Memaparkan catatan dengan label PRU13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU13. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2013

PRU13: TOLAK PARTI POLITIK SAMSENG DAN LUCAH

 Gambar hiasan

PETALING JAYA - Rakyat disaran untuk menolak terus politik yang berbentuk ganas dan lucah agar keadaan itu tidak menjadi budaya politik di negara ini. Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP), Dr Mohd Fauzi Zakaria berkata, perang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah bermula dan pelbagai cara untuk menjatuhkan pihak lawan sudah dilakukan oleh parti yang bertanding.

"Gejala politik ganas dan lucah seperti serang peribadi lawan dalam kempen politik dengan fitnah seks bertujuan aibkan dan menjatuhkan maruah individu yang disasarkan semakin menjadi-jadi.

"Rakyat harus mengisytiharkan perang ke atas politik seperti ini yang akan menghina maruah dan integriti politik negara di mata dunia," katanya pada sidang media selepas majlis Wacana Kepimpinan Islam dan Isu semasa menjelang PRU13 semalam.

Selain PUMWP, wacana itu turut disertai oleh Teras Kepimpinan Keupayaan Melayu (Teras), Majlis Ulama Asia Tenggara (Shura) dan Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim)
Menurut Mohd Fauzi, pihaknya menggesa semua pihak yang melaksanakan kempen ketika PRU13 tidak terjebak dengan politik kotor sekali gus tidak membenarkan sebarang pihak menjadikan pilihan raya ini sebagai pilihan raya paling kotor dalam sejarah Malaysia.

"Usaha maksimum untuk menjernihkan politik negara ini perlu dilancarkan oleh semua pihak. Kita tidak mahu kempen seumpama itu menjadi budaya politik dalam negara kita yang mana mampu merosakkan generasi dan negara sendiri," katanya.

Menurut Presiden Teras, Mohd Azmi Abd Hamid, semua pihak terutamanya pihak berkuasa tidak sepatutnya membiarkan budaya intimidasi agar huru-hara tidak berlaku di negara ini.

"Ketika ini keadaan seolah-olah 'bom jangka' kerana banyak pihak yang cuba mencetuskan provokasi, oleh itu kita minta pihak berkuasa jalankan tugas mereka dengan profesional agar pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

"Budaya intimidasi ini sangat bahaya kerana jika dibiarkan sudah pasti akan timbul huru-hara yang mana pihak yang ditekan tidak dapat menahan kesabaran mereka," katanya.

Mengulas mengenai memilih kepimpinan yang tepat dan menolak serangan peribadi yang berbentuk lucah, Mohd Azmi berpendapat, rakyat perlu bijak menilai dengan diselarikan amalan demokrasi yang dituntut Islam.

"Agama menolak untuk kita membudayakan politik fitnah dan lucah ini, bukan sahaja individu itu saja yang malu tetapi seluruh negara juga mendapat aib," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Shura, Abd Ghani Samsudin berkata, pihaknya berpendirian tanggungjawab mengundi adalah proses mengguna ruang demokrasi yang diamalkan sekarang dan ia perlu ditunaikan untuk memastikan kepentingan umat.

"Amalan pilihan raya perlu dimanfaat untuk tubuhkan sebuah kerajaan yang adil. Kami sanggah pendapat penglibatan umat Islam dalam pilihan raya bertentangan dengan Islam," katanya.

Rabu, 10 April 2013

KALAU NAJIB SENDIRI TAK DICALONKAN, RASA-RASANYA NAJIB MERAJUK TAK?...

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan mereka yang tidak terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) agar cukuplah "merajuk" selama tempoh 24 jam sahaja.

"Kita akan cuba kurangkan masalah (merajuk) tersebut. Sebab itu dalam ucapan saya, saya kata, yang kecewa hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita dalam sidang media selepas memberikan taklimat tertutup kepada pemimpin parti komponen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dalam sidang media sama, perdana menteri juga berkata, mana-mana calon Bebas yang berkelayakan boleh bertanding di atas tiket BN.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini tiada penambahan kerusi akan berlaku memandangkan telah ramai calon yang menunggu bagi setiap kerusi.

"Kalau kita fikir ada ruang dan boleh diterima, dan mereka boleh bertanding, (maka) mereka boleh bertanding atas tiket BN.

"Kita kena buat ikut penyesuaian. Mungkin ada satu dua kerusi berlaku pertukaran.
"Kita ambil kira mana yang boleh. Tak semua (calon Bebas) boleh ambil, sebab kita tak ada penambahan kerusi. Kerusi yang sedia ada pun calon menunggu dah ramai," katanya lagi.


Antara bekas wakil rakyat pembangkang yang menjadi wakil bebas dan dilihat cenderung menyokong BN ialah Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baharu) dan Datuk Seri Zaharin Hashim (Bayan Baru).
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang ditemui pemberita selepas sidang media itu berkata, calon yang merajuk merupakan situasi yang dijangka berlaku memandangkan kerusi yang ada sangat terhad.

Bagaimanapun, Najib yang juga presiden Umno perlu membuat keputusan yang bijak demi kebaikan BN, tambahnya.

Ditanya kerusi yang beliau akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini, Chua berkata:

"Jangan cakap mengenai saya. Cakap mengenai BN.

"Tidak ada keputusan akhir lagi. Najib tak ada keputusan muktamad. Jangan nak sibuk suruh saya cakap perkara yang berlainan apa yang dicakap oleh Najib dan kami semua boleh cetuskan krisis lain. Apa sebab?" katanya.

Rabu, 3 April 2013

SAH PEMBUBARAN PARLIMEN HARI INI

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelumnya.

Berikutan itu, beliau meminta menteri besar dan ketua menteri supaya memohon perkenan raja dan sultan masing-masing untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.



Isnin, 11 Mac 2013

PANASSS!... BAPA SAIFUL SERAH BORANG MASUK PKR


Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk menjadi ahli di sekretariat parti tersebut di Petaling Jaya hari ini.

Anak lelakinya Saiful sebelum ini meraih populariti selepas mendakwa diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ketua pembangkang dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada Januari tahun lalu.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR selepas menyerahkan borang itu, Azlan berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PKR dan kini akan menyertai parti itu bawah pimpinan Anwar.

Azlan dalam kenyataannya dua hari lalu mendakwa anaknya Saiful Bukhari dipergunakan oleh "seseorang dalam pejabat perdana menteri" untuk memburuk-burukkan Anwar. mkini

Sabtu, 3 November 2012

TERBAIK DARI LADANG - HASRAT JADIKAN NAJIB SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG DI PARLIMEN SIA-SIA

Hasrat Pakatan Rakyat mahu menjadikan Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU13 nampaknya mungkin sia-sia. 

Ini kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13. 

Mana mungkin Najib diangkat sebagai ketua pembangkang oleh parti komponen BN jika  Najib bakal menerima kekalahan apabila berhadapan dengan Persiden PAS.

Jika benar berita ini, kita sambut baik kerana ianya adalah pertandingan diantara Presiden PAS dengan Presiden Umno. Bagaimanapun, adakah Najib sedia menerima segala keputusan dengan tenang terutama jika Najib kalah di kerusi parlimen sendiri.

Rata-rata orang Pekan sendiri pun dah menyampah dengan Najib, cuma Najib saja yang perasaan.

Umum mengetahui, Najib pernah menghadapi pengalaman trauma pada tahun 1999. Ketika kemuncak tsunami politik dikalangan orang melayu, beliau hampir tersungkur di tempat sendiri dimana hanya menang majoriti 241 undi sahaja.

Kemenangan 241 undi yang dimiliki oleh Najib kabarnya adalah dari Peti Undi Pos yang baru sampai entah dari mana ceruk rantau agaknya. Peti Undi baru itu telah memenangkan Najib yang sebelumnya hampir diisytiharkan kalah di Pekan.

Adakah Najib sudah bersedia???  

Khamis, 1 November 2012

TERBAIK DARI LADANG - NAJIB TAK MARAH


SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka berkata beliau tidak “marah” jika pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mahu mengejar jawatannya ataupun mana-mana kedudukan kerajaan tetapi tidak mahu mengkhianati negara.

“Saya tak marah kalau mereka nak jawatan saya. Saya tak marah mereka nak kejar jawatan lain, tapi jangan mengkhianati negara kira,” kata beliau ketika berucap merasmikan Perhimpunan Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Negeri di Pantai Merdeka di sini, hari ini. sinar

Najib disambut oleh murid-murid sekolah ketika sampai di Pantai Merdeka

Haha... saya tak marah!... sebab selepas PRU13 saya akan jadi ketua pembangkang pulak.

Sabtu, 8 September 2012

IMBASAN - UMNO TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN MANTAN PM


Sinar Harian - 28 Mac 2012
MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.
  
"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.

Ahad, 1 Julai 2012

NAJIB DILANTIK OLEH PAK LAH BUKANNYA RAKYAT

KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.

"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.

Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.

Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.

"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.

"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.

Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008. Harakahdaily

Selasa, 26 Jun 2012

ISLAM PASTI MENANG DAN UMNO PERLU DITUMBANGKAN

BUKIT MERTAJAM: Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid (gambar) di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.

Rabu, 9 Mei 2012

JPN@SPR - APA YANG KAMU BUAT!... NAK MELINGKUPKAN UMNO KAH?!...


 JPN tukar jantina dan melayu kan wanita cina



SPR pun buat kerja jahat seperti biasa

Jumaat, 13 April 2012

UMNO-BN SEMAKIN NAZAK, KTMB PULA JADI KUDA

EKSKLUSIF Warna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Menurut sumber, pegawai KTMB juga diminta memastikan bendera itu digantung di tempat sesuai, kemas dan tidak menjejaskan keselamatan operasi stesen dan kereta api.

Manakala polis bantuan pula diminta memantau supaya bendera yang dipasang selamat daripada perbuatan khianat.

Sementara itu, Mohd Zin ketika dihubungi Malaysiakini menafikan mengeluarkan arahan itu dan "tidak ingat" sama ada menandatangani sebarang surat arahan berkaitan.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, pemasangan bendera tersebut tidak menjadi masalah asalkan tidak mengganggu isyarat dan memudaratkan perjalanan Komuter.

Malah, katanya, selain bendera BN, bendera parti lain juga turut boleh dipasang.

"Saya tidak ada arahkan. Tapi kalau nak pasang bendera tak apa, asalkan tak ganggu isyarat. Kalau bendera lain nak naikkan pun tak jadi masalah. Asalkan tak ganggu keselamatan.

"Tapi saya tak ada keluarkan arahan khusus... Saya tak ingat kalau saya ada tanda tangan apa-apa arahan... Mungkin pegawai saya nak bantu kita," katanya.

Mohd Zin berkata, jika benar, ia mungkin kerana ada pihak kasihan kepada BN yang menjadi pembangkang di Selangor dan mengalami kesukaran menaikkan bendera di kawasan awam.

"Dekat Selangor, kita pembangkang. Kalau naikkan bendera BN, nanti pihak berkuasa tempatan akan turunkan. Jadi mungkin agaknya ada yang kesian dekat kita dan nak bantu kita berkempen.

"Tapi saya tak ada halangan kalau nak pasang bendera," katanya. mkini

Selasa, 24 Januari 2012

CYN: KALAU UMNO DAH KUAT TAK PERLU MINTA TALIAN HAYAT KAUM CINA

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perayaan Tahun Naga Air dalam kalendar Tahun Baru Cina ini diharap dapat menarik lebih banyak sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata, walaupun sokongan masyarakat itu kepada BN merosot (saya ulang: merosot) pada pilihan raya umum lalu, kerajaan sentiasa melakukan pelbagai usaha membela nasib kesemua lapisan rakyat termasuk masyarakat Cina sejak dahulu.

“Harap begitulah (peningkatan sokongan) kepada segala usaha kita membela rakyat. BN juga mengharapkan tahun ini membawa rezeki lebih bagi terus membela nasib rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Diharap dengan ini akan mengukuhkan lagi kepercayaan terhadap BN,” katanya. Tolong!..., mintak nyawa...

Ahad, 23 Oktober 2011

UMNO HARUS JADIKAN IKTIBAR APA YANG BERLAKU DI LIBYA

TRIPOLI: Selama empat dekad, Muammar Gaddafi berkuasa di Libya dan menyifatkan dirinya seorang pejuang revolusi menentang penjajahan Barat, namun kini yang tinggal hanyalah kisah tragis bekas pemimpin itu.

Kematian beliau bakal membuka lembaran baru kepada rakyat Libya, namun pada masa sama ia menjadi satu amaran kepada beberapa lagi pemimpin kuku besi di Afrika dan Asia Barat, bahawa mereka mungkin menerima nasib seperti Gaddafi jika tidak segera melakukan perubahan.

Gaddafi maut selepas dikatakan ditembak pemberontak di bandar kelahirannya sendiri, Sirte pada Khamis. Rakyat Libya dilaporkan bersorak mendengar khabar kematiannya, sebuah pengakhiran yang disifatkan tragis bagi pemimpin yang pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘raja segala raja” ini.

Laporan terbaru menyatakan bahawa bedah siasat ke atas mayatnya akan dilakukan dalam masa terdekat, manakala anggota keluarga beliau menuntut siasatan terperinci dilakukan mengenai punca kematiannya.

Berdepan dengan wasangka pembunuhan dilakukan kumpulan samseng, arahan ‘tiada siapa di sini membunuh Gaddafi’, tersebar di kalangan pejuang yang menangkap bekas pemimpin Libya itu hidup-hidup Khamis lalu sebelum disahkan maut selepas itu.

Pejuang di ladang di pinggir bandar raya Misrata sedang menjalankan tugas ketika pangkalan briged Al-Ghiran bangga mempamerkan but hitam milik bekas pemimpin itu, selain senjata disadur emas dan skaf.

Lelaki berpangkat kolonel ini berkuasa selepas menggulingkan Raja Idris pada 1969. Ketika itu beliau adalah Kapten Gaddafi yang baru berusia 27 tahun.

Gaddafi sering tampil bergaya, baik ketika berseragam tentera mahupun ketika mengenakan jubah Arab Badwi, darah puak yang mengalir kuat dalam dirinya. Beliau tidak pernah meninggalkan aksesori yang sinonim dengan dirinya, iaitu kaca mata hitam. Begitu juga dengan jururawat dan pengawal peribadinya yang terdiri daripada wanita cantik.

Bekas penasihat undang-undang pemerintah Libya, Saad Djebbar mengatakan bahawa penampilan itu diambil kira Gaddafi untuk mewujudkan kesan pelik dan menarik.

“Bagaimanapun, ketika revolusi Arab, Gaddafi terpencil dari dunia luar,” kata Djebbar.

Ketika berkuasa beliau mengatakan dirinya nasionalis Arab sehingga menarik perhatian Amerika Syarikat. Namun ternyata kebijaksanaan Gaddafi bertentangan dengan Barat. Ini ditegaskan ketika tahun 1972 di mana beliau meminta seluruh umat Islam memerangi Barat.

Tiga tahun selepas itu Gaddafi memperkenalkan Buku Hijau bagi memberi panduan kepada negara membabitkan seluruh sistem politik, ekonomi dan sosial Libya.

Menurut bekas duta besar Britain ke Libya, Oliver Miles, ia adalah peluang kepada Gaddafi. “Beliau menjadi kuasa mutlak. Gaddafi merosak seluruh institusi di Libya sehingga menghapuskan satu sistem kemasyarakatan,” kata Miles.

Gaddafi berusaha menyatukan Mesir, Libya dan Syria pada 1972. Ketika itu Arab menentang Gaddafi dan ada yang menggelarnya sebagai badut.

Menurut pakar Libya di Universiti Dartmouth, Dirk J Candewalle, penolakan Arab dan cita-cita peribadi itu menyebabkan Gaddafi melakukan keganasan pada 1970-an dan 1980-an.

Selepas menggegarkan dunia dengan tindakan ganas dan mengakuinya, Gaddafi berusaha memperbaiki reputasinya. Sejak 2006, beliau memperuntukkan sejumlah AS$3 (RM9.4 juta) setiap tahun bagi strategi perhubungan awam.

Cita-cita beliau menyatukan Arab tetap tidak pernah padam. Pada 2009, Gaddafi menjadi ketua Kesatuan Afrika yang menyatukan 54 anggotanya dan merayu benua miskin Afrika itu menyediakan pelbagai bantuan. – Agensi

Khamis, 13 Oktober 2011

PILIHANRAYA: BN TAKUT TAK JADI RAYA DI NEGERI PAKATAN

Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.

Pakatan menerajui pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Dengan ini, mereka (Pakatan) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, semalam.

"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan Pakatan tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.

"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (Pakatan) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.

Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.

"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.

Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan.

Khamis, 8 September 2011

HADIAH SEMPENA SAMBUTAN HARI 1MALAYSIA: GST PREPAID 6%

Berita terkini dari TV3 Al-Musyirikin pada jam 8.00 malam tadi.

Pembelian tambah nilai prepaid dan pek permulaan prepaid/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%, berkuatkuasa 15 Sept ini.

Haha!... Inilah hadiah istimewa sempena sambutan hari 1Malaysia kepada semua pengguna tegar prepaid di negara ini. Tahniah!... Anda mampu mengubahnya...

Ahad, 24 Julai 2011

BN TIDAK PUNYA BANYAK MASA


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua parti komponen dan anggota gabungan Barisan Nasional (BN) merapatkan barisan menjadi satu pasukan BN mulai sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.

“Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.

“Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN,” katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di sini hari ini.

IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata dasar kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat adalah pra-syarat kedua yang perlu diberi perhatian.

Sehubungan itu beliau menegaskan, semua anggota parti komponen BN harus terus mendukung perjuangan kerajaan dalam mendahulukan rakyat dalam setiap aspek sosial dan ekonomi.

Ini merupakan teras penubuhan parti-parti komponen BN yang mahu memperjuang dan membela nasib rakyat, kata Muhyiddin.

“Seperti juga IPF, perjuangannya bukan untuk mendiang Pandithan, tetapi untuk membela nasib rakyat jelata supaya menjadi lebih baik dan usaha ini perlu diteruskan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut menegaskan bahawa perpaduan nasional negara ini perlu dipertahankan dan mana-mana anasir jahat harus ditentang.

Mengambil contoh serangan berkembar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Oslo, Norway yang kini telah mengorbankan lebih 90 nyawa, Muhyiddin berkata perkara sedemikian tidak harus dibenarkan berlaku di sini.

“Kalau ada pihak yang mahu memporak-perandakan kita dengan politik sempit, kita harus menentang mereka,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya kepada hampir 2,000 anggota IPF, Timbalan Perdana Menteri mengiktiraf sokongan dan peranan IPF kepada BN selama ini walaupun hasratnya untuk menjadi parti komponen BN belum tercapai.

Beliau mencadangkan supaya Presiden IPF M. Sambathan menyediakan dan mengemukakan kepada beliau projek yang mahu dilaksanakan oleh parti itu dalam membantu rakyat.

“Saya juga berjanji akan memberi peruntukan untuk pelaksanaan operasi...aktiviti-aktiviti boleh dijalankan dengan sebaik-baiknya,” katanya. [malaysian insider]

Ahad, 29 Mei 2011

UMNO DAH MAKIN KARAM, MINTA NYAWA DI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU 29 Mei — Masyarakat berketurunan Cina di negeri ini diminta untuk bersama-sama membantu Barisan Nasional (BN) dalam semangat setiakawan, membantu parti ini menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad said berkata, walaupun jumlah pengundi Cina di negeri ini adalah minoriti, namun peranan serta komitmen mereka sangat penting bagi membolehkan BN merampas kembali beberapa kerusi yang dimenangi parti pembangkang.

"Kita berharap masyarakat Tionghua di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Kuala Terengganu dapat memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajan BN dan saya yakin mereka tidak ada masalah untuk berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Bangunan Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu di sini hari ini.

Beliau turut berharap kira-kira 9,000 pengundi Cina di negeri ini bersatu bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang selain bersama-sama mencorak kestabilan politik dan pembangunan di Terengganu. — Bernama

Khamis, 24 Februari 2011

PRK MERUPAKAN RAHMAT DAN BALA PENDUDUK SETEMPAT

Setiap kali adanya PRK, takkala itu juga penduduk akan menumpang meraih keuntungan segera. Apa tidaknya, menjelang hari penamaan calon, hari pengundian dan hari-hari berkempen akan meningkatkan pendapatan peniaga dan penduduk setempat.

Bayangkan sewa rumah untuk petugas yang biasanya sekitar RM200 mencecah ke RM2,000 sebulan ketika PRK. Ianya benar-benar mendatangkan hasil yang lumayan.

Selain sewa rumah dan bilik-bilik hotel dijadikan sebagai transit, turut meraih pendapatan adalah perniagaan makanan dan restoren.

Manakala pencacai-pencacai politik pula akan diupah untuk memasang poster, banner dan membina pondok panas.

Itu belum lagi termasuk projek 'kebetulan' yang tiba-tiba akan dirasmikan pada waktu yang sama. Pendek kata segala sumbangan dan peruntukan seperti membaiki jalan, masjid, sekolah dan lain-lain akan diumumkan ketika itu juga.

Malah dengan bangganya pemimpin dari parti biru karat mengisytiharkan peruntukan berjuta-juta ringgit bagi mendapat sokongan pengundi.

Nampaknya semakin ramailah rakyat akan mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati apabila mereka memerlukan bantuan atau sumbangan. Itulah jalan yang paling mudah untuk mendapatkan peruntukan bantuan untuk masjid, surau dan sekolah-sekolah.

Bila sahaja lepas PRK, janji sebelumnya hanya sekadar menanam tebu dibibir. Akhirnya kebanyakkan projek hanyalah berstatus 'terbengkalai'. Pengundi hanya mampu gigit jari. Padan muka hangpa!...