Sabtu, 7 Mac 2009

Himpunan PPMSI terbukti UMNO sudah terkubur...

Petang tadi terbukti Umno sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan Negara sebagaimana yang ia laung-laungkan disaat Allahyarham Dato Onn Jaafar menubuhkannya dahulu. Petang tadi Umno tidak terlibat dalam mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu. Petang tadi yang hadir untuk mendaulatkan bahasa Melayu dari Masjid Negara sehingga ke Istana Negara hanyalah para intelek dan sasterawan Melayu selain pimpinan tertinggi dan ahli-ahli serta penyokong PAS salian rakan-rakan dari PKR.Petang tadi kerajaan yang ditunjangi Umno mengarahkan agar kelongsong-kelongsong gas pemedih mata dituju dan dihalakan ke arah para pejuang bahasa Melayu yang berhimpun dari Masjid Negara ke Istana Negara. Sudahlah mereka bertanggungjawab mengorbankan kedaulatan bahasa, sudahlah mereka tidak hadir bersama mempertahankan bahasa ketika ianya dalam ancaman, mereka tergamak melihat anak-anak bangsa yang berhimpun untuk mempertahankan bahasa mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dihujani dengan air kimia dari water canon FRU.Pejuang bangsa apakah Umno ini?!!Apalah sangat sehingga mahu tunjukkan kuasa ke atas anak-anak bangsa sendiri? Mereka sekadar mahu menyerahkan memorandum suara hati mereka kepada Raja mereka, ketua Negara, ketua Melayu ketua agama, tetapi mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Sudah hilangkah kewarasan dan pertimbangan kita? 100 lebih anak-anak bangsa ditangkap tadi atas dosa mempertahankan kedaulatan bahasa mereka, sudah sasau dan biulkah Umno??!!Saya yakin dan percaya perisitwa malang petang tadi akan merupakan kemuncak kehancuran parti yang kononnya berjuang untuk survival umat Melayu itu. Syabas dan tahniah para pejuang bahasa Melayu dari Sasterawan Negara, tokoh-tokoh akademik, para pelajar termasuklah ketua dan pimpinan parti siasah. Anda semua telah membuktikan bahawa perjuangan memartabatkan bahasa ini yang sudah dilupakan oleh Umno sanggup terus dipikul dan diperjuangkan oleh kita semua selain Umno.Hapuskan PPSMI. Hidup Bahasa Melayu!

Sumber: Roslan SMS

Tiada ulasan: