Memaparkan catatan dengan label barang naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label barang naik. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

TERIMAKASIH BN KERANA MENAIKKAN HARGA GULA

Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula yang berkuat kuasa tengah malam tadi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zin Mohd. Dom berkata, kenaikan harga dari RM2.10 kepada RM2.30 itu diputuskan pada Mesyuarat Majlis Ekonomi semalam.

Tidak cukup dengan kenaikkan harga minyak RON97 tempohari, kini kerajaan BN menaikkan lagi harga gula pula. Dan selepas ini anda tidak perlu risau lagi kerana harga barangan lain akan turut dinaikkan dalam tempoh terdekat.

Terimakasih BN kerana memberikan hadiah kenaikkan harga barang kepada rakyat pada saat-saat rakyat sedang menderita sekarang ini. Sokonglah lagi!....

Sabtu, 29 Januari 2011

TERGAMAK NAJIB TIPU RAKYAT

Najib berkata, "Atas semangat 1Malaysia, yang mana Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan, saya telah meminta para pemegang konsesi mengkaji semula struktur tol bagi konsesi masing-masing sebagai langkah membantu kerajaan memakmurkan negara dan mengurangkan bebanan rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua orang ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol telah tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset-aset konsesi yang akan memberi impak yang besar kepada rakyat.

"Berdasarkan cadangan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa tiada kenaikan tol untuk lima tahun akan datang bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 yang dicadangkan bakal dimiliki oleh dua orang ahli korporat tersebut," kata beliau pada sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini.

Cukai GST=RM4.02 setiap bulan

Hoi!... korang perasan tak yang Najib dah main-mainkan korang... Yang dia umum tol tak naik tu untuk orang ulang-alik ke negeri Najib dan Pantai Timur jer!... Berapa ramai pengguna tol yang menggunakan perkhidmatan ke pantai timur berbanding lebuhraya PLUS, LDP, Kesas dan sewaktu dengannya. Apasal Najib tak umum sekali tiada juga kenaikan serta dikecualikan bayaran kepada pengguna jalanraya dari Labis ke Segamat.

Najib cuma bagi jaminan tak naikkan harga tol tapi korang dah terkena sebab mulai bulan ini, korang dah dikenakan cukai GST pada bil Astro dan lain-lain bil utilities. Padan muka korang yang setia tak bertempat pada dacing senget selaku pelopor Barang Naik.

Kalau 1 bulan kerajaan Najib berjaya kutip RM4.02 seorang, bayangkan jika pengguna Astro ada 1 juta orang. RM4.02 X 1 bulan X 1 juta pengguna = RM4.02 juta. Itu baru cukai bil Astro. Macam mana dengan bil-bil utilities yang lain serta barang-barang keperluan harian yang akan dikenakan GST nanti.

Itu hari kabinet Najib kata, GST tak akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Sekarang kan dah kena dengan bil Astro.

Lu orang pikirlah sendiri bagaimana liciknya pentadbiran Najib perdaya korang. Patut pun Najib mampu sogok setiap kali diadakan pilihanraya kecil kerana Najib ada wang tersembunyi. Dia turunkan yang itu tetapi dia naikkan yang ini.

Kah!...3X. Inilah hasil tarbiyah penasihat Apco kepada kerajaan Barang Naik.

Ahad, 14 Mac 2010

JANGAN PERCAYA BN - SEMUA BARANG NAIK

Orang ramai diminta supaya tidak mudah percaya kepada khabar angin mengenai kenaikan harga minyak serta barangan keperluan yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selagi tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh kerajaan mengenai kenaikan harga minyak atau barangan keperluan, orang ramai boleh menganggap ia sebagai spekulasi semata-mata.


Komen: Sebelum ini pun kerajaan dah pernah kencing rakyat, harga gula tak akan naik. Tiba-tiba selang beberapa bulan selepas pengumuman, harga barang tersebut dinaikkan secara mengejut dengan alasan terdapat peningkatan kos terhadap barang tersebut. Jadi tak hairanlah kalau perkara gembar-gembur itu kesudahannya akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Teringat saya semasa harga gula naik tempohari, maka berkempenlah pengampu-pengampu dan juak-juak UMNO-BN terpekik terlolong suruh rakyat kurangkan makan makanan berasaskan gula. Jika itu jadi sandarannya, bila sahaja barangan keperluan lain seperti beras naik maka sekali lagi pengampu-pengampu dan juak-juak UMNO-BN akan berkempen suruh pula rakyat kurangkan makan nasi.

INILAH CARA PROJEK UMNO-BN UNTUK MEMPERBODOHKAN RAKYAT.

Jumaat, 4 September 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - KERAJAAN NAIK MINYAK, PENIAGA NAIK HARGA


"Jika harga barang keperluan dinaikkan dan para peniaga pula memberikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang keperluan, kerajaan Najib mesti bertanggungjawab".

Isnin, 31 Ogos 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - HADIAH MERDEKA DARI PM

Pada 11 Julai 09 yang lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Kalau dulu Najib beri 11 hadiah, terkini Najib dengan murah hati memberikan satu lagi hadiah paling istimewa kepada rakyat 1 Malaysia sempena menyambut 52 tahun merdeka iaitu kenaikkan harga minyak petrol.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita. Selepas ini dan banyak lagi hadiah-hadiah yang bakal dinikmati oleh rakyat 1 Malaysia terutamanya untuk kaum UMNO-BN dan tak terkecuali tempiasnya terkena orang-orang PR juga.

Terima kasih BN, sebagai timbal balas nantikanlah hadiah yang bakal kami berikan pula kepada anda di PRU13 nanti dengan hadiah yang lebih bermakna. Dulu, kini dan selamanya menyusahkan rakyat.