Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor,  Datuk  Zaid Ibrahim hari ini membidas Barisan Nasional yang  menyerangnya secara peribadi.
Katanya, dakwaan beliau  meminum arak adalah cerita lama. "Itu cerita lama.  Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah  s.w.t.  
"Apapun kelemahan saya, apapun  ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil  rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada  pemberita. 
Beliau ditemui semasa berkempen dari rumah  ke rumah di sebuah perkampungan estet India di Kerling di Hulu  Selangor. 
Zaid berkata apa yang membezakan antara  beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit. “Saya bukan seperti pemimpin Umno. Mereka hiprokit.
"Kalau orang tanya  kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya  jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid  Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya  menanglah, kalau tak layak, tak layaklah," katanya. 
Bekas  menteri itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau adalah  seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. 
Malah, semalam Zaid mengakui kepada pemberita bahawa pernah minum  alkohol seperti yang didakwa oleh BN dalam kempen mereka.
Tetapi katanya,  perkara itu dilakukannya ketika masih muda dan beliau kini sudah insaf. 
Pilihan raya kecil 25 April ini menyaksikan  pertandingan empat penjuru antara Zaid, calon Barisan Nasional (BN) P  Kamalanathan  dan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Md Diah. 
Kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian  penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu akibat barah  otak.
 
1 ulasan:
Wah...
Kesan dari tobat zaid, menyebabkan Dr Hlili juga insaf...
Catat Ulasan