Isnin, 31 Ogos 2009

ERA NAJIB ALTANTUYA - BLOGGER PR SEDANG DIPERHATIKAN

Amaran!.. Arahan khas ini ditujukan kepada pengendali media elektronik dan blogger-blogger PR sahaja. Sekiranya anda adalah terdiri dari kalangan pro UBN dan sewaktu dengannya, dengan sendirinya arahan ini akan terbatal.

Sila baca perutusan khas di bawah:

----------------------------------------------------------------------------------


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batas undang-undang sehingga boleh memudaratkan keselamatan negara dan keamanan awam.

Katanya kerajaan tidak akan tunduk dan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan sentimen perkauman dan agama di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika merujuk insiden 200 penduduk Islam selepas solat Jumaat lepas yang berarak membawa kepala lembu bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.

"Insiden seperti itu jika tidak dikawal, boleh mencetuskan ketegangan serta perbalahan yang berlarutan. Saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat sensitif," katanya dalam kenyataan di sini pada hari Ahad.

Hishammuddin berkata walaupun ada pihak yang menggesa kerajaan supaya menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menangani isu tersebut, namun akta itu hanya akan digunakan sebagai cara terakhir atau dalam keadaan di mana ia boleh mencetuskan ancaman kepada negara.

"Bagaimanapun, saya ingin jelaskan bahawa banyak undang-undang lain yang boleh digunakan dalam perkara ini," katanya.

Mengenai tindakan sesetengah pihak menghasut kaum India seperti yang tersiar di Internet, beliau menjelaskan polis, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi dan Peguam Negara sedang mengambil tindakan.

Di samping itu, Hishammuddin berkata tuduhan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bahawa kononnya polis bersekongkol dengan Umno dalam menangani isu tersebut adalah sesuatu yang amat serius dan berniat semata-mata untuk memburukkan nama baik pasukan polis.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: