BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Khamis berkata masalah peribadi di antara calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dan bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak tidak seharusnya diheret dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.
Beliau berkata perselisihan faham berikutan masalah perniagaan mereka tidak sepatutnya dijadikan masalah politik dan menjadi isu dalam pilihan raya kecil itu.
"Masalah itu sebenarnya tiada kena mengena dengan parti. Pada saya kita harus hentikan isu ini dan jangan menyentuh tentangnya lagi," katanya kepada pemberita di pusat operasi BN di sini.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, adalah lebih baik kedua-dua pihak tidak mendedahkan keaiban orang lain dan sebaliknya yang harus ditonjolkan ialah kebaikan dan kelebihan mereka.
Isu pembatalan lesen guaman sivil Rohaizat menjadi modal kempen PAS pada pilihan raya kecil itu dan hari ini Yusri mendakwa beliau dijadikan "kambing hitam" dalam isu berkenaan.
Rohaizat, 38, akan menentang calon PAS Mohd Salleh Man, 52, pada pilihan raya kecil 25 Ogos ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS pada 31 Julai lalu.
Itulah Zahid... orang hang sendiri yang cuba nak burukkan Yusri, sekarang kan dah terkena batang hidung calon sendiri. Bangkai gajah kalau ditutup perlukan kain canves yang sangat besar yang cuma ada di stor G1098 dalam kem tentera. Gunakanlah kuasa sebagai Menteri Pertahanan untuk tentera keluarkan khemah tersebut dan dirikan di Permatang Pasir buat projek jiwa murni.
1 ulasan:
Biasalah Zahid - Melayu berperangai Yahudi
Catat Ulasan