kita membela rakyat. BN juga mengharapkan tahun ini membawa rezeki lebih bagi terus membela nasib rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Diharap dengan ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap BN,” katanya. Tolong!..., mintak nyawa...

Isnin, 23 Januari 2012

SPESIS BANGSA MELAYU BANGSATTT TAJAAN UMNO



Samseng UMNO menyerang PR. Mana pi polis...

GONG XI FA CAI


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru.

Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulutdan limau mandarin.

Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.

Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Macau, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, Korea, Vietnam dan lain-lain.

Selasa, 17 Januari 2012

PARPUKARI DAN PAPA GOMO NAK SAMAN ABD RAZAK

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.

Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

"Apabila kita menghadap seorang hakim, kita mahu mengatakan bahawa kita telah melakukan segala-galanya yang terdaya untuk mengenal pasti penulis blog itu," katanya.

Notis berkenaan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog Papagomo dan Mohamad Salim Iskandar sebagai pemilik blog Parpukari.

Abdul Razak mendakwa bahawa Papagomo melalui posting di blog pada 11 Disember tahun lalu dan Parpukari melalui posting pada 4 Disember dan 12 Disember tahun lalu telah memfitnah dirinya.

"Mereka memfitnah anak guam saya dengan memanggilnya penyanggak dan menuduhnya menipu kerajaan serta bersekongkol dengan pembangkang dan melabelnya sebagai tidak tahu bersyukur kepada Umno," kata Netto.

Menurutnya tuntutan RM10 juta daripada setiap mereka itu adalah wajar dan menambah Abdul Razak adalah pemegang lesen telekomunikasi yang berhubungan dengan perkhidmatan jalur lebar dan satelit dengan kerjasama dari Telekom Malaysia.

"Beliau membekalkan rakyat negara ini dengan perkhidmatan jalur lebar melalui kerjasama dengan Telekom Malaysia, beliau adalah orang yang agak berpengaruh dari segi perkhidmatan yang ditawarkan itu.

"Tetapi dengan artikel-artikel yang berbaur fitnah ini, bank-bank dan Telekom memanggil anak guaman saya dan menuntut jawapan berhubung apa yang sedang berlaku," katanya.

Netto berkata beliau dimaklumkan bahawa Papagomo telah menemui dengan beberapa penulis blog lain dan meminta nasihat bagaimana mengendalikan saman berkenaan manakala Parpukari setakat ini mengabaikan notis undang-undang itu.

"Jika menjelang akhir minggu, mereka tidak menunjukkan sebarang keikhlasan secara bertulis atau mahu berunding, maka mereka akan memaksa kami untuk memfailkan tindakan di mahkamah," katanya.

Selain daripada ganti rugi, mengikut surat yang dihantar on 3 Januari lalu, Abdul Razak menuntut untuk kedua-dua mereka untuk menarik balik dakwaan mereka dari blog mereka serta membuat permohonan maaf.

Jika tiada reaksi dari penulis blog berkenaan, Netto menambah, saman akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seawal Jumaat ini ataupun paling lewat pada awal minggu depan.

Papagomo sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi, termasuk mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan pelajar perempuan tetapi dakwaan itu akhirnya terbukti tidak benar.

Sabtu, 14 Januari 2012

'MALAYSIA TANPA UMNO', KAMI SEJAHTERA TANPANYA

ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.

“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.

“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.

Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.

Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.

“Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa,” jelasnya.

Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.

Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.

“Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.

Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.

“Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala,” katanya lagi.

Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.

“Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno,” ujarnya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.

Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.

“Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat,” katanya.

Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.

Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.

Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

“Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya.

Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.

Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.

Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.

“Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam,” katanya. hrk

Khamis, 12 Januari 2012

SHAHRIZAT CUTI 3 MINGGU, SIAPA YANG AKAN JAGA LEMBU

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil telah memohon cuti tiga minggu bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada beliau terlibat dalam sebarang keputusan kerajaan berkenaan projek ternakan lembu NFC.

Cuti rehat selama tiga minggu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bermula esok.

Shahrizat juga merupakan Ketua Wanita Umno.

Dalam satu kenyataan hari ini, Shahrizat berkata, beliau telah mengemukakan permohonan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya berharap pihak SPRM akan dapat menjalankan siasatan sama ada saya terlibat atau tidak di dalam apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai National Feedlot Corporation (NFC) di mana suami saya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif," katanya dipetik laporan Bernama.

Shahrizat berdepan isu NFC, yang diterajui Dr Mohamad Salleh, apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Ia kemudian dibangkitkan oleh PKR menerusi pendedahan secara bersiri.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import. sinarharian

GEMPAR: PAPAGOMO SANGGUP LARI BOGEL KELILING KLCC ESOK


Akibat tidak tahan menanggung malu kerana telah berjanji jika Anwar tidak lari keluar negara semasa perbicaraankes liwat Isnin lalu maka beliau sanggup lari keliling KLCC esok.

Akhirnya blogger upahan UMNOprono si Papa Gomo keturunan yahudi akur akan menunaikan hasratnya untuk lari mengelilingi KLCC ketika umat islam menunaikan sembahyang jumaat.

Samada benar atau tidak, sama-sama kita saksikan esok si munafik ini tunaikan janjinya. Baca artikel beliau sanggup lari bogel keliling KLCC disini



Rabu, 11 Januari 2012

UTUSEX: PESERTA BAWA BOM UNTUK LETUP DIRI SENDIRI

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dibawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini.

Mahfuz merujuk laporan muka depan akhbar Utusex hari ini, yang memetik sumber polis mendakwa letupan dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Selain kumpulan itu, turut mengadakan perhimpunan pada pagi yang sama adalah kira-kira 50 penyokong pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terdiri kebanyakan mereka oleh ahli kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah Malaysia (Pekida).

Kehadiran penyokong itu, di bawah panji Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), bagaimanapun juga mencetus kekecohan dan juga pergaduhan kecil apabila mereka berarak ke kawasan mahkamah tetapi berjaya dileraikan polis.

Mahfuz juga berkata kebocoran maklumat polis itu sebagai tidak bertanggungjawab dan mahu siasatan dijalankan sebelum sebarang kenyataan lanjut dibuat.

“Polis jangan begitu mudah buat andaian ia (letupan itu) dibuat oleh peserta (perhimpunan), katanya selepas mengumumkan perkembangan konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Star pada Sabtu ini.

“Saya percaya polis ada kamera? Itu sesuatu yang malang jika tiada kerana kita boleh lihat bagaimana kejadian berlaku,” kata Mahfuz.

Tiga letupan berlaku berhampiran kompleks mahkamah pada Isnin lalu. Kejadian itu mencederakan lima peserta perhimpunan dan merosakkan beberapa kenderaan, termasuk yang dimiliki oleh wartawan, ahli politik dan peserta.

Selasa, 10 Januari 2012

PENYOKONG UMNO CONTENG BANNER PAKATAN RAKYAT

(Kain rentang Pakatan Rakyat jadi mangsa di Seberang Temerloh)

Marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.

Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.

Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).

Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.

Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam. Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.

Jumaat, 6 Januari 2012

PERHIMPUNAN 901 DIBENARKAN: TENTUKAN TIADA PROVOKASI DARI POLIS

Polis telah membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.

Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang nanti.

Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:

"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".

Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".

Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.

Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.

"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.

"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.

Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.

Menurutnya lagi, perhimpunan tersebut adalah untuk mrnunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.

"Ia bukan protes, tapi solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya.

Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.

"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.

Khamis, 5 Januari 2012

TERUKNYA PERANGAI ORANG UMNO

PERHIMPUNAN 901: BERHATI-HATI DENGAN PROVOKASI POLIS

Setakat ini kira-kira 475 laporan daripada pelbagai pihak diterima polis bagi membantah Perhimpunan 901 yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jan 2012.

Harus diingat, walaupun disebalik bantahan perhimpunan tersebut tetapi mereka tetap berharap agar perhimpunan tersebut tetap berlaku kerana peluang untuk mereka membuat provokasi sangat cerah.

Namun di pihak PR, mereka harus berhati-hati dengan pelbagai provokasi yang akan dihasilkan oleh agen-agen UMNO termasuk polis.

Difahamkan pihak polis sedang membuat pelbagai persiapan rapi termasuk memastikan semua kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi dengan baik.

Kita lihatlah nanti bagaimana agen-agen mesra UMNO akan memutar berita dari fakta sebenar. PR juga harus bersedia menangkis sebarang provokasi dari puak laknatullah ini samada dalam bentuk video atau visual.

Rabu, 4 Januari 2012

BERITA LAWAK - JANGAN JADI PERKAKAS PEMBANGKANG

"Mahasiswa tidak terpedaya dengan penipuan dilakukan pembangkang yang kononnya mewakili kebebasan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) terutama untuk berpolitik." Katak Kulim

Dua "mahasiswa" Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut mengambil bahagian dalam raptai penuh perhimpunan agung parti laknatullah (PR) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Oktober 2010.


Dengan menggunakan teknik unsur bantuan, kanak-kanak sekolah rendah pun dijadikan alat atau perkakas oleh pihak pembangkang PR. Memang celaka betul Pakatan Rakyat yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP.

FATWA ULAMA UMNO BOLEH HISAP ROKOK

Najib bangga hisap rokok curut