Memaparkan catatan dengan label hasan ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hasan ali. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mei 2012

CERAMAH HASAN JATI DI PINGGIRAN B.CAVES, RUGI TAK TENGOK!...

Sementara menunggu ketibaan Hasan Ali, ada seorang penceramah jemputan dari Bangi ntah apa ke nama dia... Kalau tak silap nama dia Ustz Mukram kot!... mungkin ustaz UMNO saya kira. Ucapan ceramah berapi-api bukan main pasal melayu dan islam.

Ustaz nie memang anti betul dengan Ambiga. Apa tak nya... berulang kali dia mengatakan si Ambiga tu terang-terang kapir apasal masih ada orang melayu islam yang nak bersama dia (merujuk kepada perhimpunan BERSIH 3.0).

Katanya lagi, PRU 13 kita mesti tolak orang-orang yang bersama dan bersekongkol dengan si Ambiga. Kita mesti sokong dan menangkan wakil dari orang melayu islam yang menjadi calon di kawasan masing-masing. Setuju!... tapi macamana pulak kalau wakil kita tu bukan dari manusia yang bersekongkol dengan Ambiga sebaliknya wakil dari calon MCA, MIC atau Gerakan yang terang-terang juga kapir??? Apakah kita nak sokong atau nak tolak... kerana mereka juga berpelukkan dengan UMNO-Barisan Nasional???

Ustaz janganlah nak bagi kita orang confuse pulak. Berdemo dengan Ambiga rosak akidah tapi peluk MCA, MIC dan Gerakan boleh pulak. Bukankan kedua-duanya kapir. Malas nak layan ustaz serupa nie... semuanya bertopengkan agama.


 

 
Kehadiran penonton cuma sekitar 200 orang.

Isnin, 2 April 2012

'APRIL FOOL' - HASAN JATI MASUK UMNO


SENAI - Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad menafikan laporan blog hari ini kononnya beliau telah membuat pengumuman mahu keluar Umno untuk menyertai Pas bersama lebih 2,000 ahli.

Menurutnya, punca dan sumber maklumat lama blog Perakite sekadar cerita "April Fool."

“Sebenarnya, jika diperiksa punca dan sumber maklumat berkenaan datangnya daripada cerita 'April Fool’. Saya tidak ada bercakap sedemikian. Bukan saya yang cakap.

“Saya tidak ada apa-apa komen mengenai hal ini. Siapa yang percaya dengan laporan berkenaan bermakna sudah kena temberang,” kata beliau kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Wakil rakyat berusia 63 tahun ini berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Perakite yang mendakwa beliau bersama 2,000 ahli Umno mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai Pas, pada satu sidang akhbar.

Blog itu turut memuatkan satu gambar seolah-olah sidang media Shahrir, yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum pada 1978. Adiknya, Khalid merupakan Ahli Parlimen Shah Alam dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.

Seolah-olah Shahrir bercakap, blog itu memetik beliau berkata, 'tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Menurut laporan blog terbabit, berlaku kekacauan dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar berkenaan selain mendakwa empat individu termasuk seorang wartawan cedera dan dikejarkan ke hospital.

Shahrir juga didakwa mahu membuat ‘roadshow’ bermula di luar Johor sebelum memberi tumpuan di negeri itu secara habis-habisan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selain itu, Perakite juga mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan keperluan meletakkan Ketua Umno Johor Bahru itu sebagai Menteri Besar tanpa mengira parti mana yang menang banyak sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan pada PRU13.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajkan Umno Johor Bahru, Faridah Mustafa berkata, laporan berkenaan satu gurauan keterlaluan daripada pihak tidak bertanggungjawab.

“Ia amat keterlaluan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main. Ramai rakan dalam Umno yang menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan mengenai hal ini.

“Kami baru sahaja selesai bermesyuarat bersama semalam dan tidak timbul isu ini,” katanya.

Selasa, 31 Januari 2012

BERAS 'JATI' SEMAKIN POPULAR SELEPAS INI

Adakah jenama beras ini ada kena mengena dengan penubuhan 'JATI'


Hassan Akidah yang dipecat keahliannya oleh parti itu, akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'JATI' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR... saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya JATI," katanya di Shah Alam.

Khamis, 15 Disember 2011

HASAN, NASHARUDIN TERPERANGKAP DALAM AGENDA UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti.

Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.

Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.

Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP.

"Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya.

Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik.

Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura.

"Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya.

Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu.

"Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu.

"PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. harakahdaily.net