Sabtu, 12 September 2009

NAJIB ALTANTUYA - MALANGNYA NASIB BEKAS PRESIDEN TAIWAN, KALAU IANYA BERLAKU DI MALAYSIA PASTI SELAMAT

TAIPEI - Bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-Bian dan isterinya dihukum penjara seumur hidup atas dakwaan rasuah melibatkan jutaan dolar.

Shui-Bian turut diarahkan membayar denda sebanyak AS$6 juta (RM20 juta) selepas didapati bersalah menggelapkan dana kerajaan, memindahkan wang dan menerima rasuah, kata mahkamah daerah di Taipei dalam satu kenyataan semalam.

Isteri beliau, Wu Shu-Chen turut dijatuhkan hukuman sama.

Beratus-ratus penyokong Shui-Bian melancarkan demonstrasi berhampiran mahkamah dan beberapa orang daripadanya membaling botol plastik dan sampah ke arah polis sebaik saja hukuman diumumkan.

Menurut pendakwa, Shui-Bian menggelapkan wang lebih AS$3 juta (RM10 juta) daripada dana pejabat presiden, menerima rasuah sekitar AS$9 juta (RM31 juta) dalam perjanjian perolehan tanah dan AS$2.7 juta (RM9.4 juta) untuk membantu seorang kontraktor mendapat projek kerajaan.

Hukuman diterima bekas presiden itu adalah kali pertama berlaku di Taiwan membabitkan pemimpin tertinggi negara ini.

Shui Bian menyifatkan hukuman yang diterimanya itu sebagai bermotifkan politik.

1 ulasan:

Unknown berkata...

sekurang2 mereka berani bertindak.
tapi, kita di malaysia, mimpi lah kalau mahu ditegakkan kebenaran,
jauh bumi dari langit, kita mempunyai demokerasi ala demo- keras, rakyat di dehulukan kearah kemelaratan..