Sabtu, 7 Mac 2009

SPRM tahan setiausaha politik menteri

Sumber: Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 6 Mac – Setiausaha politik kepada seorang menteri Kabinet ditahan di sebuah restoran di sini kelmarin kerana dipercayai menerima suapan lebih RM70,000.
Penahanan lelaki berusia dalam 40-an tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah menjalankan intipan ketika menerima suapan kira-kira pukul 10.30 malam.
Sumber SPRM yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini memberitahu, lelaki berkenaan bagaimanapun telah dibebaskan semalam selepas keterangannya diambil.
Penahanan tersebut bagaimanapun tidak diketahui sama ada mempunyai kaitan ataupun tidak dengan kempen pemilihan UMNO akhir bulan ini.
Semalam, Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya bersiap sedia menangani gejala politik wang menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.
Katanya, SPRM akan menempatkan pegawai dan anggotanya di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan ejen-ejen calon memancing undi.

Komen: Sumber yang dipetik dari Utusan Meloya, sedikitpun tidak dinyatakan siapa nama individu tersebut samada setiausaha politik dan menteri kabinet berkenaan. Inilah cara terpilih akhbar dakyah pro kerajaan samada dari Utusan Meloya dan Berita Hairan ataupun stesen tv dari RTM atau TV3 suku. Kalau cerita dari Pakatan Rakyat siap dengan resume sekali mereka dedahkan. Kita tunggu dan lihat saja apakah kesudahan episod ini. Adakan ianya sekadar gimik dari SPRM untuk menyatakan mereka bukan bertindak secara terpilih atau sekadar dibakulsampahkan bila rakyat lupa.

Tiada ulasan: