Jumaat, 23 April 2010

DEBAT PERDANA - NAJIB DAN ANWAR ESOK

KEADILAN sudah menyediakan pentas untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Apco dan hubunganya dengan Zionis Israel.

Debat Perdana bertajuk "Isu Apco, Israel dan Keselamatan Negara" itu dijadual berlangsung esok bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu bermula pukul 9 malam.

Anwar membuat cabaran terbuka kepada Najib untuk berdebat dengan beliau atas isu kepentingan negara dan rakyat semasa berucap di Batang Kali dua hari lalu.

Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata pentas debat ini akan memberikan peluang kepada kedua-dua pemimpin menerangkan kepada rakyat Malaysia secara terbuka.

"Debat ini akan memberi peluang kepada Najib dan Anwar berdebat di depan umum dan saya cabar kepada RTM, TV3 dan semua rangkaian televisyen menyiarkan debat ini secara langsung untuk rakyat menilai," kata beliau.

Fuziah juga menyelar tindakan media arus perdana yang menyiarkan kempen secara berat sebelah kerana tidak Pakatan Rakyat tidak diberi media dengan adil.

Ditanya media berhubung tempat untuk kedua pemimpin berdebat, Fuziah berkata KEADILAN akan menyediakan pentas, logistik dan permit polis untuk mereka.

"Tempat sudah disediakan tetapi kita masih menunggu jawapan yang positif daripada pihak Umno-Barisan Nasional dan berharap semua rangkaian televisyen boleh menyiarkan secara langsung," ujar Fuziah lagi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, Anwar selaku Ketua Pembangkang sekali lagi mencabar Najib berdebat secara terbuka berhubung isu Apco yang didakwa mempunyai hubungan dengan rejim zionis Israel.

Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat cabaran itu selepas beliau dihadapkan ke Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan berhubung 1Malaysia dan Apco Worldwide yang kemudiannya dinafikan oleh kerajaan. sumber

2 ulasan:

Cucu berkata...

Jom kita pakat ramai2 pi tengok debat perdana ni! Sure hebatnyer,aku dengar Obama dan Netanyahu pun akan dengar debat ni secara 'live'melalui satelit-Obama kabarnya akan backing Najib sementara kawan kita YAB En.Netanyahu pula akan backing sahabat lamanya bos kita-brader Anwar Ibrahim.Hebat! Hebat! Kalau Najib tak datang esok maknanya dia telah menipu rakyat Malaysia- dan kita ramai2 akan bawak kes ni ke Mahkamah Dunia di The Hague untuk dibicarakan demi keadilan untuk Brader Anwar Ibrahim!

Cucu berkata...

Kenapa PAS langsung tak sebut pasal perlaksanaan HUKUM HUDUD sekarang?? Ia dah tak penting ke selepas PRU 2008?