Rabu, 2 September 2009

Kata NAJIB: 1Malaysia tepati ajaran Islam - NIZAR ZAMBRY

Aku nak tergelak sakan bila terbaca dalam Utusan Meloya Online baru sebentar tadi Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang sedang dilaksanakan sekarang telah menepati kehendak ajaran Islam.

Menurut Perdana Menteri, seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Maidah yang menekankan keadilan untuk semua, amalan itu akan meningkatkan ketakwaan seseorang.

Gagasan 1Malaysia yang sedang dihayati pada masa ini merupakan satu gagasan yang tetap bersifat Islamik dalam pengisian dan matlamatnya.

"Ini adalah berpandu pada ayat kelapan dalam surah Al-Maidah yang bermaksud 'Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil.

"Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa juga kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu ketahui," katanya pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dekat sini hari ini.

Amboi!... Najib sekarang sudah pandai tafsir Al-Quran. Aku juga tidak nafikan ayat dalam surah Al-Maidah yang Najib baca tidak ada cacat celanya melainkan benar belaka. Namun mungkin Najib terlupa membaca salah satu Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Jika Najib mengakui ayat ini adalah benar, maka apa yang Najib katakan 1Malaysia menepati kehendak ajaran Islam adalah tidak tepat. Buktinya lihat gambar di kiri. Menutup aurat kah!... inikah yang dinamakan menepati ajaran Islam?, seperti yang dikehendaki ayat di atas. Sendiri baca sendiri jawap!...

Tiada ulasan: