Memaparkan catatan dengan label projek mee segera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek mee segera. Papar semua catatan

Selasa, 28 September 2010

DUN Galas - Projek Mee Segera UMNO-BN bakal bermula

Berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Chek Hashim Sulaima, maka satu lagi PRK bakal berlaku.

Allahyarham memenangi kerusi Dun Galas dengan majoriti 646 undi pada pilihan raya umum yang lalu mengalahkan penyandang dari BN, Saufi Deraman.

Beliau mendapat 4,399 undi manakala Saufi pula 3,753 undi.

Maka dengan adanya PRK kali ini, Umno-BN sudah pastinya berkira-kira mula untuk menabur janji dan 'merasuah' pengundi dengan projek-projek mee segera. Istilah yang dipopularkan oleh Perdana Menteri 1Malaysia sendiri yang dikatakan menyebabkan rakyat muak dan meluat kepadaUmno-BN.

Apa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri 1Malaysia dalam kempen politik di Hulu Selangor yang lalu menunjukkan Umno masih lagi beranggapan rakyat di Malaysia masih dungu dan jahil yang akan termakan umpan apabila ditaburkan dengan projek pembangunan.

Telah menjadi afdhal bagi Umno-BN. Semua ini cuma mukadimah, selepas ini mungkin pak cik mak cik yang dah tak ada gigi dapat subsidi gigi palsu. Jamban yang nak runtuh akan digantikan dengan jamban batu. Titi batang kelapa akan digantikan dengan jambatan besi keluli.

Selepas ini juga pak cik mak cik di DUN Galas tak perlu gaduh-gaduh dan bising-bising jalan becak atau berlubang kerana pastinya kerajaan 1Malaysia bersedia untuk buat jalan tar sehingga depan muka pintu!

Khamis, 13 Ogos 2009

NEW PROJECT - KAMI SEDIA DIGERAKKAN BAGI MEMBANTU UMNO DI PERMATANG PASIR

Ketua UMNO Cawangan Kampung JKR

UMNO Cawangan Kampung Jentolak


UMNO Cawangan Kampung Bomax


UMNO Cawangan Kampung Lori Pasir

Ahad, 2 Ogos 2009

NAJIB ALTANTUYA - APA PULA JANJI PALSU UMNO BAKAL DITABUR DI PERMATANG PASIR

Umno akan kecundang lagi dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir akan datang, kata Speker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nasaruddin Daud.

Nasaruddin berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu kubu Penasihat Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Umno seperti biasa akan menggunakan kekuatan wang ringgit dalam setiap pilihan raya untuk mencapai kemenangan tetapi mereka tewas juga seperti mana dalam pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini.

"Kali ini kita mahu melihat Umno kalah dan serik berhadapan dangan PAS dalam pilihan raya," ujarnya pada majlis penerangan PAS kawasan Kuala Krau.

Menurutnya, walaupun majoriti kecil diperolehi PAS dalam pilihan raya itu, PAS tetap menang.

"Pilihan raya kecil, kecillah majoritinya, kalau pilihan raya besar, kita akan dapat majoriti lebih besar lagi," katanya.

Kerusi Permatang Pasir kosong berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu, Dato' Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi 31 Julai lalu di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan sebelum pilihan raya umum ke-11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada pilihan raya umum ke-12 lalu beliau sekali lagi menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) sekali gus mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nasaruddin menyeru seluruh ahli turun ke Permatang Pasir untuk berhadapan dengan Umno sekali lagi.

Sumber: harakahdaily

Ahad, 14 Jun 2009

DULU "PROJEK MEE SEGERA", KINI "PROJEK ANAK ANGKAT", SELAMANYA "MENIPU RAKYAT"

Akibat banyak kegagalan dari projek terdahulu yang berstatus "projek mee segera", kini kerajaan UMNO-BN mengorak langkah dimasa kini untuk menghentikan projek itu dengan mengantikannya dengan projek "anak angkat". Dimana projek anak angkat ini dikatakan mampu membawa perubahan yang ketara kepada rakyat 1Malaysia.

Antara projek yang terdahulu yang telah mengalami kegagalan ialah di Permatang Pauh, K.Terengganu, B.Gantang, B.Selambau dan Penanti manakala hanya di Batang Air sahaja projek itu berjaya dilaksanakan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun setelah diteliti dan kajian terperinci telah dijalankan, UMNO-BN mendapati projek terdahulu banyak membawa kemudaratan dari kebaikan.

Projek yang dinamakan sebagai "anak angkat" ini akan dilaksanakan buat julung-julung kalinya di Manek Urai. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, projek ini mampu memenangi kesemua sembilan peti undi dalam DUN berkenaan.

Projek anak angkat ini adalah sebagai projek percubaan UMNO-BN. Jika projek ini juga menemui kegagalan di Manek Urai, maka projek seterusnya yang dicadangkan adalah projek "haram jadah".