Umno Hulu Selangor masih berharap Datuk Seri Najib Razak   mempertimbangkan dengan serius tuntutan mereka - yang mahukan kerusi   parlimen tersebut ditandingi Umno - supaya sokongan rakyat terhadap BN   tidak terjejas.
Naib ketua bahagiannya Datuk Adnan  Buyong berkata, tuntutan yang dibuat  mereka melalui satu memorandum  pada  30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja,  tetapi kehendak rakyat  Hulu Selangor secara keseluruhannya.
“Sampai  sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon  Melayu,”  katanya ketika diminta mengulas tindakan lanjut mereka bagi  memastikan  kerusi parlimen tersebut dikembalikan ke pangkuan Umno.  Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  dilaporkan  berkata, “berkemungkinan besar” calon BN di Hulu Selangor  dipilih  daripada MIC. Kah!...3X selanjutnya

 
1 ulasan:
Perebutan kuasa antara UMNO dan MIC adalah rahmat buat PR. 1Malaysia hanya retorik Bee End.
Catat Ulasan