KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti  Perak, Tan Sri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang  maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam  syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.
Exco Dewan Pemuda PAS  Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat  Shariah ARB.
Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh  kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak,  Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.
"Rujuk Laporan Tahunan Magnum  Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat  judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.
Abdullah  adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang  peguam kini sedang bercuti panjang di London.
Selain  meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan  kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa  mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.
Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.
"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?" soal beliau.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan