Ahad, 14 Julai 2013

ISU HARGA AYAM - INI JAWAPAN MENTERI CAP AYAM


BERSIH 4.0 - SPR JANGAN BUAT PEKAK BADAK!...

Perhimpunan Bersih 4.0 akan diadakan pada Oktober jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membersihkan daftar undi sedia ada, kata Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.


 Beliau berkata, penipuan SPR tidak dapat diterima dan seolah-olah menghina kebijaksanaan rakyat.

 "Bersih 4.0 akan dilaksanakan pada Oktober jika SPR tidak bersihkan daftar pengundi," katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas forum.

 Setakat ini, NGO itu sudah menganjurkan tiga perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil.

 Ambiga berkata, SPR harus membersihkan nama sendiri dan bukan mengharapkan pihak lain seperti badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyelesaikan kemelut badan penggendali pilihan raya itu.

 "SPR cenderung menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atas semua masalah yang membabitkan badan itu, namun jika saya menjadi Pengerusi SPR, puluhan laporan polis akan saya kemukakan jika berdepan dengan masalah itu," katanya.

 Beliau berkata demikian semasa berucap di seminar pasca pilihan raya umum ke 13 anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, SPR harus bertanggungjawab bagi mencari bukti salah laku dalam pilihan raya, bukan mereka yang teraniaya dan tidak dapat mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. 
"Apa yang SPR lakukan untuk basmi masalah kes beli undi di Sabah dan Sarawak?" katanya.

 Beliau menyifatkan tugas sebenar Bersih bermula selepas PRU13 dengan mendakwa persempadanan semula hanya dilakukan selepas lapan tahun tempoh persempadanan terakhir.

 Bagaimanapun, katanya, perlembagaan tidak menyebutkan tarikh akhir bagi persempadanan berkenaan.

 "Justeru SPR tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukan persempadanan, namun yang penting ialah membersihkan daftar undi dan jangan mengadakan persempadanan semula jika tuntutan berkenaan tidak dipenuhi," katanya.

Khamis, 11 Julai 2013

PRK Kuala Besut. UNDILAH CALON PAS

KUALA LUMPUR: Calon PAS PRK Kuala Besut, Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala Besut.
“Pada saya, saya kata, insya Allah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai hajat kita. Hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala.

“Insya Allah, kalau saya menang bertanding pada pilihan raya kali ini, saya jadi wakil rakyat, gaji yang diberikan kepada saya itu saya tak mahu ambil,” ujarnya dipetik Buletinonline.

Sehubungan itu, beliau mahu mewujudkan satu tabung yang diuruskan oleh beberapa orang.

“Yang kita yakin bahawa dia orang beriman dan baik, kalau ada betul-betul orang miskin perlu, silakan, duit gaji yang ada tu, saya tak ambil, insya Allah,” katanya lagi.

Beliau turut bercadang untuk melantik seorang wakil yang akan menguruskan perkhidmatannya bersama-sama semasa ketika ketiadaannya dalam ‘kawasan’.

Baginya, orang-orang Islam dan beriman perlu menyemaikan kasih sayang  kerana dengan itu dapat merasai kesusahan yang dialami oleh orang lain.

“Apabila kita ni jenis orang beriman, kita orang jemaah, yang paling penting,  sama-sama kita ini dengan rakyat ini, kita nak belajar berkasih sayang.

“Apabila kita berkasih sayang, kita dapat merasa apabila kita tengok orang susah, kita berasa (susah) orang yang berasa kesian juga ke orang ni, alhamdulillah, orang tu dapat rahmat Allah Taala,” jelasnya. Hrk