Sabtu, 29 Ogos 2009

PASCA PERMATANG PASIR - RAMADHAN BUKAN BULAN KEINSAFKAN BAGI UMNO

Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pasir menguatkan lagi teori komunikasi yang mengatakan bahawa media arus perdana UBN seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, RTM1&2, TV3 suku tidak semestinya berpengaruh sepanjang masa.

Ada kalanya, media tidak berfungsi dengan berkesan apabila golongan sasaran hilang kepercayaan kepada media. Paling buruk jika golongan sasaran ini beranggapan media sudah hilang kewibawaaan.

Usaha pemulihan mengambil masa yang panjang. Banyak media, khususnya surat khabar terpaksa ditutup berikutan penurunan bilangan pembeli disebabkan pembaca tidak lagi yakin kepada akhbar berkenaan.

Tengahari semalam (28/8/09), apa yang berlaku di kawasan perumahan Bandar Baru Batang Kali, surat khabar Berita Hairan telah diberi secara percuma kepada setiap rumah walau ianya tidak berpenghuni. Ianya diagih dengan secara dilemparkan dihadapan pintu rumah. Anda boleh bertanya sendiri kepada saudara anda yang berada di taman perumahan berkenaan jika inginkan kepastian.

Dengan bercambahnya media baru atau media alternatif yang sukar dibendung kehadirannya, media arus perdana bertambah sukar untuk meyakinkan golongan sasaran dengan sogokan maklumat memihak.

Ini kerana sebahagian besar masyarakat sudah mempunyai saluran baru yang lebih meyakinkan mereka dari segi kebenarannya atau keseimbangan maklumat terutamanya berkaitan isu-isu politik semasa.

Berita arus perdana hanya memihak kepada propaganda kerajaan UBN saja dan selebihnya kurang 10 peratus saja berita mengenai pembangkang itupun berita yang telah dimanipulasi atau diputar belitkan.

Semua stesen radio dan televisyen juga menunjukkan perkara yang sama iaitu memihak kepada pemimpin kerajaan.

Pro pembangkang sering digambarkan oleh media pengampu UBN sebagai pencetus pergaduhan pada setiap kali adanya PRK. Berita insiden pergaduhan seperti ini penting untuk diperbesarkan di muka depan akhbar dan disiarkan setiap hari sedangkan ia tidak ada nilai berita kepada pembaca.

Sebagai media yang menyokong kerajaan, memang wajar mereka mengambil sikap secara terbuka menentang pembangkang. Cuma, liputan media yang menyokong kerajaan dan UBN dianggap terlebih dos mengampu.

Pembangkang hanya mampu bertindak memberi keyakinan kepada penduduk tempatan dengan menjawab isu yang ditimbulkan menerusi ceramah-ceramah mereka.

Rakyat juga menilai apa yang mereka dengar dan apa yang mereka baca. Jika apa yang ditulis dan disiarkan dalam media berbeza daripada apa yang mereka dengar sendiri di ceramah-ceramah, mereka membuat penilaian negatif terhadap media.

Sebagai contoh apa yang berlaku di Permatang Pasir baru-baru ini, mereka melihat keadaan ini dengan mata dan pada masa yang sama berita yang mereka baca dalam akhbar menceritakan keadaan sebaliknya.

Apakah mereka mahu mempercayai apa yang mereka lihat dengan mata sendiri atau percaya kepada berita yang mereka baca di akhbar-akhbar? Sudah tentulah kepercayaan mereka kepada media meleset.

Bagi rakyat, mereka melihat apa yang mereka tonton itu sebagai satu lakonan. Banyak lagi contoh berita yang serba tak kena cuba dipaparkan oleh media pengampu UBN

Akibat terlalu ghairah untuk mengalahkan pembangkang, mereka akan berusaha mencipta apa saja berita untuk memberitahu rakyat mengenai keburukan serta menanamkan sikap kebencian terhadap pembangkang.

Tiada ulasan: