 PAS melihat program Melayu  Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini  jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.
 PAS melihat program Melayu  Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini  jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata,  program itu tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan dalam keadaan  rakyat sedang bersatu ke arah mewujudkan perpaduan.
"Ini sudah  tentu satu perkara yang tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan di  persada tanah air di saat kita sudah merdeka 50 tahun dan Perdana  Menteri membangkitkan slogan 1Malaysia,” katanya pada sidang media di  Pejabat Agung PAS di sini, pagi ini.
Beliau merujuk kepada  kenyataan Pengerusi Gertak, Razali Idris yang disiarkan di sebuah akhbar  semalam yang menyatakan bahawa tarikh 13 Mei dipilih untuk  membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah  yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.
"Ini satu kenyataan  yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh  tersebut untuk membangkitkan semangat Melayu ini. PAS memandang tindakan  ini sebagai sangat tidak bertamadun," kata Salahuddin.
Justeru,  PAS katanya meminta seluruh rakyat menyedari tentang bahaya kumpulan  yang cuba mewujudkan sentimen perkauman ini.
"Kita minta rakyat  Malaysia sedar dengan kewujudan kumpulan yang sangat berbahaya ini, yang  cuba membangkitkan kembali semangat perkauman di negara ini," katanya  yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau juga menegaskan,  tidak salah jika Umno BN ingin mengadakan program sedemikian tetapi  harus memilih topik yang lebih sihat dan tidak menyentuh sensitiviti  perkauman.
"Kita harap program ini diadakan dengan topik yang  lebih sihat.
Beliau juga khuatir Institut Integriti Malaysia  (IIM) Terengganu yang dilibatkan secara langsung dalam program itu,  dipergunakan untuk politik sempit Umno.
"Saya sangat aktif dengan  IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu  dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrem ini.
"Jadi  saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan  yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh  puak-puak yang ekstrem ini kerana saya yakin di belakang program ini  adalah Umno," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk  Mustafa Ali pula berharap program itu dibatalkan.
Belau berkata,  ianya jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri  Terengganu.
Beliau mempersoalkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr.  Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.
"Saya  nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman  ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat  dikesalkan," katanya.
Program itu akan diadakan di Stadium  Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu. hrk
 
2 ulasan:
Melayu spesis Tanpa Nama, ngko tak layak komen kat sini sebab ngko spesis bacul. Spesis binatang pun ada nama cth babi apco, beruk umno dll.
Catat Ulasan