Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.
Ini berikutan  pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid  Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan  mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.
Jika mana-mana  premis menjalankan urusan judi itu, pihak berkuasa tempatan yang  terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan bertindak dan  antaranya menyita premis itu.
Pengumuman itu dibuat Khalid ketika  membuat ucapan penggulungan di Kongres PKR ke 6 di Pusat Perdagangan  Kelantan (KTC) petang semalam.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin berkata, kerajaan akan mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan bola sepak piala dunia tidak lama lagi.
Seorang lagi timbalan Mneteri Kewangan,Datuk Chor  Chee Heung mengumumkan,  Menteri Kewangan telah mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan Bola  Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Sebelum  ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat arahan yang  sama. Beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis  Perbandaran Seberang Prai agar jangan mengeluarkan lesen premis untuk  judi tersebut.
Langkah yang sama telah dibuat oleh kerajaan  negeri Kedah dan Kelantan yang mana menteri besar kedua-dua negeri itu  adalah dari PAS iaitu masing-masing Datuk Seri Azizan Razak dan Tuan  Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Pergi lebih jauh lagi, Lim Guan Eng  ketika berucap di ceramah khas sempena kongres PKR itu di sini berkata,  beliau sedia ke mahkamah lagi bagi mempertahankan tindakannya itu.
Lim  Guan Eng pernah diseret ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan ekoran  tindakan beliau membela seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogol  oleh seorang bekas ketua menteri.
Dengan tindakan para pemimpin  Pakatan Rakyat ini bermakna kira-kira 30 peratus bakal pelanggan judi  bola ini tidak akan dapat berbuat demikian kerana lesen premis tidak  dikeluarkan oleh PBT di empat negeri Pakatan tersebut.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan