Rabu, 4 Mac 2009

KISAH RAJA, 3 LAKSAMANE & MENTERI PASOLA

Oleh: Huzaifah (huzaifahsview.blogspot.com)

Alkisah, tikar mengkuang terbang milik laksamana Do pun berlepas. “Wahai tiko mengkuang teman yang pande terobang, mike singgah le di negeri Perak Darul Ridzuan…zam-zam…allla kazam!”
Zusss…
Sesampe sahaje tige laksamane yang gagoh perkase di negeri berkenaan, amat masghullah mereka. Arakian melihatkan betapa porak perandanya negeri berkenaan. Dahulu, Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang permai dan makmur, le ni udah bertuko menjadi negeri yang mamai dan hancur.
“Wahai memanda menteri, cuba mike teropong ke hujung padang sana. Pada firasat beta, seakan-akan ada lembaga yang sedang mengintai-ngintai ke arah kite semua.” Sang Raja bersuara.
Lalu memanda menteri pun meneropong… “Benar tuanku…ada tige orang, gayanye macam oghang luo, deme seakan laksamane Do Re Mi seperti yang pernah tuanku mimpikan dahulu…”
Tidak lama, bertemu dan berlabunlah tiga laksamane dengan memanda menteri dan paduka raja. Dikisahkanlah segala yang berlaku. Angkara jahat Menteri Pasola yang telah merompak dan menggulingkan kerajaan yang ada. Hingga kini, raja dan memanda menterinya pun terpaksa bersidang di ‘bawah pokok’ adanya.
“Tuanku jangan bimbang…sembah Laksamane Re. Ini…teman ada teropong ajaib. Dengan teropong ini, kita boleh mencari di mana Menteri Pasola berada. Kita juga boleh mengetahui apakah kelemahan-kelemahan pada diri Menteri Pasola.”
Maka diteroponglah oleh Laksamane Re. Dilihatnya Menteri Pasola sedang mengudap roti telur cecah sambe sardin…seakan-akan di Karai atau Pekan Manong…eh bukan, bukan Pekan Manong…tapi Pekan Pahang adanya.
Kemudian, dia meneliti apakah kelemahan-kelemahan pada Menteri Pasola. Dia memulas-mulas teropongnya, agak susah juga mencari apa kelemahan Menteri Pasola. Kerana setiap sudut ada sahaja penutupnya. Di sudut kiri ada Sang Musang, di kanan ada Guni Bertahil, di bawah ada Said Pak Porno (namanya dikaitkan dengan anankandanya yang ditangkap sewaktu mengedo cakera porno di Sulawesi Utara), di atas pula ada Tiang Seli Usop 2020…makna kata, keliling-kelalangnya penuh ‘body guard.’
“Ampuan tuanku. Teman udah nampok di mana orang yang menjadi punca segala masalah ini…ya, Menteri Pasola sedang berenak-enak melantak roti telo cecah sardin di Pekan Pahang tuanku…”
Dipendekkan cerita, ketiga-tiga laksamana itu pun berangkatlah lagi dengan tiko mengkuang ke Pekan Pahang. Perjalanan tidaklah begitu senang, memandangkan banyak juga sekatan polis udara anak-anak buah si Musang Hasang…mujo lah si Laksamana Mi mempunyai harmonica ajaib, bila ditiup sahaja, mereka pun ghaib.
Sesampai sahaja mereka di Pekan Pahang, mulalah tiga laksamana cerdik dan gagah itu bermesyuarat. Apakah caranya mengalahkan Menteri Pasola yang ‘biadap’ dan ‘kurang hajar’ itu. Biadap kerana berani melanggar dan memporak-perandakan negeri Perak Darul Ridzuan dan kurang hajar kerana menghina Raja Perak dengan membiarkan para menteri bersidang di bawah pokok ketapang di tepi padang.
“Wahai pangsi atau harmonika ajaib, che mike kabo ke teman…apakah rahasia kelemahan si Menteri Pasola lahanat ini…Fiiiiung….Jeng…jeng…!”
Maka, dapatlah diketahui akhirnya bahawa, kelemahan Menteri Pasola ini hanya ada satu sahaja…iaitu: ISTERINYA!
Dan ketiga-tiga laksamana itupun tahulah apa tindakan mereka seterusnya….kita cerita lain kali pulak ye…

1 ulasan:

USD berkata...

Salam, ceta yg bgus, yalah yg salah Najib aja, yg lain anwar, karpal, kitsiang, etc semua tu bagus belaka, pemmpin mithali kan?