Selasa, 25 Mei 2010

"I HELP YOU, YOU HELP ME" siri 2

Walau apa pun alasan, walau apa pun strategi, walau apa pun kebijaksanaan yang cuba ditunjukkan, bahkan walau apa pun faedah yang diperolehi oleh rakyat Malaysia secara langsung atau tidak langsung, Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-6 telah melakukan kesalahan yang sangat besar kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA dalam tempoh singkat dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kesalahan Najib Abdul Razak jauh lebih besar berbanding kesalahan Anwar Ibrahim yang menjemput dan memanggil Zionis yang bertopengkan Bank Dunia dan IMF menguasai dasar kewangan negara pada 1997-98 dulu. Kesalahan Najib Abdul Razak jauh lebih besar berbanding kesalahan Abdullah Badawi membiarkan anak menantu menguasai harta negara, pentadbiran dan pembuat keputusan. Malah Najib Abdul Razak melakukan kesalahan yang jauh lebih besar berbanding Hussein Onn yang tidak ada sebarang daya dan ikhtiar untuk mengeluarkan Malaysia daripada jerutan inflasi 1978-1980.

Najib Abdul Razak telah menyerahkan tanah atau kawasan Malaysia kepada negara lain untuk ditukarkan sebagai barang dagangan! 271 hektar tanah di Singapura diserahkan kepada Kerajaan Keluarga Lee Kuan Yew yang sudah membuat tuntutan semenjak 1965 dengan topeng usahasama syarikat yang hanya akan ditubuhkan menjelang 31 Disember 2010. 271 hektar tanah tersebut akan mula dibangunkan pada 1 Julai 2011.

Ini kerosakan yang sangat besar kepada Malaysia. Seandainya Najib Abdul Razak boleh berkompromi untuk keuntungan korporat dengan menggadaikan sempadan dan asset negara, maka tidak mustahil kemasukan pendana-pendana yang mempunyai proposal lebih menarik berbanding yang ditawarkan oleh Singapura akan menarik minat Najib Abdul Razak.

Selepas menghadiahkan lesen judi kepada syarikat yang pengerusinya memang mencari jalan untuk rapat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Najib hadiahkan pula harta negara kepada negara lain. Alasan yang diberikan, Singapura akan menggantikan tanah seluas 271 hektar dengan tanah di dua kawasan lain, hanyalah mekap dan aksesori untuk menyedapkan telinga rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli UMNO yang sentiasa menyokong dan membenarkan perlakuannya.

Dan semuanya dilakukan secara 'senyap-senyap' dan berusaha disenyapkan sehinggalah maklumat tersebut bocor secara tak sengaja!

Adakah Slogan 1Malaysia yang Najib Abdul Razak ciptakan bermakna, Malaysia tidak ada apa-apa lagi yang ditinggalkan untuk generasi akan datang, melainkan angka satu semata-mata? Segala sembang dan kempen Najib Abdul Razak dan pasukannya selama ini, rupa-rupanya mempunyai matlamat terselindung yang berasaskan kepada keuntungan yang lain.

Nyata harapan tinggi yang diletakkan kepada Najib Abdul Razak, dihampakan dan digelakkan sahaja oleh anak bangsawan Pahang ini. Secebis harapan buat orang Melayu Singapura menerusi pemilikan tanah Malaysia di pulau tersebut, telah dihancurkan oleh Najib Abdul Razak yang melihat pendapatan besar adalah segala-galanya. Kejayaan yang dilihat oleh Najib Abdul Razak ialah menjual setiap kepingan Malaysia atas nama pelaburan.

Mungkin ada baiknya Najib Abdul Razak belajar daripada Gerakan BENDERA di Indonesia yang tidak rela walau seinci tanah negara mereka diambil atau diserahkan, sekalipun mereka akan makan sampah untuk hidup sehari-hari.

Suka atau tidak suka, Najib Abdul Razak dan pasukan penasihatnya serta pasukan yang menyertainya berunding di Singapura untuk penyerahan hak milik Malaysia kepada anak Lee Kuan Yew, adalah PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA, sama ada kepada rakyat Malaysia sekarang, mahupun kepada generasi akan datang.

Ini bukan kisah peribadi yang tidak ada kena-mengena dengan negara seperti kisah Altantuya Shiiribu atau kisah gila punggung jantan tetapi mencari jalan menarik orang ramai menyokong kegiatan songsangnya dengan pelbagai manipulasi dan putarbelit, mahupun menggunakan Islam untuk mencari kuasa dengan haram bagimu, halal bagiku... ini kisah menyerahkan negara kepada orang lain!

Anda tanyalah kepada diri anda sendiri sama ada layak atau tidak, Perdana Menteri seperti Najib Abdul Razak dan pasukannya dibiarkan terus menjadi PENJAHANAM di Malaysia? sumber

Tiada ulasan: