Sabtu, 17 September 2011
PR JANGAN NAK PERASAAN, NAJIB MANSUH 'ISA' SEBAB DENGAR ISI HATI RAKYAT
Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."
"Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka."
"Perubahan yang saya umum itu kerana kita dengar suara dan isi hati rakyat," katanya dalam program Sirih Pulang ke Gagang di kampus Universiti Teknologi Mara, Shah Alam hari ini.
Sabtu, 18 Julai 2009
AHLI BPN MERACAU BILA PAK LAH KATA "ISA WAJAR DIMANSUHKAN"
Pak Lah dikecam hebat oleh puak-puak pencacai UMNgok dari blogger BPN yang kononnya pembela agama, bangsa dan negara bila beliau bersetuju ISA dikaji semula atau dimansuhkan. Salah satu blog yang tidak berpuas hati dengan pendirian Pak Lah adalah parpukari. Baca disini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, undang-undang baru itu mampu menjamin hak asasi rakyat apatah lagi ISA sering dikaitkan dengan persepsi negatif.
Beliau berkata, ISA memberi skop kuasa yang terlalu besar kepada pihak berkuasa untuk menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan.
"Oleh itu, akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja dan mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan selepas menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Demokrasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) disini semalam.
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.
Menurut Abdullah, untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.
"Saya percaya kerajaan perlu berani melakukan perubahan seumpama itu sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara," ujarnya.
Jelas beliau, ia merupakan transformasi yang rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
Pada era pemerintahan Pak Lah, puak-puak pencacai UMNgok saling puji memuji apa saja perkataan yang dikeluarkan oleh Pak Lah terutamanya konsep Islam Hadhari. Mereka ini sanggup menjilat hatta mempertahankan demi maruah UMNgok, tetapi bila Pak Lah mungkin sudah sedar akan kesilapannya yang lalu maka puak-puaknya sendiri yang mengutuk dan menghentam beliau.
Sekarang puak-puak UMNgok beralih kearah Najib pula dalam dasarnya konsep 1Malaysia. Apa saja yang Najib lontarkan dari ideanya akan dicanang dan dipuji melangit oleh penjilat UMNgok.
Pak Lah sekadar dijadikan kain buruk dimata UMNgok. Nasib Pak Lah sama seperti Madey ketika meninggalkan takhtanya dahulu. Itulah ragam permainan politik UMNgok. Saat kehancuran UMNgok kian hampir hanya menunggu masa untuk dikapankan sahaja pada PRU13 nanti.
Kecaman dari blog parpukari:
PAK MENTUA KATA INI, MENANTU KATA ITU!
Ni lagi satu cerita, si X-PM flip wal floppy berbunyi lagi, ada ke patut Tun Dol cakap mansuhkan ISA! Udah-udahlah la tu Tun Dol oi, elok la kalau abang kuat tidur ni tidur je diam-diam, lagi banyak bukak mulut kang makin nampak tak bijak pulak kang? BETUL TAK?Eh! Eh! Pak Dolah, zaman awak dulu kan ada ISA? Tak cukup dengan tu awak jugak yang tangkap reporter dan beberapa orang lagi kan? Masa tu kan dolah, aku sendri pun tak setuju kau guna ISA kat orang-orang tu, disebabkan itulah makin ramai marah dengan ISA, kalau aku fikir balik sekarang ni dengan statement kau dulu Dolah, aku rasa kau sengaja buat macam tu kot!
Yalah, masa tu kau yang pakai, sekarang ni kau cakap elok ISA dimansuhkan! Ayoyo Dolah anney, saya manyak fenin la sam lu punya style! Betul-betul Al Flip wal Floppy! Aku nak nasihatkan la Bang Dolah oi, elok abang layan je si Tun Jin tu, habis cerita, jangan dengar bisikan-bisikan jahat lagi!

Ni pasai menantu pulak, ni so called Ketua Pemuda UMNO tapi perangai tah la, masih tak boleh lupa zaman Tingkat 4 lagi ke bang KJ oi! Yang kau dok halimput tak tentu pasal nak suruh ditubuhkan Suruhanjaya Diraja apahal BRO? Lain macam je lu ni BRO..
Kenapa lu selalu suka cakap macam pembangkang BRO? Lu nak jadi glamer di mata pembangkang ke bro? Apasal bila part SPRM je lu mau Suruhanjaya ditubuhkan ya? Kenapa ya? Eh, ada apa-apa yang lu tak puas hati kat SPRM ke BRO?
Kenapa sebagai seorang ketua pada parti keramat ini, lu sendiri pun tak percaya dekat pihak berkuasa kita, apa mesej yang cuba lu nak sampaikan BRO? Gua confuse la, Lagi satu bro, kalau benda glamer je lu minat kan BRO, kalau yang jenis low class punya langsung bayang pun tak nampak kan?
Sepatutnya masa-masa ini, lu tampil ke depan dan pertahankan kerajaan dari tohmahan dan fitnah jahat pembangkang, aku tak suruh lu jadi pak turut BRO, kerajaan salah boleh tegur, tapi lu selalu buat tindakan yang amat meragukan. Kenapa ya? Hmmmm..
Oh! Aku baru teringat! Tapi aku tak nak cakap sekarang, aku rasa BRO KJ faham apa aku cakap ni! Kalau ya pun brader jangan la tunjuk sangat yang lu ni desperate BRO! Ingat lu tu Ketua Pemuda brader, so act like one BRO! Kalau tak boleh then lebih baik diam dari bercakap!
Inilah kisah Pak Mentua dan Menantu yang masih tak boleh nak lupakan LEGASI TINGKAT 4! Aku dari zaman dulu sampai sekarang menyampah dengar perkataan TINGKAT 4 ni, ingatkan dah menang jadi KP boleh ubah, tapi.....
PANTUN YANG TAK MACAM PANTUN ANAK MUDA:
KALAU DUDUK DI DALAM SAMPAN SINI,
JANGAN DOK INTAI DI SAMPAN SANA!
KALAU TAK SUKA DISINI,
BILA NAK PERGI BELAH SANA!
HE HE HE
Rabu, 24 Jun 2009
Dosa, sikap Umno sulitkan usaha perpaduan
Selain dosa-dosa silam Umno yang tidak mudah dilupakan ahli-ahli PAS, sikap dan layanan buruk parti pemerintah itu terhadap PAS dalam menangani situasi politik terkini memburukkan lagi hubungan antara pendokong masing-masing.
Di sebalik itu semua, Umno tidak pernah menampakkan sebarang penyesalan atas kedurjanaan yang pernah dilakukannya terhadap PAS. Sebagai parti pemerintah, ia menangkap dan menyeksa para pemimpin dan ahli PAS, sama ada di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau lain-lain peruntukan undang-undang.
Umno sebagai teraju negara dan negeri-negeri dikuasainya sejak merdeka terlibat menyisih dan mendiskriminasi para penyokong PAS dalam segala macam bentuk dan urusan. Sebegitu ramai penjawat awam dari kalangan penyokong PAS ditindas, ditukar kerja ke tempat yang jauh, disekat kenaikan pangkat dan dikongkong setiap gerak-geri.
Rakyat yang menyokong PAS ditakutkan dengan berbagai cara. Para petani dinafikan bantuan baja dan input pertanian. Yang jadi nelayan pula hanya berputih mata melihat rakan ahli Umno memperolehi segala macam subsidi dan bantuan kewangan. Kelayakan menerima bantuan semata-mata atas merit politik.
Dalam sejarah pemerintahan negara pula, manipulasi kuasa politik Umno di peringkat Pusat memungkinkan ia melakukan beberapa rampasan kuasa secara tidak demokratik di negeri-negeri diperintah parti lawan, terutama di bawah PAS. Kerajaan PAS Terengganu yang berakhir pada 1961 adalah tragedi pertama angkara politik wang Umno.
Kalaulah Umno tidak mengkhianati keikhlasan PAS menyertai Barisan Nasional dulu, sehingga meninggalkan PAS tanpa pilihan melainkan keluar dari gabungan itu, sudah tentu perseteruan antara penyokong masing-masing tidak setebal kini.
Pengalaman PAS menyertai BN bukanlah serba-serbi menyeronokkan. PAS terpaksa berhadapan perpecahan dalaman yang teruk apabila tidak semua ahlinya bersetuju dengan keputusan tersebut. Keretakan dalaman PAS paling menyerlah di Kelantan. PAS yang menyertai Pilihan Raya Umum 1974 di atas tiket BN menerima tentangan paling hebat daripada bekas-bekas pemimpinnya sendiri yang bergabung membentuk Pakatan Bebas Bersatu.
Pengorbanan PAS itu bagaimana pun tidak dihargai langsung oleh Umno. Parti itu mengkhianati kesetiaan PAS apabila kekuatan politiknya pulih kembali. Dosa Umno itu menjadi bahadi yang kekal menghantui ahli PAS hingga kini.
Kalaulah tidak kerana Umno yang merancang memporak-perandakan negeri Kelantan sehingga memudahkan parti itu merampas pemerintahan negeri daripada PAS hampir 30 tahun lalu, nescaya para pemimpin PAS tidak begitu sukar memaafkan parti itu.
Katakanlah para pemimpin Umno Terengganu tidak bersikap rakus dan ganas sepanjang pemerintahan PAS di negeri itu sedekad lalu. Kerajaan PAS tidak digugat dan digigit dengan segala macam karenah, penafian dan diskriminasi. Penipuan dan sabotaj tidak direncanakan sedemikian rupa menerusi pilihan raya 2004.
Umno perlu buktikan keikhlasan di Perak
Maka banyak pihak boleh setuju pada adatnya kerajaan itu besar kemungkinan belum jatuh. Rakyat Terengganu pula tidak mungkin ditimpakan dengan berbagai kezaliman, termasuk perampasan tanah, perobohan rumah, penafian segala anugerah yang telah diberikan PAS tetapi sewenangnya dibatalkan kerajaan Umno yang mengambilalih pemerintahan.
Umno boleh mendakwa ia sudah insaf dan mahu berubah. Ia tidak lagi sezalim dulu dan mahu memperbetulkan kesilapan dan menebus segala dosanya terhadap PAS. Bak kata timbalan presidennya minggu lalu, segala kesilapan itu di bawah pemimpin Umno yang dulu-dulu. Pemimpin Umno sudah bertukar, pemimpin PAS juga sudah berganti yang baru.
Dakwaan itu sudah tentu tidak sukar diterima, termasuk oleh orang-orang PAS, sekiranya tragedi hitam perampasan kuasa secara tidak bermoral di Perak tidak berlaku hanya beberapa ketika sebelum ini. Umno perlu buktikan ia ikhlas untuk berubah dan mencintai perdamaian serta perpaduan. Ia perlu mewujudkan suasana lebih kondusif dan konstruktif terhadap kerjasama dan perundingan ke arah itu.
Dalam keadaan yang ada, rakyat tidak mengharapkan Umno sebagai tunjang BN menyerahkan kembali sebulatnya pemerintahan di Perak kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Umno masih boleh mempertahankan maruah dan egonya sebagai parti yang berpengaruh dan mendapat sokongan majoriti rakyat.
Cara bermaruah ialah ia mengembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat. Adakah Umno bersedia menunjukkan keikhlasannya mengusahakan perpaduan dengan parti lawan dan memulai pembuktian itu di Perak?
Setelah segala yang berlaku itu, jangan salahkan orang PAS sekiranya mereka terlalu sensitif terhadap sebarang usaha berbaik-baik dengan musuh tradisi mereka itu. Jika anda seorang ahli PAS yang pernah menjadi mangsa kezaliman, keegoan, penindasan dan pengkhianatan Umno, anda tidak akan sukar memahami bagaimana pendirian tersebut terbentuk.
Sebab itu, jangan dikatakan untuk mengusahakan penyatuan dalam bentuk yang berpanjangan, usaha mengadakan kerjasama bagi tujuan tertentu demi kepentingan negara dan agama pun sering menimbulkan perbahasan hangat.
Yang menyulitkan perpaduan antara kedua mereka ialah sikap dan pendirian Umno sendiri yang tidak bersedia mengakui dosa dan kesalahannya. Jauh sekali untuk meminta maaf atas kedurjanaannya itu.
Perpaduan hanya berhasil menerusi keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu perlu dibuktikan menerusi perubahan sikap dan pendirian. Umno perlu terlebih dahulu berubah jika mahu tanggapan orang PAS terhadapnya diubah. - harakah
Sabtu, 9 Mei 2009
PEMBEBASAN MANOHARAN - MUNGKIN ADA AGENDA TERSEMBUNYI
PUTRAJAYA 8 Mei – Selepas 36 hari Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik Perdana Menteri dan ketika kajian terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sedang giat dijalankan, 13 lagi tahanan akta itu akan dibebaskan.
Ia termasuk tiga baki pemimpin pertubuhan haram Hindraf. Alasan kerajaan hanya satu - kesemua tahanan itu didapati tidak lagi memberi ancaman kepada keselamatan negara.
Pembebasan mereka adalah yang kedua dibuat oleh kerajaan pimpinan Najib selepas pada 3 April lepas, sebaik saja mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan termasuk dua pemimpin Hindraf.
Langkah pembebasan terbaru itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan ialah K. Vasantha Kumar, 36, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan, 48, penasihat undang-undang pertubuhan itu, P. Uthayakumar, 47. Baca seterusnya disini dan sini.
Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Najib, rakyat sebenarnya sudah lali dengan permainan dan pembohongan politik UBN. Agenda sebenar kenapa Manoharan dibebaskan tak lain dan tak bukan kerana BN takut dimalukan sekali lagi jika Manoharan benar-benar letak jawatan sebagai ADUN kerana tidak mampu melaksanakan tugas kerana dalam tahanan ISA dan pasti PRK akan diadakan di DUN Kota Alam Shah.
Rakyat juga masih belum lupa apa yang telah berlaku kepada ADUN Penanti Mohamad Fairus Khairuddin. Beliau juga telah melepaskan jawatannya sebagai ADUN kerana dituduh menerima rasuah. Selepas dibicarakan beliau didapati tidak bersalah oleh SPRM. Permainan ini seolah-olah suatu proses memujuk dan sudah diatur agar Mohammad Fairus masih boleh menarik balik keputusan meletak jawatan ADUN Penanti kerana telah bebas dari disabitkan kesalahan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, Mohammad Fairus berhak menukar pendiriannya sekali gus kekal sebagai wakil rakyat Penanti kerana beliau telah dipilih secara sah oleh pengundi di kawasan tersebut. Namun beliau tetap dengan pendirian untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN, sekaligus akan berlakunya PRK Penanti pada 31 Mei ini. Baca seterusnya disini.
Inilah fobia UBN jika ianya benar-benar berlaku juga di DUN Kota Alam Shah. Yang pasti malu UBN di P.Pauh, K.Terengganu, B.Gantang dan B.Selambau masih belum dapat dilupakan. Inilah skrip lama yang dimainkan oleh UBN dalam proses pujuk Manoharan dan tak mustahil jika Manoharan juga ikut jejak ADUN Penanti tetap melepaskan jawatan maka akan berlaku juga PRK di DUN Kota Alam Shah. Yang penting Manoharan sudah bebas.