Jumaat, 7 Ogos 2009

PERHIMPUNAN HARAM UMNO - PERSATUAN PENIAGA & PENJAJA PAGOH TUNTUT RM10 JUTA


KETUA Pemuda UMNO Pagoh, Ismail Mohamed (lima dari kanan) mengetuai perhimpunan haram pergerakan Pemuda bahagian itu dalam menyatakan sokongan kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh, Muar, semalam.



Dalam kes himpunan GMI:
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat ini, hampir RM20 juta kerugian akibat demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu telah ditaksir.


"Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.

------------------------------------------------------------------------------------

Memetik dari kenyataan di atas, bermakna Persatuan Peniaga dan Penjaja di seluruh daerah Pagoh juga berhak untuk menuntut kerugian akibat dari perhimpunan haram yang diadakan oleh Pemuda UMNO Pagoh semalam. Persatuan peniaga bolehlah mengemukakan tuntutan mereka melalui peguam yang dilantik agar perkara ini dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Bezanya perhimpunan semalam dengan perhimpunan GMI sabtu lalu, tiada tembakan gas pemedih mata dan semburan air kimia dari FRU. Istimewa betul perhimpunan semalam tanpa ada sebarang provokasi. Inilah yang dinamakan 1Malaysia "UMNO didahulukan, Pembangkang dikerjakan".

Tiada ulasan: