Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha untuk  bertanding dengan adil di Hulu Selangor terpaksa berhadapan dengan sikap  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berat sebelah.
Tindakan SPR  yang menukar tempat mengundi lebih 13 ribu pengundi menyebabkan Pakatan  telah kehilangan undi dan menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional  (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor.
"Perkara ini  amat serius dan menyukarkan penyokong kita yang telah dipindahkan keluar  dari kawasan dan mereka telah menghilangkan nama penyokong kita dari  kawasan asal," kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian  Chua kepada erapakatan.com.
Pengarah Pilihan raya PKR, Fuziah  Salleh sebelum itu telah mengumumkan bahawa SPR telah memindahkan lebih  13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari  sebelum tarikh membuang undi.
Tindakan tersebut hakikatnya bakal  menyukarkan pengundi Hulu Selangor kerana apabila tiba pilihan raya  semalam kebanyakan pengundi yang telah diubah pusat pengundiannya  menjadi keliru apabila nama mereka hilang daripada pusat pengundian  asal.
Perdana Menteri, Najib Razak juga hari ini dengan  bangganya telah menafikan penguguman pelbagai projek di Hulu Selangor  bertujuan untuk membeli undi dalam PRK itu semalam.
Bagi Tian  yang juga Ahli Parlimen Batu, kenyataan itu tidak masuk akal kerana  peruntukan itu telah diberikan kepada penduduk Hulu Selangor apabila  bermulanya pilihan raya.
"Najib sendiri telah turun ke Hulu  Selangor semasa tempoh berkempen dan mengumumkan pelbagai projek dan  peruntukan kepada pengundi," kata Tian.
Menurut beliau, Najib  dan sekutunya tidak segan silu untuk menggunakkan jentera kerajaan dan  wang rakyat bagi mendapatkan undi di Hulu Selangor.
Najib Razak  dikatakan telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam PRK  Parlimen Hulu Selangor.
Bekas calon PR bagi PRK berkenaan, Datuk  Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’,  menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.
Beliau yang  juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem  politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih. erapakatan
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan