Memaparkan catatan dengan label tragedi 13 mei. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tragedi 13 mei. Papar semua catatan

Selasa, 11 Mei 2010

UMNOAPCO INGIN CETUSKAN KETEGANGAN KAUM 13 MEI BERULANG

PAS melihat program Melayu Bangkit anjuran Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) pada 13 Mei ini jelas bersifat perkauman untuk membangkitkan semangat orang Melayu.


Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, program itu tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan dalam keadaan rakyat sedang bersatu ke arah mewujudkan perpaduan.

"Ini sudah tentu satu perkara yang tidak sihat dan tidak wajar untuk diadakan di persada tanah air di saat kita sudah merdeka 50 tahun dan Perdana Menteri membangkitkan slogan 1Malaysia,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, pagi ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Gertak, Razali Idris yang disiarkan di sebuah akhbar semalam yang menyatakan bahawa tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh tersebut.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut untuk membangkitkan semangat Melayu ini. PAS memandang tindakan ini sebagai sangat tidak bertamadun," kata Salahuddin.

Justeru, PAS katanya meminta seluruh rakyat menyedari tentang bahaya kumpulan yang cuba mewujudkan sentimen perkauman ini.

"Kita minta rakyat Malaysia sedar dengan kewujudan kumpulan yang sangat berbahaya ini, yang cuba membangkitkan kembali semangat perkauman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau juga menegaskan, tidak salah jika Umno BN ingin mengadakan program sedemikian tetapi harus memilih topik yang lebih sihat dan tidak menyentuh sensitiviti perkauman.

"Kita harap program ini diadakan dengan topik yang lebih sihat.

Beliau juga khuatir Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu yang dilibatkan secara langsung dalam program itu, dipergunakan untuk politik sempit Umno.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrem ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrem ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berharap program itu dibatalkan.

Belau berkata, ianya jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau mempersoalkan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya.

Program itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu. hrk

Jumaat, 7 Mei 2010

13 MEI BAKAL BERULANG JIKA... - ADUN UMNO TAK SAYANG MULUT

Ahli dewan undangan negeri Pulau Pinang Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Pidato, hari ini bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, semalam yang didakwa berbaur perkauman dan hasutan.

Lapo
ran polis juga dibuat ke atas Azhar (BN-Penaga) di balai polis Lebuh Pantai hari ini, meskipun beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang mungkin menyaksikan beliau digantung daripada sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Meskipun Azhar telah menarik balik kenyataannya itu setelah diminta berbuat demikian oleh speaker, Abdul Halim Hussain, namun Pemuda PKR, Syed Mikael Rizal Aidi meminta polis menyiasat kenyataan Azhar bahawa tragedi 13 Mei akan berulang jika rakyat hilang keyakinan dengan pihak berkuasa dan sistem sedia ada.

Pada sessi DUN semalam, mengulas bidasan orang ramai berhubung kematian remaja 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis, Azhar menyoal sama ada rakyat mahu tentera mengambil alih negara memandangkan polis didakwa tidak lagi berkesan.

"Beliau yang mendapat peluang mencelah untuk membahas ucapan enggulungan Ketua Menteri telah dengan penuh tidak bertanggungjawab, membangkitkan sentimen perkauman dengan memberi amaran kepada rakyat, 13 Mei akan berlaku jika rakyat menafikan peranan polis.

"Beliau juga seakan mengugut rakyat Pulau Pinang ini agar menerima tentera menjaga keselamatan mereka jika rakyat sudah tidak mahukan polis lagi, dan yang paling mengecewakan, beliau kata adalah lebih senang suasana Mageran diwujudkan kembali," kata Syed Mikael pada sidang media di Esplanade, hari ini.

Menurut beliau lagi, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP), tetap mahukan Azhar disiasat dan dibawa ke muka pengadilan, kerana sidang DUN itu telah diikuti secara langsung oleh seluruh rakyat Pulau Pinang dan tindakan beliau ini dikhuatiri bakal menimbulkan ketegangan kaum.

"Bagi Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang (SPPRPP), kami tetap menghargai akan peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh pihak Polis dalam menjaga keselamatan rakyat, namun dalam masa yang sama, mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan beliau, atas siri-siri kegagalan beliau dalam mengurus tadbir pasukan polis dan menangani jenayah di negara ini". mkini